Berita

Berita
PKPP Dilanjutkan Lagi Sehingga 31 Mac 2021 Di Seluruh Malaysia
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan lagi sehingga 31 Mac 2021. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media harian PKPP hari ini. PKPP yang dijadualkan berakhir pada 31 Disember 2020 dilanjutkan lagi selepas kes Covid-19 di negara ini masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda. Semalam (31 Disember […]
Berita
JPJ Kaji Cadangan Remaja Hanya Tunggang Motosikal Bawah 70cc
KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia yang mahu syarat lesen memandu dipinda dengan memastikan pemilik berusia 16 hingga 20 tahun hanya dibenarkan menunggang motosikal kategori bawah 70cc menjelang 2025. Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Institut Penyelidikan […]
Berita
Jalan Kuantan-Segamat Ditutup Ekoran Tanah Runtuh
KUANTAN, 1 Jan (Bernama) — Jalan Kuantan-Segamat di Pekan, dekat sini ditutup buat sementara waktu kepada semua kenderaan bermula hari ini berikutan kejadian tanah runtuh di Kilometer 63 dan 73 jalan berkenaan. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Razli Mohd Yusof berkata runtuhan itu berlaku kira-kira 10 pagi dipercayai akibat hujan lebat selama beberapa jam dan air bukit yang […]
Berita
“Kedudukan Kewangan Semakin Kukuh…”, Jumlah Deposit RM 75.9 Bilion, Dr. Zulkifli Ucap Tahniah Kepada Tabung Haji
Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri mengucapkan tahniah kepada Tabung Haji selepas mencatatkan kedudukan kewangan yang semakin kukuh dan baik. Berdasarkan perkongsian yang dibuat di laman facebooknya, Tabung Haji memiliki jumlah deposit sebanyak RM 75.9 bilion sehingga 30 Disember 2020. Dalam perkongsian yang sama, beliau turut mendoakan supaya Tabung Haji terus melangkah kukuh […]
Berita
‘Cemas’, Bomba Terpaksa Dipanggil Potong Cincin Siap Berbatu Permata Tersangkut Di Kemaluan Lelaki
Lucu, tetapi menyakitkan. Itulah yang terlintas saat pertama kali melihat gambar-gambar khidmat ‘khas’ yang ‘ditawarkan’ oleh Bomba Alor Setar ini. Dalam satu perkongsian yang dimuat naik di laman facebook Bomba Alor Setar, pasukan penyelamat itu dipanggil bagi membantu untuk memotong cincin yang tersangkut di kemaluan seorang lelaki. ”Nahhhaiiiiii, Khidmat khas memotong cincin di kemaluan. Kes […]
Berita
Helikopter Terhempas Ketika Cuba Lakukan Latihan ‘Hoovering’ – Polis
PELABUHAN KLANG, 1 Jan — Helikopter ringan yang terhempas ketika cuba melakukan pendaratan di sebuah kawasan lapang berhampiran Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pulau Indah pagi tadi dipercayai sedang membuat latihan penerbangan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata juruterbang helikopter berkenaan hilang kawalan ketika cuba membuat latihan ‘hoovering’ di sebuah kawasan lapang […]
Berita
Meriah & Sesak, Viral Foto-foto Dipercayai Sambutan Tahun Baru Di Wuhan, Tempat Munculnya COVID-19
Tular gambar-gambar orang ramai bersesak-sesak dipercayai di Wuhan China, dimana COVID-19 pertama kali dikesan. Menurut laporan CNN, gambar-gambar berkenaan diambil ketika orang ramai keluar beramai-ramai untuk menyambut ambang Tahun Baru 2021. Secara tradisinya, warga Wuhan akan berkumpul di depan Hankow Customs House, salah satu pusat tumpuan orang ramai untuk berkumpul setiap kali sambutan Tahun Baru […]
Berita
Trafik Dilapor Sesak 2.9km Sebelum TP Karak Hala Timur, Berikutan Pertambahan Kenderaan Menghala Ke Pantai Timur
Trafik dilaporkan sesak 2.9 kilometer sebelum TP Karak Hala Timur, menurut twitter @LPTTrafik sebentar tadi. Menurut kemas kini berkenaan, kesesakan berkenaan berpunca daripada pertambahan bilangan kenderaan yang menghala ke Pantai Timur. 2.04pm LPT 1@E8: Trafik sesak 2.9Km sebelum TP Karak hala timur berikutan pertambahan kenderaan menghala ke pantai timur.@LLMinfotrafik — GMBK-KARAK-KTN-JABOR (@LPTTrafik) January 1, 2021 […]
Berita
PTPTN: Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Dilanjutkan Tiga Bulan Lagi
PUTRAJAYA, 1 Jan (Bernama) — Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan lagi kepada peminjam yang layak. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata keputusan ini diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19 dan belum berupaya […]
Berita
PPZ-MAIWP Berjaya Kutip Zakat RM756 Juta Sepanjang 2020 – Dr. Zulkifli
PUTRAJAYA, 1 Jan (Bernama) — Jumlah kutipan zakat yang dikendalikan Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi tahun 2020 meningkat sebanyak 11 peratus kepada RM756 juta berbanding RM682 juta pada tahun sebelumnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata jumlah kutipan zakat bagi tahun […]
Berita
Kawal Makan Tapi Tetap Gemuk ? Ini 7 Cara Boleh Cuba Untuk Tingkatkan Metabolisme Badan
Hari pertama di tahun 2021 sememangnya dibawa bersama azam dan pelbagai misi yang dirancang oleh kebanyakan orang. Antaranya ialah untuk menurunkan berat badan. Namun begitu, kaedah yang dipraktikkan perlulah dilakukan dengan cara yang betul supaya usaha tidak menjadi sia-sia. Salah satu daripadanya ialah memastikan metabolisme badan ditingkatkan. Oleh itu, kami kongsikan penjelasan daripada Hello Doktor […]
Berita
“Kerana Allah & Sifat Tanggungjawab, Mereka Terus Berjuang,” Ustaz Ebit Lew Sebak Pengorbanan Frontliner, Sumbang 1,200 Kotak KFC Di MAEPS
Pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew hari ini menziarahi petugas-petugas kesihatan di fasiliti kesihatan sementara MAEPS di Serdang, Selangor. Menerusi satu hantaran di Facebooknya, beliau bergegas ke sana sebaik sahaja diminta ziarah bagi menyuntik semangat serta doa buat mereka di sana. “Ramai petugas minta saya ziarah beri kata semangat dan doa. Terus saya ziarah ke MAEPS. […]
Berita
Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Malaysia – Singapura (HSR) Ditamatkan- PM
KUALA LUMPUR, 1 Jan – Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Malaysia – Singapura (HSR) telah ditamatkan setelah perjanjian projek berakhir pada 31 Dis semalam. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan tersebut adalah antara beberapa perubahan yang dilakukan kerajaan berikutan impak pandemik COVID-19 yang dihadapi negara ketika ini. “Kedua-dua kerajaan telah menjalankan beberapa perbincangan […]
Berita
Dua Cedera, Helikopter Ringan Dilapor Terhempas Di Zon Bebas Pelabuhan Klang Pagi Tadi
SHAH ALAM, 1 Jan (Bernama) — Dua individu bernasib baik apabila hanya mengalami cedera ringan selepas helikopter ringan yang dinaiki mereka terhempas di kawasan lapang di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang, (PKFZ) Pulau Indah dekat sini pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor Norazam Khamis berkata dalam kejadian pada kira-kira 10 pagi itu, […]
Berita
“Sikap Tak Sepatutnya Berlaku Di Awal Tahun Baru”, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu Kecewa Saloma Link Dicemari Sampah
Tanpa disedari, tahun 2020 berlalu pantas dan kita baru sahaja menyambut ketibaan tahun baharu 2021 tepat pada pukul 12 tengah malam. Biasanya, tahun baharu yang menjelma akan disambut dengan azam-azam baharu untuk memperbaiki nilai kehidupan seseorang itu. Namun, sesuatu yang tidak ‘sedap’ dipandang berlaku tanpa diduga apabila sikap sesetengah ‘orang kita’ yang masih tidak belajar […]
Berita
Lima Nelayan Dikhuatiri Hilang Selepas Bot Karam Dilanda Ribut Di Perairan Pulau Perhentian Semalam
BESUT, 1 Jan (Bernama) — Lima nelayan tempatan termasuk seorang tekong dikhuatiri hilang setelah bot dinaiki mereka dipercayai karam dalam kejadian di perairan Pulau Perhentian tengah hari semalam. Ketua Polis Daerah Besut, Supt Abdul Rozak Muhammad berkata kejadian yang berlaku kira-kira 1 tengah hari itu dipercayai akibat bot mereka mengalami kebocoran dan dimasuki air serta dipukul ribut akibat cuaca […]
Berita
‘Brader’ Ni Kongsi Tips Elak Kena ‘Scam’ Kat Langkawi
Selepas sahaja kerajaan menarik balik perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan kawasan di Malaysia, mesti ramai diantara kita yang dah terdetik di fikiran untuk pergi bercuti. Yelah, masa PKPB dulu kerajaan melarang kita untuk merentas negeri kan. So, terpaksalah duduk terpuruk setempat je tanpa boleh pergi negeri-negeri lain. Jadi, bila dah dapat peluang […]
Berita
“Selamat Dekat Ajal & Kiamat”, Pagi Jumaat Hari Pertama 2021, Ini Nasihat Dr. MAZA Untuk Kita Semua
Tahun 2020 baru saja berlalu semalam. Pejam celik pejam celik, kita sudah pun memasuki tahun 2021 pada 12 tengah malam tadi. Bagi kebiasaan orang, umumnya mereka akan berazam untuk memperbaiki nilai kehidupan pada setiap kali tahun baharu menjelma. Sementara itu, mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. MAZA pula menitipkan […]
Berita
Suami Isteri Ditahan Positif Dadah Operasi Ambang Tahun Baharu 2021
IPOH, 1 Jan (Bernama) — Sepasang suami isteri antara lima individu ditahan kerana disyaki positif dadah dalam Operasi Bersepadu Ambang Tahun Baharu 2021 di Bandar Meru Raya di sini malam tadi. Pasangan berusia 20 dan 19 tahun itu ditahan selepas saringan dibuat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi yang dijalankan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan […]
Berita
Amaran Cuaca Buruk Dijangka Landa 2 Buah Negeri, Terengganu Antara Terlibat Amaran Cuaca Waspada Hingga 2 Januari
Jabatan Meteorologi Malaysia pada awal pagi tadi telah mengeluarkan amaran cuaca buruk yang melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Kenyataan yang dikeluarkan pada jam 2 pagi tadi juga memaklumkan 4 buah negeri yang berada dalam situasi amaran cuaca waspada. Bagi amaran cuaca buruk yang dijangka akan berlaku hujan lebat secara berterusan, negeri yang terlibat ialah […]