Berita

Kartel Daging: Beri Peluang Pihak Berkuasa Jalan Siasatan – Takiyuddin
ALOR SETAR, 31 Jan (Bernama) — Semua pihak perlu memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dalam isu kartel daging haram, yang menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyakarat ketika ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pada masa ini siasatan oleh pelbagai agensi masih berjalan dan kerajaan belum menerima […]

Lelaki Berjalan Sejauh 320KM, Kumpul Dana Pesakit Kanser
KUANTAN, 31 Dis (Bernama) — Tidak betah hanya duduk dan tunggu untuk mencari dana menerusi media sosial, seorang lelaki mengambil inisiatif berjalan kaki sejauh 320 kilometer (km) dari Johor ke Pahang, bertujuan memberi kesedaran dan mencari dana bagi pesakit kanser kanak-kanak. Misi secara solo itu dilakukan oleh Muchlis Ilyas, 57, atau mesra dipanggil Abu bagi mencari […]

Polis Sabah Rampas Dadah Syabu Lebih 16KG
KOTA KINABALU, 31 Dis (Bernama) — Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis syabu seberat 16.74 kilogram bernilai RM669,803 dalam satu serbuan di sini Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata suspek berumur 28 dan 31 tahun itu ditahan oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dalam serbuan pada 6.35 petang di […]

TERKINI: 2,525 Kes Positif Baharu, Selangor Catat Kes Tertinggi Dengan 1,205 Kes
Sebanyak 2,525 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 113,010 setakat Khamis (31 Disember 2020), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook rasmi beliau, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 23598 kes. Daripada […]

Lebih 4 Bulan Kembali Dari Persaraan Untuk Takbur Bakti, Dr Rohaizat Yon Tamat Tugas Hari Ini
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) – Selepas lebih empat bulan kembali dari persaraan untuk menabur bakti, Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Dr Rohaizat Yon yang pernah digelar ‘panglima perang’ dalam menentang COVID-19, sekali lagi menamatkan tugasnya di KKM hari ini. Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah […]
Veteran UMNO, Tokok Pendidikan Hassan Harun Meninggal Dunia
KOTA BHARU, 31 Dis (Bernama) — Bekas veteran UMNO Datuk Hassan Harun, 75, meninggal dunia pada 5 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, dekat sini, akibat penyakit kencing manis kronik, yang dihidapi sejak 20 tahun lepas. Isterinya, Datin Che Fatimah Mohd Saad, 73, berkata Allahyarham menjalani pembedahan membuang batu dalam hempedu […]
Peniaga Bimbangkan Nasib Selepas Operasi Feri Di Pindahkan Ke SPCT
GEORGE TOWN, 31 Dis – Peniaga-peniaga di Pangkalan Raja Tun Uda di sini bimbang dengan nasib mereka, selepas operasi feri untuk pejalan kaki dipindahkan sementara ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) mulai esok. Peniagaan mereka dikhuatiri kehilangan pelanggan apabilia tiada lagi pejalan kaki akan menggunakan laluan pejalan kaki di pangkalan berkenaan, selepas operasi feri berpindah. […]

MKN Luluskan Pelajar IPT Ke Kampus Seawal 1 Mac 2021 – Noraini Ahmad
KUALA LUMPUR, 31 Dis – Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 23 Dis lepas telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membenarkan pelajar tempatan institusi pendidikan tinggi (IPT) kembali ke kampus masing-masing secara berfasa seawal 1 Mac 2021. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata bagi pelajar dari zon merah, kemasukan adalah 10 […]

Wanita Sarat Mengandung Antara 15 Individu Ditahan, Disyaki Terlibat Dalam Sindiket Judi Dalam Talian
SUBANG JAYA, 31 Dis — Seorang wanita tempatan yang sarat mengandung antara 15 individu yang ditahan dalam tiga serbuan di sebuah kondominum mewah di sini hari ini kerana disyaki terlibat dengan sindiket judi secara dalam talian. Ketua Polis Daerah Subang Jaya Abd Khalid Othman berkata dalam serbuan yang bermula pada 10 pagi itu, kesemua individu termasuk empat wanita warga Indonesia […]

Mufti Kedah Minta Peniaga Rujuk JAKIM Untuk Pembekal Daging Import
ALOR SETAR, 31 Dis (Bernama) — Peniaga Islam terutama di Kedah dinasihatkan hanya mendapatkan bekalan daging import daripada pembekal yang diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mengelak mereka menjual daging yang diperoleh daripada sumber diragui. Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata isu kartel daging yang dibongkarkan baru-baru ini menyebabkan timbul keraguan mengenai status halal daging dalam pasaran dan menjejaskan peniaga. “Namun mereka […]
Jalan Universiti Bakal Dikenali Jalan Prof Diraja Ungku Aziz
SHAH ALAM, 31 Dis (Bernama) — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk menamakan semula Jalan Universiti di Petaling Jaya dekat sini dengan nama Jalan Prof Diraja Ungku Aziz. Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Muhamad Munir Bani berkata baginda berkenan untuk mengabadikan nama tokoh tersohor tanah air itu bagi mengenang jasa dan bakti Allahyarham […]
Satu Daripada Empat Rakyat Amerika Anggap 2020 Tahun ‘Mengerikan’ -Tinjauan
WASHINGTON, 31 Dis (Bernama) — Satu daripada empat rakyat Amerika menyifatkan 2020, tahun yang “dasyat” atau “mengerikan”. Tinjauan USA Today/Suffolk University terhadap 1,000 pemilih berdaftar pada 16-20 Disember, mendapati 15 peratus responden menggambarkan keadaan itu sesuatu yang memeritkan dan mencetuskan tekanan, lapor agensi berita Xinhua. Hanya tujuh peratus berfikiran positif dengan menyatakan 2020 tahun yang […]
Polis Johor Buka Kertas Siasatan Berkaitan Kartel Daging
JOHOR BAHRU, 31 Dis (Bernama) — Polis Johor akan membuka kertas siasatan berhubung satu laporan polis yang dibuat berkaitan kes kartel daging yang diserbu di Senai, dekat Kulai, awal bulan ini. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sepertimana kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador semalam, agensi utama […]
“Semoga Kita Terus Cekal Berbakti…”, Dr Hisham Titip Pesan Buat Semua “Frontliner” Menjelang Tahun Baru
KUALA LUMPUR, 31 Dis — “Niat di hati harus dikekalkan, apa jua cabaran yang mendatang, kita utuh berdiri untuk meneruskan perjuangan ini,” itu pesanan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada semua petugas barisan hadapan dalam memerangi penularan COVID-19 di negara ini. Beliau menitipkan pesanan itu menerusi satu video dokumentari pendek ‘Terima […]
Pelajar Tempatan IPT Dibenarkan Kembali Ke Kampus Secara Berfasa Seawal 1 Mac 2021- KPT
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, sebentar tadi memaklumkan bahawa pelajar tempatan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) akan kembali ke kampus secara berfasa mengikut IPT masing-masing seawal 1 Mac 2021. Ia berikutan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah diluluskan oleh Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 23 Disember 2020. “Bagi pelajar dari […]

“Badan Saya Besar, Susah Nak Cari Saiz…” – Wani Comel
Siapa yang tak kenal dengan Wani Comel, seorang remaja yang cekal dalam proses penurunan berat badannya selepas mengalami masalah obesiti. Remaja yang berusia 23 tahun ini mengakui bahawa agak sukar untuknya mendapatkan saiz pakaian yang sesuai dengan bentuk badannya. Malah dia tidak menemui saiz baju dengan ukurannya. Ya, bukan Wani Comel sahaja yang susah untuk […]
Tahun Baharu 2021: Agong, Permasuri Doa Negara Pulih Daripada Musibah COVID-19
KUALA LUMPUR, 31 Dis — Menzahirkan harapan tahun baharu 2021 akan lebih baik, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berharap vaksin COVID-19 yang bakal diterima kelak akan melandaikan keluk pandemik, sekali gus memutuskan transmisi koronavirus di Malaysia. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil […]
Syarikat Dipercayai Dalang Kartel Daging Haram Akan Didakwa Tidak Lama Lagi -Rosol
KUALA BERANG, 31 Dis (Bernama) — Syarikat pengimport daging sejuk beku yang dipercayai dalang kartel daging haram, bakal didakwa di mahkamah tidak lama lagi, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid. Beliau berkata, kertas siasatan terhadap syarikat yang beralamat di Johor Bahru itu hampir lengkap, selepas kementerian memperoleh […]
(Video) Juruterbang Membentuk Gambaran Jarum Di Langit Sempena Pelancaran Vaksin COVID-19 Di Eropah
Seorang juruterbang telah menelusuri sebuah gambar jarum suntik di langit Jerman sebagai meraikan pelancaran kempen vaksinasi coronavirus di seluruh Eropah. Samy Kramer berkata, dia menganggap aksi itu adalah ‘cara yang menyeronokkan dan tidak konvensional untuk meningkatkan kesedaran’. Majoriti negara Kesatuan Eropah mula memberikan vaksin pada orang-orang yang positif bermula pada hari Ahad, sementara Hungary, Slovakia […]
Tiada Jangkitan COVID-19 Berkaitan Zoo Melaka Seperti Tular Di Media Sosial -Rahmad
MELAKA, 31 Dis (Bernama) — Tiada sebarang kes jangkitan COVID-19 direkod berkaitan Zoo Melaka seperti yang tular di laman sosial Facebook baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman. Beliau berkata setakat ini juga tiada arahan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka kepada pengunjung-pengunjung ke lokasi pelancongan terkenal di […]