Berita
Urusan Jual Beli Libatkan Deposit, Mufti WP Perjelas Hukum Yang Semua Orang Perlu Tahu
Urusan perniagaan perlu dilakukan dengan teliti untuk memastikan keadilan bagi semua pihak yang terlibat sama ada pembeli atau penjual. Justeru, para ilmuwan telah mengkaji secara terperinci bagi mengeluarkan sesuatu penjelasan ataupun hukum mengenai sebarang kemusykilan ketika melakukan urusniaga. Baru-baru ini, Mufti Wilayah Persekutuan berkongsi penjelasan di sebalik hukum-hakam menjalankan urusan pembelian melalui deposit ataupun urbun. Adakah […]
GST Akan Dilaksanakan Semula Selepas Kajian Terperinci Dilakukan
KUALA LUMPUR, 28 Dis — Kerajaan hanya akan melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas kajian terperinci dilakukan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kepentingan rakyat. Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Abd Rahim Bakar berkata walaupun diakui ia merupakan sistem percukaian yang komprehensif berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST), namun kerajaan mengambil iktibar perkara yang berlaku […]
Malaysia Kenakan Duti Anti-Lambakan Sementara Ke Atas Import Keluli Dari Indonesia, Vietnam
KUALA LUMPUR, 28 Dis — Kerajaan telah membuat penentuan awal berkenaan penyiasatan anti-lambakan mengenai import keluli tahan karat gulungan sejuk dalam bentuk gegulung, kepingan atau apa-apa bentuk lain (dagangan subjek) yang berasal atau dieksport dari Indonesia dan Vietnam. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata kerajaan mendapati bahawa terdapat bukti yang mencukupi untuk meneruskan siasatan terhadap pengimportan […]
(Video) Nasib Tak Lemas, Gelagat Kucing Ini Lompat Dalam Salji Tebal Sampai ‘Tenggelam’ Bikin Terhibur
Kucing terkenal dengan sikap nakal dan rasa ingin tahu yang tinggi. Bila tiba masa mengembara, ada sahaja gelagat mereka yang boleh mencuit hati. Seperti satu video dikongsikan pemilik akaun @catdogcody di TikTok, seekor kucing yang cuba melompat daripada pagar akhirnya terjunam kepala dahulu ke dalam salji dipercayai setebal 41 inci. Tindakan itu hampir melemaskan dirinya […]
Tiada Kedua-Dua Kaki Dan Tangan Bukan Penghalang Zarina Berniaga Kuih
PUTRAJAYA, 28 Dis — Tidak menjadikan alasan ketiadaan kedua-dua tangan dan kaki untuk tidak boleh bergerak mencari rezeki, Zarina Safian menggunakan kerusi roda elektriknya mengelilingi kawasan Tasik Sri Rampai di Setapak, Kuala Lumpur untuk menjaja kuih tepung pelita. Ibu tunggal dengan sepasang cahaya mata itu mula menyediakan kuih tepung pelita menggunakan mesin khas untuk kegunaan Orang Kelainan Upaya (OKU) pada […]
Tular Pemuda Tawarkan Pakej ‘Teman Sambut Malam Tahun Baru’, Akui Terima Ribuan Mesej
Seorang pemuda dari Jawa tengah, Indonesia menjadi tular di media sosial apabila menawarkan pakej perkhidmatan lengkap untuk teman sambut tahun baru. Pemuda yang bernama Khoirul Anam itu menyatakan bahawa selepas foto sepanduk itu menjadi tular, dia telah mendapat ribuan mesej di aplikasi Whatsapp. Pemuda tersebut mengesahkan bahawa dia telah membuat sepanduk yang tertulis tawaran pakej […]
Cabaran Hapuskan COVID-19 Tidak Halang Usaha Pemerkasaan Sektor Awam – PM Muhyiddin
MELAKA, 28 Dis — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cabaran menghapuskan wabak COVID-19, tidak menghalang usaha memperkasa sektor awam yang merupakan salah satu daripada agenda utama kerajaan, untuk memastikan sistem perkhidmatan yang cekap, telus dan mesra rakyat. Perdana Menteri berkata tanggungjawab penjawat awam kini adalah untuk membudayakan norma baharu dalam cara kerja, supaya perkhidmatan tersebut […]
Seludup Di Sempadan, Macau Scam Antara Kes Yang Curi Tumpuan Ramai Tahun Ini
KUALA LUMPUR, 28 Dis — Kegiatan jenayah berkaitan sempadan negara termasuk kejadian tembak dan penyeludupan migran serta sindiket penipuan Macau Scam adalah antara yang mendapat perhatian ramai sepanjang tahun 2020. Antara yang menggemparkan ialah kejadian seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis, maut dan rakannya cedera parah selepas berbalas […]
COVID-19: Wanita Warganegara Malaysia Antara Lima Kes Baharu Di Singapura
SINGAPURA, 28 Dis — Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan salah seorang daripada lima kes import COVID-19 di negara itu yang diumumkan pada Ahad, merupakan seorang warganegara Malaysia yang sedang menjalani Notis Tinggal di Rumah (SHN) di sebuah hotel di sini. Menurut MOH, wanita itu dipindahkan ke sebuah fasiliti lain pada 20 Dis apabila kementerian itu […]
“Kedua-Duanya Kata Mahu Nikah Dengan Saya,” Pemuda Ini Dilapor Nikahi Dua Kekasihnya Sekaligus
Seorang pemuda di Sumatera Selatan menarik perhatian ramai selepas menikah dengan dua wanita yang merupakan kekasihnya serentak, lapor Detik. Memetik laporan, Suwan, 20 tahun pada mulanya telah berkenalan dengan Popy Anggraini, 18 sebelum bercinta selama tiga tahun dengan gadis itu. Pemuda berkenaan kemudiannya mengenali Anggun, 19 sebelum memutuskan untuk menyunting keduanya. “Saya pada awalnya bercinta […]
Ular Albino ‘Rare’ Dilapor Ditemui, Dikatakan Ada Sindrom ‘Leucistism’
Seekor ular berwarna putih daripada bahagian kepalanya sehingga ekor telah ditemui. Walaupun kebiasaan ular yang ditemui berwarna coklat, namun bagi ular yang amat jarang ditemui ini lain pula ceritanya. Menurut portal Scienceping, ular tersebut telah disimpan dan dikuarantin untuk seketika selepas ditemui kerana ianya terlalu jarang ditemui dan perlu dilindungi. Ular tersebut dilaporkan tergolong dalam […]
Keputusan Kes Berprofil Tinggi Dominasi Mahkamah, Tarik Perhatian Masyarakat Antarabangsa
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Keputusan beberapa kes berprofil tinggi yang sebelum ini menjadi bualan ramai sehingga menarik perhatian masyarakat antarabangsa mendominasi gelanggang mahkamah sepanjang tahun 2020. Paling menonjol keputusan mahkamah dalam kes berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Julai yang menyaksikan bekas Perdana Menteri keenam […]
Sektor Pertanian Akan Digiatkan Secara Keseluruhan Di Sabah – Ronald
BELURAN, 28 Dis (Bernama) — Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan memastikan peruntukan kementerian itu digunakan sebaiknya termasuk bagi merancakkan sektor pertanian secara keseluruhan di Sabah. Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata Sabah merupakan pengeluar makanan yang ketara dan keterhadapan di negara ini. “Pembangunan infrastruktur dalam pertanian akan dapat memperlihatkan kerancakan industri ini […]
Impian Buru Emas Sulung Sukan Olimpik ‘Ditunda’
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Krisis COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah menjejaskan pelbagai sektor termasuk industri sukan, baik di peringkat domestik mahupun di pentas antarabangsa. Pelbagai kejohanan dan temasya sukan turut terkesan sepanjang 2020 susulan pandemik itu, sekali gus membantutkan bukan sahaja impian atlet bergelar sang juara, malah peminat sukan juga terpaksa ‘menangguhkan’ […]
Brightway Holdings, Dua Anak Syarikat Bakal Hadapi 30 Pertuduhan
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Syarikat Brightway Holdings Sdn Bhd dan dua anak syarikatnya bakal menghadapi 30 pertuduhan meliputi pelbagai kesalahan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446). Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan bagi tujuan tersebut. […]
Rasa Kepala Berpusing Dan Tak Seimbang Selepas Bangun Tidur, ‘Vertigo’ Mungkin Penyebabnya
Gejala pening kepala mungkin boleh jadi penanda beberapa gangguan kesihatan, antaranya darah rendah dan vertigo. Vertigo merupakan satu kondisi yang boleh menyebabkan anda berasa tidak seimbang, sakit kepala dan juga loya. Menurut perkongsian Kementerian Kesihatan, masalah ini boleh berpunca daripada jangkitan ataupun perubahan tekanan di dalam telinga. Ia juga boleh terjadi akibat trauma pada bahagian […]

(Gambar) Dipercayai Hilang Kerja Akibat Pandemik, Foto Lelaki Pakai Maskot Gendong Anak Cari Rezeki Undang Sebak
Demi mencari sesuap rezeki buat keluarga, seorang ayah di Jakarta sanggup bekerja sambil mengendong anaknya di bahu sambil menyanyi di jalanan. Menurut perkongsian Suara.com, Wahyu, 30 tahun bekerja sebagai seorang penghibur dengan memakai maskot di Jalan Pangeran Antasari, Jakarta Selatan. Lelaki yang berasal dari Jogjakarta itu dikatakan terpaksa bekerja sebagai penghibur selepas kehilangan pekerjaan sebagai […]
Budak Lelaki Ini Mahu Gaya Rambut Cristiano Ronaldo, Tapi Dapat Gaya Ronaldo ‘R9’
Seorang budak lelaki di United Kingdom terkejut selepas permintaannya untuk menggayakan rambut seperti bintang Juventus Cristiano Ronaldo yang dimintanya bertukar menjadi gaya rambut bintang bolasepak Brazil Ronaldo Nazario. Dalam satu video yang tular di media sosial, budak lelaki yang memakai baju Chelsea itu menjelaskan kepada bapanya bahawa dia menginginkan gaya potongan rambut seperti ‘Ronaldo’ sambil […]
BN Terbuka Terima Mana-mana Parti Sertai Gabungan – Mohamad
NILAI, 27 Dis (Bernama) — Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan berkenaan. Beliau berkata ini kerana BN perlu mengumpulkan semula kekuatan termasuk daripada parti-parti lain yang mempunyai kelebihan tersendiri selepas kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. “Kita mesti bersifat […]
Perhati ‘Petunjuk’ Ini, Mungkin Jadi Penyebab Kucing Anda Kerap Muntah
Bagi sesiapa yang mempunyai kucing, anda pasti kadangkala bimbang dengan keadaan haiwan comel itu yang kerap muntah tanpa ketahui puncanya. Keadaan tersebut tidak seharusnya diabaikan, muntah mungkin menandakan kucing anda mengalami masalah kesihatan. Menerusi portal Mental Floss, ada beberapa ‘petunjuk’ yang menyebabkan kucing anda muntah. 1. Makan terlalu cepat Makan terlalu cepat atau berlebihan adalah […]