Berita

Berita
Hanya Ambil Masa Beberapa Minit, Saintis Australia Dilapor Berjaya Hasilkan Berlian Dalam Makmal
Bagi yang tidak tahu, penciptaan berlian kini tidak perlu lagi mengambil masa selama ribuan tahun untuk terbentuk. Ia kebiasaannya dibuat setelah karbon dihancurkan dan dipanaskan jauh di bawah permukaan Bumi selama berbilion tahun yang menjadikannya sangat didambakan. Kini, para saintis di Australia mengatakan bahawa mereka mempercepatkan proses pembuatan berlian pada suhu bilik tertentu dalam hanya […]
Berita
Khairy Jamaluddin Cedera Ringan Jatuh Basikal, Dipercayai Terlanggar Lubang
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilaporkan jatuh basikal dipercayai terlanggar lubang kecil di jalan raya hari ini. Kejadian yang berlaku itu menyebabkan dirinya mengalami luka kecil di bahagian muka, namun tiada kecederaan serius dilaporkan. Khairy berkongsi beberapa foto memaparkan lubang di lokasi kejadian, serta dirinya yang kini dirawat di wad hospital menerusi ciapan […]
Berita
Kerajaan Pertimbang Buka Sempadan Untuk Tingkatkan Pelancongan- Menteri Pelancongan
KUCHING, 27 Dis (Bernama) — Kerajaan mempertimbangkan untuk membuka sempadan negara bagi membantu merancakkan sektor pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri. “Kini, kami di peringkat mengadakan rundingan dengan negara-negara seperti Singapura, Brunei, Korea, Jepun, Taiwan dan New Zealand yang dikenal pasti sebagai kawasan Zon Hijau,” katanya pada sidang media selepas […]
Gaya hidup
Lelaki Iraq Ini Selamba Bela 62 Ekor Singa Afrika Di Rumah Sejak 10 Tahun Lalu
Kebanyakkan orang akan memelihara haiwan yang bersifat manja dan mudah untuk diuruskan seperti kucing, burung, anjing dan lain-lain lagi. Namun tidak bagi Ghali al-Marajlah dari Iraq yang berani menghabiskan masanya selama 10 tahun dengan memelihara sebanyak 62 ekor singa di rumahnya yang terletak di Kota Basra. Menurut laporan, Marajlah mendakwa bahawa haiwan seperti singa mampu […]
Berita
Op SAR Mangsa Lemas Di Jambu Bongkok Diteruskan Guna Helikopter
MARANG, 27 Dis (Bernama) — Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Wan Nashaifudin Wan Latif, 48, yang dikhuatiri lemas di Pantai Jambu Bongkok di sini diteruskan dengan menggunakan helikopter pasukan penyelamat. Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris berkata pencarian menerusi udara itu bermula pada 12.50 tengah hari tadi selama sejam sepanjang 24 kilometer […]
Luar Negara
Strain Baharu COVID-19 UK Dilapor Mula Tersebar Luas, Kini Dikesan Di Eropah, Jepun & Kanada
Strain baharu COVID-19 yang dikesan buat kali pertama di United Kingdom (UK) kini telah tersebar ke serata Eropah serta Kanada dan Jepun. Terdapat juga kes yang dilaporkan di Sepanyol, Switzerland, Sweden dan Perancis yang didakwa melibatkan mereka yang pulang dari UK. Malah laporan BBC memaklumkan, ada sepasang individu di Ontario, Kanada dijangkiti strain baharu tersebut […]
Luar Negara
Lelaki Cari Perempuan ‘Single’, Ajak Sambut Malam Tahun Baharu Bersama-sama Dengan ‘Pakej’ Lengkap Serendah RM25
Malam ambang tahun baharu kian menjelma. Biasanya ia pasti akan diraikan dengan pertunjukan bunga api secara besar-besaran. Selain itu, malam tahun baharu juga sering dipenuhi dengan pelbagai aktiviti lain seperti konsert nyanyian, hiburan dan sebagainya. Lagi seronok kalau ia diraikan bersama pasangan dan keluarga tercinta. Namun bagi seorang lelaki bujang di Indonesia ini, malam ambang […]
Berita
“Rehatlah Naim, Anak Syurga Mak Long,” Noraniza Idris Titip Doa Buat Anak Saudara Mangsa Lemas
Mayat mangsa lemas, Allahyarham Naim Hariri Kamaruddin telah ditemukan terdampar di Pantai Alur Tuman pada pagi tadi selepas dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu. Pemergiaannya itu pasti sangat dirasai oleh ahli keluarga terutama apabila dia sepatutnya melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya semalam. Turut berduka ialah penyanyi, Noraniza Idris, yang merupakan ibu saudara kepada Allahyarham Naim. Menerusi kiriman […]
Gaya hidup
Wanita Ini Tak Tahu Dirinya Hamil, Hanya Sedar 30 Minit Sebelum Bersalin ‘Hadiah Krismas’
Seorang ibu muda dari Cleveland, Amerika Syarikat telah mengimbas kisahnya empat tahun lalu yang didakwa tidak ketahui dirinya sedang hamil dan sedar 30 minit sebelum melahirkan bayi yang dianggap sebagai hadiah Krismas. Menurut laporan, Ally Opder, 26 tahun yang bersalin pada 21 Disember 2016 yang lalu mengatakan perutnya kelihatan kempis bahkan ujian yang dilakukan sebelum […]
Berita
18 Individu Ceroboh, Daki Hutan Simpan Panti Tanpa Permit
JOHOR BAHRU, 27 Dis (Bernama) — Seramai 18 individu dipercayai menceroboh Hutan Simpan Panti dekat Kota Tinggi dengan menganjurkan aktiviti mendaki tanpa permit pada 20 Dis lepas. Menerusi hantaran dalam laman Facebook rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), aduan aktiviti sekumpulan individu itu diterima pihaknya menerusi e-mel dan hasil semakan mendapati terdapat gambar aktiviti itu […]
Berita
Disambut Dengan Tangisan Ahli Keluarga, Jenazah Pembantu Rumah Syafiq Ahmad Tiba Di Indonesia
Jenazah pembantu rumah penyerang Harimau Malaya, Syafiq Ahmad dilaporkan telah selamat tiba di Jakarta pada Jumaat lalu. Allahyarhamah Titik Sukamti, 46, antara tiga orang yang terkorban dalam kemalangan membabitkan kereta yang dipandu oleh Syafiq beberapa minggu lalu. Menurut Kompas.com, jenazah Sukamti tiba di rumah pengebumian pada Jumaat lalu dan disambut dengan tangisan ahli keluarganya. Sukamti […]
Luar Negara
Kembar Warga Singapura Cari Adik-beradik Sebapa Di Malaysia
SINGAPURA, 27 Dis (Bernama) — “Wajah arwah ayah mirip rupa saya.” Hanya berbekalkan maklumat yang terhad ini seorang warga Singapura ingin mencari adik-beradik sebapa di Malaysia. Muhd Imran, 43, difahamkan arwah ayahnya mempunyai dua lagi isteri di Malaysia dan ibunya warga Singapura pula merupakan isteri ketiga. Pencarian bapa dua anak ini yang turut mempunyai saudara kembar […]
Gaya hidup
Monopoly Lancar Edisi ‘Longest Game Ever’, Kena Miliki 66 Hartanah Buat Anda Susah Nak Jadi ‘Jutawan’
Monopoly merupakan salah satu permainan papan yang paling terkenal dan masih lagi menjadi pilihan bagi seisi keluarga masa kini. Bukan mudah untuk menjadi ‘jutawan’ dan memiliki semua hartanah yang diperuntukkan dalam permainan itu. Namun, bagi yang masih tidak tahu, anda pasti akan lagi ‘terseksa’ apabila bermain Monopoly edisi ‘Longest Game Ever’ ini. Manakan tidak, ia […]
Berita
Mayat Bakal Pengantin Ditemukan Pagi Ini-Polis
MARANG, 27 Dis (Bernama) — Mayat bakal pengantin yang dikhuatiri lemas di Pantai Kelulut Jumaat lepas, ditemukan terdampar di Pantai Alur Tuman di sini pagi ini. Mayat Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Kuala Lumpur ditemukan pada 8.55 pagi oleh pasukan penyelamat yang membuat rondaan di pantai itu, kira-kira tiga kilometer dari lokasi beliau dilaporkan hilang. […]
Berita
Doktor Kecewa, Dirinya Dijangkiti COVID-19 Gara-gara Rawat Pesakit Didakwa Menipu Kata Dirinya ‘Sihat Tidak Bergejala’
Baru-baru ini, berlaku satu lagi kes pesakit COVID-19 tidak bertanggungjawab yang sanggup menipu pihak hospital bahawa dirinya sihat. Sikap pesakit tersebut telah mengakibatkan salah seorang doktor yang merawatnya turut sama dijangkiti virus itu. Kejadian ini dialami sendiri oleh seorang petugas kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) di sebuah pusat perubatan, Dr. Nur Marini Zainal. Ia dikongsi menerusi […]
Gaya hidup
Demon Slayer Dilapor Kutip RM 1.22 Bilion, Atasi Spirited Away Jadi Filem Paling Besar Dalam Sejarah Jepun
Walaupun hanya ditayangkan di beberapa buah negara dan belum pun memasuki pasaran antarabangsa yang lain, terutamanya Amerika Utara, filem animasi popular, Demon Slayer: Mugen Train dilapor berjaya menjadi filem Jepun dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah, mengatasi Spirited Away. Menurut perkongsian-perkongsian viral di page komuniti anime, Demon Slayer: Mugen Train setakat ini dilaporkan sudah berjaya […]
Berita
ADUN Dengkil, Adhif Shan Abdullah Positif COVID-19
PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Shan Abdullah disahkan positif COVID-19 petang semalam dan akan dibawa ke hospital untuk proses rawatan dan kuarantin hari ini. Perkara itu disahkan beliau sendiri dalam satu kenyataan di sini hari ini. Adhif berkata beliau telah menjalani ujian saringan di hospital pada 25 Dis […]
Sukan
Mat Zan Sasar Bantu PDRM FC Kekal Dalam Liga Premier 2022
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) — Jurulatih berpengalaman Mat Zan Mat Aris berharap dapat membantu kelab bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) yang tersingkir ke Liga Premier musim depan untuk sekurang-kurangnya kekal dalam saingan liga itu pada musim seterusnya. Beliau yang mengikat kontrak selama dua tahun dengan PDRM FC mengakui cabaran terbesarnya selepas ini ialah […]
Kesihatan
Ini Enam Cara Ibu Bapa Perlu Buat Bila Emosi Anak Terganggu Dalam Tempoh Pandemik
Sudah setahun sejak kes pertama pandemik COVID-19 dilaporkan, ia pastinya memberikan impak yang besar kepada masyarakat di seluruh dunia terutama dari segi mental. Perintah berkurung beberapa bulan lalu memperlihatkan peningkatan masalah kesihatan mental yang menyelubungi setiap lapisan umur termasuk kanak-kanak dan remaja. Walaupun kanak-kanak menghadapi emosi dengan cara yang berlainan namun mereka harus merasa disayangi, […]
Luar Negara
Baru Sebulan Dibenarkan Terbang, Pesawat Boeing 737-8 Max Milik Air Canada Dilapor Lakukan Pendaratan Cemas Kerana Masalah Enjin
Sebuah pesawat Air Canada Boeing 737-8 Max yang dalam perjalanan antara Arizona dan Montreal dilaporkan mengalami masalah enjin sehingga memaksa kru mengalihkan pesawat ke Tucson, Arizona, lapor The Guardian. Jurucakap Air Canada berkata bahawa tidak lama selepas berlepas, juruterbang dilaporkan menerima isyarat masalah enjin dan memaksanya mematikan salah satu enjin. “Pesawat kemudian dilencongkan ke Tucson […]