Berita

Kesihatan
TERKINI: 2062 Kes Baharu COVID-19 Dan 8 Kluster Baharu Dilaporkan Hari Ini, Selangor Catat 1,014 Kes
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa pada hari ini Malaysia mencatatkan pertambahan 2062 kes baharu COVID-19. Menerusi maklumat daripada laman Twitter KKMalaysia itu, kes harian tertinggi dicatatkan di negeri Selangor iaitu dengan 1,014 kes baharu diikuti Kuala Lumpur dengan 504 kes. KKM juga memaklumkan pada hari ini terdapat 911 kes telah sembuh dan dukacita bahawa […]
Berita
Dua Maut, Seorang Parah Selepas Tercampak Keluar Dari Kenderaan Di Port Dickson
PORT DICKSON, 22 Dis (Bernama) — Sepasang suami isteri maut manakala anak saudara perempuan mereka cedera parah selepas kesemua mereka tercampak keluar dari kenderaan jenis Honda HRV yang dinaiki dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Seremban-Port Dickson hari ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian 1.10 tengah hari itu, mangsa yang maut ialah penumpang hadapan dan penumpang belakang kenderaan, Seng Pang Hemg, […]
Berita
Waspada, Beberapa Negeri Dijangka Dibadai Ribut Petir Dan Hujan Lebat Sehingga Jam 9 Malam
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir melalui laman rasmi Twitter mereka. Melalui imej yang dimuatnaik, 3 buah negeri dijangka berlaku ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 8 malam, manakala 2 negeri sehingga 9 malam . Negeri dan kawasan terlibat sehingga 8 malam. Pahang : (Bentong) Selangor : (Gombak dan Hulu Langat) Negeri Sembilan […]
Berita
TERKINI: Pelajar Antarabangsa Dibenar Kembali Ke Kampus Kecuali Dari United Kingdom
Pelajar antarabangsa dibenarkan untuk kembali ke kampus berkuat kuasa 1 Januari 2021. Menerusi Sidang Media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Dato’ Seri Ismail Sabri mengatakan bahawa kebenaran tidak melibatkan pelajar daripada United Kingdom. Pelajar antarabangsa dibenar kembali ke kampus kecuali dari United Kingdom berkuat kuasa 1 Jan 2021 – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/s9sAbCWavX — BERNAMA (@bernamadotcom) […]
Luar Negara
(Video) Rezeki Terpijak, Petani Dilapor Temui Berlian Bernilai Lebih RM320k Ketika Usahakan Tanahnya
Seorang petani di Bhopal, India mendapat ‘durian runtuh’ apabila dia dilaporkan menemui sebutir berlian di kawasan tanahnya. Lakhan Yadav, 45, menjumpai berlian itu di dalam satu kawasan tanah yang disewanya pada bulan lepas. Difahamkan pada awalnya, Yadav hanya menyangka objek yang ditemuinya itu hanyalah batu kerikil biasa. Bagaimanapun, dia cuba membersihkannya untuk mengenal pasti lebih […]
Gaya hidup
Berat Cecah 9kg, Arnab Gergasi Jalani Hidup ‘Mewah’, Siap Ada Bilik Sendiri & Suka Tonton Tv
Baru-baru ini digemparkan dengan kewujudan seekor arnab gergasi di mana arnab tersebut mempunyai saiz yang besar dan beratnya mencecah 9 kilogram. Menurut Lyn Hobson iaitu pemilik arnab gergasi tersebut, dia mengakui bahawa arnab tersebut merupakan haiwan kesayangannya yang bersikap manja. Tambahnya, arnab jantan yang diberi nama Jester itu adalah baka Continental Giant atau dikenali sebagai […]
Luar Negara
Anak Tak Kenang Budi, Didakwa Bunuh Ayah Tiri & Tikam Ibu Sendiri Gara-gara Disuruh Berhenti Main “Game”
AMERIKA – Seorang lelaki dilaporkan bertindak agresif membunuh bapa tiri dan menikam ibunya selepas mereka meminta dirinya untuk menutup permainan video. Difahamkan, tertuduh bertindak menumbuk wajah ibunya dan memukul ayah tirinya terlebih dahulu. Keadaan itu menyebabkan ayah tirinya dipercayai bertindak mendapatkan sebilah pisau untuk melindungi isteri dan dirinya. Berlaku pergaduhan dan tertuduh dikatakan berjaya merampas […]
Luar Negara
Bagai Melepaskan Anjing Tersepit, Lelaki Dilapor Jadi Mangsa Penderaan Kejam Pasangan Gelandangan Yang Dibantunya
MANCHESTER – Kehidupan yang kononnya indah kini bertukar tragedi, pasangan gelandangan dilaporkan telah melakukan penyeksaan yang kejam terhadap seorang lelaki yang dikatakan telah menjaga mereka. Pasangan tersebut juga dipercayai merupakan penagih dadah. Mangsa mengatakan bahawa sebelum memutuskan menjaga mereka, dirinya telah menemui pasangan tersebut di jalanan pada bulan Januari 2019. Manakala kejadian mula berlaku pada […]
Berita
Kali Terakhir Pada 1226, Fenomena Astronomi Unik Disaksikan Dilangit Pulau Pinang Selepas 800 Tahun
BALIK PULAU, 22 Dis (Bernama) — Masyarakat di Pulau Pinang, khususnya pengkaji bintang, cukup bertuah semalam apabila mereka berpeluang menyaksikan fenomena “Great Conjunction” atau “kesebarisan” planet Musytari dan Zuhal yang kali terakhir dilihat pada 4 Mac 1226. Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), fenomena itu merujuk kepada penjajaran dua planet berkenaan yang […]
Berita
“Sha Terpaksa Picit-picit Perut, Nak Tahu Baby Ok Ke Tak”, Diuji Positif COVID-19, Wanita Mohon Doa Buat Bayi Dan Dirinya
Setiap ibu yang sedang hamil pastinya mengharapkan agar kandungan terus sihat dan tidak berlaku apa-apa sehingga ke tarikh dijangka. Namun, terkadang perancangan Yang Maha Esa lebih mengatasi segala-galanya. Menerusi perkongsian Shaa Ajis di laman Twitter, dia diberikan ujian yang hebat semasa mengandung dengan disahkan positif COVID-19 pada 14 Disember lalu. Dengan usia kehamilannya 38 minggu, […]
Luar Negara
Budak 9 Tahun Muncul Youtuber Dengan Bayaran Tertinggi Didunia, Raih RM 119 Juta Sepanjang 2020
Seorang kanak-kanak lelaki, Ryan Kaji yang berusia 9 tahun telah tersenarai sebagai individu yang memperolehi bayaran tertinggi di Youtube sepanjang tahun 2020 yang dianggarkan sebanyak $ 29.5 juta (RM119 juta). Bahkan saluran Youtubenya iaitu ‘Ryan’s World’ yang terkenal dengan video unboxing permainan juga mempunyai sekitar 41.7 juta pelanggan. “Dia terkenal dengan video unboxing di mana […]
Berita
Sorotan 2020: Selangor Hadapi 9 Kali Pencemaran Air & 8 Kali Gangguan Bekalan
SHAH ALAM, 22 Dis (Bernama) — Tahun 2020 menyaksikan Selangor melalui sembilan siri pencemaran sumber air mentah dan lapan kali gangguan bekalan air yang sering kali menjejaskan sebahagian besar pengguna di negeri ini dan di Lembah Klang. Semasa orang ramai menyinsing lengan baju untuk mengangkut air bagi kegunaan harian acap kali berlakunya gangguan bekalan, ada juga […]
Berita
Port Wajib Makan Cendol ‘Alaf Baru’ Area Melaka & Johor, Siap Guna Durian Premium
Kalau sebut je cendol, mesti ramai yang terliur kan? Tambah-tambah pula cuaca panas begini, kalau pekena cendol ni best juga kan? Dihidang pula dalam keadaan sejuk dan manis buah memang ‘terangkat habis’. Jadi, berdasarkan pengalaman ramai, SK nak kongsi ‘port best’ makan cendol sekitar Melaka dan Johor. Pernah dengar Cendol Kampung Hulu? Ya, ni lah […]
Berita
Beli Minyak Hitam PETRONAS Dapat Bawa Balik Sebuah Motosikal YZF-R25, Ini Caranya Yang Korang Perlu Buat
Bila dah sampai je waktu untuk servis motosikal, pasti ramai penunggang motosikal kat luar sana tu pening nak pilih minyak hitam yang betul-betul berkualiti dan dalam masa yang sama nak harga yang berpatutan kan? Yelah kan, kalau dah pakai motor tu secara harian atau nak konvoi jalan jauh-jauh dengan kawan-kawan mestilah kalau boleh kita nak […]
Berita
Kerajaan Berjaya Dapatkan Tambahan Sebanyak 6.4 Juta Dos Lagi Vaksin COVID-19 – PM
KUALA LUMPUR, 22 Dis — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin COVID-19, iaitu tambahan 10 peratus lagi kepada bekalan vaksin yang bakal diterima negara. Beliau berkata ini bermakna kerajaan kini memperoleh keseluruhan jaminan bekalan sebanyak 40 peratus, termasuk menerusi […]
Gaya hidup
Wanita ‘Selamba’ Hadiahkan Roll-Royce Sempena Hari Jadi Anaknya Yang Ke-12
DUBAI – Seorang wanita, Gulnora Mukhedinova,34 tahun didakwa telah menghadiahkan anaknya sebuah kereta Rolls-Royce Wraith yang bernilai hampir 1.3 juta kepada anak lelakinya. Wanita itu dikatakan menghadiahkan kereta itu sempena ulang tahun anaknya yang ke-12 tahun, lapor The Sun UK. Rakaman video yang dimuat naik di Instagram menunjukkan Gulnora menghadiahkan kereta mewah kepada anak lelakinya, […]
Kesihatan
Satu Per Lima Penduduk Dunia Dijangka Tidak Akan Dapat Akses Kepada Vaksin COVID-19 Sehingga 2022- Kajian
Sekurang-kurangnya satu per lima penduduk dunia dijangka tidak akan mendapat akses kepada vaksin COVID-19 hingga tahun 2022. Menurut SCMP, kajian pra-persetujuan yang dibuat untuk ubat-ubatan mendapati bahawa negara-negara berpendapatan tinggi yang merangkumi 14 peratus populasi dunia telah menempah separuh daripada 7.5 bilion yang dilakukan oleh 13 pembangun vaksin terkemuka. Pasukan dari Johns Hopkins Bloomberg School […]
Kesihatan
PM Antara Individu Terawal Bakal Terima Suntikan Vaksin COVID-19, Mahu Yakinkan Rakyat Vaksin Diterima Adalah Selamat
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara selamat dan berkesan. Perdana Menteri berkata ini akan diikuti oleh petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta […]
Berita
Dari 137kg Turun Ke 76kg, Lelaki Tampil Lebih Bergaya & Kongsi Amal Diet Ini Untuk Lebih Sihat
Sememangnya perlu diakui bahawa bukan mudah untuk menurunkan berat badan, persediaan dari segi mental dan fizikal perlu seiring. Bukan itu sahaja, bersedialah untuk ‘melepaskan’ gaya pemakanan yang tidak sihat, ia merupakan ‘pengorbanan’ utama yang perlu dilakukan. Sama dengan Amin Othman yang berjaya menurunkan berat badannya dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Menerusi perkongsiannya […]
Tular Rakaman Ngeri Polis Tembak Mati Ibu Tua & Anaknya, Dipercayai Hanya Kerana Kes Main Meriam
Polis Filipina akan memecat seorang anggotanya yang didakwa menembak mati dua individu di Paniqui kelmarin dalam tempoh 30 hari. Ketua polis negara, Alfegar Triambulo menegaskan, Pengarah Wilayah RIAS-1 telah diarahkan untuk meneruskan siasatan pra-caj ke atas suspek tersebut. “Dia, suspek sudah menyerah diri dan mengaku bersalah atas tindakan tersebut. “Jadi yang pastinya, kita akan memastikan […]