Berita

Anggota Polis Dihanyut Arus Deras Di Sepang Ditemukan Lemas
Anggota Polis Dihanyut Arus Deras Di Sepang Ditemukan Lemas SEPANG, 30 Nov (Bernama) — Anggota polis yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di kawasan Klinik Desa Giching di sini pada Jumaat lepas ditemukan lemas pagi ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mangsa ditemui […]

Banjir Surut, Penduduk Aceh Terkejut Temui Bangkai Gajah Ditimbun Kayu
Banjir Surut, Penduduk Aceh Terkejut Temui Bangkai Gajah Ditimbun Kayu Indonesia— Penduduk Desa Meunasah Lhok, Aceh dikejutkan dengan penemuan bangkai seekor gajah yang tertimbun di balik kayu dan lumpur selepas banjir mula surut. Menurut Kumparan, penemuan ini menggemparkan ramai kerana gajah jarang muncul di kawasan tersebut. Haiwan yang dilindungi itu dipercayai hanyut dari kawasan hutan […]

Malaysia Dinobatkan Juara Keseluruhan Olimpiad Robot Dunia Buat Kali Ke-13
Malaysia Dinobatkan Juara Keseluruhan Olimpiad Robot Dunia Buat Kali Ke-13 KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Malaysia meneruskan dominasi dalam Olimpiad Robot Dunia (WRO) apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada final antarabangsa edisi ke-22 kejohanan itu yang berlangsung di Singapura dari 26 hingga 28 Nov. Bersaing dengan lebih 1,571 murid daripada 91 negara, kontinjen Malaysia […]

PRN Sabah: Kesemua 882 Pusat Undi Ditutup 5.30 Petang
PRN Sabah: Kesemua 882 Pusat Undi Ditutup 5.30 Petang KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) — Kesemua 882 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah ditutup sepenuhnya pada 5.30 petang ini. Penutupan pusat-pusat pengundian melibatkan 3,599 saluran itu dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan jumlah pengundi berdaftar, selepas dibuka tepat 7.30 pagi tadi. […]

Isu Akaun Digantung: TNG eWallet Beri Penjelasan
Isu Akaun Digantung: TNG eWallet Beri Penjelasan Touch’n Go eWallet (TnG eWallet) dalam satu kenyataan memberi penjelasan berkenaan isu tular penggantungan akaun eWallet. “Kami mengambil maklum mengenai hantaran baru-baru ini berkenaan akaun TNG eWallet yang digantung. “Kami ingin memberi jaminan kepada semua pengguna bahawa penggantungan akaun hanya akan berlaku apabila sistem kami mengesan aktiviti yang […]

Amaran Hujan Berterusan Di Beberapa Negeri Ditamatkan – MetMalaysia
Amaran Hujan Berterusan Di Beberapa Negeri Ditamatkan – MetMalaysia Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan penamatan amaran hujan berterusan di beberapa negeri di Semenanjung dan dua Wilayah Persekutuan. “Berdasarkan analisis model-model cuaca, cuaca dijangka bertambah baik dan tiada potensi hujan berterusan di negeri Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Sembilan. […]

AirAsia Laksana Penyelenggaraan Pencegahan Bagi Pesawat A320 Mengikut Arahan Layak Terbang
AirAsia Laksana Penyelenggaraan Pencegahan Bagi Pesawat A320 Mengikut Arahan Layak Terbang KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — AirAsia Aviation Group Ltd telah mula menggunakan semula perisian versi sebelum ini yang diwajibkan ke atas pesawat Airbus A320 Family bermula hari ini, selaras dengan Arahan Layak Terbang (AD) segera yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pensijilan. Menurut syarikat […]

Shamsul Iskandar, Albert Tei Dibawa Ke Mahkamah Putrajaya Untuk Permohonan Reman
Shamsul Iskandar, Albert Tei Dibawa Ke Mahkamah Putrajaya Untuk Permohonan Reman PUTRAJAYA, 29 November (Bernama) — Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan seorang ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya pagi ini dengan menaiki kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi proses permohonan reman. […]

Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri, Terengganu Lebih 10,000 Orang
Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri, Terengganu Lebih 10,000 Orang KUALA LUMPUR, 29 November (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak menunjukkan peningkatan pagi ini, manakala di Kedah, Kelantan dan Perlis merekodkan penurunan. Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir terus bertambah kepada 10,399 orang daripada 3,188 keluarga setakat […]

Tanah Runtuh Di Cameron Highlands: Laluan Apartment Puncak Arabella Dibuka
Tanah Runtuh Di Cameron Highlands: Laluan Apartment Puncak Arabella Dibuka KUANTAN, 29 Nov (Bernama) — Laluan keluar masuk ke Apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands yang terputus hubungan akibat tanah runtuh semalam, telah dibuka semula selepas kerja-kerja pembersihan jalan selesai dilakukan pada awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata penduduk yang terkandas juga […]

PRN Sabah: Ahmad Zahid Seru Pengundi Guna Hak Pilih Wakil Terbaik
PRN Sabah: Ahmad Zahid Seru Pengundi Guna Hak Pilih Wakil Terbaik KOTA KINABALU, 29 November (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 supaya menggunakan hak dan kuasa yang diberi untuk memilih wakil terbaik demi masa depan negeri itu. “Hari ini ialah hari […]

Naik Taraf Sistem Semboyan, Beberapa Stesen LRT Ditutup Sementara
Naik Taraf Sistem Semboyan, Beberapa Stesen LRT Ditutup Sementara Pengendali perkhidmatan pengangkutan awam rel, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) mengumumkan beberapa stesen Rapid KL ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada aktiviti menaik taraf sistem semboyan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang rasmi Rapid KL, beberapa stesen di laluan LRT Kelana Jaya […]

MetMalaysia Keluarkan Amaran Lekukan Tropika
MetMalaysia Keluarkan Amaran Lekukan Tropika KUALA LUMPUR — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran Lekukan Tropika yang dikesan pada 5 pagi ini di latitud 4.5 darjah Utara dan longitud 104.9 darjah Timur. Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan lekukan itu dijangka bergerak ke arah Timur Laut dengan kelajuan 10 kilometer […]

Tanah Runtuh: Hampir 700 Penduduk Apartmen Puncak Arabella Terputus Hubungan
Tanah Runtuh: Hampir 700 Penduduk Apartmen Puncak Arabella Terputus Hubungan KUANTAN, 28 Nov (Bernama) — Laluan masuk ke Apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands terputus hubungan selepas berlaku kejadian tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C bangunan kediaman itu, malam ini. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata pihaknya menerima laporan […]

Beberapa Daerah Di Kelantan Dijangka Dilanda Banjir Mulai Esok – JPS
Beberapa Daerah Di Kelantan Dijangka Dilanda Banjir Mulai Esok – JPS KOTA BHARU, 28 Nov (Bernama) — Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjangkakan kemungkinan berlakunya banjir di beberapa kawasan rendah dan berisiko di Kelantan susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia semalam. Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) memaklumkan ramalan […]

Lembaga Lebuhraya Malaysia Lancar Aplikasi Navigasi Pintar, TuJu
Lembaga Lebuhraya Malaysia Lancar Aplikasi Navigasi Pintar, TuJu Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan aplikasi navigasi lebuh raya yang dipanggil TuJu pada Rabu lalu. Dibangunkan sejak 2022, aplikasi itu merupakan hasil kerjasama LLM dan Prosignal Consortium Sdn. Bhd. (PCSB). Menurut LLM, TuJu dibangunkan bagi meningkatkan keselamatan, keberkesanan laluan dan keselesaan untuk pengguna lebuh raya di […]

PM Anwar Kecam Serangan Ke Atas Haresh Deol – Fahmi
PM Anwar Kecam Serangan Ke Atas Haresh Deol – Fahmi PUTRAJAYA, 28 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam serangan terhadap wartawan sukan Haresh Deol, yang juga Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata Perdana Menteri pada mesyuarat Kabinet hari ini menegaskan bahawa sebarang bentuk […]

Tengku Zafrul Akan Terus Bantu PMX & Kerajaan Di Masa Akan Datang – Fahmi Fadzil
Tengku Zafrul Akan Terus Bantu PMX & Kerajaan Di Masa Akan Datang – Fahmi Fadzil Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dijangka akan diberikan tanggungjawab atau peranan baru untuk membantu kerajaan selepas menamatkan perkhidmatan selaku Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Menurut jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil, ia […]

Penghantar Barang Mengaku Cederakan Wartawan Sukan
Penghantar Barang Mengaku Cederakan Wartawan Sukan KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Seorang penghantar barang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan sengaja mencederakan wartawan sukan Haresh Deol, yang juga Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), pada Selasa lepas. Tertuduh, 37, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu […]

Kebakaran Apartment Hong Kong: Angka Korban Meningkat Kepada 94 Orang, Puluhan Masih Hilang
Kebakaran Apartment Hong Kong: Angka Korban Meningkat Kepada 94 Orang, Puluhan Masih Hilang Pasukan bomba giat melaksanakan operasi pencarian di blok apartment terakhir dalam kawasan perumahan yang terbakar dalam isiden kebakaran terburuk Hong Kong dalam tempoh beberapa dekad, pada Jumaat. Menurut AFP, angka korban kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 94 orang dengan puluhan mangsa lagi masih […]