Berita

Berita
Bayi Ditikam Bapa Ditempatkan Di Bawah Jagaan JKM
KUALA LUMPUR, 15 Dis- Bayi perempuan berusia 18 bulan yang cedera parah ditikam bapanya dalam kejadian di sebuah flat di Puchong Permai, Subang Jaya pada Sabtu lepas, kini diserahkan dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata bayi itu yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik Hospital Kuala […]
Luar Negara
Lelaki Digelar “Twitter Killer” Dijatuhi Hukuman Mati Selepas Mengaku Membunuh 9 Orang Kenalan Twitternya
Seorang lelaki yang mengaku membunuh sembilan orang kenalan Twitter telah dijatuhi dihukum mati, dalam kes berprofil tinggi yang mengejutkan Jepun. Dia yang digelar “pembunuh Twitter”, ditangkap pada tahun 2017 setelah sebahagian badan mangsa dijumpai di flatnya. Dia telah mengaku bersalah atas pembunuhan itu pada bulan Oktober, dengan mengatakan tuduhan terhadapnya “semuanya betul”. Hampir semua mangsa […]
Berita
TERKINI: Belanjawan 2021 Diluluskan Selepas Bacaan Ketiga Di Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) diluluskan di Dewan Rakyat hari ini apabila Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) itu memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen. Rang undang-undang itu diluluskan melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyaksikan 111 ahli Parlimen bersetuju, 108 tidak bersetuju dan seorang […]
Berita
Awas, Ribut Petir Dan Hujan Lebat Dijangka Membadai Kebanyakkan Negeri Hingga Jam 6 Petang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di hampir seluruh negara yang dijangka berlaku sehingga jam 6 petang ini. MetMalaysia dalam kenyataan sebentar tadi, memaklumkan negeri yang dijangka terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, […]
Berita
Cemburu Motif Lelaki Orang Asli Bunuh Isteri – Polis
KOTA BHARU, 15 Dis (Bernama) — Motif cemburu dipercayai punca seorang lelaki Orang Asli bertindak mencekik sehingga mati isterinya dalam kejadian di Kampung Liak dekat Pos Brooke, Gua Musang, semalam. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata berdasarkan siasatan awal, suspek iaitu lelaki berumur 40 tahun merasa marah apabila mengetahui isterinya menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki sekampung. Katanya, […]
Berita
Polis Nafi Pengurusan Genting Highlands ‘Sorok’ Pekerja Positif Covid-19
BENTONG, 15 Dis – Polis menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya kira-kira 1,500 pekerja di Genting Highlands ditempatkan di sebuah hotel di pusat peranginan itu selepas disahkan positif COVID-19. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata hasil saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati kesemua pekerja terlibat negatif COVID-19, namun ditempatkan di hotel itu bagi tujuan kuarantin selama 14 […]
Berita
Kehadiran Ahli Parlimen Kuarantin Dapat Kelulusan KP Kesihatan – Azhar
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Kehadiran Ahli Parlimen Tenggara Datuk Seri Dr Adham Baba, Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) dan P.Prabakaran (Batu) yang menjalani tempoh perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) ke Dewan Rakyat semalam, telah mendapat kelulusan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Memaklumkan perkara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk […]
Berita
Suami Isteri Ditahan Polis Miliki AK-47 Di Kuala Krai
KOTA BHARU, 15 Dis – Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas selaras senjata api jenis AK-47 bersama 142 butir peluru dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bahagia, Kuala Krai, Ahad lepas. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota pada pukul 3.10 pagi selepas menerima maklumat daripada orang awam. Beliau […]
Berita
Perdana Menteri Eswatini Jadi Pemimpin Dunia Pertama Meninggal Dunia Akibat Covid-19
Perdana Menteri Eswatini telah menjadi pemimpin dunia pertama yang meninggal dunia setelah dijangkiti wabak Covid-19. Ambrose Dlamini, 52, terpilih untuk memimpin kerajaan Afrika selatan yang sebelumnya dikenal sebagai Swaziland pada tahun 2018. Kematian Dlamini diumumkan di Twitter oleh pegawai kerajaan setelah beliau didapati positif pada 16 November lalu. Their Majesties announce the sad passing of […]
Berita
Kes Rogol Libat Bekas Exco Perak Dibicara Di Mahkamah Tinggi
PUTRAJAYA, 15 Dis (Bernama) — Perbicaraan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang dihadapi bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Perak Paul Yong Choo Kiong akan didengar di Mahkamah Tinggi Ipoh. Mahkamah Persekutuan memutuskan demikian setelah panel tiga hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini membenarkan rayuan Yong supaya kesnya itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke […]
Berita
Sorok 10 KG Syabu Dalam Bungkusan Teh Cina
BENTONG, 15 Dis (Bernama) — Helah seorang lelaki menyembunyikan kira-kira 10.3 kilogram (kg) dadah disyaki syabu dianggarkan bernilai RM488,788 di dalam bungkusan teh cina terbongkar selepas ditahan dalam serbuan di depan sebuah restoran di Genting Highlands di sini, Khamis lepas. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata lelaki berumur 48 tahun itu ditahan kira-kira 7.45 malam semasa berada […]
Berita
Wanita Rugi RM8,100 Terpedaya Beli Emas Di Media Sosial
KUANTAN, 15 Dis (Bernama) — Seorang pekebun wanita berputih mata apabila keinginannya untuk memiliki seutas gelang tangan emas baharu tidak kesampaian malahan mengalami kerugian RM8,100 akibat ditipu individu yang menyamar sebagai pekerja sebuah kedai emas, minggu lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 35 tahun itu mendakwa […]
Berita
Covid-19 Di AS Kini Ragut 300,000 Nyawa
NEW YORK, 15 Dis (Bernama) — Amerika Syarikat (AS) melalui episod mengerikan apabila jumlah korban COVID-19 mencatatkan seramai 300,267 orang pada Isnin, dengan keseluruhan jangkitan kes sebanyak 16.3 juta, memetik data Johns Hopkins University lapor agensi berita Xinhua. New York melaporkan 35,643 kematian, kekal negeri paling banyak mencatatkan korban diikuti Texas 24,414. California, Florida dan […]
Berita
(Video) ‘Lembu Ke Awan’, Kisah Inspirasi Boss Susu Kembangkan Perniagaan Guna Teknologi Digital
Bila disebut sahaja Farm Fresh, tagline ‘Ini Barulah Susu Segar’ terngiang-ngiang di telinga. Kisah kejayaan produk ini yang dikendali oleh ‘Boss Susu’ atau Azmi Zainal bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Loi Tuan Ee tidak dapat disangkal lagi. Bayangkan, dulunya Farm Fresh yang dijual di pasar malam, kini memiliki jualan ratusan juta ringgit setahun dan mempunyai beribu […]
Luar Negara
‘Kayakers’ Terjunam Dari Air Terjun berketinggian 30Meter Ketika Cuaca Buruk Melanda
Kayakers yang berani telah memanfaatkan sebahagian besar hujan lebat di utara New South Wales dengan meredah air terjun sedalam 30meter. Tiga lelaki terlihat sedang berkayak di puncak air terjun Dangar, 2km ke utara Dorrigo, pada hari Isnin ketika hujan lebat terus melanda wilayah tersebut. Sebuah video yang disiarkan di Facebook menunjukkan salah seorang ahli sukan […]
Gaya hidup
Dinding Menjadi Kanvas Kepada Dua Anak Sarawak Curah Bakat Seni
KUCHING, 15 Dis – Baik dinding mahupun tembok kosong, ia bagaikan kanvas besar buat Kassmadi Morshidi untuk mencurahkan bakat seninya sebagai seorang pelukis mural sejak lebih dua dekad lepas. Biarpun tidak mendapat pendidikan khusus dalam seni lukisan, bakat anak kelahiran Kuching ini kerap menjadi tagihan ramai pihak yang mahukan hasil seninya menjadi hiasan yang menceriakan premis mereka. “(Menghasilkan […]
Berita
“Benjolan Di Leher, Ketiak Atau Pangkal Peha,” Ini 6 Tanda Dan Gejala Kanser Limfoma Yang Anda Perlu Tahu
Bila sebut mengenai penyakit kanser, pasti ia seperti menghantui masyarakat kita. Namun, sebagai rakyat yang prihatin kita seharusnya mencegah dan mendapatkan rawatan lebih awal. Pernah tak korang dengar Kanser Limfoma? Apa itu Kanser Limfoma? Menerusi laman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerangkan makna Kanser Limfoma atau lebih dikenali sebagai kanser darah. Limfoma terjadi apabila sel limfosit […]
Berita
Perintah Berkurung Perairan Esszone Dilanjutkan Hingga 31 Dis
TAWAU, 15 Dis (Bernama) — Perintah Berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 31 Dis ini. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata perintah itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri […]
Luar Negara
Wanita Maut Tergelincir Dari Atas Tebing Hanya Kerana Sekeping Gambar
Seorang wanita di Australia jatuh dari tebing dan mati pada hari Sabtu lalu selepas cuba mengambil gambar di lokasi yang tidak menentu itu. Menurut afiliasi CNN dan Nine News, Rosy Loomba, 38, bersama suami dan anaknya ketika kemalangan itu berlaku di Grampians National Park, di negara Victoria Australia. Mereka berada di Boroka Lookout, sebuah overhang […]
Berita
Nasib ‘Si Keldai Ketum’, Sering jadi Mangsa Eksploitasi Penyeludup
PADANG BESAR, 15 Dis – Upah tidak seberapa, sering kali ditahan polis, bimbang keselamatan keluarga dan terpaksa membayar denda yang tinggi, itulah antara risiko ‘kerjaya’ sebagai ‘si keldai ketum”, yang menyebabkan ramai dalam kalangan mereka, mula beralih mencari pekerjaan halal. Keldai ketum merujuk kepada individu yang terlibat secara rela atau diperdaya membawa daun ketum berhampiran […]