Berita

Berita
(Video) Pegawai Polis Ini Layan ‘Scammer’ Menyamar Sebagai Staf Pos Malaysia, Siap Ajar Buat Laporan Polis
Tidak dinafikan jenayah melalui panggilan telefon ini telah lama berleluasa sehinggakan melibatkan ahli keluarga dalam masyarakat kita. Walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak polis namun masih ada segelintir individu yang tertipu dengan sindiket ini kerana mereka sangat licik. Mungkin menyamar sebagai pihak berkuasa dan pegawai bank sudah lapuk, penjenayah ini lebih ekstrem apabila menakut-nakutkan […]
Luar Negara
Hasrat Bergambar Bertukar Tragedi, Wanita Dilapor Maut Tergelincir Dari Ketinggian 80 Meter
MELBOURNE – Hasrat ingin merakam detik indah bertukar menjadi tragedi apabila seorang pelancong dilapor maut akibat tergelincir dan terjatuh dari ketinggian 260 kaki. Nahas ngeri yang melibatkan seorang mangsa wanita dari Craigieburn berusia 38 tahun itu berlaku di Taman Negara Grampians, Victoria di sini pada sekitar 3 petang kelmarin. Menurut laporan, mangsa yang datang bersama […]
Luar Negara
Lelaki Ditimpa Nasib Malang, Hidung Cedera Digigit Ketika Cuba Cium Kuda
MOSCOW – Seorang lelaki Rusia didakwa sedang dalam keadaan mabuk cedera pada hidung akibat digigit oleh seekor kuda di bandar St Petersburg. Laporan dari Fontanka.ru, kejadian tersebut berlaku apabila lelaki yang berusia 25 tahun itu bertindak untuk mencium seekor kuda sehingga ia memberi tindak balas terhadap haiwan tersebut. Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan pelik itu […]
Luar Negara
Lelaki Alami Detik Ngeri, Dakwa ‘Diserang’ Ular Tidak Berkepala Ketika Berjalan Di Pantai
CANBERRA – Seekor ular tanpa kepala dirakam seakan-akan menyerang seorang lelaki Australia dan anjingnya di sebuah pantai. Lelaki yang tidak dinyatakan identiti itu menemukan seekor ular laut tanpa kepala ketika sedang bersiar-siar di kawasan pantai. Kejadian tersebut membuatkan dirinya bertindak untuk memukul ular tersebut menggunakan raket tenis. Walau bagaimanapun, tidak dapat disangkakan haiwan reptilia tersebut […]
Luar Negara
TERKINI: Chile Dilapor Digegar Gempa Bumi Kuat 6.0 Ketika Fenomena Gerhana Matahari Berlangsung
Gempa bumi kuat 6.0 Skala Richter dilapor telah melanda wilayah sempadan Chile-Bolivia pada jam 3 petang waktu tempatan. Berlaku ketika fenomena gerhana matahari, gempa itu dicatatkan berlaku pada kedalaman 110km (68 batu) Menurut The Watchers, pusat gempa terletak 75km (47 batu) dari Calama yang mempunyai populasi seramai 143, 084 orang. Setakat ini, tiada sebarang kemalangan […]
Luar Negara
(Video) Ikuti Siaran Langsung Gerhana Matahari Di Chile, Fenomena Gerhana Terakhir Tahun Ini
Selepas pancuran meteor geminids, sebahagian tempat di dunia hari ini pula dapat menyaksikan detik-detik gerhana matahari penuh. Gerhana matahari berlaku ketika bulan kelihatan melintas di depan matahari seperti yang dilihat dari bumi. Ketika ia berbaris tepat, bulan menutupi seluruh matahari dan menyebabkan gerhana penuh, sementara pada waktu lain hanya menutupi sebahagian dari matahari dalam gerhana […]
Berita
Kuarantin Hanya 10 Hari Di Pusat Ditetapkan Di Sarawak
KUCHING, 14 Dis (Bernama) — Berkuat kuasa hari ini, rakyat Sarawak yang kembali dari luar negara dan memasuki negeri itu kini hanya diwajibkan menjalani kuarantin selama 10 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan mereka yang terlibat diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 pada hari kedua dan kelapan kuarantin […]
Kesihatan
COVID-19: Kluster Genting Tercetus Dipercayai Selepas Kes Indeks Rentas Negeri Dari Selangor Ke Genting Highlands, Pahang- KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) — Kluster Genting yang dikenal pasti baru-baru ini tercetus apabila kes indeks, iaitu seorang warga asing dari Bangladesh merentas negeri ke Genting Highlands, Pahang untuk melawat rakan-rakannya, seterusnya menjangkiti mereka. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes indeks telah merentas dari Selangor ke Genting Highlands, Pahang. […]
Berita
KKM Maklumkan Empat Kes Kematian COVID-19 Dicatatkan Pada Hari Ini
Sebanyak empat pertambahan kes kematian dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 419 kes bersamaan 0.5%. Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini, kes kematian tersebut melibatkan tiga orang Warganegara dan seorang Bukan Warganegara. Berikut merupakan perincian bagi kes kematian pada hari ini. Kes kematian […]
Tragedi
IPD, Balai Polis Belaga Di Pedalaman Sarawak Musnah Dalam Kebakaran
KUCHING, 14 Dis (Bernama) — Bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga, kira-kira 720 kilometer (km) ke utara dari sini musnah dijilat api dalam satu kebakaran tengah hari tadi. Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, kebakaran itu dipercayai berlaku kira-kira 1.19 tengah hari dan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu telah […]
Gaya hidup
(Video) Kecewa Jodoh Tak Kunjung Tiba, Viral Wanita Cari ‘Stok’ Lelaki Di Kedai Perabot
AUSTRALIA – Seorang wanita, Leesh Cunningham tular di media sosial apabila dirinya mencari calon suami di sebuah kedai menjual alat perkakasan rumah, Bunnings Warehouse. Kejadian tersebut dikatakan terjadi kerana wanita itu berasa putus asa malah tidak berjaya mendapatkan teman lelaki melalui sebuah aplikasi cari jodoh. Menerusi video TikTok, Leesh Cunningham, 26 tahun dilihat sedang berkeliaran […]
Berita
Harga RM105k, Kereta Eletrik Tenaga Solar Dilapor Laris Dijual Dalam Masa 24 Jam
CALIFORNIA – Kenderaan solar elektrik keluaran sebuah syarikat Aptera yang berharga $26,000 (RM105,339) dilaporkan telah habis dijual dalam masa 24 jam. Teknologi Never Charge terdiri daripada pakej solar bersepadu yang menyediakan pemanduan secara ‘percuma’ lebih dari 40 batu sehari. Hal ini, ia dilaporkan menjadi kenderaan pertama di dunia yang tidak memerlukan petrol atau kuasa elektrik. […]
Berita
Dipercayai Dibina Sejak 1950 & Ditengah-tengah Pulau, Ini Rumah Paling Sunyi Di Dunia
Setiap orang mempunyai impian dan citarasa yang tersendiri apabila ingin membina rumah, pastinya faktor persekitaran juga perlu diambil kira. Sama dengan pemilik rumah ini yang telah membina sebuah rumah di tengah-tengah pulau kecil di selatan Iceland. Tidak pasti sama ada anda pernah melihatnya atau tidak, namun pastinya gambar-gambar rumah tersebut bertebaran di dalam internet. Menurut […]
Gaya hidup
Lelaki Kecewa, Bakal Mak Mentua ‘Kutuk’ Cincin Tunang RM11k Dibelinya Terlalu Murah
Seorang lelaki berkongsi rasa sedih dan kekecewaannya di lama Reddit selepas ‘diejek’ oleh bakal ibu mentuanya kerana cincin pertunangan yang dibelinya didakwa terlalu murah. Menurut laporan Mirror UK, cincin pertunangan yang dibeli lelaki berkenaan berharga £2,200 (RM11,980). Bagaimanapun cincin berkenaan dipulangkan semula oleh teman wanitanya dan kekasihnya itu meminta dia untuk menukarkan cincin berkenaan dengan […]
Luar Negara
Disyaki Ada Masalah Mental, Lelaki Ditahan Selepas Panjat Sayap Pesawat Yang Akan Berlepas
Seorang lelaki di las Vegas ditahan pada Sabtu lalu setelah memanjat sayap pesawat Alaska Airlines yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran. Menerusi video yang tular di media sosial, lelaki itu dilihat berjalan di sayap kapal terbang pada sekitar jam 1.30 tengah hari waktu tempatan. Dia dilihat membuka kasutnya ketika cuba memanjat sayap pesawat […]
Berita
COVID-19: Selangor Jadi Negeri Dengan Kes Tertinggi Buat Hari Ketiga Berturut-turut, 532 Kes Hari Ini, Diikuti Sabah & Negeri Sembilan
PUTRAJAYA, 14 Dis – Selangor masih kekal mencatatkan angka tertinggi kes harian COVID-19 dengan 532 kes dilaporkan hari ini, umum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah. Jelas Noor Hisham, 420 kes daripadanya (28.9 peratus) adalah dikesan melibatkan kluster-kluster dan saringan kontak rapat yang giat dijalankan di lapangan. “(Dalam masa sama) […]
Kesihatan
TERKINI COVID-19: 1,371 Kes Baharu Dan 1,204 Kes Sembuh Dicatatkan Hari Ini
Menerusi sidang media hari ini, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 1, 371 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan pada hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat sebanyak 84, 846. Beliau juga memaklumkan bahawa sebanyak 1, 204 kes sembuh telah dicatatkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak […]
Berita
PDRM Cadang Ketua-ketua Jenayah Scam, Maksiat Warga Asing Diisytihar Persona Non Grata
KUALA LUMPUR, 14 Dis — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia agar ketua-ketua sindiket jenayah scam dan maksiat warga asing di negara ini diisytihar sebagai persona non grata. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihaknya akan mengenal pasti mana-mana penjenayah warga asing untuk dirujuk kepada Jabatan Imigresen bagi dikenakan […]
Berita
Kapal Dilaporkan Meletup Dekat Pelabuhan Jeddah
DUBAI, 14 Dis – Satu letupan berlaku di sebuah kapal di bandar pelabuhan Jeddah, Arab Saudi, lapor Agensi Berita Xinhua menurut laporan tempatan pada Isnin. Sebuah firma perisikan maritim, Dryad Global melaporkan di laman webnya letupan itu berlaku pada 10.11 malam Ahad membabitkan sebuah kapal tangki minyak. “Laporan menyatakan sebuah kapal mengalami letupan ketika menjalankan operasi di kawasan berlabuh utama di […]
Berita
Hati-Hati Buang Bungkusan Pos Yang Ada Maklumat Peribadi, Elak Disalah Guna Oleh ‘Scammer’ – PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi peringatan kepada orang ramai untuk berhati-hati dalam membuang sampul surat atau bungkusan yang mengandungi maklumat peribadi setelah melakukan pembelian secara atas talian. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, ianya bagi mengelakkan maklumat pembeli seperti nama, nombot telefon dan alamat rumah digunakan oleh pihak yang […]