Berita
Pencemaran Sungai Selangor: Seorang Lagi Direman Tujuh Hari
KUALA LUMPUR, 13 Nov – Seorang lelaki direman tujuh hari mulai hari ini hingga 19 Nov berhubung kejadian pencemaran bau air mentah di Sungai Selangor yang menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang, Selasa lepas. Perintah reman ke atas suspek berusia 58 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Hafizah Rajuni di Mahkamah Majistret Selayang di sini, selepas […]
Tak Menang Tangan Bungkus Barang, Jualan 11.11 Di China Dilapor Catat Lebih RM 298 Bilion
‘Singles Day’ mungkin kedengaran sunyi namun ia juga menjadi hari yang ‘bersejarah’ bagi mereka yang mengambil bahagian dalam shopping tahunan terbesar di China dengan membelanjakan lebih AUD 100 bilion semasa acara tersebut, lapor CBS News. Angka jualan akhir melonjak AUD 38.4 bilion dalam tempoh 24 jam berbanding tahun lalu setelah Alibaba melanjutkan tempoh jualannya untuk […]
Akibat Ditembak 15 Kali, Gajah Mati Setelah Sebulan ‘Bertarung’ Dengan Kesan Luka
Seekor gajah yang bergelut untuk terus hidup kini telah dilaporkan mati sebulan selepas ditembak sebanyak 15 kali di Thailand. Gajah yang diberi nama Nga-sun itu ditemui terlentang di ladang kelapa sawit oleh penduduk kampung di wilayah Rayong pada bulan lalu. Doktor haiwan dari pasukan hidupan liar tempatan mengenal pasti luka tembakan di punggung, ekor dan […]
(Video) Lelaki Guna Google Earth Dakwa Temui ‘Garisan Misteri’ Sepanjang 4,000km Di Langit
Seorang pengguna media sosial mendakwa menemui ‘objek’ misteri sepanjang 3,000 batu (4,828km) melalui aplikasi Google Earth, sekaligus menjadi tanda tanya segelintir netizen. Berdasarkan video yang dimuat naik di portal berita Daily Star, objek berkenaan kelihatan seperti awan dalan bentuk garis lurus yang merentasi beberapa negara. Menurut pengguna Youtube, MrMBB333 yang memuat naik video berkenaan, dia […]
“Inilah Menu Kami Sejak PKPB…”, Anak Macam Dah Merajuk Makan Benda Sama, Luahan Wanita Undang Sayu Ramai
Wabak Covid-19 yang melanda negara ternyata sedikit sebanyak memberi kesan yang besar kepada sebilangan rakyat. Ada yang terjejas dari segi pendapatan apabila syarikat tidak lagi mampu membayar gaji pekerja. Seperti perkongsian menerusi Page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) di Facebook yang tular dan menyentuh hati ramai kerana setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Mungkin […]

(Video) Ayah Terlantar Sakit, Gadis Lepasan Diploma Ganti Bapa Tebar Roti Canai Bantu Keluarga
POKOK SENA, 13 Nov – Demi membantu keluarga, seorang gadis lepasan diploma terpaksa melupakan hasrat untuk makan gaji, sebaliknya menggantikan tempat bapanya sebagai penebar roti canai di kedai makan milik keluarganya di sini. Tanpa rasa kekok dan dengan gaya bersahaja, Nur Amni ‘Aqilah Ruzaini, 23, cukup berkemahiran melakukan tugas itu yang kebiasaannya dimonopoli kaum Adam, hingga mencuri tumpuan pengunjung yang datang menikmati sajian di […]
COVID-19: Lebih 10 Ribu Orang Dilaporkan Maut Di Seluruh Dunia Dalam Tempoh 24 Jam Lepas
Lebih dari 10,00o orang di seluruh dunia telah terkorban disebabkan oleh COVID-19 dalam tempoh masa 24 jam ketika Eropah dan Amerika Syarikat sedang bergelut dengan gelombang kedua virus tersebut, lapor Barrons. Menurut laporan AFP, dengan 10,010 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, ini adalah pertama kalinya sejak pandemik tersebut bermula. Wilayah Eropah termasuk di Rusia […]
Lebih Dua Dekad Jadi Bahan Bacaan Kegilaan Ramai, Majalah Gempak Umum Tamat Penerbitan
Setelah lebih dua dekad, majalah GEMPAK pada Rabu lalu mengumumkan penutupan operasi mereka tidak lama lagi. Majalah GEMPAK yang mula diterbitkan pada tahun 1998 menjadi salah satu majalah yang cukup terkenal dan fenomena bagi remaja pada ketika itu. Berubah kepada versi dalam talian, mereka kekal menghiburkan pembaca dengan pelbagai informasi berkaitan komik, animasi, game, toys […]
Mayat Dua Kanak-Kanak Mangsa Lemas Di Keningau, Sabah Ditemukan – Bomba
KOTA KINABALU, 12 Nov — Mayat dua kanak-kanak dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Liawan, Keningau pada Selasa lepas (10 Nov), ditemukan pasukan penyelamat bersama orang awam, petang ini. Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah malam ini, mayat Amber Lim Ze Yee, 4, ditemukan 19 kilometer (km) dari lokasi mangsa hanyut pukul […]
Lelaki Ditahan Cekik, Pukul Anggota Polis
KUALA LUMPUR, 12 Nov — Seorang lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai mencederakan anggota polis, dengan mencekik dan memukul menggunakan sebatang kayu di Petaling Jaya, pada Rabu lepas. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pada kejadian berkenaan berlaku pada kira-kira 5 petang itu, sepasukan polis dari cawangan kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dikejarkan ke Blok […]
Keputusan Muktamad Benarkan DCA Bukan Bidang Kuasa Kementerian Luar
KUALA LUMPUR, 12 Nov — Memuktamadkan keputusan membenarkan pelaksanaan skim ketiga pembukaan sempadan Malaysia-Singapura iaitu ‘Daily Commuting Arrangement’ atau DCA bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Luar Negeri. Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata keputusan berhubung perkata itu hanya boleh diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Kesihatan (KKM). ‘’Memandangkan Kerajaan Negeri Johor menyatakan […]
(Video) “Kung Fu Panda,” Gelagat 2 Ekor Panda ‘Bergaduh’ Rebutkan Makanan Bikin Terhibur
Bagi ketiga-tiga anak panda ini, tiada istilah ‘sharing is caring’ apabila tibanya waktu makan. Kedua-dua beruang kecil yang kelaparan di China itu telah dilihat seakan bergaduh sesama sendiri akibat berebut daun buluh yang diberikan untuk dikongsi bersama. Mereka dilihat seakan berlawan diantara satu sama lain ketika sedang menikmati makanan kegemaran mereka itu. Adegan yang melucukan […]
Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Bagi 4 Buah Negeri Sehingga Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan melanda 4 buah negeri sehingga jam 1 pagi. Kenyataan amaran ribut petir tersebut dikeluarkan pada pukul 11 malam hari ini melalui akaun rasmi Twitter mereka. Berikut merupakan 4 buah negeri serta kawasan yang terlibat sehingga 1:00 pagi, 13 November […]
(Video) Air Berubah Warna Dengan Darah, Lelaki Dilapor Buat Terjunan Setinggi 30 Kaki Sebelum Kepalanya Dipercayai ‘Mendarat’ Atas Batu
Seorang pelancong nyaris menempah maut selepas terjun daripada air terjun setinggi 30 kaki ke dalam sungai yang dilaporkan sedalam 7 kaki di sebuah resort terkenal di Rusia, lapor Daily Mail. Insiden tersebut telah dilaporkan dirakam oleh salah seorang rakannya yang berada di batu yang berhampiran. Lelaki tersebut telah bertindak menerjun di air terjun Zmeikovskiye dengan […]
COVID-19: Malaysia Sedia Terima Vaksin COVID-19 Yang Berjaya Dibangunkan
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Malaysia amat menghargai komitmen China mengutamakan negara ini sebagai penerima dan kini sedia menerima vaksin COVID-19 yang sudah berjaya dibangunkan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Sidang Kemuncak ASEAN-China hari ini berkata, Malaysia percaya penyelidikan dan pembangunan vaksin itu masih menjadi keutamaan Malaysia. “Kami berterima kasih terhadap sumbangan […]
(Video) Kira Duit Hasil Kerja Atas Lantai, Kisah Budak Ini Nak Beli Mi Segera Buat Ibu Bikin Ramai Tersentuh
Bukan sedikit kanak-kanak atau remaja yang terpaksa bekerja di usia muda untuk menampung hidup. Di Indonesia baru-baru ini, tular video seorang kanak-kanak yang mengecat wajah dan badannya dengan warna silver dipercayai untuk mendapatkan wang. Berdasarkan portal Suara.com, video kanak-kanak itu tular ketika sedang berada di sebuah pasar dipercayai untuk membeli mi segera buat ibunya. Dalam […]

Mujur Belum Tanggal Pakaian, Wanita Dakwa Ada Individu Cuba Rakam Di Celah Bawah Pintu Bilik Persalinan
Seorang wanita menerusi satu video yang dikongsi melalui akaun TikTok mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati selepas dia didakwa berjaya mendedahkan perbuatan seorang lelaki yang bertindak merakamnya ketika di bilik persalinan. Video yang dikongsikan oleh wanita warga Amerika Syarikat itu telah menjadi tular sehingga mendapat lebih 16 juta tontonan daripada warganet. Video tersebut memaparkan wanita itu […]

Mungkin Ada Yang Belum Tahu, Gadis Kongsi Cara Mudah Buat ‘Screen Record’ Guna ‘Laptop’
Memanfaatkan teknologi menerusi telefon bimbit seperti ‘screen recording’ sememangnya memberikan kemudahan kepada ramai orang. Pun begitu, mungkin ramai yang belum tahu, tanpa sebarang perisian khas yang perlu dimuat turun dari Internet pun, anda sudah boleh merakam skrin komputer anda. Bukan telefon pintar sahaja yang boleh melakukannya, namun komputer juga dapat memberikan kemudahan ini kepada anda. […]
Belanjawan 2021: Nasib Nelayan, Petani Dan OKU Terbela, Kanak-Kanak Miskin Juga Terima Elaun Sehingga RM1,000
Pandemik COVID-19 sememangnya memberikan impak yang besar terhadap individu, masyarakat dan negara. Antaranya ialah terdapat juga yang hilang pekerjaan dan pendapatan. Ianya juga merupakan detik sukar terutamanya yang sudah berkeluarga. Pun begitu, disebalik kesusahan yang dialami oleh sesetengah golongan, masih juga terdapat golongan yang masih selesa walaupun pandemik COVID-19 melanda dunia. Menyedari nasib rakyat yang […]
Bayi Baru Lahir Dilaporkan Masih Bernyawa Setelah Ditemui ‘Tertanam’ Di Sebuah Ladang
Seorang bayi yang baru lahir berjaya diselamatkan selepas ditemui ditanam hidup-hidup di sebuah ladang, lapor Daily Star. Bayi itu telah ditemui oleh seorang buruh yang ternampak sebuah wajah yang terkeluar dari tanah ketika dia sedang bekerja di ladang di Khatima, India pada hari Rabu. Rakaman menunjukkan lelaki itu bersama penduduk tempatan lain dan polis sedang […]