Berita

Ditinggalkan Hampir Separuh Mati, Nenek 90 Tahun Didakwa Dirogol Oleh Dua Lelaki
Agartala, India – Seorang warga emas berusia 90 tahun didakwa telah diperkosa dua lelaki di utara Tripura di sini baru-baru ini, lapor Times Of India. Kejadian yang dilaporkan berlaku pada 24 Oktober itu mula mendapat perhatian selepas keluarga mangsa membawanya untuk membuat laporan polis. “Suspek dan seorang lagi lelaki menceroboh rumah saya pada tengah malam. […]
(Video) 8 Bulan Terpisah Dengan Ibu Bapa Kandung, Ini Sebenarnya Kisah Di Sebalik Laungan ‘Amanda’ Semalam
SINGAPURA, 1 Nov (Bernama) — Saya berjaya ‘menemui’ Amanda. Siapakan Amanda? Nama anak kecil berusia enam tahun ini dilaung sekuat hati oleh ‘daddy’ kanak-kanak ini di jeti Woodlands Waterfront Park di sini pagi semalam. “Amandaaa… mommy… daddy sayang kamu!!” itu merupakan jeritan yang memecah kesunyian jeti sebaik Syfiq seorang rakyat Malaysia, mula ternampak anaknya melambai-lambai […]

MPV Dinaiki Terbalik, Konstabel Maut Dalam Kemalangan Ketika Mengejar Kereta Dipercayai Penjenayah
JOHOR BAHRU, 1 Nov (Bernama) — Seorang anggota polis maut dalam kemalangan manakala rakan setugasnya cedera parah selepas kenderaan unit peronda polis (MPV) dinaiki mereka terbalik ketika mengejar sebuah kereta Perodua Myvi dipercayai penjenayah, di Jalan Kangkar Tebrau/Jalan Tun Teja, di sini, hari ini. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kejadian berlaku […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Bagi 12 Buah Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka akan melanda 12 buah negeri pada hari ini. Kenyataan amaran ribut petir tersebut dikeluarkan pada pukul 3.00 petang hari ini melalui akaun rasmi Facebook mereka. Berikut merupakan 12 buah negeri serta kawasan yang terlibat sehingga 6:00 petang, Ahad, […]
Bayi Sembilan Bulan Derita ‘Pfeiffer Syndrome’, Bebola Mata Hampir Terkeluar
KOTA BHARU, 1 Nov (Bernama) — Usianya baru mencecah sembilan bulan namun sudah diduga dengan penyakit ‘Pfeiffer syndrome’ sehingga sebahagian kedua-dua kelopak matanya terpaksa dijahit ketika berusia seawal dua bulan bagi mengelakkan bebola matanya terkeluar. Nor Akma Aini Azmee, 24, berkata anaknya Muhammad Hafiy Affan Mohd Hasiif yang juga dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) […]
(Video) Detik-Detik Kereta Api Bawa Bahan Kimia Tergelincir Dari Landasan, Penduduk Setempat Diarahkan Kosongkan Kediaman
Sebuah kereta api pengangkutan yang membawa bahan kimia tergelincir dari landasan pada Khamis di tenggara Texas, mendorong pihak berkuasa untuk mendesak penduduk berhampiran kawasan itu untuk mengosongkan kediaman mereka ketika pihak polis membuat kiraan jumlah kerosakan itu, kata pejabat sheriff Orange County. ‘Kemalangan’ itu berlaku pada Khamis pagi berhampiran Mauriceville, berhampiran dengan sempadan Louisiana. Pelajar […]
(Video) Sebak, Baru Tiga Hari Bernikah, Suami Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Kemalangan
Pilu, seorang wanita di Sulawesi Selatan terpaksa berpisah mati dengan suaminya selepas hanya tiga hari melangsungkan pernikahan. Menurut Tribun News, suami kepada wanita itu dikatakan telah koma sebelum meninggal dunia akibat kemalangan. Video kisah mereka berdua telah tular di media sosial dan meruntun hati orang ramai yang rata-rata menzahirkan rasa sedih dan simpati kepada pasangan […]
UM Siasat Hantaran FB UMANY Pertikai Kuasa Agong
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) — Universiti Malaya (UM) akan menjalankan siasatan berhubung satu hantaran bertajuk “Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara” yang dimuat naik Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) menerusi laman Facebook. Menurut kenyataan Pejabat Komunikasi Korporat UM hari ini, universiti itu memandang serius hantaran badan pelajar berdaftar […]
“InshaAllah Kita Berada Di Landasan Yang Betul,” R-Naught Menurun, PKPB Tunjuk Hasil – KP Kesihatan
“InsyaAllah kita berada di landasan yang betul,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah melihatkan penurunan kes baru COVID-19 selepas lebih dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta pengimbangan sektor kesihatan dan ekonomi. Dalam kiriman beliau semalam, beliau berkata nilai R-naught gelombang ketiga COVID-19 telah menurun kepada 0.95 semalam berbanding 2.2 […]

Pelakon Lagenda James Bond, Sean Connery Meninggal Dunia
Pelakon lagenda Scotland, Sir Sean Connery yang terkenal dengan wataknya sebagai James Bond meninggal dunia semalam pada usia 90 tahun, lapor Bernama memetik laporan Anadolu Agency. Menurut laporan Bernama, Connery merupakan pelakon pertama memainkan watak James Bond dan telah melakonkan watak itu sebanyak tujuh kali. Beliau dikenali sebagai watak asal James Bond dan dianggap agen […]

Warga Emas Ditemukan Rentung Dalam Kereta Terbakar Di Melaka
MELAKA, 31 Okt (Bernama) — Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Taman Malim Jaya di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata mayat Lai Hee Miow ditemukan di bahagian hadapan tempat duduk penumpang kereta Proton Iswara dalam kebakaran kira-kira pukul 2.30 petang tadi. Beliau berkata kereta […]
Ramai Petugas SPR Nyatakan Perasaan Bimbang Bertugas Di PRK Batu Sapi Kerana Takut Jangkitan COVID-19
Putrajaya, 31 Okt- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya memberitahunya bahawa para petugas mereka khuatir dijangkiti COVID-19 jika pilihanraya diteruskan di Batu Sapi dan Sarawak. Dalam perutusan hari ini, beliau berkata PRK Batu Sapi yang dijangka akan diadakan pada Disember ini dan Pilihanraya Sarawak yang mungkin diadakan bila-bila masa tidak dapat […]
TERKINI COVID-19: 1,000 Kes Sembuh Dicatatkan Hari Ini, 659 Kes Baharu Dan Tiada Kematian Baharu
Putrajaya, 31 Okt – Sebanyak 659 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 31,548 kes. Dari jumlah itu, sebanyak 658 kes melibatkan penularan tempatan dan hanya satu kes import, lapor Kementerian Kesihatan (KKM). Sebanyak 83 kes dirawat di unit rawatan rapi manakala 19 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. Sementara […]
Hukum Memasak Atau Memakan Haiwan Yang Masih Hidup
Makanan menjadi elemen terpenting bagi manusia untuk terus bertenaga bagi menjalani kehidupan seharian. Sebagai orang Islam, aspek pemakanan perlulah dijaga dengan baik termasuklah mengenai hukum hakam sesuatu bahan makanan. Namun, timbul persoalan mengenai hukum memasak atau makan haiwan yang masih hidup seperti sotong kurita. Ekoran daripada itu, Pejabat Mufti Wilayah Wilayah Persekutuan ada mengulas perkara […]
Pendakwah Ebit Liew Mula Agih Bantuan Di Sabah
SEMPORNA, 31 Okt — Rombongan sukarelawan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi pendakwah Ebit Liew mula mengagihkan bantuan keperluan untuk petugas barisan hadapan di Sabah. Ketua rombongan itu Mohd Ikhsan Helzy berkata berkata hari ini mereka mengagihkan bantuan berkenaan di tiga hospital iaitu di Lahad Datu, Semporna dan Tawau. “Hari ini kami menghantar sebanyak 4,000 peralatan keperluan […]
(Video) “Daddy Rindu Kamu,” Bapa Laung Nama & Lihat Dari Jauh Untuk ‘Ubati Rindu’ Setelah 8 Bulan Terpisah
SINGAPURA, 31 Okt (Bernama) — “Amandaaa… mommy… daddy sayang kamu!!”. Itu antara jeritan yang memecah kesunyian jeti Woodlands Waterfront Park di sini pagi ini. Jeritan itu datangnya daripada Syfiq, seorang rakyat Malaysia, sebaik ternampak anaknya melambai-lambai dari atas kapal layar di perairan Malaysia di Selat Johor. Mereka terpisah sejak lapan bulan yang lalu susulan pelaksanaan […]
PRK Batu Sapi, PRN Sarawak Tidak Dapat Dielak – Muhyiddin
Putrajaya, 31 Okt – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pilihanraya di Batu Sapi dan Sarawak hanya boleh ditangguhkan jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Katanya dalam perutusan khas hari ini, peningkatan kes COVID-19 yang tinggi kini merupakan situasi yang merisaukan. Pun begitu, pilihanraya tidak dapat dielakkan kerana tuntutan perlembagaan. “Kalau […]

Hanya Guna Dua Bahan, Ahli Kimia Kongsikan Cara Tanggalkan Kesan Lekatan ‘Sticker’ Pada Bekas Lama
Sisa pelekat pada bekas makanan pastinya membuatkan ia kelihatan buruk. Sudah dikikispun, masih ada sisa pelekat degil yang mengganggu pandangan. Usah risau, dengan tips dikongsikan Puan Fatimah Salim ini, masalah anda akan dapat diselesaikan dengan mudah. Kongsinya, anda hanya perlu menggunakan minyak masak dan gosok pada sisa pelekat menggunakan tisu dapur. Tambah Puan Fatimah yang […]
“Kematian Termuda Kanak-Kanak Berumur 1 Tahun,” KKM Kongsikan 8 Fakta Kematian Berkaitan COVID-19 Di Malaysia
Kanak-kanak satu tahun merupakan mangsa termuda COVID-19 yang meninggal dunia di Malaysia, manakala individu tertua berusia 101 tahun kongsi Kementerian Kesihatan (KKM). Setakat ini, sebanyak 249 kematian telah dicatatkan di mana 136 direkodkan dalam gelombang kedua manakala 113 kes melibatkan gelombang ketiga. Dalam kemaskini terbaru KKM, seramai 46 mangsa meninggal dunia di luar hospital (dalam […]
“Tak Mahu Susahkan Jiran,” Adik Bonceng Jenazah Ibu Dengan Motosikal, Kakak Tampil Perjelas Hal Sebenar
Sebelum ini, tular video seorang lelaki membawa jenazah ibunya di atas motor dipercayai di Jawa Tengah, Indonesia. Dalam rakaman yang tular, Sutejo, 50 dilihat meletakkan jenazah berbalut kain batik dan mengikatnya pada bahagian belakang tempat duduk motosikal. Menurut kakaknya seperti dilaporkan Detik, lelaki itu berbuat demikian kerana tidak mahu menyusahkan jiran tetangga. “Adik saya tu […]