Berita
MATA Cadang Kerajaan Lanjut Tempoh Moratorium Enam Bulan Lagi
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) — Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) mencadangkan agar kerajaan melanjutkan tempoh moratorium sekurang-kurangnya enam bulan lagi dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat depan. Presidennya Datuk Mohd Khalid Harun berkata langkah itu dapat memberi peluang kepada penggiat industri menyusun kembali kewangan syarikat susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa sehingga […]
METMalaysia Keluarkan Notis Nasihat Taufan Goni Di Tenggara Luzon, Filipina
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) — Taufan Goni yang bergerak ke arah barat daya dengan kelajuan 20 km/j dikesan di kedudukan 815 km ke tenggara Luzon, Filipina, berdasarkan pemerhatian pada 8 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengeluarkan notis Nasihat Taufan hari ini menyatakan kelajuan taufan itu boleh mencecah 213 km/j. Kenyataan itu menyebut […]
Lelaki Didakwa Bunuh Rakan Sendiri Selepas Bermimpi Rakannya Buat Laporan Polis Mengenai Kegiatan Haram
Kaherah, 30 Okt – Seorang lelaki dipercayai terlibat dengan penjualan haram barangan antik dilaporkan telah membunuh seorang rakannya kerana sebuah mimpi. Menurut Gulf News, suspek dikatakan telah bermimpi bahawa rakannya melaporkan kegiatan haramnya kepada pihak polis. Kata lelaki itu seperti dilaporkan media, mangsa pernah mengugut untuk membocorkan kegiatan itu kepada pihak polis, melainkan jika suspek […]
(Video) Tular Rakaman Kereta Rempuh Pintu Masjidil Haram, Pemandu Ditahan
Sebuah kereta dilaporkan telah dipandu melepasi halangan di kawasan Masjidil Haram pada 10.25 malam waktu tempatan, bersamaan jam 3.25 pagi waktu Malaysia. Menurut Middle East Eye, pemandu kereta itu telah melanggar penghadang di halaman luar masjid sebelum menghala ke arah salah satu pintu luar yang besar, pintu 89. Menurut Haramain Sharifain, pemandu kereta berkenaan telah […]

Pakar Hamburger Amerika Cuba Masak Sendiri ‘Burger Special Malaysia’, Terpikat Dengan ‘Keunikan Rasa’ Pada Suapan Pertama
Rata-rata rakyat Malaysia pasti mengenali dan pernah menikmati burger jalanan yang dijual di gerai pacak tepi jalan. Biarpun harga dan bahannya lebih murah berbanding burger dijual di rangkaian restoran terkemuka, burger ini mempunyai tempat yang istimewa di hati rakyat Malaysia, setanding burger berjenama. Turut dikenali sebagai ‘burger sampah’ di beberapa tempat, hidangan ini telah menarik […]

Lebih RM164 Juta Diperuntukkan Untuk Bendung Covid-19 Di Sabah
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) — Kerajaan telah memperuntukkan RM164.6 juta untuk mempertingkatkan usaha membendung penularan jangkitan COVID-19 di Sabah, dari September hingga Oktober tahun ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM103.8 juta adalah daripada peruntukan mengurus dan telah digunakan bagi menyediakan keperluan seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE), barangan guna habis, bahan uji […]

(Video) Detik-Detik Cemas Gempa Bumi Kuat Gegar Turki Dan Greece, 12 Orang Dilaporkan Maut Setakat Ini
Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 300 mangsa cedera dalam insiden runtuhan bangunan di wilayah Izmir, Turki susulan berlaku gempa bumi sekuat 7.0 magnitud melanda Laut Aegea. Pihak Pengurusan Bencara dan Kecemasan (AFAD) berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 2.51 petang waktu tempatan pada kedalaman 16.54 kilometer. Gegaran ini turut dirasai di kepulauan Istanbul […]

Zon Merah: 91 Sekolah Agama Di JB Ditutup Dua Minggu Mulai Ahad – Exco Johor
JOHOR BAHRU, 30 Okt- Semua sekolah agama kerajaan Johor di daerah ini diarahkan tutup mulai Ahad ini selama dua minggu susulan pengumuman penutupan kesemua institusi pendidikan di sini, selepas Johor Bahru diisytiharkan zon merah COVID-19 mulai semalam. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata penutupan itu turut membabitkan 91 sekolah agama kerajaan dan 67 institusi […]

“Tiada Kempen Pilihan Raya,” Tiga Prinsip Perlu Dipatuhi Seandainya PRU Diadakan Dalam Waktu Terdekat – Dr Noor Hisham
Terdapat tiga prinsip yang mesti dipatuhi seandainya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dalam waktu terdekat ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham tiga prinsip tersebut adalah seperti berikut: 1. Tidak boleh rentas negeri atau sempadan negeri atau daerah. 2. Tiada kempen pilihan raya. 3. Tiada lawatan dari rumah ke rumah. Namun, menurut […]

Kerajaan Pertimbang Beri Permit Kerja Sementara Kepada Pekerja Asing Tanpa Izin – Muhyiddin
MUAR, 30 Okt (Bernama) — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedang mempertimbang untuk memberi permit kerja sementara kepada pekerja asing tanpa izin yang berada di negara ini bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja asing dalam industri kelapa sawit dan getah. Perdana Menteri berkata kerajaan berusaha mencari jalan mengatasi masalah kekurangan pekerja asing dalam industri-industri tersebut terutama selepas pintu sempadan negara ditutup […]

Dah Tanam 1,000 Batang Pokok Pisang Belum Dapat Hasil, Buah-Buah Habis Diserang Penyakit Moko
Tidak rugi menceburkan diri dalam sektor pertanian dengan berbakti kepada tanah. Namun, petani harus siap untuk berdepan dengan risiko utama seperti tanaman diserang dengan penyakit dan serangga perosak.seperti perkongsian ini. Menurut seorang individu Laila Eila menerusi Page Facebook PERSATUAN PENANAM2 PISANG MALAYSIA, dia meluahkan rasa sedih apabila kira-kira seribu tanaman pisangnya diserang Penyakit Layu Bakteria Pisang […]
Pawagam Seluruh Malaysia Terpaksa Tutup Semula Operasi Bermula November Ini
Hari ini, Persatuan Pempamer Filem Malaysia (MAFE) akan menutup sementara operasi semua pawagan di seluruh Malaysia bermula November ini selepas kerajaan Malaysia mengumumkan PKPB di beberapa kawasan termasuk Lembah Klang. Perkara ini dikongsikan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh MAFE tentang penutupan sementara kesemua pawagam tersebut. Keputusan ini diambil untuk memastikan pawagam tidak mengalami kerugian […]

“Kalau Surat Dah Sampai Maaf La Ye,” Jep Sepahtu Sahkan Page FB Ini Bukan Miliknya, Minta Pemilik Untuk Padam
Jep Sepahtu dalam kiriman terbaru Instagram beliau menafikan bahawa sebuah laman Facebook yang menggunakan nama Jep Sepahtu dan gambarnya adalah akaun Facebook miliknya. Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri berkata,“Tolong jangan terpedaya! Ini bukan page saya di fb. Saya juga tiada sebarang acount di twitter. Saya mohon apa sahaja acount yang menggunakan nama saya tolong […]

Gempa Bumi Kuat Landa Kepulauan Dodecanese, Greece
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) — Gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter melanda Kepulauan Dodecanese, Greece pada 7.51 malam tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku kira-kira 67 kilometer Barat Daya dari Izmir, Turki, pada kedalaman 10 kilometer. Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. — BERNAMA
Laluan Ke Istana Link Dari Pusat Bandar & Dari Arah Plaza Tol Loke Yew Ditutup Sementara Bermula Hari Ini
Untuk makluman semua, penutupan sementara laluan ke Istana Link dari arah Pusat Bandar dan dari arah Plaza Tol Loke Yew bagi kedua-dua arah bermula 30 Oktober hingga 4 November 2020 bagi kerja-kerja pembinaan Projek Setiawangsa Pantai Expressway (SPE). Perkara ini disampaikan menerusi laman Twitter rasmi Info Trafik Besraya sebentar tadi. Orang ramai yang menggunakan jalan […]

Kedutaan Jerman Kecewa Bahasa Digunakan Dr Mahathir
KUALA LUMPUR 30 Okt (Bernama) — Kedutaan Jerman di Malaysia hari ini meluahkan rasa kecewa dengan bahasa yang digunakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam media sosialnya ketika mengulas insiden serangan di Nice, Perancis. ”Sepatutnya hari ini (selepas kejadian serangan itu) kita tidak perlu menyatakan apa-apa tetapi memberi kenyataan solidariti kepada mangsa-mangsa keganasan. ”Jerman […]

Covid-19: 376 Institusi Pendidikan Di Johor Bahru Diarah Tutup
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) — Sebanyak 376 institusi pendidikan di Daerah Johor Bahru, Johor yang merupakan Zon Merah diarah tutup selama dua minggu bermula dari Ahad ini hingga 14 Nov. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan institusi terlibat ialah sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Institusi Pendidikan Guru serta sekolah swasta […]

Polis Marin Rampas 19,000 Karton Rokok Dan 3 Bot Bernilai Lebih RM3.9 Juta
PASIR PUTEH, 30 Okt (Bernama) — Pasukan Polis Marin (PPM) Tok Bali Wilayah Tiga merampas 19,000 karton rokok putih dan tiga buah bot pelancong bernilai RM3.95 juta, malam semalam dalam serbuan di Tebing Sungai Pengkalan Ubi Keling, Kuala Besut, Terengganu. Ketua Bahagian Operasi Risik PPM Wilayah Tiga DSP Azuhar Md Nor berkata, kejayaan itu hasil intipan selama […]
Enam Lagi Jemaah Tabligh Rakyat Malaysia Pulang Ke Tanah Air Hari Ini – Kamarudin
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) — Seramai enam ahli Jemaah Tabligh (JT) rakyat Malaysia tiba di tanah air hari ini dari New Delhi, India, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar. Beliau berkata kesemua mereka tiba di tanah air dengan menaiki penerbangan Air India Express (IX1122) dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.02 petang hari ini. “Dengan […]
Bekas Pesakit COVID-19 Di Malaysia Diminta Tampil Sertai Kajian KKM
PUTRAJAYA, 30 Okt- Bekas pesakit COVID-19 yang sudah pulih diminta untuk tampil menyertai kajian dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai virus berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata bagi memastikan KKM dapat melaksanakan satu kajian bermakna ataupun ditafsirkan dengan baik, pihaknya memerlukan 275 individu yang dijangkiti dan sudah pulih daripada jangkitan wabak berkenaan. “Tetapi, […]