Berita

Persiapan Cukup Untuk Pembukaan Sekolah Esok – Radzi Md Jidin
PUTRAJAYA, 23 Jun – Banyak pihak termasuk sekolah, pelajar dan ibu bapa dilihat sudah melakukan persiapan yang cukup untuk pembukaan semula sekolah esok serta mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah, kata Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin. Beliau berkata pejabat pendidikan daerah akan melakukan pemeriksaan dan pemantauan berterusan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan […]

Jepun Hargai Keputusan Malaysia Longgar Sekatan Eksport Pelitup Muka
PUTRAJAYA, 23 Jun – Jepun telah menyatakan penghargaannya terhadap keputusan Malaysia untuk melonggarkan sekatan eksport pelitup muka, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi. Nanta berkata penghargaan itu disampaikan oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka ketika mengadakan kunjungan hormatnya ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, […]
Pekerja Asing & Pemegang Kad UNHCR Dilarang Masuk Pasar Borong Kuala Lumpur – DBKL
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempertahankan keputusan melarang pekerja warga asing serta pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) memasuki atau bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) di sini. Mengulangi pendirian itu, DBKL dalam satu kenyataan hari ini menegaskan bahawa hanya pekerja yang sah dan berdaftar serta […]
TNB Kembalikan Dividen, Keuntungan Kepada Rakyat, Kerajaan
KUALA LUMPUR, 23 Jun — Kritikan bahawa Tenaga Nasional Bhd (TNB) bermotifkan keuntungan semata-mata mungkin ada kebenaran. Hakikatnya, syarikat tenaga itu telah memberi semula kepada rakyat menerusi pembayaran dividen yang besar kepada kerajaan, yang dibelanjakan kembali dalam bentuk peruntukan pembangunan kepada rakyat. Pembangunan itu adalah selain daripada sejumlah projek komuniti yang diwujudkan TNB untuk membantu rakyat […]
Dua Beranak Orang Asli Maut Kenderaan Rempuh Treler Rosak
KUANTAN, 23 Jun — Dua beranak Orang Asli maut manakala empat lagi cedera apabila kenderaan pacuan empat roda (4×4) dinaiki mereka merempuh belakang treler yang berhenti di bahu jalan di Kilometer 50, Jalan Lipis-Merapoh dalam Daerah Lipis, kira-kira 250km dari sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata dalam nahas pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa […]

“Aku Tak Sangka Kau Datang Awie,” Mengalir Air Mata Pak Hamid Bila Awie Datang Ziarah
Pelakon dan pelawak veteran, Hamid Gurkha, tidak menyangka kehadiran penyanyi dan pelakon, Awie bersama kumpulan Wings ke kediamannya. Konvoi Misi Kemanusiaan Misi Bantuan Ikhlas Syawal Sayap-Sayap Wings dan Wings Motor Gang Society di rumah Pak Hamid itu disambut dengan linangan air mata oleh pelakon yang berusia 88 tahun itu. Perkara tersebut dikongsikan oleh Instagram sayap2wings […]

Warga Singapura, ‘Boy Setan’ Ditahan Di Johor Bharu Disyaki Edar Dadah Guna Dron – Bukit Aman
Menurut Polis Bukit Aman, warga Singapura ‘Boy Setan’ telah ditahan di Johor Bharu disyaki edar dadah guna dron dari Johor Bharu ke Singapura. Suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah kondominium oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Johor melalui hasil risikan dan maklumat yang diperolehi. Semalam, Ketua Polis Johor […]
Rakyat Malaysia Terkandas Di Indonesia Rayu Kerajaan Sabah Bantu Kembali Ke Tanah Air
TAWAU, 23 Jun — “Kami merayu kerajaan negeri Sabah supaya bantu kami pulang ke Tawau,” luah Juliana Arifudin, rakyat Malaysia yang kini terkandas di Nunukan, Indonesia, bersama suami dan anaknya. Menurut Juliana, dia dan suami, Hermawan Zainuddin, 31, serta anak lelaki mereka Hadderayn Ezreansyah, 3, pergi menziarahi keluarga di Sulawesi, Indonesia pada 11 Mac lepas iaitu sebelum […]
“Puas Hati Aku,” Lelaki Ini ‘Transform’ Tandas Rumah Ibunya Menjadi Lebih Teratur Dan Nampak Ekslusif
Seperti yang diketahui, kebersihan tandas terutamanya di rumah sendiri adalah sangat penting untuk dijaga. Perkara ini adalah kerana tandas merupakan tempat yang dipenuhi dengan kekotoran sekiranya tidak dibersihkan dengan kerap. Pasti ada diantara kita yang kerap menghabiskan masa di dalam tandas atas ‘urusan tertentu’. Justeru daripada itu, tandas perlulah sentiasa bersih dan kelihatan kemas bagi […]

Semua Dah Status Zon Hijau & Kuning, Hanya Rembau Satu-Satunya Daerah Zon Merah Covid-19
Menerusi laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa hanya di daerah Rembau masih dalam kategori Zon Merah iaitu mencatat sebanyak 57 kes positif sepanjang pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 di Malaysia. Jelas terpapar di gambar rajah di bawah menunjukkan kebanyakkan daerah di negara ini dilaporan sudah bertukar menjadi Zon hijau dan Zon kuning […]
TERKINI: Hanya 3 Kes Baharu Covid-19 Dan Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 9 pesakit Covid-19 yang telah discaj, 3 kes positif baharu dan tiada kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan hari ini. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8186 atau bersamaan dengan 95.3% secara keseluruhannya. Tiga kes baharu yang […]
Bayaran Kepada 181,000 Permohonan Rayuan BPN Akan Dibuat Mulai Esok-Tengku Zafrul
Menerusi siaran langsung Laporan Laksana Ke-10 Pelaksanaan PRIHATIN dan PENJANA hari ini, Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, memaklumkan bahawa bayaran bagi permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat mulai esok. “Pada minggu lalu saya berkongsi bahawa 181,000 rayuan BPN yang telah diluluskan akan menerima bayaran bernilai RM162 juta pada akhir […]
Thailand Berdepan Cabaran Selamatkan Gajah Kelaparan Dan “Menganggur”
BANGKOK, 23 Jun (Bernama) — Di bawah terik matahari, kelihatan dua gajah betina, Gai Na dan To-Me bersiar-siar di tebing sungai di Elephants World di barat wilayah Kanchanaburi. Gai Na berumur 60 tahun dan To-Me 56 tahun bermain-main dan mandi di sungai itu, sambil diperhatikan pengembala gajah Ehdar, 24, yang duduk di bawah pokok. “Seronok melihat […]
Kerajaan Akan Ambil Tindakan Ke Atas Majikan Tidak Salur Subsidi Upah – Zafrul
Kerajaan ada menerima maklumat terdapat majikan yang tidak menyalurkan subsidi upah kepada pekerja mereka dan ini telah melanggar syarat-syarat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata bantuan rangsangan ekonomi tidak seharusnya disalah guna malah majikan perlu lebih bertanggungjawab dengan tidak mengambil kesempatan serta menganiaya pekerja mereka. “Saya ingin mengingatkan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap majikan-majikan […]
Orang Awam Dilarang Mandi Di Pantai Tok Bali Ancaman Obor-Obor
PASIR PUTEH, 23 Jun (Bernama) – Orang awam terutama kanak-kanak dilarang bermandi-manda dan mengadakan sebarang bentuk aktiviti di Pantai Tok Bali di sini kerana dibimbangi ancaman dari obor-obor yang terdapat di pantai itu sejak beberapa minggu lepas. Pegawai Jabatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam) Pasir Puteh, Nik Mohd Nor Nik Mat, berkata, ini berikutan terjumpanya […]

Hati-Hati Pulang Kerja, Amaran Ribut Petir Bagi Beberapa Kawasan Di 6 Buah Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga 6 petang dan 8 malam ini. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3.45 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir sehingga jam 6 petang ini adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, […]
9 Lelaki Termasuk Tiga Remaja Bawah Umur Mengaku Tidak Bersalah Tunggang Motosikal Secara Berbahaya
PORT DICKSON, 23 Jun — Sembilan lelaki termasuk tiga remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini di atas pertuduhan menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di sini, Ahad lepas. Kesemua tertuduh Muhammad Fitri Nasruddin, 19, Muhammad Alif Mohd Noor, 21, M. Vinot, 23, S. Darshan, 23, Rizki, 24, Muhammad Aliff Adnan, […]
Sekolah Boleh Ubahsuai Ikut Keperluan, Selagi Patuh Garis Panduan Asas
SHAH ALAM, 23 Jun — Pihak pengurusan sekolah diberi kelonggaran untuk pengubahsuaian tatacara pembukaan sekolah mengikut acuan masing-masing selagi ia mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM). Timbalan Menteri Pendidikan II, Muslimin Yahaya berkata pengubahsuaian terhadap garis panduan itu dibenarkan kerana setiap sekolah mempunyai persekitaran dan jumlah pelajar yang berbeza. “Contohnya, pintu masuk dan pintu keluar berbeza… sebab […]
Pegawai JPJ Dipenjara, Denda, Kerana Terima Rasuah Pinda Rekod MySIKAP
KUANTAN, 23 Jun (Bernama) — Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku salah atas dua tuduhan menerima RM850 bagi meminda rekod lesen kenderaan motor (LKM) dalam sistem portal MySIKAP, tiga tahun lepas. Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib turut memerintahkan tertuduh, Ahmad Kamal Mohd Rosli, 39, membayar denda […]
Dipercayai ‘Mabuk Durian’, 12 Pekerja Pejabat Pos Di Jerman Terima Rawatan
Dipercayai tidak tahan dengan bau dari buah durian, seramai 12 orang pekerja pejabat pos di Jerman menerima rawatan serta puluhan lagi dipindahkan, lapor CNN. Perkhidmatan kecemasan, bomba dan polis dipanggil ke pejabat pos tersebut yang terletak dibandar Schweinfurt, Bavaria pada Sabtu lalu setelah kakitangan menyedari bau itu datang dari satu bungkusan. “Kerana kandungan yang tidak […]