Krisis pandemik COVID-19 pada masa kini masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih dengan sepenuhnya.
Malaysia tidak terkecuali dengan peningkatan kes sehingga tiga angka sejak kebelakangan ini.
Dalam kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan kes tersebut, Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar cuba ‘meredakannya’ dengan membuka ‘slot’ teka-teki di Facebook mereka.
Teka-teki tersebut sudah pastinya dimulai dengan dari page itu dahulu.


Ternyata, ramai warganet yang menyahut ‘cabaran’ tersebut dan memberikan teka-teki yang ‘menakjubkan’. Tidak kurang juga jawapan lucu dari admin page tersebut.







