Berita
Kemana ‘Hilangnya’ Kekatu Selepas Tertanggal Sayap, Sama Ke Dengan Anai-anai? Ini Penjelasannya
Bagi anda yang tinggal di kawasan kampung, pasti pernah melihat serangga seakan semut bersayap yang dikenali sebagai kelekatu. Sering muncul pada waktu malam, ia akan mengelilingi sumber cahaya seperti lampu atau pelita. Lazimnya, orang-orang kampung akan menadah sebesen air atau mengikat beg plastik pada lampu bagi memerangkap serangga tersebut. Serangga ini juga biasanya akan meninggalkan […]
Comel Tompok Merah Di Pipi, Foto Terbaru Kucing Digelar ‘Pikachu’ Tarik Perhatian Ramai
Tempoh hari, telah tular gambar seekor kucing yang dilumurkan dengan kunyit bagi merawat jangkitan kulat seperti yang pernah didakwa sebelum ini. Rata-rata warganet yang melihat gambar itu kemudiannya telah menyamakannya dengan satu karakter animasi kegemaran kanak-kanak iaitu Pikachu. Gambar yang memaparkan kucing tersebut serba kuning seperti yang telah dimuat naik oleh sebuah laman Facebook di Thailand […]
Gempa Bumi Berkekuatan 5.3 Skala Richter ‘Goncang’ Selat Sunda, Indonesia
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di Selat Sunda, Indonesia pada 7.27 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya menyebut gempa itu berlaku di kedudukan 191 kilometer barat daya dari Bandar Lampung, Indonesia pada kedalaman 72 kilometer. Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, […]
Isteri Tuntut Cerai Kerana Suaminya Terlalu Baik Dan Tak Pernah Bergaduh Selama 18 Bulan Bernikah
Seorang wanita di India nekad menuntut cerai kepada suaminya dengan alasan mereka tidak pernah bertengkar selama 18 bulan mendirikan rumah tangga. Kejadian pelik ini dipetik daripada Indiatoday melaporkan bahawa wanita tersebut berasa rimas kerana suaminya terlalu menyayanginya. Menurut wanita itu, suaminya sering memaafkannya setiap kali melakukan kesalahan. Suaminya tidak pernah menjerit atau buat si isteri […]

Manusia Terpantas Dunia, Usain Bolt Diuji Positif Covid-19 Selepas Majlis Ulang Tahun Kelahirannya
Siapa yang tidak kenal dengan jaguh pecut, Usain Bolt telah diuji positif Covid-19 selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke 34 tahun. Perkara ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Jamaica hari ini. Perkara ini disahkan oelh dirinya sendiri selepas beliau memuatnaik status mengatakan bahawa dirinya sedang menjalani sesi kuarantin diri. Katanya lagi, beliau tidak […]

Kanak-Kanak Maut Kemalangan Akibat Asap Tebal Pembakaran Jerami
BAGAN SERAI, 25 Ogos – Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas motosikal yang dinaiki bersama-sama ahli keluarganya merempuh belakang sebuah lori di Jalan Mini Tar, Kampung Parit Haji Taib 2, dekat sini berikutan asap tebal akibat pembakaran jerami, menurut polis. Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, kanak-kanak […]
Akta 342: KKM Cadang Naikkan Kompaun Dari RM 1,000 Kepada RM 10,000 Terhadap Individu Ingkar
KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan denda bagi kesalahan kompaun di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dari kadar semasa RM1,000 kepada RM10,000. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka yang dipinda itu telah dikemukakan kepada Parlimen baru-baru ini dan akan mengambil sedikit masa untuk diluluskan. “Akta itu […]
Indonesia Catat 2,447 Kes Positif Baharu Dalam Tempoh 24 Jam
JAKARTA, 25 Ogos – Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 157,859 kes secara keseluruhan, manakala 76,667 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus itu. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 2,447 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam di republik berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah […]
Penyelia Kapal Dipenjara Sehari Curi Perkakas Dapur IKEA
KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Seorang penyelia kapal dihukum penjara sehari dan denda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai perkakas dapur di pusat beli-belah Ikea, semalam. Majistret Mohamed Fared Abdul Latif menjatuhkan hukuman itu terhadap Saadah Mat Husin @ Mat Husain, 36, dan turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal […]

Covid-19: Strain Virus Jangkiti Kluster Tawar Masih Dalam Kajian
PUTRAJAYA, 25 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) masih menjalankan kajian berhubung strain atau jenis virus COVID-19 yang menjangkiti Kluster Tawar dan tidak menolak kemungkinan virus itu telah bermutasi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata jangkitan COVID-19 daripada Kluster Tawar adalah tinggi dan pihak makmal sedang mengenal pasti jenis virus itu. “Kita telah mengambil […]
Amaran Tegas, Jangan Guna Nama Dan Logo SSM Tanpa Kebenaran
KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana entiti pinjaman wang atau memberi kredit kepada golongan usahawan. Dalam kenyataan hari ini, SSM memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menggunakan nama serta logo SSM tanpa kebenaran. Menurut kenyataan itu, SSM telah menerima laporan berkaitan […]
Tiada Kanak-Kanak Yang Positif Covid-19 Di Negara Ini Menjadi “Super Spreader” – Dr Hisham
Sidang media hari ini memaklumkan bahawa daripada 5 kes baharu yang dilaporkan dari Kluster Tawar melibatkan kanak-kanak berusia dari 9 tahun dan 12 tahun. Susulan daripada kes ini, Kementerian Kesihatan Malaysia akan melakukan kajian dan ujian kepada mereka yang dijangkiti Covid-19 dalam kalangan pelajar sekolah. Bagaimanapun menurut Ketua Pengarah Kesihatan dalam sidang media tersebut mengatakan […]

Permohonan Untuk Sertai Pejuang Akan Ditapis – Mukhriz
ALOR SETAR, 25 Ogos – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan membuat tapisan sebaik mungkin terhadap setiap individu yang memohon menyertai parti berkenaan. Datuk Seri Mukhriz Mahathir, antara pengasas parti itu, berkata ramai yang menghubunginya bertanyakan borang keahlian dan ingin menubuhkan bahagian namun parti itu agak memilih dalam menerima keahlian nanti. “Seperti mana sedia maklum RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) belum […]
Empat Lagi Kluster Di Sarawak Diisytihar Tamat – JPBN
KUCHING, 25 Ogos – Sebanyak empat kluster COVID-19 di Sarawak diisytiharkan tamat pada hari ini setelah tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari dari tarikh kes terakhir. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata empat kluster itu ialah Kluster Syarikat Kejuruteraan Kuching, Kluster Sentosa, Kluster PUI Melbourne dan Kluster Pasar […]
Kesemua Kes Baharu Kluster Tawar Hari Ini Libatkan Pelajar Sebuah Sekolah Rendah Di Kedah
Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 5 kes baharu Covid-19 dari Kluster Tawar di Kedah hari ini. Menjadikan jumlah kes dalam kluster ini sebanyak 70 kes setakat ini. Kelima-lima kes baharu hari ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah rendah di negeri Kedah. Berikut adalah kenyataan penuh dari KKM mengenai Kluster Tawar. Kluster Tawar Melaporkan Lima Kes […]

TERKINI: 11 Kes Positif Baharu, 9 Kes Tempatan Termasuk 5 Kes Dari Kluster Tawar Di Kedah
Pada hari ini, 25 Ogos. Terdapat kes baharu Covid-19 kembali dua digit iaitu 11 kes hari ini melibatkan 9 kes tempatan dan 2 import. Jumlah kumulatif kes baru meningkat kepada 9,285. Bagaimanapun, terdapat 6 kes telah sembuh. Hal ini telah meningkatkan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 8,971. Perkara ini disampaikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri […]
‘The Speedy Jantan’ Tidak Mahu Isu Luar Trek Jejas Prestasi
KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan tidak mahu isu di luar trek mengganggu fokus untuk mendapatkan kembali prestasi terbaik selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Atlet berusia 22 tahun yang mula menjalani latihan beberapa minggu lepas, terpalit dengan kontroversi isu perpindahannya dan Muhammad Haiqal Hanafi ke Bukit Jalil bagi menjalani latihan […]
Ahli Keluarga Nora Anne Minta Polis Siasat Tiga Rumah – Saksi
SEREMBAN, 25 Ogos — Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa sehari selepas kehilangan Nora Anne Quoirin, iaitu pada 5 Ogos, keluarganya pernah memaklumkan kepada polis yang mereka mengesyaki anak mereka itu diculik. Saksi ketiga prosiding inkues bagi menentukan punca kematian remaja itu, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata mereka juga meminta polis memeriksa tiga […]
Met Malaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Bagi Beberapa Kawasan Di 7 Buah Negeri Sehingga Jam 7 Malam
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3.30 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 7 malam ini adalah Perlis, […]

Ayah Sakit, Tinggalkan Adik-Beradik, Gadis Syukur Kolej ‘Support’ Bagi Duit Saku
Takde seorang anak pun yang ingin membebankan keluarga. Kalau boleh nak buat apa yang terdaya asalkan dapat bantu apa yang termampu. Dalam hidup ni, tak semua orang bertuah. Ada yang perlu ‘berdarah’ sebelum nak sampai ke puncak. Kita sebagai anak selalu berjanji dengan orang tua, akan buat yang terbaik, nak banggakan mereka, dan tengok kita […]