Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu

Covid-19: Strain Virus Jangkiti Kluster Tawar Masih Dalam Kajian

Edayu

PUTRAJAYA, 25 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) masih menjalankan kajian berhubung strain atau jenis virus COVID-19 yang menjangkiti Kluster Tawar dan tidak menolak kemungkinan virus itu telah bermutasi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata jangkitan COVID-19 daripada Kluster Tawar adalah tinggi dan pihak makmal sedang mengenal pasti jenis virus itu.

“Kita telah mengambil ujian atau swab virus itu di makmal, dan makmal akan cuba asingkan virus itu sebelum kita boleh kulturkan dan baca genomik virus itu.

“Jadi siasatan sedang dijalankan, tetapi sekarang ini kita tidak pasti walaupun kita boleh syak ada perubahan daripada mutasi tapi kita tidak dapat sahkan lagi,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun tiada kes positif COVID-19 dikesan daripada Kluster Pesakit Dalam Siasatan (PUI) Sivagangga dalam tempoh dua minggu ini, siasatan dan penyelidikan mengenai virus yang menjangkiti individu daripada kluster itu masih diteruskan.

“Siasatan atau penyelidikan masih dijalankan di makmal dan setakat ini tiga kes didapati positif yang ada mutasi D614G. Kalau kita lihat, mutasi ini hanya mengatakan ada kebolehjangkitan lebih tinggi tetapi dari segi keganasan, virus tersebut adalah lebih kurang sama dan bukan ada komplikasi dari segi rawatan,” katanya.

Kluster Tawar yang kebanyakannya bertumpu di Mukim Tawar, Kedah, merupakan kluster terbesar ketika ini dengan kes pertama kluster adalah lelaki warga tempatan yang juga peniaga.

Lelaki itu dikatakan mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga yang berlangsung dari 31 Julai hingga 1 Ogos lalu.

Setakat hari ini, Kluster Tawar telah mencatatkan 70 kes positif dan enam daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi.

Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, sebanyak 3,547 orang telah disaring dalam kluster ini iaitu 3,018 orang di Kedah, 518 orang di Pulau Pinang dan 11 orang di Perak.

Ditanya mengenai lima kes baharu dalam Kluster Tawar yang kesemuanya membabitkan pelajar sekolah rendah dan merupakan kontak rapat kepada kes ke-9197, Dr Noor Hisham berkata pihaknya masih menjalankan saringan dan siasatan berkaitan.

“Sekolah itu telah ditutup dan kita sedang jalankan siasatan ada kemungkinan jangkitan itu daripada ibu kepada anak dan anak itu ada kawan di sekolah sama, jadi itu generasi ketiga bukan pertama,” katanya.

Sementara itu berhubung laporan mengatakan kanak-kanak berpotensi menjadi golongan silent super spreader COVID-19, beliau berkata setakat ini pihaknya masih belum mengesan perkara berkenaan di negara ini.

Dalam pada itu Dr Noor Hisham berkata penamatan lebih awal Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di dua buah kampung di Perlis dan empat mukim di Kedah mulai esok adalah berikutan tiada kes positif dikesan dalam tempoh lebih dua minggu pelaksanaannya.

“Kita tamatkan sebab ujian kedua telah dijalankan dan semua didapati negatif lebih tempoh 14 hari iaitu tempoh inkubasi,” katanya dan menambah, pemantauan tetap akan dijalankan pihaknya.

PKPDB di kedua-dua kawasan itu sepatutnya tamat pada 31 Ogos ini.

Dalam sidang media itu Dr Noor Hisham turut mengumumkan empat lagi kluster telah ditamatkan pengawasan dan pemantauan hari ini selepas 28 hari tiada kes baharu dan kematian dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang tamat sebanyak 89.

— BERNAMA