Utama

Tip

Trivia

Berita

Berita

Tip

Sukan

Tip

Trivia

Berita

Berita

Tip

Sukan

Persoalan sama ada perlu atau tidak balas pemberian buah limau ketika Tahun Baharu Cina sering menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Perayan Tahun Baharu Cina sememangnya sudah sinonim dengan tradisi pemberian buah limau kepada jiran tetangga dan kenalan.
Amalan ini bukan sekadar simbolik, malah melambangkan harapan yang baik sempena kedatangan tahun baharu.
Seorang wanita yang menerima pemberian buah limau daripada jirannya bagaimanapun meluahkan rasa buntu apabila tidak pasti balasan yang perlu diberi kembali.
Situasi tersebut menimbulkan persoalan dalam dirinya berikutan sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu untuk membalas pemberian sebagai tanda menghargai budi dan menjaga hubungan.
Menerusi laman Threads miliknya, @efdeeane bertanya secara terbuka tentang pandangan warga maya, khususnya masyarakat Cina berhubung perkara tersebut.
“Apa yang patut saya balas kepada jiran hari raya nanti? Ada orang Cina yang boleh jawabkan?” Soal wanita itu.

Soalan yang diajukan menerima pelbagai maklum balas yang tidak disangka. Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman masing-masing.
“Kalau awak tanya saya, tak perlu. Rumah kitorang dah penuh dengan makanan untuk sebulan.
“Balas dengan makanan raya nanti. Itu kitorang tak ada. Saya suka rendang, kuzi, kuih raya dan lain-lain,” jawab seorang warga maya.
“Saya pun bagi jiran saya buah limau. Diorang tolong saya jaga rumah dan kucing waktu saya balik kampung.
“Sejujurnya, awak tak perlu balas apa-apa. Bagi kitorang, satu kepuasan untuk memberi dan berkongsi rezeki.
“Tapi kalau awak suka, boleh je buat macam tu masa raya,” kata seorang lagi.
“Selalunya orang Cina tak mengharapkan apa-apa balasan. Diorang cuma gembira berkongsi dengan awak sebagai jiran.
“Cuma jangan lupa ucapkan Selamat Tahun Baru Cina dekat diorang, itu dah cukup buat diorang gembira.
“Masalahnya bila awak bagi sesuatu untuk balas pemberian, diorang akan terfikir pula nak bagi apa untuk balas balik,” jelas yang lain pula.