Utama

Trivia

Berita

Berita

Trivia

Sukan

Berita

Trivia

Berita

Berita

Trivia

Sukan

Berita

Waspada, hujan lebat dijangka landa beberapa kawasan di tiga negeri hingga awal pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan tiga negeri hingga 12 tengah malam ini.
Menurut amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, beberapa kawasan di Semenanjung dan Kepulauan Borneo dijangka alami hujan lebat.
“Di Perak, daerah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak diramal alami hujan lebat dan ribut petir.
“Begitu juga di Selangor. Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat dijangka terima hujan lebat hingga tengah malam ini,” maklum jabatan tersebut.
Keadaan di Sarawak pula menunjukkan cuaca buruk di beberapa daerah. Antara yan disenaraikan MetMalaysia termasuk daerah Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru dan Telang Usan).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat mengambil langkah berjaga-jaga ketika memandu.