Berita

Berita
Kes Positif COVID-19 Di Indonesia Melepasi 76,000 Kes, Kematian 3,656 Orang
JAKARTA, 13 Julai — Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia mencatatkan penambahan 1,282 kes baharu dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan menjangkau 76,981 kes setakat pukul 12 tengah hari tadi waktu tempatan. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata dalam tempoh sama, 50 lagi kematian baharu akibat wabak itu dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan […]
Berita
Dalam Tempoh 24 Jam, Singapura Catat 322 Lagi Kes Baharu
Singapura: Singapura, yang berada di Fasa Kedua pembukaan semula aktiviti sosial dan ekonominya sejak 19 Jun, mengesahkan 322 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas. Dengan perkembangan terbaharu ini, jumlah kumulatif jangkitan di republik itu mencecah 46,283 kes. Menurut data ringkas setakat 12 tengah hari yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini, majoriti kes terdiri […]
Berita
Ketahui Kejadian ‘Thermocline’ Ketika ‘Snorkeling’, Suhu Air Laut Tiba-Tiba Berubah
Lauttan yang jernih dengan keindahan terumbu karang serta hidupan marin yang berwarna-warni pasti menimbulkan rasa teruja ramai. Bagi merasai pengalaman ini, ada yang memilih untuk melihat dari jauh di permukaan air dengan aktiviti snorkeling manakala mereka yang mahir dapat menerokai dasar laut menerusi selam skuba. Namun, perkongsian oleh seorang gadis di Twitter, mungkin boleh dijadikan […]
Luar Negara
Giliran Menteri Ekonomi Bolivia Positif Covid-19
La Paz: Menteri Ekonomi Bolivia Oscar Ortiz berkata pada Ahad beliau diuji positif COVID-19, menjadikannya anggota kabinet keempat yang dijangkiti virus tersebut, lapor agensi berita Xinhua. “Saya telah diuji positif COVID-19, saya berasa baik. Dengan pertolongan Tuhan, kami akan terus maju, dan akan terus berusaha bersama-sama untuk ekonomi Bolivia,” kata Ortiz dalam akaun Facebooknya. Beliau […]
Berita
KKM Sahkan Ada Satu Kluster Baharu Dikesan Di Melaka – KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan sebuah kluster baharu telah dikesan di Melaka. Kluster ini telah dikenalpasti apabila terdapat kes ketiga yang dikesan positif Covid-19 hasil saringan kontak rapat kepada kes kedua bagi kluster ini. Perkara ini dijelaskan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh KKM melalui laman Facebook rasminya pada hari ini. Kes pertama kluster […]
Berita
USIM: Tiga Lagi Kategori Pelajar Dibenarkan Ke Kampus
SEREMBAN, 13 Julai — Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersetuju membenarkan tiga lagi kategori pelajar ke kampus, secara berperingkat mulai 20 Julai ini. Naib Canselor Prof Dr Mohamed Ridza Wahiddin berkata, ia merupakan tambahan kepada lima kategori pelajar yang telah diberi kebenaran pada Mei lepas, menjadikan keseluruhannya lapan. Tiga kategori pelajar berkenaan ialah pelajar tahun satu hingga empat dalam bidang pengajian yang memerlukan latihan klinikal, […]
Berita
Suspek Kes Pedofilia Warga Perancis Di Indonesia Mati, Dipercayai Gantung Diri
JAKARTA, 13 Julai – Suspek kes pedofilia warga Perancis yang disyaki melakukan jenayah seksual terhadap lebih 300 kanak-kanak di Indonesia, meninggal dunia dipercayai akibat menggantung diri ketika dalam tahanan polis, semalam. Ketua Hubungan Masyarakat Polis Metro Jaya (Polis Jakarta) Yusri Yunus berkata suspek ditemui Khamis lepas dalam keadaan tergantung dengan seutas wayar di dalam lokap […]
Berita
Broker Tanah Didakwa Tipu Urusan Pembelian Tanah Babitkan Kerugian RM1.05 Juta
KLANG, 13 Julai — Seorang broker tanah hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 28 pertuduhan memperdaya sebuah syarikat bagi urusan pembelian tanah lot membabitkan kerugian RM1.05 juta. Pendakwaan dilakukan di dua mahkamah berasingan di hadapan Hakim Razali Ariffin dan Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain. Di hadapan Hakim Ahmad Zamzani, Yap Boon Pin, 45, didakwa memperdaya […]
Berita
JPJ Tetapkan Had Laju 110 Kilometer Bagi Setiap Kenderaan Yang Melalui Kamera AWAS – KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah bersetuju untuk menetapkan had laju 110 kilometer bagi setiap kenderaan yang melalui laluan kamera AWAS. Hal ini dijelaskan oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, tujuan perkara ini dilaksankan bagi menggelakan kemalangan jalan raya. Tegasnya lagi, sebanyak dua juta saman JPJ bernilai RM600 juta, tertunggak sejak tahun 2016. Dalam […]
Berita
Tak Jadi ‘Gantung’, Manchester City Boleh Beraksi Di Liga Juara-Juara Eropah Musim Hadapan
Mahkamah Timbang Tara Suka (CAS) memutuskan untuk menolak hukuman Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) terhadap Manchester City atas dakwaan melanggar regulasi pelesenan kelab dan financial fair play oleh UEFA. Sebelum ini, Manchester City digantung selama dua musim daripada menyertai mana-mana kejohanan di peringkat Eropah terutama Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa. Sudah pasti ia menjadi kebimbangan peminat […]
Berita
Misteri Bau Busuk Terjawab Dengan Penemuan Mayat Lelaki
GEORGE TOWN, 13 Julai — Misteri bau busuk daripada sebuah unit kediaman di Pangsapuri Indah Bay, Tanjung Bungah di sini terjawab susulan penemuan mayat lelaki yang sudah kembung dan hampir reput, malam tadi. Mayat Dexter Macarten Estrop, 59, ditemukan dalam keadaan duduk di atas sofa ruang tamu rumahnya oleh pihak polis selepas menerima panggilan daripada jirannya pada pukul […]
Kesihatan
TERKINI: Satu Kes Pulih Dan 7 Kes Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat seorang pesakit Covid-19 yang telah discaj, 7 kes positif baharu dan tiada kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan hari ini (13 Julai 2020). Menerusi perkongsian di akaun Facebook rasmi KKM, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8,520 kes secara keseluruhannya. 7 kes baharu yang dilaporkan hari […]
Berita
Parlimen: Azhar Harun Dipilih Yang Dipertua Dewan Rakyat
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-10 hari ini. Azhar, 58, merupakan calon tunggal yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan pencalonan Azhar mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Tiada undi diadakan memandangkan hanya satu nama dicadangkan. Usul itu dibentang Perdana Menteri selepas usul pertamanya supaya […]
Berita
Tarik Rambut Kanak-Kanak, Bekas Pengasuh Didenda RM5,000
Akibat menarik rambut kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun semasa menyuapnya nasi, seorang bekas pengasuh didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Roslina Inggo, 24, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kes itu. Roslina didakwa dengan sengaja melakukan […]
Berita
(Video) Lima Beradik Bertaranum, Bacaan Merdu Abang Dan Kakak Qariah Muda Ini Buat Ramai Terpegun
Kebolehan Johan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61, Farhatul Fairuzah dalam mengalunkan ayat-ayat suci kitab al-Quran sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Namun begitu, bukan hanya dia sahaja yang mempunyai kebolehan melantunkan ayat-ayat suci al-Quran dengan penuh merdu, tapi adik beradiknya juga dilihat mempunyai bakat yang sama. Melalui laman Instagram miliknya, dia ada berkongsikan […]
Berita
40 Kediaman Terjejas Banjir Kilat Di Mambau, Lima Mangsa Dipindahkan
SEREMBAN, 13 Julai — Empat puluh kediaman membabitkan 40 keluarga di Kampung Bemban, Mambau terjejas berikutan banjir kilat yang melanda kawasan berkenaan pagi ini. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Syazwan Saidi berkata setakat ini lima mangsa iaitu sepasang warga emas, seorang orang kurang upaya (OKU) dan sepasang suami isteri dipindahkan ke pusat penempatan sementara di Masjid Kampung Bemban. “Banjir dengan ketinggian 1.21 […]
Gaya hidup
“Pedih Hati Si Isteri,” Baru Pulang Beli Motosikal Idaman, Isteri Sebak Suami Meninggal Akibat Kemalangan
Tiada siapa yang mampu menolak ketentuan takdir, jika sudah ditetapkan ia terjadi maka jadilah ia. Pemergian orang tersayang dalam sekelip mata sememangnya sangat berat untuk dihadapi sesiapa sahaja. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Keadaan ini dialami oleh Dalila Zolkofli yang telah kehilangan suami tercinta pada 11 Julai yang lalu disebabkan oleh kemalangan […]
Berita
Dewan Rakyat Lulus Usul Pengosongan Jawatan Yang Dipertua
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Usul kerajaan untuk Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat diluluskan Dewan Rakyat, hari ini. Usul itu diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 111 Ahli Parlimen bersetuju manakala 109 lagi tidak bersetuju dengan usul berkenaan. Mengumumkan keputusan undi berkenaan, Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid […]
Berita
Parlimen: Muhyiddin Kemuka Usul Pengosongan Kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengusulkan di Dewan Rakyat supaya jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dikosongkan atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan berkenaan. Ahli Parlimen Pagoh itu bangun mengusulkan cadangan tersebut di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon. “Bahawa Dewan Rakyat ini […]
Luar Negara
Doktor Dilapor Temui Cacing 1.5 Inci Dalam Kerongkong Wanita, Dipercayai Setelah Makan Sashimi
Bermula dengan sakit tekak, seorang wanita berusia 25 tahun terpaksa menghadapi saat yang ‘mengerikan’ apabila doktor menemui seekor cacing di bahagian belakang kerongkongnya. Pemeriksaan yang lebih dekat menunjukkan bahawa makhluk itu adalah cacing gelang parasit yang dikenali sebagai Pseudoterranova azarasi yang mempunyai panjang lebih dari satu inci di dalam tonsil wanita tersebut. Pesakit melaporkan bahawa […]