Berita
Dua Beranak Ditahan Miliki Senapang Patah Tanpa Lesen
KULIM, 7 Julai — Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menahan seorang lelaki berusia 49 tahun dan anak lelakinya berusia 25 tahun kerana memiliki dua laras senapang patah serta 28 butir peluru tanpa lesen di Kampung Padang Cina, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Azhar Hashim dalam kenyataan di sini berkata suspek pertama ditahan di […]
(Video) Detik-Detik Bas Bawa Penumpang Terhumban Dalam Tasik, 21 Orang Dilaporkan Maut
Seramai 21 orang dilaporkan telah meninggal dunia selepas sebuah bas terjunam ke dalam sebuah tasik di China, lapor Sky News. Rakaman CCTV menunjukkan kenderaan itu tiba-tiba melintasi enam lorong laluan trafik di Anshun, wilayah Guizhou pada Selasa sebelum merempuh penghadang dan terjunam ke dalam Tasik Hongshan. Sekurang-kurangnya 15 orang telah diselamatkan dari kenderaan itu di […]
Manfaatkan ‘Cutting Board’, Wanita Ini Kongsi Idea Buat ‘Planter’ Untuk Hiasan Dalam Rumah
Mungkin selama ini ada yang gemar menanam dan menghias segala jenis pokok di halaman rumah. Namun, ada juga beberapa jenis pokok yang sangat sesuai untuk dihiasi di dalam rumah dan hasilnya sangat mengagumkan. Menerusi kiriman yang dikongsikan oleh Norpadilah Afandi, beliau membuat hiasan untuk diletakkan di dalam rumah menggunakan pokok lidah jin dari pelbagai yang […]
Mengaku Sakit Hati Dituduh Curi Ayam, Lelaki Berdepan Hukuman Penjara 12 Tahun Lepas Didakwa Bakar Kereta Jiran
Seorang lelaki yang berasal dari Kecamatan Panglayungan, Kecamatan Cipedes, Kota Tasikmalaya, Indonesia ditahan oleh polis selepas membakar tiga kenderaan milik jirannya, lapor Tribun News. Lelaki itu mengaku sengaja membakar semua kenderaan tersebut kerana sakit hati setelah dituduh mencuri ayam oleh jirannya itu. Sasaran sebenar lelaki itu adalah hanya sebuah lori pikap jirannya namun malangnya kenderaan […]
Al-Jazeera : Lima Laporan Polis Diterima – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Lima laporan polis diterima berkaitan dokumentari yang diterbitkan media antarabangsa Al-Jazeera berhubung cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin ketika usaha mengekang penularan COVID-19. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata polis juga telah mengenal pasti beberapa individu yang terlibat bagi membantu siasatan kes berkenaan. Beliau berkata polis akan memanggil wartawan […]

Ramai Yang Tak Tahu, Hanis Zalikha Urus Perniagaannya Hanya Dengan OPPO Find X2 Pro 5G
Hanis Zalikha telah dipilih sebagai “The Finder” bakal mengekspresikan pengalaman bersama ‘kekasih’ barunya. Seperti mana yang kita tahu, OPPO Find X2 Series 5G telah dilancarkan pada 10 Mac 2020 lalu. Oleh itu, Hanis Zalikha dan lima lagi usahawan tempatan telah memilih untuk mencuba teknologi baru pada OPPO Find X2. Mungkin ramai yang nak tahu kehebatan […]
MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri yang akan berlaku pada malam ini. Amaran ribut petir yang dikongsikan sebentar tadi dijangka bakal berlaku sehingga jam 9 malam. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah • Pulau Pinang • Perak • Kelantan (Jeli dan Tanah Merah) • Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) […]
(Video) “Macam Mana Boleh Sangkut Kat Rambut,” Telatah Kanak-Kanak Ini Diusik Bapa Buat Ramai Terhibur
Sebagai ibu bapa, pelbagai cabaran yang getir perlu dihadapi dalam membesarkan anak-anak dan sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Pun begitu, tidak semua karenah anak-anak memberikan tekanan. Terkadang celoteh serta keletah yang tidak terjangka pastinya akan mengundang gelak tawa ibu bapa dan ia mungkin akan menjadi momen manis dalam membesarkan anak-anak. Terbaru, video yang dikongsikan […]
TERKINI: 6 Kes Baharu COVID-19 Dan 5 Kes Sembuh Dilaporkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 5 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini dan menjadikam jumlah kumulatif sebanyak 8, 481 bersamaan dengan 97.8%. Menerusi kiriman di Facebook rasmi, beliau juga memaklumkan bahawa terdapat 6 kes baharu jangkitan Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,674 […]
“Semua Percuma & Persekitaran Ada Aircond”, Doktor Rawat PATI Di Pusat Kuarantin Kongsi Realiti Sebenar
Baru-baru ini, seorang doktor yang bertugas di tempat kuarantin pesakit dan merawat pesakit covid-19 dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) tampil berkongsi pengalamannya. Berikut adalah kenyataan Dr Kenneth Wong Chen Fei di Facebook beliau. Kenyataan beliau turut dikongsikan Kementerian Kesihatan (KKM) di akaun rasmi mereka. Al-Jazeera (didakwa) buat tuduhan palsu (pembohongan/tuduhan tidak wajar) terhadap […]
Umur 27 Dah Ada Rumah Kena Lelong, Lelaki Kongsi Risiko Sebenar Pelaburan Hartanah Ramai Tak Sedar
Semakin ramai mempunyai kesedaran untuk membeli rumah di usia muda. Pun begitu, kadangkala hakikat sebenar tak seindah cerita. Silap haribulan, boleh merana hidup kalau tersalah langkah dan cara. Baru-baru ini, seorang perunding hartanah berkongsi kisah seorang pemuda berusia 27 tahun yang terpaksa melepaskan rumahnya gara-gara dilelong pihak bank. Malah, dia juga dikatakan mungkin terpaksa membayar […]
Cuba Lari Dari APMM, Tiga PATI Jatuh Ke Laut Setelah Bot Terbalik Di Perairan Tg. Piai
JOHOR BAHRU, 7 Julai (BERNAMA) — Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dipercayai jatuh ke laut apabila bot yang dinaiki mereka terbalik ketika cuba melarikan diri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Tanjung Piai, dekat Pontian, awal pagi tadi. Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata pada kejadian kira-kira 2 […]

“Betulkan Fakta Sebelum Komen”, Retweet Laporan Al-Jazeera, Wanita ‘Ditegur’ KP Kesihatan
Isu laporan Al-Jazeera yang didakwa memburukkan Malaysia sedang hangat diperkatakan. Baru-baru ini, seorang wanita ‘ditegur’ sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah atas kenyataannya yang tidak tepat. Wanita itu berkata, Malaysia perlu menerima kritikan dengan kecerdasan dan rendah hati. Dia turut dilihat mengecam Malaysia berdasarkan dakwaan Al-Jazeera kononnya ada kanak-kanak yang digari […]
Suri Rumah Didenda RM6,000, Cubit Telinga Bayi Anak Jiran
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Akibat mencubit kedua-dua belah telinga seorang bayi lelaki, anak jirannya yang berusia 10 bulan sehingga mengalami kesan lebam, seorang suri rumah didenda RM6,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu ke atas Noor Aziana A. Samad, 33, selepas dia mengaku bersalah […]
Sidang Parlimen Bermula 13 Julai, Tertakluk Kepada SOP – Ismail Sabri
Putrajaya, 7 Julai – Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan bersidang mulai 13 Julai ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya, persidangan tersebut tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mengikut norma baharu dalam membendung wabak COVID-19 ini. “Persidangan Dewan Rakyat akan bermula pada 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020 iaitu […]
Taksub Dengan Teori Konspirasi, Ibu Antivaksin ‘Pandai-Pandai’ Rawat Anak OKU Hidap COVID-19 Guna Ubat Malaria & Akhirnya Meninggal Dunia
Apabila sebut tentang kisah golongan antivaksin dan pentaksub teori konspirasi, sudah tentu pelbagai benda kita boleh bayangkan dalam minda. Ada kes si ibu melahirkan anak secara water birth, ada ibu lahirkan anak secara lotus birth dan macam-macam lagi. Jika diteliti satu-persatu kes kematian anak kecil atau bayi yang melibatkan kaedah pelik sebegitu, pasti tidak lain […]
Dua Pegawai Polis Antara 14 Individu Ditahan Disyaki Edar Dadah
Dua pegawai polis antara 14 individu yang ditahan, disyaki kerana mengedar dadah, lapor Bukit Aman memetik laporan ringkas BERNAMA hari ini. Sementara itu, kira-kira 182 kilogram dadah bernilai RM10 juta turut dirampas dalam operasi polis di empat negeri. Berita lanjut menyusul. ▪️ Dua pegawai polis antara 14 individu ditahan disyaki edar dadah – Bukit Aman▪️ […]
Catat 620 Korban Sehari, Kematian Akibat COVID-19 Di Brazil Cecah 65,000
MOSCOW, 7 Julai (Bernama) — Angka kematian akibat COVID-19 di Brazil meningkat sebanyak 620 dalam tempoh 24 jam kepada 65,487, lapor agensi berita Sputnik, memetik kenyataan Menteri Kesihatan negara itu. Jumlah kes juga meningkat sebanyak 20,229 menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,623,284, kata kementerian itu. Sehari sebelumnya, jumlah kematian meningkat 602 orang dan jumlah kes yang […]
KPDNHEP Rampas 1,260 Liter Petrol Dekat Pangkalan Haram Di Tumpat
KOTA BHARU, 7 Julai (Bernama) — Penemuan dua kenderaan yang mencurigakan berhampiran pangkalan haram Mekza dekat Kampung Simpangan, Tumpat petang semalam membongkar kegiatan penyeludupan minyak petrol yang dilakukan di situ. Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan Azanizam Affendi Juri, pemeriksaan yang dijalankan ke atas dua kenderaan […]

Satu Lagi Kes Baharu JE Dikesan Di Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 7 Julai (BERNAMA) — Satu lagi kes baharu Japanese Encephalitis (JE) dilaporkan di Pulau Pinang membabitkan daerah Barat Daya, menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang. Menurut kenyataan berkenaan, selain kes baharu itu dua lagi kes sebelum ini di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) membabitkan dua kanak-kanak telah disahkan melalui ujian makmal. Namun, kenyataan […]