Berita

“Bagi Mereka Yang ‘Single’, Sabarlah…,” ‘Tweet’ MKN Ini Tarik Perhatian Ramai
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu ciapannya di Twitter memaklumkan bahawa kebenaran rentas negeri atas faktor-faktor tertentu akan dibolehkan bermula 1 Jun ini. Antaranya ialah atas sebab-sebab kecemasan seperti kematian, perubatan dan bekerja sahaja. Bermula 1 Jun ini, kebenaran rentas negeri dibolehkan atas sebab-sebab kecemasan seperti kematian, perubatan dan bekerja sahaja. 🚗 Begitu juga dengan […]
Pelajar Thailand Transit Di Malaysia Kes Terbaharu COVID-19 Di Thailand
Seorang pelajar Thailand yang kembali dari Arab Saudi dan masuk ke negara itu menerusi sempadan Malaysia merupakan kes COVID-19 terbaharu direkodkan di Thailand. Pelajar berusia 26 tahun itu tiba di Kuala Lumpur dan menaiki bas ke Narathiwat, Thailand menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, Perlis. Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Dr Panprapa Yongtrakul berkata […]
Main Tinggal Ja, Berikut Jawapan Saintifik Mengapa Ada Yang Tinggalkan Troli Beli Belah Di Merata Tempat
Perbuatan meninggalkan troli membeli belah bukan di tempatnya sering dapat dilihat berlaku. Walaupun perbuatan itu bukanlah seteruk aktiviti-aktiviti jenayah, namun ianya turut memberi kesan kepada pelbagai pihak. Pun begitu, perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai kerapuhan etika dalam struktur sosial yang memperlihatkan sesetengah individu yang tidak prihatin terhadap orang lain dengan gagal mengembalikan semula troli ke […]
“Supaya Anak Cepat Berjalan,” Doktor Ini Perjelas Impak Sebenar Mengenai ‘Baby Walker’
Pasti ramai diantara kita yang pernah melihat bayi diletakkan di dalam baby walker. Secara lazimnya, ramai yang menyangka bahawa baby walker digunakan bertujuan untuk menguatkan otot kaki pada kanak-kanak itu supaya mereka cepat berjalan. Namun begitu, melalui perkongsian yang dibuat oleh doktor Ahmad Luqman Bukhari, lain pula yang dihujahkannya. Menurutnya, baby walker ini sebenarnya tidak […]
Pengusaha Restoran Ingkar SOP Boleh Disaman RM1,000 – KP Kesihatan
Pengusaha restoran berisiko dikenakan tindakan saman maksimum RM1,000 menurut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) jika didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata SOP itu merupakan garis panduan yang perlu dipatuhi bagi mereka beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan […]
Seorang Kakitangan Wisma Putra Positif COVID-19 – Hishammuddin
Seorang kakitangan Kementerian Luar disahkan positif COVID-19 semalam, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau dalam kenyataan hari ini berkata ia adalah kes pertama di kementerian itu yang dikesan menerusi satu saringan kesihatan yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) di Wisma Putra. “Sebelum menjalani saringan ini, beliau tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom COVID-19 seperti demam, […]
Seorang Maut, 40 Ditahan Dalam Rusuhan Di Detroit, AS
WASHINGTON, 30 Mei (Bernama) — Seorang terbunuh manakala lebih 40 yang lain ditahan dalam rusuhan besar-besaran yang tercetus di bandar Detroit Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Sputnik. Mangsa merupakan penunjuk perasaan dilaporkan maut apabila seorang suspek tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah orang ramai sambil memandu kereta, menurut ketua polis Detroit, James E Craig, […]
Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik
BUKIT MERTAJAM, 30 Mei (Bernama) — Seorang lelaki maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di tepi jalan Taman Usahaniaga, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata mayat lelaki berusia 51 tahun itu ditemukan terbaring tidak sedarkan diri oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada 3.40 pagi sebelum dihantar […]
Federer Ungguli Senarai Atlet Raih Pendapatan Tertinggi, Turut Atasi Ronaldo Dan Messi
WASHINGTON, 30 Mei (Bernama) — Bintang tenis terkenal Roger Federer menduduki tempat teratas senarai Forbes 2020 sebagai atlet yang memperoleh bayaran tertinggi dengan pendapatan sebelum cukai US$106.3 juta, lapor agensi berita Xinhua. Ini kali pertama legenda tenis kelahiran Switzerland itu mengungguli senarai itu. Pendapatannya merangkumi wang hadiah US$6.3 juta dan US$100 juta bayaran sokongan serta penampilan. […]
APMM Kesan 9,048 Bot, Kapal Mencurigakan Sepanjang PKP Dan PKPB
PELABUHAN KLANG, 30 Mei — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan 9,048 kapal dan bot dalam keadaan mencurigakan di perairan negara sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 18 Mac hingga 13 Mei lepas. Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata kira-kira 20 peratus daripada jumlah […]
Malaysia Optimis Dapat Putuskan Rantaian Covid-19 Dalam Sedikit Masa Lagi
PUTRAJAYA, 30 Mei (Bernama) — Malaysia optimis dapat memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 dalam sedikit masa lagi susulan hasil keupayaan tinggi dalam mengesan penularan wabak tersebut serta tindakan program kesihatan yang mantap. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keupayaan pengesanan COVID-19 Malaysia kini berada pada kadar hampir 30,000 ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) […]
30 Ditahan Leka Berparti Langgar PKPB Di Ipoh
IPOH, 30 Mei — Seramai 30 individu ditahan kerana mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul dan mengadakan parti persendirian di dua lokasi berasingan di sekitar Ipoh, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata dalam serbuan pertama, seramai 14 lelaki termasuk penganjur dan empat wanita yang berumur antara 17 hingga 26 tahun […]
COVID-19: Pesakit Di Bawah Pengawasan Langgar Peraturan Kuarantin
LABUAN, 30 Mei — Polis mendapati terdapat beberapa orang yang dikuarantin di hotel di sini melanggar peraturan dengan keluar membeli rokok dan menghisap rokok, serta berjumpa rakan dari luar di lobi premis itu yang dijadikan fasiliti kuarantin bagi COVID-19. Ketua Polis Labuan Muhammad Farid Ahmad berkata selepas membuat pemeriksaan di hotel, pihaknya telah merekodkan maklumat mereka […]
“Tinggal Dahulu Buat Sementara Waktu”, Kerajaan Tarik Semula Arahan Kosongkan Barang Pelajar Di Asrama -Ismail Sabri
Putrajaya, 30 Mei – Kerajaan melarang para pelajar melakukan rentas negeri bagi mengambil barangan peribadi mereka yang ditinggalkan di bilik dan dorm di asrama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran rentas negeri hanya dibenarkan untuk kes kecemasan tertentu sahaja. Malah, arahan untuk mengosongkan dorm atau […]
Lelaki Ini Tak Kisah Restorannya Dibakar Perusuh, Asalkan Keadilan Untuk George Floyd Ditegakkan
Bersolidariti dengan kematian George Floyd yang terbunuh ketika ditahan polis, pemilik sebuah restoran makanan India di Minneapolis rela premisnya dibakar perusuh. Dalam satu kemaskini oleh Gandhi Mahal Restaurant, anak kepada pemiliknya, Hafsa berterima kasih kepada jiran yang cuba membantu melindungi premis itu. Namun, mereka tidak kisah bangunan itu terbakar asalkan keadilan dapat ditegakkan. “Ini Hafsa. […]
Satu Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Di DTSI Putrajaya
Terdapat satu kluster baharu dilaporkan, iaitu di Depoh Tahanan Sementara Imigresen (DTSI) Putrajaya, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini. Berdasarkan jadual Kluster Depot Tahanan Imigresen yang dikeluarkan, terdapat 97 sampel yang telah diambil di depoh tahanan tersebut. Didapati dua kes daripadanya disahkan positif dan ia kedua-duanya merupakan warga asing. Manakala 54 kes lagi menunjukkan keputusan negatif, […]
Lapan Sekeluarga Nyaris Maut Eumah Terbakar
SHAH ALAM, 30 Mei — Lapan sekeluarga yang sedang nyenyak tidur nyaris maut apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian di Taman Cahaya Alam Seksyen U12, di sini pagi tadi. Menyedari kebakaran, kesemua mereka bertindak terjun dari tingkat atas rumah teres dua tingkat berkenaan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata tujuh daripada mereka mengalami kecederaan melecur […]
Air Sampai Jadi Biru, Menteri Alam Sekitar Sahkan Sebatang Sungai Di Johor Tercemar
Sebatang sungai di Kampung Sungai Buloh, Batu Pahat, Johor dilaporkan telah tercemar dengan bahan cecair berwarna biru. Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Batu Pahat bergegas ke lokasi berkenaan dan bertemu dengan wakil penduduk setelah menerima aduan pada petang semalam. “Hasil pemeriksaan mendapati pencemaran berpunca […]
Empat Pelajar Tahfiz & Dua Warga Emas Antara Yang Positif COVID-19 Hari Ini
Empat orang pelajar madrasah tahfiz beserta dua penghuni di pusat jagaan warga emas antara yang disahkan positif COVID-19, lapor Kementerian Kesihatan (KKM). Maklumat tersebut dirujuk melalui jadual saringan COVID-19 bagi tiga lokasi iaitu pusat tahfiz/madrasah, pasar dan pusat jagaan warga emas. Bagaimanapun, tiada sebarang kes baharu yang dikesan daripada hasil saringan bagi lokasi pasar. Terkini […]
Jalan Kaki Rentas Negeri, Lelaki Jerman Ditahan
ARAU, 30 Mei (Bernama) — Seorang lelaki warganegara Jerman yang berjalan kaki masuk ke negeri ini tanpa dokumen sah merentas negeri, direman selama empat hari bermula hari ini. Ketua Polis Daerah Arau, Supt Nanda Maarof berkata lelaki berusia 24 tahun itu dilihat berjalan kaki dari arah Changlun, Kedah, sebelum ditahan ketika tiba di sekatan jalan […]