Berita
Padah Berhimpun & Melepak Di Pantai Lido, Lapan Individu Dikompaun
JOHOR BAHRU, 28 Mei — Padah berhimpun dan melepak di tempat awam, seramai lapan individu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di tepi Pantai Lido, di sini, dua hari lepas. Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Polis Daerah Johor Bahru Selatan, sekumpulan lelaki berkenaan ditemui sepasukan anggota polis yang ketika […]
Pelancaran SpaceX, Kapal Angkasa Elon Musk Ditunda
Washington — SpaceX gagal melancarkan kapal angkasa pada Rabu lepas, yang buat pertama kalinya membawa manusia ke Stesen Luar Angkasa Antarabangsa. Kapal angkasa dari syarikat milik jutawan Elon Musk itu gagal dilancarkan di Kennedy Space Center di Floride kerana keadaan cuaca yang buruk. Walapun segala persediaan telah pun dibuat dan dua angkasawan Nasa iaitu Bob […]

Seorang Adun Selangor Akan Disiasat Kerana Didakwa Langgar SOP PKPB Aidilfitri
Shah Alam: Satu siasatan akan dijalankan terhadap seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kerana didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa sambutan Aidilfitri. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata siasatan berkenaan dilakukan mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan […]
TERKINI: Lagi 86 Kes Telah Sembuh Dan Discaj, Jumlah Keseluruhan 6,169
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 86 kes pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini. Dari jumlah tersebut, jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 6,169 bersamaan 80.86%. #COVID-19: 86 kes pulih dan dibenar discaj, jumlah kumulatif kes discaj kini 6,169 – KP Kesihatan pic.twitter.com/cgcIxBjXpz — BERNAMA (@bernamadotcom) […]
Sayu, Lelaki Bangsa Cina Meninggal Dunia Sehari Selepas Lafaz Syahadah, Peluk Agama Islam
Hidayah itu datang daripada Allah, Dia memberi kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Kita sebagai manusia tidak dapat menduga bagaimana pengakhiran hidup setiap individu di dunia ini kerana semua itu merupakan rahsia Allah. Seperti satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Othman Abu Bakar, mengenai kematian seorang mualaf berbangsa Cina. Menurut sumber, lelaki tersebut didakwa meninggal dunia selepas […]
Jurutera Elektronik Komputer Simpan Duit Sejak Tingkatan Tiga Untuk Buka Stesen Minyak
KANGAR, 28 Mei (BERNAMA) — Berbekalkan azam, kesabaran dan disiplin tinggi sejak berada di bangku sekolah, seorang anak muda kini mampu berbangga apabila menjadi antara pengusaha stesen minyak bumiputera termuda di negeri ini. Imran Ariff Mohamed @ Razlan, 34, membuat keputusan untuk menceburi bidang peruncitan petroleum setelah terbaca iklan di laman sesawang Petronas kira-kira lima tahun lalu. […]

Ayah Dah Biasa Pandu Van Jenazah, Tapi Tak Sanggup Nak Bawa Jenazah Anak-Anak Sendiri
KUALA BERANG, 28 Mei – Biasanya saya yang bawa jenazah orang, tak sangka kali ini tiga jenazah anak serentak sampai di rumah. Tak sanggup saya nak memandu van jenazah mereka ke tanah perkuburan, biarlah orang lain yang bawa, kata Mohd Ismail, 64. Bapa kepada tiga beradik yang lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong […]
Covid-19: 373 Kes Baru Di Singapura, Tidak Melibatkan Penduduk Tetap
Kementerian Kesihatan Singapura telah mengesahkan 373 kes baru Covid-19 pada jam 12 malam pada hari Khamis, 28 Mei 2020. Ini menjadikan jumlah kes yang dilaporkan di Singapura menjadi 33.249. Sebilangan besar jangkitan yang dilaporkan masih merupakan pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing. Tidak ada kes penduduk Singapura atau Penduduk Tetap yang dilaporkan […]

Percaya Cakap Bomoh, Bayi 5 Bulan Maut Dipercayai Diberi Minum Darah Penyu Nak Elak Covid-19
Seorang bayi berusia lima bulan maut selepas diberi minum darah penyu oleh keluarganya untuk melindungi daripada dijangkiti Covid-19. Difahamkan, kejadian di Haiti itu berlaku akibat saranan seorang bomoh yang mendakwa kesan meminum darah penyu boleh menyebabkan mereka sekeluarga terhindar daripada dijangkiti wabak maut itu. Menurut laporan media tempatan, kakak mangsa yang berusia tujuh tahun dan […]

COVID-19: Singapura Langkaui Paras 33,000 Dengan 373 Kes Baharu
SINGAPURA, 28 Mei — Singapura, secara awal, mengesahkan tambahan 373 kes lagi jangkitan COVID-19 setakat tengah hari ini dengan kesemuanya tidak melibatkan warga tempatan atau pemastautin tetap. Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di republik ini meningkat kepada 33,249 kes dengan kira-kira 52 peratus atau 17,276 pesakit telah pulih sepenuhnya setakat Rabu. Dalam kenyataannya hari ini, Kementerian Kesihatan Singapura […]
Pemuda Buat “Slide Powerpoint”, Bentang Perancangan & Status Kewangan Depan Bakal Isteri Sebelum Berkahwin
Setiap orang pasti mengimpikan perkahwinan idaman yang bahagia hingga ke syurga di sisi pasangan tercinta. Demi merealisasikan impian ini, ramai yang mula mengambil langkah pertama ke gerbang perkahwinan – merancang kewangan. Ada yang memilih untuk merancang kewangan dengan berbincang secara telus status kewangan masing-masing. Kejujuran mengenai kondisi kewangan peribadi memberi peluang kepada setiap pasangan untuk […]

174 Rumah Ibadat Bukan Islam Beroperasi Semula Pada 10 Jun
PUTRAJAYA, 28 Mei — Sebanyak 174 rumah ibadat bukan Islam diluluskan untuk beroperasi semula pada 10 Jun ini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Ibadat Dalam Zon Hijau. Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan hari ini berkata permohonan yang diluluskan adalah mengikut ketetapan yang digariskan dalam SOP seperti bilangan kehadiran maksimum 30 orang serta tertakluk kepada saiz keluasan […]
Orang Jepun ‘Bersihkan’ Kawasan Di Malaysia, Dakwa Kutip 4,500 Puntung Rokok Dalam Masa 1 Jam Setengah
Budaya membuang sampah merata-rata masih berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia biarpun kita hampir mengakhiri penggal pertama 2020. Baru-baru ini seorang lelaki yang mengaku sebagai warga Jepun yang juga pemilik kepada akaun Twitter bernama Nana berkongsi hasil kutipan puntung rokok di sekitar bandar negara ini pada awal tahun ini. Menurutnya, dia bersama pasukan Trash Hero Putrajaya […]
Semua PATI Di Tiga Depo Tahanan Selesai Jalani Saringan, 1 Kakitangan Didapati Positif
Seramai 4,399 pendatang asing tanpa izin (PATI) di tiga depo tahanan imigresen telah selesai menjalani ujian saringan COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, saringan tersebut melibatkan semua PATI di depo tahanan Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang. “Didapati hanya 13 lagi yang masih menunggu laporan kesihatan, yang lain telah disaring dan telah […]
NGO Saran Kerajaan Batal Lesen Pemandu Mabuk Seumur Hidup
KLANG, 28 Mei (Bernama) — Enam badan bukan kerajaan (NGO) Selangor menyarankan kerajaan mengenakan tindakan paling tegas terhadap pemandu mabuk termasuk hilang kelayakan memandu seumur hidup. NGO berkenaan ialah Pergerakan Belia 4B Kota Raja, 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Alumni 4B Parlimen Kota Raja, Pertubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bandar Botanik Klang, Pertubuhan Integrasi Nasional […]
COVID-19: Ramai Sangat Pengunjung, Taman Tasik Titiwangsa Ditutup Semula Bermula Hari Ini – DBKL
KUALA LUMPUR, 28 Mei — Taman Tasik Titiwangsa di sini, ditutup sepenuhnya kepada awam bermula hari ini, sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran Facebooknya hari ini memaklumkan, penutupan tersebut, bertujuan mengelakkan penularan wabak COVID-19 ekoran kehadiran ramai pengunjung ke taman tersebut. “Bagaimanapun, aktiviti berjoging masih dibenarkan di […]
Perkhidmatan Kurier ‘Talian Hayat’ Ketika PKPB
KUALA LUMPUR, 28 Mei — Tidak dinafikan perkhidmatan kurier menjadi ‘jentera’ penghubung penting ketika negara berdepan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini, lebih-lebih lagi ketika musim Hari Raya Aidilfitri. Ini kerana perkhidmatan tersebut menjadi ‘talian hayat’, bagi mereka yang jauh dari keluarga, tidak dapat balik kampung akibat larangan rentas negeri oleh kerajaan, dengan menjadi medium penghantaran […]

Baru Selesai Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Mac Lepas, Jasad Terakhir Mangsa Lemas 3 Beradik Ditemui Meninggal Dunia
Kuala Berang: Mayat terakhir kes lemas membabitkan tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong ditemui pada 12.40 tengah hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata mayat Khalif Naim Mohd, 16, ditemui kira-kira 170 meter dari lokasi kejadian. Terdahulu mayat pertama,Umar Iskandar ditemui di dasar sungai kira-kira 100 meter […]
Bayi 6 Bulan Antara Mangsa Terbaru Positif Covid-19 Di Indonesia
LUBUKLINGGAU- Seorang bayi berusia enam bulan menjadi pesakit positif Covid-19 di Lubuklinggau, Sumatera Selatan. Hari ini kes pengesahan positif Covid-19 di Bandar Lubuklinggau telah meningkat lagi sebanyak 11 orang. Sehingga mencatatkan jumlah warga positif yang terdedah kepada Covid-19 di bandar ini kepada 72 orang. Jurucakap (Jubir) TGPP Covid-19 Lubuklinggau City, Dr. Jeanita berkata penambahan 11 […]
Rempuh Sekatan Polis Dan Larikan Diri Lebih 40 Km, Tiga Penjenayah Tumpas
IPOH, 27 Mei — Polis menahan tiga lelaki yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna, Toyota Avanza yang cuba melarikan diri dengan kenderaan itu sejauh 40 kilometer dari sini, hari ini setelah diarahkan oleh polis supaya berhenti di Simpang Pulai. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata semua suspek berumur antara 21 hingga […]