Berita

Berita
Pelajar Balik Kampung Kerana COVID-19 & Banyak Fasiliti Universiti Tidak Digunakan, MPPK Cadang Yuran IPT Dikaji Semula
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mencadangkan agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengkaji semula kadar caj yuran pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Presidennya, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata, hal tersebut dibangkitkan berikutan arahan yang dikeluarkan KPT agar sesi pengajaran dan pembelajaran di IPT dijalankan secara atas talian sehingga 31 […]
Berita
Selepas Abang, Jasad Adik Pula Ditemui Sudah Meninggal Dunia
Kira-kira jam 11.35 pagi, seorang lagi mangsa lemas di Sungai Terengganu telah ditemui meninggal dunia oleh pasukan penyelamat berdekatan tempat kejadian. Mangsa kedua dikenal pasti sebagai Khairil Firdaus yang berusia 17 tahun. Terdahulu, mayat mangsa Umar Iskandar telah ditemui kira-kira jam 9.50 pagi hari ini. Oleh itu, operasi pencarian seorang lagi mangsa masih giat diteruskan. […]
Kesihatan
Jangan Buang Merata-Rata, Ini 4 Cara Yang Betul Nak Lupuskan ‘Face Mask’
Memakai penutup hidung dan mulut atau Face Mask ketika ini sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian kita sejak penularan wabak pandemik Covid-19. Ramai petugas kesihatan, Kementerian Kesihantan Malaysia dan pengamal perubatan mengajar cara-cara untuk memakai topeng muka dengan cara yang betul. Kali ini, menerusi portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia memberi tips untuk melupuskan penutup […]
Berita
Kejam, 11 Ekor Kucing Ditemui Mati Bergelimpangan Didakwa Diracun
Kejam, 11 ekor kucing ditemui mati dalam keadaan bergelimpangan dipercayai dibunuh di sebuah kawasan perumahan di Rawang Selangor. Kesemua bangkai mangsa yang dipercayai mati akibat racun telah ditemui di sebuah apartment. Persatuan Haiwan Malaysia kini sedang mengesan pelaku dan sebarang maklumat boleh disalurkan ke talian +601120901097. Kegembiraan menyambut Aidilfitri tercemar apabila 11 ekor kucing ditemui […]
Berita
Abang Dari 3 Beradik Yang Dikhuatiri Lemas Akhirnya Ditemui Sudah Meninggal Dunia
Susulan daripada kejadian tiga adik-beradik yang dikuatiri lemas semalam yang berlaku di Sungai Terengganu berakhir dengan trajedi yang memilukan apabila mayat mangsa pertama telah ditemui. Menurut sumber, mayat mangsa yang berusia 21 tahun itu dijumpai pada pukul 9.50 pagi tadi kira-kira 100 meter jarak daripada tempat mereka hilang. Menurut laporan polis, mangsa dikenali sebagai Umar […]
Berita
Korban Covid-19 Di AS Kini Cecah 100,047
New York: Jumlah korban COVID-19 di Amerika Syarikat mencecah 100,047 orang pada jam 5.32 petang (2132 GMT) Rabu, lapor agensi berita Xinhua, berdasarkan data dikeluarkan Johns Hopkins University. Sementara itu, sebanyak 1,695,776 kes dilaporkan dengan New York kekal negeri paling teruk terjejas mencatatkan 364,965 kes dan 29,370 kematian. New Jersey, Massachusetts, Michigan, Pennsylvania dan Illinois masing-masing […]
Berita
Saringan Liga Perdana Inggeris, Empat Pemain Dan Kakitangan Dari Tiga Kelab Positif Covid-19
Ujian Covid-19 yang dilakukan sebelum bersambungnya musim Liga Perdana Inggeris pada Jun ini, menyaksikan empat pemain dan kakitangan dari tiga kelab didapati positif jangkitan virus tersebut. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 1,008 ujian telah dijalankan dalam dua hari terakhir sebelumnya berlangsungnya musim tertunggak dalam stadium tertutup seperti yang diumumkan oleh kerajaan United Kingdom. Walau bagaimanapun, […]
Berita
Ayah Tak Sangka 3 Anak Pergi Ke Kawasan Sungai Hingga Dilaporkan Hilang Dan Dikhuatiri Lemas
KUALA BERANG, 28 Mei – Bapa kepada tiga beradik yang dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong, di sini, semalam, tidak menyangka anak-anaknya akan ke kawasan itu tanpa pengetahuannya. Mohd Ismail, 64, berkata, ketika kejadian tersebut beliau sedang menyapu sampah di kawasan masjid dan apabila diminta orang kampung untuk ke sungai, beliau beranggapan telah berlaku kecurian […]
Berita
Treler Bawa 22,000 Liter Oksigen Cecair Terbabas Di Lebuhraya PLUS
IPOH, 28 Mei — Sebuah treler membawa muatan 22,000 liter oksigen cecair (UN 1072) terbabas sebelum terbalik di bahu jalan di Km 391.9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan selepas Hentian Rehat Gua Tempurung dekat sini, awal pagi ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata pemeriksaan yang dibuat secara berhati-hati termasuk menggunakan sut […]
Berita
Tiada Arahan Saringan COVID-19 Kepada Pengunjung Pusat Beli-Belah – JKNJ
JOHOR BAHRU, 27 Mei — Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan dakwaan mengarahkan pengunjung sebuah pusat membeli-belah di sini supaya menjalani saringan COVID-19, kata Pengarahnya Dr Aman Rabu. Sebaliknya, beliau berkata JKNJ hanya mengarahkan pusat membeli-belah itu ditutup kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan […]
Luar Negara
Budak ‘Istimewa’ Didakwa Dibiar Kelaparan, Ditemui Mati Dengan Kesan Digigit Tikus
Seorang kanak-kanak perempuan ditemui dalam keadaan yang mengerikan dengan wajahnya yang telah di makan tikus. Polis melaporkan kanak-kanak tersebut yang berusia 4 tahun dibiarkan mati kelaparan dan ditemui terbaring di katilnya. Mangsa yang juga menghidap ‘Down Syndrom’ dibiarkan kelaparan di bilik tidurnya dan bapa kanak-kanak tersebut hanya membuat laporan polis beberapa hari kemudian. Polis mengatakan […]
Gaya hidup
Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam Yang Sudah Dibuka, Ini Pesan Doktor Mak Ayah Kena Tahu
Pasti ada antara ibu bapa di rumah yang menyimpan ubat-ubatan demam di dalam peti sejuk tanpa mengetahui sama ada ia akan memanjangkan jangka hayat ubat atau memberi kesan sebaliknya. Tahukah anda, ubat demam tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Hal ini kerana ia akan memberi kesan sampingan kepada ubat berkenaan, sekaligus berpotensi mendatangkan bahaya […]
Berita
Kota Makkah Dibuka Semula Bermula 31 Mei 2020 Dengan Syarat-Syarat Yang Ketat
Kerajaan Arab Saudi telah membenarkan pembukaan masjidil Haram untuk kegunaan solat Jumaat kepada penduduk dengan masa yang ditetapkan berikutan tempoh berkurung yang ditetapkan hingga 21 Jun bagi membendung wabak Covid-19. Setiap masjid perlulah dibuka awal 20 minit sebelum waktu dan selepas 20 minit solat Jumaat selesai masjid tersebut akan ditutup. Berikutan dengan itu, kerajaan Arab […]
Berita
Anak Dungun Tempa Kejayaan Sehingga Ke PBB
KUALA TERENGGANU, 28 Mei- Pencapaian membanggakan seorang anak jati Terengganu yang memainkan peranan penting dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), wajar dijadikan contoh oleh semua golongan muda hari ini. Dr Salmaan Hussain Inayat Hussain, 52, anak kelahiran Dungun, merupakan satu-satuya pakar dari Malaysia dalam bidang kesan enapan racun makhluk perosak ke atas makanan, yang bertugas untuk PBB […]
Kesihatan
Pesakit COVID-19 Akan Didiscaj Selepas 14 Hari Terima Rawatan Walau Masih Dikesan Positif
Putrajaya, 28 Mei- Pesakit COVID-19 yang sudah 14 hari menerima rawatan akan dibenarkan pulang walau masih positif virus berkenaan, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan semalam. Tambah KKM, Malaysia akan menggunakan protokol baru ini berikutan kebolehjangkitan yang sifar bagi pesakit yang dirawat selepas 14 hari. “Pesakit dijangkiti Covid-19 yang sudah menerima rawatan dalam […]
Berita
Jika Pergerakan Disebabkan Bekerja, Perlu Ada 3 Dokumen Penting Ini- PDRM Kubang Pasu
Hari ini merupakan hari raya kelima dalam bulan Syawal. Walaupun mood berhari raya itu masih ada, namun ada segelintir daripada kita mungkin sudah perlu berkemas pulang ke tempat asal masing-masing untuk kembali bekerja. Bagi yang mempunyai kampung dan rumah sendiri dalam satu negeri yang sama, Alhamdulillah tiada sebarang masalah rentas daerah dan boleh pulang dengan […]
Berita
Kebanyakan Masjid Di Singapura Dibuka 2 Jun, Solat Jumaat Kekal Digantung
SINGAPURA, 27 Mei — Kebanyakan masjid di Singapura akan dibuka secara berperingkat bermula 2 Jun, bagaimanapun solat berjemaah dan solat Jumaat masih tidak dibenarkan. Langkah-langkah pemutus rantaian lebih ketat yang dikuatkuasakan oleh republik ini bermula 7 April lepas bagi mengekang penularan wabak COVID-19 akan berakhir pada 1 Jun. Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), masjid […]
Berita
Berita Gembira Tapi Perang Lawan Covid-19 Belum Berakhir
KUALA LUMPUR, 28 Mei – Malaysia mencatat angka paling rendah kes positif baharu COVID-19 semalam iaitu hanya 15 kes, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lepas. Menariknya, jumlah kes baharu itu memperlihatkan penurunan sangat mendadak berbanding 187 kes positif pada hari sebelumnya, yang sebahagian besar melibatkan individu bukan warganegara. Melihat situasi ini, jelas memberi semangat […]
Kesihatan
(Video) Timbulkan Kegusaran Ramai, ‘Penyelam’ Temui Topeng Muka Dan Sarung Tangan Di Dasar Laut Perancis
Sebilangan besar topeng muka dan sarung tangan lateks yang ditemui berselerakan di dasar laut Perancis telah menimbulkan kegusaran sama ada ianya terdedah kepada Covid-19 ataupun tidak. Sebuah pertubuhan NGO Perancis dikenali sebagai Opération mer propre yang ditubuhkan bertujuan untuk memelihara kebersihan dasar laut sekitar Antibes di tenggara Perancis telah menemui sejumlah besar sampah yang berupa […]
Gaya hidup
Polis Tahan Pelakon Lelaki Didakwa Larikan Isteri Orang
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Polis menahan seorang pelakon lelaki ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang semalam bagi memberi keterangan berhubung dakwaan menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata polis sebelum itu menerima satu laporan daripada seorang lelaki berumur 38 tahun yang juga suami kepada wanita berkenaan. Beliau berkata […]