Berita
COVID-19: Semua Pegawai Imigresen Bertugas Di Depot Imigresen Bukit Jalil Dikenakan Kuarantin 14 Hari- Ketua Pengarah Imigresen
Putrajaya, 22 Mei- Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, semua pegawai imigresen yang bertugas di depot tahanan Bukit Jalil dikuarantin selama 14 hari. Hal ini berikutan kemunculan kluster baru kes COVID-19 melibatkan 60 warga asing di pusat tahanan itu setakat hari ini. Keputusan ujian saringan ke atas 98 pegawai imigresen di depot tersebut […]

Jalani Syawal Dengan Kebiasaan Baharu, Jaga Pemakanan – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 22 Mei — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru masyarakat untuk menjalani Hari Raya Aidilfitri dan Syawal dengan norma serta kebiasaan baru, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah disarankan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini pastinya berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini, namun tidak bermakna ia tidak dapat […]
Elak Buat Lima Benda Ni Jika Ziarah Rumah Ada Bayi Baru Lahir – Doktor
Hari Raya bakal tiba sehari sahaja lagi. Walaupun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), adab ziarah-menziarahi masih boleh dilakukan namun dalam kalangan ahli keluarga sahaja. Ibu bapa khususnya dalam penularan wabak ini perlu lebih prihatin akan keselamatan anak-anak supaya tidak dijangkiti. Doktor Ahmad Luqman Bukhari berkongsi pentingnya untuk mengamalkan lima perkara ini bagi […]
Ekor Masuk Lubang Hidung, Remaja Rebah Tepi Jalan Dibelit Ular Sawa Ketika Tunggang Motorsikal
Detik-detik cemas menimpa seorang remaja apabila lehernya dililit oleh seekor ular sawa sehingga menyebabkan mangsa pengsan di tepi jalan pada hari Khamis lepas. Gusti Ngurah Bagus Permana, 16 tahun ditemui rebah oleh penduduk tempatan berdekatan motosikalnya dengan enjin masih hidup. Kejadian tersebut berlaku di Jalan Kresna, Klungkung, Bali, Indonesia. Pada mulanya, penduduk berhampiran takut untuk […]
Maut Dilanggar Pemandu Disyaki Mabuk, Arwah Koperal Safwan Dinaikkan Pangkat
Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail, seorang anggota polis yang terkorban setelah dirempuh kenderaan di Plaza Tol LEKAS pada awal bulan lalu dinaikkan pangkat sarjan. Memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri menerusi laporan BERNAMA TV, kenaikan pangkat tersebut adalah bagi menghargai jasa arwah sebagai anggota barisan hadapan dalam Op COVID-19 dan ia berkuatkuasa mulai 3 Mei Mengimbas […]
COVID-19: Kes Positif Di Indonesia Kini 20,796, Kematian 1,326
JAKARTA, 22 Mei — Kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 20,796 kes, dengan kematian berjumlah 1,326 orang. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 634 tambahan kes positif baharu, dan 48 lagi kematian akibat virus itu. “Ketika ini seramai 11,028 […]

Sebuah Tangki Di Loji Penapis Minyak Di Port Dickson Terbakar
SEREMBAN, 22 Mei — Sebuah tangki di loji penapisan minyak di Port Dickson terbakar petang ini, dan difahamkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan setakat ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata 38 anggota dari balai Port Dickson, Teluk Kemang dan Seremban 2; termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dikejarkan ke lokasi kejadian […]
(Video) Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri Ahad Ini
Umat Islam di Malaysia khususnya bakal menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang disahkan jatuh pada 24 Mei, hari Ahad ini. Pengumuman tersebut dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran langsung, malam ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha […]
Insiden Pesawat Penumpang Pakistan Terhempas, Tiada Yang Terselamat- Datuk Bandar Karachi
Karachi, 22 Mei- Datuk Bandar Karachi, Waseem Akhtar mendakwa tiada yang terselamat dalam tragedi pesawat Pakistan International Airlines (PIA) sebentar tadi, lapor Sky News. Pesawat Airbus A320 yang membawa 107 penumpang itu dilaporkan terhempas di kawasan penempatan di bandar tersebut ketika dalam perjalanan dari Lahore, Pakistan. “Terakhir kami dengar dari juruterbang ialah dia mengalami masalah […]
Pekerja Pusat Hiburan Rugi Lebih RM11,000 Ditipu Macau Scam
SIBU, 22 Mei — Seorang pekerja pusat hiburan mengalami kerugian RM11,450 selepas terpengaruh dengan tipu helah sindiket Macau Scam semalam, yang mendakwa beliau kononnya mempunyai cukai syarikat tertunggak lebih RM138,600. Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata lelaki berusia 28 tahun itu dalam laporan polisnya berkata kerugian itu berlaku setelah dia mendedahkan nama […]
(Video) TERKINI: Pesawat Penumpang Pakistan Dipercayai Bawa 107 Penumpang Terhempas, Nasib Mangsa Tak Diketahui
Sebuah pesawat yang membawa 107 penumpang dilaporkan terhempas dalam satu nahas di Pakistan. Pesawat terhempas tersebut adalah jenis Airbus A320, dioperasikan oleh Pakistan International Airlines dalam penerbangan PK 8303 dari Lahore ke Jinnah International Airport, Karachi yang membawa 99 penumpang beserta lapan kru, lapor Lembaga Penerbangan Awam. Beberapa rakaman gambar dan video dipercayai tragedi berkenaan […]

Covid-19: Kerajaan Setuju Gubal RUU Pelaksanaan Langkah Sementara
Kuala Lumpur: Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Pelaksanaan Langkah Sementara bagi mengurangkan kesan COVID-19, selain memulihkan ekonomi serta membantu rakyat pasca pandemik itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 April dan 20 Mei lalu bersetuju dengan cadangan penggubalan RUU […]

Pegawai Positif COVID-19, Muhyiddin Jalani Kuarantin 14 Hari Mulai Hari Ini
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini. YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Khamis, 20 Mei 2020. Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif COVID-19. YAB Perdana […]
Harga Runcit RON97 & RON95 Naik 7 Sen, Diesel Naik 6 Sen
Harga runcit petrol bagi jenis RON95 dan RON97 dilaporkan naik masing-masing sebanyak tujuh (7) sen seliter. Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan hari ini berkata, kenaikan tersebut menjadikan harga runcit RON95 sebelum ini daripada RM1.31 seliter menjadi RM1.38 seliter. Manakala harga runcit bagi RON97 pula menaik daripada RM1.61 seliter ke RM1.68 seliter. Dalam pada sama, harga […]
Elak Tinggalkan ‘Hand Sanitizer’ Dalam Kereta, Bomba Western Lake Jelaskan Bahaya Menanti
Jabatan bomba Western Lake Oconomowoc di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) dalam satu perkongsian di akaun Facebooknya memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak meninggalkan cecair pembasmi kuman di dalam kenderaan ketika cuaca panas. Dengan tercetusnya wabak pandemik Covid-19 ini, pasti ramai di antara kita yang akan menyimpan cecair pembasmi kuman ini sebagai langkah pencegahan untuk […]
“Selepas Dua Minggu Perayaan, Kita Akan Dapat Lihat Jika Kes Meningkat Mendadak” -KKM
Putrajaya, 22 Mei- Kementerian Kesihatan (KKM) berkata kes COVID-19 boleh meningkat mendadak jika orang ramai tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). “Selepas dua minggu perayaan, kita akan dapat lihat jika kes meningkat mendadak. Kita boleh elakkan kes daripada meningkat terlalu mendadak jika semua patuh SOP. “Ini adalah tanggungjawab semua bukan hanya KKM. Jika semua patuh […]
Ada Kelonggaran Untuk Kanak-Kanak Tinggal Di Apartment, Pangsapuri Turun Di Kawasan Tersebut- KP Kesihatan
Putrajaya, 22 Mei – Kanak-kanak di apartment dan pangsapuri diberi kelonggaran untuk turun di kawasan tersebut tanpa melanggar sebarang SOP, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini. Beliau menjawab soalan yang diajukan wartawan sama ada kanak-kanak yang tinggal di apartment atau rumah pangsa kecil dibenarkan untuk turun seketika […]
(Video) Ragam Dua Nenek Tengah ‘Boxing’ Dalam Rumah Buat Ramai Terhibur
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih lagi kita jalani ini, tidak dinafikan pelbagai gelagat lucu dikongsikan oleh masyarakat Malaysia di ruangan media sosial agar kita semua terhibur dan tidak berasa tertekan sepanjang tempoh ini. Hal ini dapat dibuktikan menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh @joxxanna di laman sosial Twitter. Video […]

COVID-19: 614 Kes Baharu Di Singapura, Jumlahnya Kini Lebih 30,000
SINGAPURA, 22 Mei — Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 614 kes jangkitan COVID-19 hari ini, dengan kebanyakannya melibatkan pekerja migran di asrama, menjadikan jumlah keseluruhannya kini mencapai 30,426 kes. Data tengah hari menunjukkan hanya empat kes melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap, menurut Kementerian Kesihatan Singapura dalam kenyataan hari ini. Menerusi data penuh yang dikeluarkan […]

Topeng Muka Mahal: Hospital Swasta Dikompaun RM200,000
PUTRAJAYA, 22 Mei — Sebuah hospital swasta dikompaun RM200,000 kerana menjual topeng muka tiga lapisan melebihi harga maksimum yang ditetapkan, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). KPDNHEP dalam kenyataan hari ini menyatakan, kompaun itu ditawarkan kepada hospital berkenaan hari ini, ekoran tindakannya melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11, Akta Kawalan Harga […]