Berita

Berita
Kerajaan Beri Bantuan Khas RM500 Secara ‘One-Off’ Untuk Staf KTMB
Menerusi kenyataan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan Malaysia berkata kerajaan bersetuju untuk menyalurkan pembayaran bantuan khas tahun 2020 kepada 6,000 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berjumlah RM500 secara sekali bayar atau ‘one-off’. “Pembayaran ini akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank kakitangan KTMB mulai 21 Mei 2020 bersama dengan […]
Berita
Jakarta Bakal Lancar Wayang ‘Drive-In’, Tonton Dari Dalam Kereta
Penularan wabak Covid-19 semakin berleluasa di seluruh dunia termasuk Jakarta sehingga menyebabkan seluruh pawagam di Indonesia terpaksa ditutup. Baru-baru ini sebuah projek Drive-In Cinema muncul dengan pengalaman menonton dari dalam kereta masing-masing. Drive-In Cinema yang diasaskan oleh Ergo and Co. mendapat inspirasi dari acara yang diadakan di Korea dan Jerman. “Sebenarnya, ideanya adalah untuk mencari […]
Berita
COVID-19: Malaysia Di Tangga Ke-40 Dengan Kadar Sembuh Melebihi 80% – KKM
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan bahawa negara Malaysia menduduki tangga ke-40 dari 42 buah negara dan wilayah yang mempunyai kadar kesembuhan melebihi 80%. Perkara tersebut dibuktikan dengan jumlah kes sebanyak 6,941 kes dan 113 kes kematian yang dilaporkan sehingga hari ini. Jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dilaporkan di seluruh dunia sehingga kini […]
Berita
Ini Fungsi Butang Shift Lock Di Bahagian Gear Kereta Yang Ramai Tak Tahu
Bagi mereka yang mempunyai sebuah kereta terutamanya yang jenis automatik, pastinya akan tertanya-tanya apakah fungsi butang shift lock yang terdapat di bahagian gear tersebut. Jangan terkejut kalau ada pemilik kereta automatik yang tak pernah perasan pun butang ini walau sudah memandu bertahun-tahun. Perkongsian daripada saudara Arif Zainal ini mungkin dapat membantu korang dalam menggunakan butang […]
Berita
Hospital Mumbai ‘Lumpuh’, Jumlah Pesakit COVID-19 Terlalu Ramai
Suasana di sebuah hospital di Mumbai, India kini berada dalam keadaan tidak terkawal kerana jumlah pesakit COVID-19 yang terlalu ramai. Seorang pemuda bernama Ravi terpaksa menukarkan lampin ibunya sendiri yang sedang nazak kerana dijangkiti wabak COVID-19 di Lokmanya Tilak Municipal General Hospital atau lebih dikenali sebagai Hospital Sion. “Mereka hanya berikan ubat dan kemudian mereka […]
Berita
Kerajaan Belum Membuat Keputusan Berhubung Kebenaran Menunaikan Haji Tahun Ini – Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa kerajaan masih lagi belum membuat keputusan berhubung kebenaran menunaikan haji untuk tahun ini. Kerajaan belum membuat keputusan berhubung kebenaran menunaikan haji tahun ini – Ismail Sabri pic.twitter.com/h9fVoE5WRX — BERNAMA (@bernamadotcom) May 20, 2020 Menurutnya, keputusan untuk menghantar atau tidak jemaah haji Malaysia adalah tertakluk […]
Kesihatan
Jangan Pecut Walaupun Jalan Raya Lengang Ketika Aidilfitri – Pakar
Meskipun jalan raya pada hujung minggu ini dijangka lengang ekoran orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung menyambut Aidilfitri, pemandu kenderaan dan penunggang motosikal terutamanya, perlu berhati-hati dengan mengurangkan kelajuan kenderaan kerana ia boleh menyebabkan kemalangan. Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Kulanthayan K.C. Mani berkata ia terbukti apabila Malaysia masih […]
Luar Negara
Siklon Tropika Amphan Diramal Badai Thailand
BANGKOK, 20 Mei — Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut yang diramal melanda kebanyakan wilayah Thailand sehingga Khamis, dicetuskan oleh siklon tropika Amphan di Teluk Bengal, lapor agensi berita Thailand (TNA). Siklon tropika Amphan dengan kelajuan angin maksimum kira-kira 180 kilometer sejam, bergerak ke utara dan diramal melanda Bangladesh antara 20-21 Mei. Orang ramai dinasihatkan berhati-hati kemungkinan […]
Berita
Aktiviti Penggambaran Dibenarkan Selepas Aidilfitri- Ismail Sabri
Menteri Kanan (kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa aktiviti pengambaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) dibenarkan. “Mesyuarat khas menteri-menteri bersetuju untuk membenarkan aktiviti pengambaran sepanjang tempoh PKPB, walau bagaimanapun tarikh permulaan pengambaran ini adalah selepas hari raya Aidilfitri dan perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM,” katanya. Aktiviti penggambaran sepanjang […]
Travel
PKPB: 3,212 Kenderaan Cuba Rentas Negeri Pulang Ke Kampung Diarah Berpatah Balik – Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melaporkan bahawa sebanyak 3,212 kenderaan didapati cuba untuk merentas negeri atas alasan ingin pulang ke kampung untuk berhari raya semalam. Menurutnya, kesemua kenderaan tersebut telah diarahkan berpatah balik. Pihak polis telah diarahkan untuk tidak membenarkan sesiapa pun merentasi negeri untuk pulang ke kampung. “Daripada seribu lebih […]
Gaya hidup
(Video) Mempunyai 250,000 Pengikut Di Youtube, Wanita Ini Antara ’Game YouTuber’ Tertua Di Dunia
Seorang wanita berusia 90 tahun di Jepun yang terkenal dengan kemahiran permainan video kini diakui sebagai YouTuber permainan video yang tertua di dunia oleh Guinness World Records. Dikenali sebagai ‘Gamer Grandma’, Hamako Mori mempunyai 250,000 pengikut di YouTube sejak mula bermain permainan video 39 tahun lalu. Saluran YouTube Hamako Mori dicipta pada 2015 dan dia […]
Berita
Bukan Potongan Tangan Manusia – Polis
Penemuan potongan tangan yang mirip tangan manusia di Kampung Seberang Hilir, Dalat, dekat sini, Ahad lalu, kemungkinan milik seekor kera. Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Chunggat, berkata perkara itu disahkan selepas pemeriksaan dilakukan di Hospital Mukah. “Ia mungkin milik seekor kera,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. Seorang penduduk kampung tersebut terkejut apabila menemui tangan […]
Luar Negara
COVID-19: Singapura Mulakan Pendekatan Terkawal 2 Jun
SINGAPURA, 19 Mei — Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian Singapura Mengenai Situasi COVID-19 telah membuat penilaian, dan memutuskan untuk menghentikan terus tempoh pemutus rantaian penularan penyakit itu di negara berkenaan pada 1 Jun ini, sekali gus membenarkan tiga perempat ekonominya untuk kembali beroperasi, dan satu pertiga daripada tenaga kerja kembali bekerja dalam fasa permulaan. Menteri Kesihatan Singapura […]
Berita
Helikopter Tentera Rusia Dilapor Terhempas, Korbankan Semua Kru
Sebuah helikopter milik tentera Rusia telah terhempas di utara Moscow pada lewat Selasa, membunuh kesemua kru didalamnya, lapor agensi berita RIA Novosti. Helikopter model Mi-8 milik Tentera Udara Rusia itu telah dilaporkan terhempas semasa latihan berdekatan bandar Klin, 50 batu daripada Moscow. “Pada 19 Mei, sekitar 20:00, ketika melakukan latihan penerbangan 20 kilometer daripada perkampungan […]
Luar Negara
(Video) Diculik Ketika Umur 2 Tahun, Lelaki Sebak Bertemu Semula Ibu Bapa Setelah Terpisah Lebih 3 Dekad
Diculik semasa kecil, seorang lelaki di China kembali bersatu bersama ibu bapanya setelah 32 tahun terpisah, lapor The Guardian. Ketika usianya baru berusia dua tahun setengah, Mao Yin diculik pada tahun 1988 ketika dia berjalan pulang dari taska bersama bapanya. Dia kembali bertemu ibu bapanya pada Isnin lalu di bandar Xi’an barat iaitu tempat di […]
Berita
Cuma Ada Sekitar RM273, Nenek Beli Telefon Pintar Supaya Cucu Dapat Belajar ‘Online’
Tak semua daripada kita yang dilahirkan dalam keluarga yang berkemampuan. Ada keluarga yang makan sehari sekali, ada juga keluarga yang kadang kala terpaksa berlapar kerana tidak mampu untuk membeli barangan keperluan makanan. Itu baru makanan, apatah lagi peralatan rumah seperti televisyen, peti ais, komputer, elektrik dan sebagainya. Mereka yang tidak berkemampuan ini pastinya sukar untuk […]
Gaya hidup
(Video) Hanya Guna 3 Bahan, Ini Langkah Mudah Sental Kotoran Degil Pada Papan Pemotong Sampai Bersih
Setiap kali memasak, penggunaan papan pemotong sememangnya sentiasa menjadi peralatan penting bagi menyediakan bahan-bahan, memotong daging atau ikan dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa terkadang hanya satu sahaja papan pemotong plastik yang digunakan oleh ibu-ibu atau suri rumah. Keadaan ini menyebabkan papan pemotong tersebut mudah kotor dan susah untuk dibersihkan. Ada sesetengah yang terus membuang […]
Berita
Bomba Terengganu Laksana 486 Operasi Nyah Cemar Di Lokasi Tumpuan Awam Elak Penularan Covid-19
KUALA TERENGGANU, 20 Mei — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu melaksanakan 486 proses nyah cemar di lokasi tumpuan ramai bagi mengelak penularan wabak COVID-19 di negeri itu sejak 30 Mac lepas. Pengarah JBPM negeri Penolong Pesuruhjaya Bomba Md Hilman Abd Rashid berkata daripada 486 operasi itu, daerah Kemaman merekodkan proses tertinggi melibatkan 130 lokasi diikuti […]
Berita
Sabah Benar Solat Berjemaah Di Masjid, Surau Bermula 22 Mei
KOTA KINABALU, 19 Mei — Majlis Fatwa Negeri Sabah telah mengambil ketetapan untuk membenarkan aktiviti solat berjemaah termasuk terawih dan solat Jumaat di masjid dan surau terpilih bermula Jumaat ini. Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar bagaimanapun berkata kebenaran itu hanya diberikan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan surau sahaja dan tidak melebihi empat jemaah. […]
Berita
Pulau Pinang Benar Solat Fardu Berjemaah Di Masjid Dan Surau, Terhad Tiga Jemaah – JHEAIPP
GEORGE TOWN, 19 Mei — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membenarkan solat fardu berjemaah di semua masjid dan surau di negeri ini dengan menetapkan beberapa garis panduan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pengarah JHEAIPP, Zulkifli Long berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembangunan Masjid dan Hal Ehwal Kariah […]