Berita

Berita
Tiga Wanita Ditahan Maki Polis Tegur Main Mercun
KUANTAN, 15 Mei (Bernama) — Tiga wanita ditahan selepas mengeluarkan perkataan kesat dan menghalang tugas polis yang menegur tindakan salah seorang daripada mereka bermain mercun di sebuah taman perumahan di Kerayong, Bera dekat sini. Ketua Polis Daerah Bera DSP Mansor Samsudin berkata semua suspek mempunyai hubungan keluarga dan berusia antara 21 hingga 45 tahun ditahan […]
Kesihatan
Solat Jumaat Di Terengganu Dibenarkan Mulai 22 Mei Dengan Syarat-Syarat Yang Ditetapkan
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memutuskan bahawa solat Jumaat di Terengganu akan dibenarkan mulai 22 Mei ini dengan syarat yang ditetapkan. Menerusi ciapan yang dimuat naik di Twitter agensi berita Bernama, antara syarat yang ditetapkan Maidam adalah hanya satu masjid sahaja yang dibenarkan beroperasi untuk satu daerah. #PKPB: Solat Jumaat di Terengganu […]
Berita
CEO Amazon Dijangka Bakal Jadi “Trillionaire” Pertama Dunia Menjelang 2026
CEO Amazon, Jeff Bezos diramal bakal menjadi “Trillionaire” pertama dunia menjelang tahun 2026 pada usia 62 tahun jika aset peribadinya mengekalkan trend pertambahan walaupun dunia ketika ini sedang bergelut dengan pandemik COVID-19 yang menyaksikan sektor ekonomi antara yang paling teruk terkesan. Menurut laporan Business Insider yang memetik data analisis Comparisun, kekayaan Bezos meningkat sebanyak 34 […]
Gaya hidup
Penyu Berkepala Dua Ditemui, Pakar Ramal Peluang Untuk Kekal Hidup Hingga Dewasa Tipis
Seekor penyu berkepala dua telah ditemui oleh orang ramai dan telah dipindahkan ke dalam akuarium di Muzium Virginia Living. Namun, pakar-pakar mengatakan bahawa kemungkinan untuk ia terus bertahan sehingga dewasa masih tidak diketahui kerana keadaannya yang dikenali sebagai bicephaly dan polycephaly. Walaupun di antara anak-anak yang baru menetas, hanya satu dalam 1,000 yang akan bertahan […]
Kesihatan
(Video) Eksperimen ‘Black Light’ Ini Gambarkan Bagaimana Virus Mudah Merebak Ketika Jamuan Makan
Sukar untuk dipercayai namun satu eksperimen yang dijalankan di Jepun menyaksikan betapa cepatnya Covid-19 boleh merebak di dalam restoran dan ruang komunal lain. Eksperimen ‘black light’ itu menggunakan cat pendarfluor sebagai virus tiruan untuk ‘menjangkiti’ pengunjung. Eksperimen yang dijalankan oleh saluran TV NHK itu menggunakan cat untuk mewakili ‘virus’ bagi memaparkan betapa mudahnya jangkitan boleh […]
Kesihatan
Solat Jumaat, Berjemaah Dibenarkan Di Masjid, Surau Di Beberapa Negeri Hari Ini
Selepas lebih dua bulan tiada solat Jumaat dan solat berjemaah akibat penularan wabak COVID-19, umat Islam hari ini dapat kembali menunaikan kewajipan di masjid dan surau. Bagaimanapun, buat masa ini, hanya ‘insan terpilih’ yang dibenarkan mengimarahkan masjid dan surau di kawasan masing-masing. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli […]
Kesihatan
Korban COVID-19 Seluruh Dunia Melepasi 300,000, Jumlah Kes 4.4 Juta
Korban COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah seramai 300,074 orang pada Khamis, menurut Johns Hopkins University lapor agensi berita Xinhua. Sementara itu, jumlah kes pula meningkat kepada 4,405,688. Amerika Syarikat (AS) melaporkan kes dan kematian paling tinggi iaitu masing-masing sebanyak 1,400,500 dan 85,066. Negara lain yang mencatatkan jumlah kematian melebihi 20,000 termasuk Britain, Itali, Sepanyol dan Perancis. […]
Berita
KP Kesihatan Dedah Tiga Strategi Saringan COVID-19 Digunakan KKM Yang Kita Semua Kena Tahu
PUTRAJAYA, 14 Mei — Strategi Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai saringan COVID-19 adalah menggunakan sumber berimpak tinggi, hasil yang tinggi dengan kos berpatutan dan bukannya melakukan saringan ke atas setiap individu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata KKM menyasarkan kepada tiga strategi berbanding melakukan saringan ke atas setiap orang kerana kekerapan […]
Berita
Teman Lelaki Ibu Campak Bayi Ditahan
Seorang remaja lelaki dipercayai bapa kepada bayi perempuan yang dicampak dari tingkat empat sebuah flat di Bayan Baru, dekat sini oleh ibu kandungnya dalam kejadian dua hari lepas ditahan bagi membantu siasatan kes itu, malam tadi. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata remaja berusia 18 tahun yang merupakan teman lelaki kepada ibu […]
Luar Negara
Baru Pulang Dari Pesta, 4 Orang Remaja Ditahan Lepas Sengaja Buat ‘Prank’ Dijangkiti Covid-19
Seramai empat orang telah ditahan di Bone, Sulawesi, kerana melakukan ‘prank’ atau gurauan terhadap petugas perubatan di hospital dengan berpura-pura mengaku sebagai pesakit yang dijangkiti Covid-19. Mereka telah ditangkap oleh pegawai Gugus Percepatan Pencegahan Covid-19 Kabupaten Bone. Mereka didakwa menipu pegawai perubatan di Hospital Awam Tenriawaru Watampone. Mereka dipercayai datang ke hospital dengan salah seorang […]
Kesihatan
Sekurang-Kurangnya 28 Penduduk Di Indonesia Dilapor Dikuarantin Lepas Solat Terawih Dipimpin Imam Positif Covid-19
Seramai 28 orang di Tambora, Jakarta Barat, terpaksa dikuarantinkan gara-gara menunaikan solat terawih di surau yang dipimpin oleh imam yang nekad mengetuai solat tersebut walaupun telah disahkan positif Covid-19 pada hari sebelumnya, lapor Detik News. Imam yang berusia 82 tahun itu merupakan seorang ketua Rukun Tetangga serta pemimpin masyarakat tempatan di sana. Dia juga sering […]
Berita
Polis Nafi Berlaku Pergaduhan Antara Warga Rohingya Dengan Anggota MPS
Kuala Lumpur: Polis menafikan berlaku pergaduhan antara warga Rohingya dengan anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Pasar Borong Selayang di sini, seperti yang tular di media sosial hari ini. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe berkata pihaknya tidak menerima laporan kejadian sedemikian berlaku di kawasan berkenaan. ”Tidak benar dan tiada kejadian berlaku di kawasan […]
Berita
Juruterbang Wanita Maut, Pesawat Bawa Ujian Pengesanan Covid-19 Ke Indonesia Terhempas
Seorang juruterbang Amerika maut apabila pesawat yang dibawanya tidak berfungsi semasa dalam perjalanan untuk menghantar alat ujian pengesanan Covid-19 atau ‘rapid test kit’ di sebuah kampung terpencil di Indonesia, menurut satu kenyataan. Mangsa, Joyce Lin, berusia 40 tahun yang juga pakar teknologi maklumat yang berkhidmat di Mission Aviation Fellowship (MAF), dilaporkan baru sahaja berlepas pada […]
Berita
Kluster Petugas Kesihatan Sg Buloh Dan Pekan Diisytihar Tamat – KKM
Melalui laporan yang dikongsikan oleh KKM di Twitter, terdapat dua kluster yang telah tamat secara rasminya iaitu Kluster Petugas Kesihatan Sungai Buloh dan Kluster Pekan. Ianya menjadikan jumlah kluster yang telah tamat secara keseluruhannya sebanyak 8 kluster. Di sebalik laporan kewujudan kluster baharu, bilangan kluster #COVID19 yang diisytiharkan tamat juga meningkat. Terbaharu, dua lagi kluster […]
Berita
TNB Perkenal Pelan Bayaran Mudah Kepada 7.5 Juta Pelanggan Kediaman.
KUALA LUMPUR, 14 Mei — Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini memperkenalkan Pakej Bantuan merangkumi Pelan Bayaran Mudah (PBM) yang menawarkan penangguhan surcaj lewat bayar dan lanjutan penangguhan pemotongan bekalan kepada 7.5 juta pelanggan kediaman. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata PBM merupakan usaha TNB dalam membantu mengurangkan impak pandemik COVID-19 kepada […]
Berita
Sarawak Warta Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam Bendung Penularan Jangkitan Covid-19.
KUCHING, 14 Mei — Kerajaan Sarawak hari ini mewartakan Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam yang akan berkuat kuasa mulai hari ini hingga 9 Jun bagi membendung penularan jangkitan COVID-19, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian. Katanya setelah berjaya meratakan lengkungan semasa gelombang pertama wabak COVID-19, apa yang dikhuatiri adalah kebangkitan gelombang berikutnya, […]
Berita
Gadis Kongsi Enam Tips Buang ‘Blackhead Dan Whitehead’ Pada Muka
Pernahkah sesetengah daripada kita mempunyai masalah blackhead ataupun whitehead? Ianya sering terjadi pada bahagian muka terutamanya di bahagian hidung. Namun, tahukah kita bahawa ada cara untuk menghilangkan masalah tersebut tanpa merasa sakit ataupun menggunakan alat-alat yang mahal. Pengguna Twitter bernama Sarini Zainal telah berkongsi tips untuk menghilangkan masalah blackhead dan whitehead ini dengan mudah. Berikut […]
Berita
Pejabat JPJ Seluruh Negara Mula Beroperasi Isnin Ini – Wee
Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka perkhidmatan kaunter sepenuhnya termasuk di cawangan Pos Malaysia bagi semua urusan bermula Isnin ini. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pada masa ini, kakitangan JPJ di seluruh negara dalam persiapan terakhir untuk digerakkan sepenuhnya bagi memulakan pengoperasian termasuk memastikan langkah dari aspek keselamatan dan kesihatan dipenuhi. […]
Berita
Disangka Pistol Mainan, Adik Tak Sengaja Tertembak Abang Hingga Maut
Siapa yang menyangka, satu pistol mainan yang dijumpai berakhir dengan tragedi apabila abangnya mati ditembak oleh adiknya sendiri. Adrian Weaver yang berumur 12 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk di bahagian dadanya selepas tidak sengaja ditembak adiknya. Insiden tersebut berlaku di Griffin, Georgia pada 9 Mei yang lepas. Polis memberitahu, sebelum insiden tersebut berlaku, […]
Berita
PKPB: Selangor Masih Kekal Tidak Benarkan Orang Awam Solat Jumaat
SHAH ALAM, 14 Mei — Selangor masih mengekalkan keputusan untuk tidak membenarkan solat Jumaat bagi orang awam di masjid dan surau di negeri ini, bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kenyataan memaklumkan, bagaimanapun solat Jumaat hanya dibenarkan dilakukan oleh ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan imam dalam jumlah tiga hingga 12 orang sahaja […]