Terkini

Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak

KP Kesihatan Dedah Tiga Strategi Saringan COVID-19 Digunakan KKM Yang Kita Semua Kena Tahu

Fazidi

PUTRAJAYA, 14 Mei — Strategi Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai saringan COVID-19 adalah menggunakan sumber berimpak tinggi, hasil yang tinggi dengan kos berpatutan dan bukannya melakukan saringan ke atas setiap individu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata KKM menyasarkan kepada tiga strategi berbanding melakukan saringan ke atas setiap orang kerana kekerapan untuk menguji tidak dapat diramalkan.

“Ini adalah strategi kami daripada menguji setiap individu, kami tidak tahu berapa kerap hendak lakukan ujian, walaupun kami berupaya melakukan ujian, kami tidak menjalankan ujian untuk semua orang,” katanya dalam sidang media harian KKM di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata pekerja asing adalah satu daripada kumpulan sasaran KKM, tetapi hanya yang berada di zon merah yang akan disaring.

Beliau berkata majikan digalak untuk menyaring pekerja mereka terutama warga asing dan menambah tidak perlu untuk jalankan ujian ke atas individu yang berada di zon hijau seperti di Perlis, yang tidak melaporkan kes baharu lebih dua minggu.

“Kami memberikan tumpuan pada mereka yang berada di zon merah terutama pekerja pembinaan kerana sekarang terdapat (jangkitan) antara pekerja pembinaan. Kumpulan lain (tiada) penularan, contohnya, pembantu rumah (yang tinggal bersama kita),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata terdapat lapan kumpulan sasaran di bawah senarai KKM iaitu kluster tabligh Masjid Jamek Seri Petaling, sekolah tahfiz, kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pasar yang mempunyai kaitan dengan Pasar Borong Kuala Lumpur, pusat jagaan warga emas, pekerja asing di tapak pembinaan, petugas penjagaan kesihatan dan rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara.

“Sekiranya anda menguji semua orang dan asingkan mereka itu adalah baik… tetapi mereka masih terdedah kepada masyarakat dan virus kalangan komuniti itu. Justeru daripada menguji semua orang, kami fokus kepada kumpulan sasaran kami,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata tiga fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menggunakan strategi sama (pendekatan tertumpu) telah berjaya meratakan lengkuk penularan jangkitan COVID-19.

Ditanya sama ada petugas kesihatan barisan hadapan akan diberi cuti ketika Hari Raya, Dr Noor Hisham berkata sama ada boleh melepaskan warga kerja Kementerian Kesihatan (KKM) bercuti adalah bergantung kepada keadaan setiap hari.

“Kami akan melihat keadaan semasa, setiap hari kami memantau kes-kes harian dan kami akan melihat perkembangan terkini iaitu kalau setiap hari sekarang kes seharian kekal dua angka,” katanya.

Jelasnya, KKM akan menggunakan kaedah penggiliran bagi petugas kesihatan melaksanakan tugas, manakala ada dalam kalangan mereka akan diberikan cuti seperti yang dilaksanakan setiap tahun.

Dr Noor Hisham berkata KKM akan memantau sama ada kes meningkat atau menurun pada 18 Mei ini, iaitu dalam tempoh 14 hari sejak pelaksanaan PKPB pada 4 Mei lepas.

Sumber: BERNAMA