Berita

Seksyen 17A SPRM Bantu Pulih Ekonomi Negara
KUALA LUMPUR, 30 April — Pelaksanaan Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 pada 1 Jun ini yang memperuntukkan kesalahan rasuah oleh organisasi komersial, merupakan langkah tepat ketika Malaysia sedang membuka semula pintu ekonomi yang terjejas akibat krisis COVID-19. Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Haidar Dziyauddin berkata undang-undang baharu […]

Perak Kini Bebas Kes Aktif Covid-19, Semua 247 Pesakit Telah Sembuh – MB Perak
Ipoh: Perak kini merupakan negeri bebas daripada kes aktif COVID-19 selepas dua pesakit terakhir yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, telah sembuh dan dibenarkan keluar semalam. Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ini menjadikan kesemua 247 pesakit positif COVID-19 yang direkodkan di negeri ini telah pulih daripada wabak […]

Covid-19: Singapura Catat 528 Kes Baharu, Jumlah Terkini 16,169 Kes
Singapura: Singapura hari ini mengesahkan tambahan 528 kes baharu jangkitan COVID-19 termasuk enam kes melibatkan rakyat Singapura atau Penduduk Tetap. Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam kenyataan di sini mengumumkan bahawa ia masih meneliti butiran kes dan sebarang maklumat terkini akan dikongsi kemudian hari ini. Kementerian berkenaan bagaimanapun melaporkan ‘majoriti mendadak’ kes hari ini adalah dari […]

Penuntut USAS Bersama Dua Adik Lega Dapat Pulang Ke Kampung Halaman
KUALA KANGSAR, 30 April — Seorang penuntut dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) menarik nafas lega apabila dia bersama dua adiknya dibawa pulang ke kampung halaman di Teluk Intan selepas terkandas di rumah sewanya, di Taman Chandan Puteri 3, di sini, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Nur Syafikah Syarina Abdullah, 22, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Syariah Gunaan di USAS […]

TERKINI: 57 Kes Baharu Hari Ini Dan Dua Pertambahan Kes Kematian Direkodkan
Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 30 April 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 57 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 6002. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media […]

TERKINI: 84 Pesakit Lagi Telah Sembuh, Melebihi Angka Kes Positif Baharu
Sebanyak 84 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat Khamis (30 April 2020). Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media sebentar tadi. Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 4,171 orang. […]
Prihatin Nasib Golongan Memerlukan, Pelajar Di Singapura Ambil Inisiatif Sediakan Makanan Sahur Dan Berbuka
Selain di Malaysia, komuniti umat Islam di Singapura juga menjalani bulan puasa yang sedikit berbeza pada tahun ini kerana pandemik Covid-19 yang berterusan. Negara itu juga telah melanjutkan tempoh circuit breaker atau perintah kawalan pergerakan. Keadaan ini menjadikan semua masjid di Singapura juga ditutup sehingga dimaklumkan kelak. Sebelum ini, masjid-masjid di Singapura setiap tahun akan […]
Helikopter Tentera Kanada Hilang Di Pantai Greece
TORONTO, 30 April (Bernama) — Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengesahkan helikopter tentera negara itu hilang di luar pantai Greece, lapor agensi berita Sputnik. Pada Rabu, militaire.gr melaporkan helikopter Sikorsky CH-124 Sea King, dengan enam penumpang, hilang di 52 batu nautika di barat pulau Cephalonia di Laut Ionian. Seorang anggota tentera maut dan selebihnya masih […]
COVID-19: Tujuh Lagi Rakyat Turki Maut Di Jerman
BERLIN, 30 April (Bernama) — Tujuh lagi warga Turki maut di Jerman akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis, lapor agensi berita Anadolu. Kematian dilaporkan berlaku di Nuremberg, Essen, Munich dan Mannheim. Kematian terbaru itu menjadikan jumlah rakyat Turki yang maut di negara ini seramai 130 orang. Jumlah yang […]
COVID-19: Penjara Sabah Berjaya Hasilkan 17,000 Set PPE
KOTA KINABALU, 30 April (Bernama) — Sebanyak 17,000 set peralatan perlindungan diri (PPE) berjaya dihasilkan penghuni penjara di Sabah untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit COVID-19 di negeri ini. Pengarah Penjara Sabah dan Labuan Datuk Suria Idris berkata seramai 130 penghuni penjara di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, dan Labuan terlibat dalam penghasilan set PPE berkenaan. “Kita telah menerima tempahan […]

Lepas Beberapa Jam PM Kanada Umum Menang Lawan Covid-19, Angka Kematian Melebihi 3,000
Trenton: Kanada melalui detik muram pada Rabu apabila korban akibat COVID-19 melebihi 3,000 orang, lapor agensi berita Anadolu. Pegawai melaporkan COVID-19 telah meragut 3,054 nyawa dengan jumlah kes sebanyak 51,230 manakala 20,100 pesakit sembuh. Berita itu muncul hanya beberapa jam selepas Perdana Menteri Justin Trudeau mengatakan Kanada sudah menang dalam perjuangan melawan virus itu, tetapi penjarakan […]
Covid-19: Singapura Catat 528 Kes Baharu Hari Ini, Hanya 6 Kes Dari Penduduk Tetap
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan dengan lebih awal bahawa terdapat pertambahan sebanyak 528 kes jangkitan Covid-19 di negara itu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan di portal MOH, majoriti kes adalah melibatkan pemegang Permit Kerja yang tinggal di asrama pekerja asing dan enam kes lagi adalah melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap. As of 30 […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Bagi Beberapa Kawasan Di 12 Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara kawasan yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, […]

Jururawat Rugi RM12,614, Ditipu Macau Scam
Kepala Batas: Lagi penjawat awam ditipu Macau Scam dan kali ini seorang jururawat kerugian RM12,614 selepas diperdaya oleh sindiket itu yang mendakwa wanita tersebut terbabit dalam kes penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram dalam kejadian di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor, berkata wanita berusia 35 tahun itu […]
Sahur Diterangi Lampu Lori, Petugas Kebersihan Bersila Tepi Jalan Nikmati Juadah
Sejak wabak pandemik Covid-19 mula melanda dunia, kita dapat melihat profesion pekerjaan pasukan perubatan dan keselamatan sering diangkat sebagai wira yang sedang berbakti untuk kita semua. Pun begitu, terdapat satu profesion pekerjaan yang juga sama penting peranannya seperti pasukan perubatan dan pasukan keselamatan yang mungkin kita terlepas pandang. Profesion pekerjaaan yang dimaksudkan itu adalah petugas […]

TERKINI: Syarikat-Syarikat Kecil Akan Dibenarkan Beroperasi, Tunggu Pengumuman Nanti – Ismail Sabri
Kerajaan memutuskan untuuk membenarkan semua syarikat-syarikat kecil termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk beroperasi, menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebenaran untuk membenarkan hanya syarikat besar beroperasi sekaligus menimbulkan kegusaran peniaga kecil. (Rujuk minit video 10:52) ”Mengenai syarikat-syarikat besar, benar mereka sudah pun beroperasi […]

Covid-19: Kedah Dan Kelantan Disahkan Sebagai Negeri Zon Hijau
Selepas Perlis yang menjadi negeri pertama yang disahkan zon hijau sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kini giliran negeri Kedah dan Kelantan pula diisytihar sebagai zon hijau Covid-19. Kedah dan Kelantan disahkan zon hijau selepas tiada lagi kes aktif di dua negeri tersebut dan masing-masing mempunyai 1 daerah yang bebas kes positif Covid-19. Selain 3 negeri […]
398 Majikan Di Johor Mohon Pemberhentian, Potongan Gaji Pekerja Sepanjang PKP
Seramai 398 majikan di Johor telah membuat permohonan pemberhentian atau pengurangan gaji melibatkan seramai 15,597 pekerja sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan, berkata ia merangkumi pemberhentian tetap melibatkan 1,443 orang, pemberhentian sukarela seramai 180 orang, pemberhentian sementara seramai 2,864 orang manakala 11,110 orang menerima pengurangan gaji. Menerusi satu […]

Bintang Lagenda Bollywood, Rishi Kapoor Meninggal Dunia
Semalam, seorang bintang Bollywood Irrfan Khan berusia 54 telah meninggal dunia akibat kanser yang dihidapi. Terkini, seorang lagi bintang lagenda Bollywood yang cukup terkenal dengan lakonan sebagai ‘Hero Hindi’ era zaman 70an dilaporkan telah meninggal dunia pada hari ini akibat kanser yang dihidapinya sejak dua tahun lalu. Berita menyedihkan ini disampaikan oleh adiknya, Randhir Kapoor. […]

Boeing Kurangkan 10 Peratus Tenaga Kerja Akibat Ekonomi Merudum
WASHINGTON, 30 April – Boeing akan mengurangkan tenaga kerjanya kira-kira 10 peratus berikutan ekonomi yang merudum disebabkan penularan wabak COVID-19. Ketua Pegawai Eksekutif Dave Calhoun berkata pihak syarikat terpaksa mengambil langkah itu disebabkan pengurangan pengeluaran dan kesan berterusan COVID-19, lapor agensi berita Anadolu pada Rabu. “Kami telah mula mengurangkan jumlah pekerja kira-kira 10 peratus termasuk […]