Berita
416 Kes COVID-19 Adalah Dalam Kalangan Bukan Warganegara Malaysia- KP Kesihatan
KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 416 kes COVID-1 adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia juga bekerjasama dengan Pesuruhjaya Tinggi Untuk Pelarian, Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) bagi aktiviti pengesanan di lapangan dan saringan. “KKM ada memaklumkan pada kedutaan negara masing-masing bagi setiap kes yang terlibat,” kata Noor Hisham […]

Perkhidmatan Kesihatan Kita Kepada Pesakit COVID-19 Terbaik Di Dunia- KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan mendakwa kadar kematian di negara kita akibat COVID-19 adalah yang terendah. “Kadar kematian di negara kita adalah antara yang terendah, 1.58 peratus. “Ini menunjukkan perkhidmatan kesihatan kita kepada pesakit COVID-19 adalah yang terbaik di dunia,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Kadar kematian di negara kita adalah antara yang terendah […]
Hanya Serendah 99 Sen Satu, Econsave Tawar 10 Juta Penutup Hidung Dan Mulut Mulai Esok
Kulai: Atas rasa keprihatinan supaya semua individu berpeluang memiliki penutup hidung dan mulut di musim pandemik COVID-19 ini, pasar raya Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (Econsave) tampil menawarkan kepada pelanggan 10 juta unit barangan berkenaan pada harga serendah 99 sen seunit. Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam berkata penutup hidung dan mulut tiga lapisan […]

ICRC Puji Tindakan Malaysia Tidak Penjara Pesalah PKP
Kuala Lumpur: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) mengalu-alukan tindakan pihak berkuasa Malaysia memberikan respons terhadap kebimbangan penggunaan hukuman penjara sebagai hukuman pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia berikutan permintaan Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar supaya hukuman penjara dihentikan ke atas mereka yang tidak mematuhi PKP kerana kemasukan mereka ke dalam penjara mungkin mencetuskan wabak COVID-19 […]
Pos Malaysia Tidak Leka, Terus Berkhidmat Kepada Masyarakat
KUALA LUMPUR, 9 April — Jenama Pos Malaysia pasti terlintas dalam fikiran masyarakat apabila terdapat keperluan untuk mendapatkan perkhidmatan penghantaran barangan di dalam dan luar negara. Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak COVID-19, Pos Malaysia bersama-sama dengan penyedia perkhidmatan penting negara, terus memainkan peranan utama dalam memastikan kesalinghubungan […]

(Video) TERKINI: Pertambahan 109 Kes Baru, Keseluruhan 4,228 Kes
Putrajaya, 9 April – Kementerian Kesihatan mengumumkan pertambahan 109 kes COVID-19 pada hari ini. “Sehingga 9 April, 12 tengah hari, terdapat 109 kes baru yang telah dilaporkan. Ini menjadikan kes positif 4228 kes. Ini bermakna bilangan kes discaj hari ini melebihi kes baru yang dilaporkan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam […]

Sabah Terima Sumbangan PPE Dari China Untuk Kegunaan Barisan Hadapan
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah hari ini menerima sumbangan pelbagai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan barisan hadapan yang bertugas bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negeri ini. Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong berkata sumbangan itu disampaikan oleh Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu Liang Caide, bersama Wylong Holdings Sdn Bhd […]
TERKINI: 2 Lagi Kematian Akibat COVID-19, Angka Korban Keseluruhan 67 Orang
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat dua kes kematian terbaharu pesakit COVID-19. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian keseluruhan terkini adalah sebanyak 67 kes. #COVID19Malaysia Status terkini 9 April 2020. Kes baru 109 Keseluruhan 4,228ICU 72 (termasuk 43 bantuan alat pernafasan) Kes sembuh 121 Kes keseluruhan 1,608 (38.03%) Kes kematian terbaru 2 Keseluruhan 67 kematian (1.58%) […]
(Video) TERKINI: 121 Kes Sembuh COVID-19 Hari Ini, Keseluruhan 1,608 Kes Telah Pulih
Putrajaya, 9 April- Kementerian Kesihatan mengumumkan 121 kes lagi pulih dari COVID-19 pada hari ini. “Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,608 kes iaitu bersaman dengan 38 peratus dari jumlah keseluruhan kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. #COVID19Malaysia Terkini 9 April 2020. Kes discaj 121 Keseluruhan 1,608 […]

Tujuh Rumah Kedai Terbakar Di Pokok Sena, Kedah
Alor Setar: Tujuh rumah kedai sederet di depan Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samat di Jalan Pokok Sena dekat sini, musnah dalam kebakaran tengah hari tadi. Kejadian pada kira-kira 12.10 tengah hari itu, bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa mahupun kecederaan. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufa’at Kamaron berkata […]
Warga Emas Kongsi Resepi, Pengalaman Zaman Penjajahan Jepun Ketika PKP
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 membawa seorang warga emas di Kampung Mohd Noor, di sini, mengimbau kembali ‘perintah berkurung’ yang pernah dilaluinya ketika zaman penjajahan Jepun. Wook Esah, 87, berkata antara perkara yang paling diingati pada zaman itu adalah berkaitan dengan bekalan makanan yang agak sukar diperoleh sehingga memaksa mereka memanfaatkan sepenuhnya […]

(Video) Bukan Frontliner Untuk Manusia Je, Abam Polis Dipuji Turun Longkang Selamatkan Anak Anjing
Dalam tempoh rakyat Malaysia sedang berdepan dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan untuk menangani penularan wabak pandemik Covid-19, insan yang bernama ‘Frontliner’ sedang berjuang sehabis baik untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat. Bukan itu sahaja, satu kiriman video di laman Facebook membuatkan ramai yang berbangga dengan seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas Ops Covid menyelamatkan seekor […]

Guru Rugi RM387,000 Diperdaya Macau Scam Menyamar Polis Trafik
Johor Bahru: Seorang guru sekolah rendah kerugian RM387,000 diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai polis trafik, kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Beliau berkata wanita berusia 38 tahun itu membuat laporan berhubung kejadian itu di sebuah balai polis, di sini, pada 11.48 pagi semalam. Menurutnya semuanya bermula apabila mangsa yang bertugas di sebuah sekolah […]

Tak Mahu Isteri Sunyi, Lelaki ‘Temani’ Isteri Jalani Kemoterapi Dari Luar Hospital
Seorang lelaki di Texas yang tidak dibenarkan menemani isterinya semasa melakukan kemoterapi memikirkan idea yang kreatif untuk tetap berada ‘dekat’ dan memberikan sokongan kepadanya. Disebabkan oleh pandemik Covid-19, semua pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam hospital. Tidak sanggup melihat isterinya menjalani kemoterapi seorang diri, Albert Conner membuat satu papan poster yang besar dan duduk di […]

Agong, Permaisuri Selesai Jalani Kuarantin Diri 14 Hari, Bebas Dari Covid-19
Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selesai menjalani kuarantin diri selama 14 hari dan disahkan bebas COVID-19. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka berdua dan ahli keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat dan menzahirkan penghargaan kepada rakyat atas […]
Penyelidik Tempatan Cadang PKP Ditarik Balik Secara Berperingkat
Pasukan penyelidik tempatan mencadangkan agar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19 di negara ini, ditarik balik secara berperingkat. Kumpulan penyelidik berkenaan menyedari penarikan balik arahan itu penting bagi membolehkan kegiatan ekonomi di negara ini bersambung semula selepas beberapa perniagaan tiba-tiba terhenti susulan arahan PKP yang berkuat kuasa […]
(Video) Bandar Di Ukraine Siap Sedia Gali Ratusan Kubur, Sebagai Peringatan Agar Penduduk Tak Keluar Rumah
Kerajaan Ukraine dilaporkan sedang menjalankan satu operasi mengali kubur secara besar-besaran di Dnipro bagi bersiap siaga dalam menghadapi wabak pandemik Covid-19. Difahamkan, operasi itu bukan sahaja bertujuan untuk kesiap siagaan, ianya juga turut bertujuan untuk memberi peringatan kepada rakyat bandar tersebut supaya sentiasa mematuhi arahan kerajaan. “Pihak pengurusan tanah perkuburan awam di Dnipro telah diarahkan […]

SOP Baharu Melibatkan Tiga Zon Setiap Kawasan Akan Dibincangkan Esok – Ismail Sabri
Kerajaan akan berbincang mengenai Prosedur Operasi Standard atau Standard Operating Procedure (SOP) baharu melibatkan tiga zon pada Jumaat (9 April 2020) sebagai usaha mencegah penularan wabak Covid-19 di negara ini. (Rujuk minit video 09:44) Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang media berkata, zon tersebut akan dipecahkan kepada tiga […]
Hari Pertama Lockdown Di Wuhan Di Tarik Balik, 620,000 Orang Guna Pengangkutan Awam
Jumlah pengguna pengangkutan awam di Wuhan melebihi 620,000 pada Rabu, sehari selepas bandar raya itu menarik balik perintah lockdown yang dikuatkuasakan selama 76 hari, lapor agensi berita Xinhua. Jabatan pengangkutan bandar raya itu berkata, 346 laluan bas dan bot, tujuh laluan kereta api bawah tanah serta teksi kembali beroperasi, selepas permintaan terhadap pengangkutan awam meningkat […]

PKP Disambung Atau Tidak, Terserah Atas Nasihat KKM – Ismail Sabri
Keputusan bagi menyambung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada kerajaan. (Rujuk minit video 15:18) Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang media berkata, setakat ini kerajaan masih belum menerima nasihat daripada KKM, dan perkara ini juga masih belum dibincangkan di Mesyuarat Khas […]