Berita

COVID-19: Angka Kematian Di Seluruh Dunia Sudah Cecah Lebih 10,000
Menurut Universiti Johns Hopkins, jumlah korban kematian koronavirus global kini sudah melebihi 10,000 orang. Universiti itu yang telah menyusun data sejak wabak pertama kali dikesan akhir tahun lalu juga mengatakan bahawa jumlah kes yang disahkan hampir mencecah 250,000. Majoriti kematian akibat virus itu telah direkodkan di Itali yang melampaui angka kematian di China iaitu di […]
15 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Setakat Ini, Seorang Dirawat Di ICU
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, telah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 15 petugas kesihatan barisan hadapan di Malaysia telah dijangkiti virus COVID-19 setakat ini. Menurut satu perkongsian yang dikongsi melalui akaun media sosialnya, 12 daripada petugas kesihatan itu adalah kakitangan KKM manakala 3 lagi daripada sektor kesihatan swasta. “Sehingga hari ini, 12 petugas […]

Harga Maksimum Borong & Runcit Topeng Muka Berkuatkuasa Hari Ini – KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan mengumumkan harga maksimum bagi pembelian borong dan runcit topeng muka berkuatkuasa 20 Mac ini. Menurut KPDNHEP, harga siling ini ditetapkan sedemikian berikutan bekalan mentah dalam pembuatan topeng muka diimport sepenuhnya dari luar. Kos operasi pengeluaran meningkat dan sudah berada di tahap yang maksimum […]

“Stay At Home,” Penduduk Kg. Orang Asli Tutup Jalan Masuk Utama, Tak Benarkan Orang Luar Datang
Sebuah perkampungan orang Asli menyahut seruan daripada kerajaan apabila menyeru kepada semua rakayat Malaysia untuk menuruti Perintah Kawalan Pergerakan yang telah berlangsung pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020 untuk memerangi gejala wabak Covid-19. Menerusi laman Facebook seorang penduduk di Kampung Orang Asli Sayong Pinang yang terletak di Johor telah memuat naik beberapa keping gambar […]
Covid-19: Thailand Lapor 50 Lagi Kes Baharu
Thailand hari ini melaporkan bahawa terdapat 50 kes baharu jangkitan COVID-19. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Suwanchai Wattanayingcharoenchai, 41 daripada 50 adalah mereka yang hampir dengan individu yang sebelum ini diuji positif untuk virus itu termasuk 18 yang menghadiri pertandingan tinju di Lumpinee Boxing Stadium pada 6 Mac. Tambahnya lagi, lima dikaitkan dengan perhimpunan […]
COVID-19: Jumlah Kes Melonjak Tambahan Tiga Angka Kes Baharu
Berikut adalah rangkuman mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 16 Mac hingga pukul 12.30 tgh 20 Mac. Jumlah kes di Malaysia terus melonjak akibat tambahan kes baharu tiga angka sementara senario global menunjukkan jumlah lebih 200,000 dengan kematian melepasi angka 8,000 setakat ini. Jumlah negara yang terlibat 165. Kuala Lumpur, 20 […]
Jujur Beri Maklumat Ketika Saringan COVID-19, Tegas KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) — Orang ramai khususnya pesakit digesa bersikap jujur dalam memberi maklumat dan sejarah hubungan rapat mereka semasa proses saringan dan pengesanan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu supaya mereka tidak menyembunyikan maklumat sehingga menimbulkan risiko kepada nyawa dan fasiliti kesihatan. Adalah satu jenayah sekiranya orang awam atau pesakit tidak mendedahkan atau […]

Tangguh Solat Jumaat Dikira Dahulukan Nyawa, Mufti WP Perjelas Situasi Sebenar
Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu memperlihatkan larangan terhadap sebarang aktiviti atau pergerakan yang membolehkan berlakunya penyebaran Covid-19. Perintah tersebut juga memperlihatkan umat Islam juga tidak dibenarkan untuk melakukan solat berjemaah di Masjid termasuk solat Jumaat. Umat Islam di negara ini memberikan pelbagai reaksi yang berbeza, ada beberapa pihak yang tidak bersetuju […]
Johor Catat 101 Kes Positif Covid-19 Sehingga 12 Malam Tadi
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad, mengesahkan bahawa sehingga jam 12 malam tadi, negeri Johor telah mencatatkan 101 kes positif Covid-19. Sehingga 12 malam tadi, jumlah pesakit positif #COVID-19 di Johor adalah seramai 101 orang – MB Johor pic.twitter.com/yfGY2kKoRs — BERNAMA (@bernamadotcom) March 20, 2020 Angka itu sekaligus menyumbang kepada pertambahan kes yang dicatatkan di […]

Polis Boleh Ambil Tindakan Terhadap Individu Yang Sakit Tapi Tak Lapor Keadaan Mereka – DS Ismail Sabri
Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi menerusi kenyataan media berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan berkata polis boleh mengambil tindakan terhadap individu yang sakit tetapi tidak melaporkan keadaan mereka. Tambahnya lagi, majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk mengambil cuti tanpa gaji semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Polis boleh ambil tindakan terhadap individu yang sakit […]
Kerajaan Akan Tanggung Perbelanjaan Bekalan Makan Pelajar IPT Yang Tidak Pulang Ke Kampung
Menerusi persidangan media oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan Malaysia , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa kerajaan akan menangung segala perbelanjaan untuk pelajar yang tidak pulang ke kampung. Memandangkan, 60, 000 orang pelajar yang berada di kolej dan IPT, kerajaan masih lagi menjalankan pengiraan sebenar untuk memberi bantuan perbelanjaan makanan kepada mereka. Dalam […]

TERKINI: Tentera Akan Bantu Polis Pantau Kawalan Pergerakan Bermula Ahad Ini – Menteri Pertahanan
Kementerian Pertahanan memutuskan agar pasukan tentera diturunkan bagi membantu pihak polis dalam memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah masing-masing sehingga 31 Mac ini. Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan sebentar tadi. Menurut Ismail, pasukan tentera […]
Seorang Terkorban Setiap 10 Minit, Kes Kematian Akibat Covid-19 Di Iran Naik Mendadak
Wabak koronavirus dilaporkan membunuh seorang mangsa dalam setiap 10 minit di Iran sehingga menyebabkan angka kematian yang dicatatkan Iran sebanyak 1,284 itu menjadikan yang terburuk di Timur Tengah. Wakil menteri kesihatan Iran, Kianush Jahanpur, memuat naik satu ciapan dan menyatakan bahawa sebanyak 50 orang akan dijangkiti dalam masa sejam. Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Alireza Raisi […]
(Video) Tak Mahu Dikuarantin, Polis Terpaksa Guna Kekerasan Bawa Lelaki Suspek Covid-19 Ke Hospital
Seorang lelaki berumur 68 tahun kontak pertama pesakit COVID-19 terpaksa digari keluar rumahnya di Rumah Pangsa Kos Rendah LDA di Labuan selepas enggan mengikuti arahan menjalani ujian saringan kesihatan dan kuarantin pada jam 4 petang pada Khamis. Ketua polis Labuan Supt. Muhamad Farid Ahmad berkata anggota-anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Labuan dan pasukan perubatan dari […]
Arab Saudi Larang Berhimpun, Solat Di Kawasan Dataran Masjidil Haram Makkah, Madinah
RIYADH, 20 Mac (Bernama) — Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah berhimpun atau solat di kawasan dataran masjidil haram di Makkah dan Madinah dalam usaha membendung penyebaran novel koronavirus (COVID-19), lapor agensi berita Anadolu. “Ketua dan pihak berkuasa keselamatan dan kesihatan memutuskan untuk tidak membenarkan jemaah berada di dataran di luar Masjidil Haram dan Masjid […]
Covid-19: Aktiviti Nelayan Dan Pengusaha Akuakultur Dibenarkan Ketika Perintah Kawalan Pergerakan
Walaupun Malaysia dalam Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac 2020 ini, namun aktiviti Nelayan & Pengusaha Akuakultur diteruskan bagi tujuan bekalan ikan di bawah perkhidmatan kritikal (essential service). Aktiviti ini bertujuan untuk memastikan bekalan ikan/hasil perikanan mencukupi untuk kegunaan rakyat Malaysia. Tetapi aktiviti seperti ini perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia. […]

Polis Johor Nafi Keluarkan Beberapa Arahan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan
JOHOR BAHRU, 20 Mac (Bernama) — Polis Johor menafikan ada mengeluarkan beberapa arahan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan berkaitan tempoh operasi antaranya kedai makan dan stesen minyak di negeri ini seperti yang tular di media sosial. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sehubungan itu, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan apa […]

Yayasan Jack Ma Dan Yayasan Alibaba Mengumumkan Sumbangan Kepada Empat Buah Negara Asia Tenggara
HANGZHOU, China, 20 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) — Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba hari ini mengumumkan sumbangan berupa bekalan perubatan kepada empat buah negara Asia Tenggara. Kedua-dua yayasan itu telah dapat berhubungan dengan kerajaan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina dan mencadangkan sumbangan bekalan perubatan. Matlamat yayasan-yayasan itu adalah untuk membantu dalam memerangi virus COVID-19 di negara-negara […]

5 Anggota Polis Cedera Dirempuh Lori Semasa “Roadblock” Ops Covid-19
Satu kemalangan berlaku di ibu negara awal pagi tadi yang melibatkan lima orang anggota polis daripada jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Kuala Lumpur. Menerusi kiriman daripada laman Instagram PDRMsia_Trafik berkata seorang Pegawai Kanan dan 4 Pegawai Rendah Polis cedera dirempuh lori semasa menjalankan tugas Sekatan Jalan Raya Op Covid 19 di Jalan Syed Putra Kuala […]
“Sayu Jer Tengok Yang Bertugas,” Ebit Lew Belanja KFC Pada Staf Hospital Sg Buloh
Umum telah mengetahui bahawa wabak virus yang dikenali sebagai Covid-19 ini telah mengancam seluruh dunia. Ribuan manusia telah dilaporkan meninggal dunia akibat dijangkiti dengan virus ini. Negara kita juga turut tidak terkecuali selepas mencatatkan ratusan kes positif dan angka kematian sebanyak 2 orang setakat ini. Oleh disebabkan itu, kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang […]