Berita

Kesihatan
COVID-19: Bantuan RM 600 Sebulan Untuk Pekerja Cuti Tanpa Gaji- PM
Putrajaya, 16 Mac – Pekerja yang terjejas akibat COVID-19 bakal menerima wang bantuan selama maksimum enam bulan daripada kerajaan ketika krisis. Bantuan itu akan diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji dan bergaji dibawah RM 4,000. “Bantuan kewangan RM600 setiap bulan, maksimum selama enam bulan itu layak untuk pekerja notis tanpa gaji mulai […]
Kesihatan
(Video) Peningkatan Kes ICU Libatkan Kluster Peserta Tabligh
Putrajaya, 16 Mac – Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham Baba mengesahkan peningkatan kes yang dirawat di ICU akibat COVID-19 melibatkan peserta himpunan tabligh bulan lalu. “Kluster yang saya sebut tadi adalah kluster tabligh. Peningkatan dari 9 kes semalam ke 12 (kes kecemasan hari ini), peningkatan sebanyak tiga kes ,” katanya ketika menjawab soalan wartawan […]
Berita
(Video) COVID-19: KKM Kini Memasuki Fasa Pembendungan Akhir
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah memasuki fasa pembendungan akhir dalam usaha menangani penularan wabak Coronavirus (COVID-19). Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba (gambar kecil) berkata, pembendungan akhir atau late containment bertujuan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 daripada menjadi lebih serius di negara ini. “Walaupun dalam fasa akhir ini, tetapi pihak kementerian sedang atau telah melaksanakan […]
Berita
TERKINI: Solat Jumaat, Solat Berjemaah & Semua Aktiviti Di Masjid, Surau Ditangguh Sehingga 26 Mac
SOLAT Jumaat, solat berjemaah serta segala aktiviti di surau akan ditangguhkan berkuatkuasa sepanjang 17 Mac sehingga 26 Mac. Kenyataan tersebut diumumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari menerusi BERNAMA hari ini. Difahamkan, keputusan tersebut dibuat sebagai usaha mengekang penularan wabak Coronavirus (COVID-19) di kawasan himpunan awam […]
Berita
7,000 Dari Jemaah Tabligh Sudah Jalani Saringan Setakat Ini- Men. Kesihatan
SERAMAI 7,000 ahli jemaah tabligh yang menyertai himpunan Ijtima’ Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling baru-baru ini telah tampil untuk jalani pemeriksaan kesihatan setakat hari ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan wakil jemaah tabligh itu secara tally conference semalam. “Malam semalam, ketua kepada jemaah tabligh tersebut telah membuat […]
Kesihatan
(Video) Semua Negeri Sudah Dijangkiti COVID-19, Selangor Paling Ramai
Putrajaya, 16 Mac -Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Adham Bin Baba dalam satu sidang media sebentar tadi telah menyenaraikan negeri paling tinggi kes COVID-19. “Bilangan paling ramai wabak ini adalah di Selangor, Wilayah Persekutuan, ketiga ialah di Sabah dan keempat Johor (meningkat),” katanya ketika menjawab soalan salah seorang wartawan. Sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, […]
Kesihatan
TERKINI: Lebih 800 Jururawat Baru Akan Ditambah Untuk Tangani COVID-19- Men. Kesihatan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dalam sidang media sebentar tadi memaklumkan kerajaan akan menambah 800 orang jururawat secara lantikan kontrak untuk menangani COVID-19 di seluruh negara. Menurut tweet oleh BERNAMA, kesemua jururawat berkenaan merupakan lulusan daripada Institut Latihan di bawah Kementeri Kesihatan Malaysia dan diberikan kontrak selama 2 tahun. Ia sebagai persediaan sekiranya […]
Berita
(Video) COVID-19: Ada Pengumuman Penting Dari Perdana Menteri Malam Ini- Men. Kesihatan
Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi memaklumkan bahawa ada satu pengumuman penting yang akan dibuat oleh Perdana Menteri Malam ini. Perkara berkenaan dimaklumkan sebagai respon kepada soalan yang diajukan oleh wartawan mengenai keperluan untuk Malaysia melaksanakan lock down. ”Kita akan menunggu pengumuman oleh Perdana Menteri pada malam ini,” katanya. […]
Kesihatan
(Video) TERKINI: 125 Kes Baru COVID-19 Hari Ini, Jumlah Kes Positif Meningkat Kepada 553
Putrajaya, 16 Mac – Sebanyak 125 kes baru COVID-19 telah dikesan hari ini di Malaysia, kebanyakannya melibatkan individu yang pernah menyertai himpunan tabligh di Masjid Seri Petaling dua minggu lalu. “Berdasarkan siasatan awal, daripada 125 kes baru ini, sebanyak 95 kes positif adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling,” kata Menteri Kesihatan, […]
Berita
COVID-19: China Akan Bekalkan Topeng Muka, Pencuci Tangan Kepada Malaysia
KUALA LUMPUR, 16 Mac — Kerajaan China hari ini menyatakan komitmen membantu Malaysia dalam menangani penularan jangkitan COVID-19 dengan membekalkan peralatan perubatan seperti penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan pembasmi kuman. Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata perkara itu dinyatakan Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian pada sesi kunjungan ke Wisma Putra […]
Berita
Atlet Negara, Jackie Wong Sah Positif Covid-19, Fasiliti MSN & ISN Terpilih Ditutup
Menerusia akhbar media yang dikeluarkan oleh Kementeran Belia dan Sukan yang melaporkan seorang atlet negara disahkan positif Covid-19 yang dipercayai dijangkiti oleh ayahnya juga positif Covid-19. Justeru itu, sebagai langkat keselamatan dan kesihatan para atlet yang lain, YB Dato Sri Reezal Merican mengumumkan penutupan fasiliti MSN dan ISN yang dikunjungi oleh atlet tersebut ditutup buat […]
Berita
Bukit Aman Tubuh Pasukan Khas Pantau Situasi Covid-19
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi memantau perkembangan terkini penularan virus COVID-19 di negara ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pasukan khas itu diketuai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. Beliau berkata selain itu, pasukan khas berkenaan juga berperanan untuk memberi […]
Berita
Covid-19: Kemudahan Di Bawah MOTAC Ditutup Sehingga 30 April – Nancy Shukri
Kuala Lumpur: Semua kemudahan awam di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) ditutup berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April ini sebagai langkah berjaga-jaga penularan jangkitan COVID-19. Menteri MOTAC, Datuk Seri Nancy Shukri berkata tindakan ini dibuat dengan mengambilkira kepentingan kesihatan awam dan bertujuan menyekat penularan wabak itu. ”Semua ketua jabatan dan agensi telah diarah […]
Berita
Pesakit Positif Covid-19 Kongsi Keadaan Dalam Wad Khas, Ibu Ayah Turut Dijangkiti Walau Tiada Simptom
Penularan Covid-19 di negara ini semakin parah apabila Malaysia merekodkan kes jangkitan tertinggi di Asia Tenggara selepas mencatatkan 428 kes melalui pertambahan 190 kes baharu pada 15 Mac lalu. Oleh itu rakyat dinasihatkan untuk berwaspada dengan mengambil pelbagai langkah seperti mencuci tangan dengan betul dan menghindari tempat atau perhimpunan awam agar tidak dijangkiti. Tampil menceritakan pengalaman sebagai […]
Berita
Covid-19: 87 Penghuni Madrasatul Quran Kubang Bujuk Dikuarantin
Kuala Terengganu: Seramai 87 penghuni Madrasatul Quran Kubang Bujuk dekat Serada di sini telah dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan(PUI) bagi jangkitan COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata kesemua mereka dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu sejak Sabtu lepas. “Langkah ini diambil kerana seorang peserta program tabligh […]
Berita
Covid-19: Perpustakaan Negara Dan Semua Perpustakaan Desa Ditutup Bermula Hari Ini Hingga 30 April
Berikutan penularan wabak COVID-19, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengambil langkah keselamatan untuk menutup perkhidmatan PNM kepada orang awam bermula hari ini,16 Mac hingga 30 April 2020. Orang awam boleh melayari http://www.u-pustaka.gov.my untuk bahan bacaan dalam talian. Berikutan penularan wabak COVID-19, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengambil langkah keselamatan untuk menutup perkhidmatan PNM kepada orang awam bermula […]
Berita
Tragedi Pengerang: Seorang Mangsa Hilang Akhirnya Ditemui Rentung, 5 Terkorban Setakat Ini
Sebentar tadi kita dikejutkan dengan berita kebakaran di Diesel Hydro Treater unit di Pengerang, Kota Tinggi dengan jumlah kematian sebanyak 4 orang manakala seorang selamat dan seorang lagi melucur hampir 70 peratus. Susulan daripada itu, awal pagi tadi pihak Bomba melaporkan seorang lagi pekerja dilaporkan hilang semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa. Menerusi laman Twitter […]
Berita
(Video) Mudir Madrasah Sri Petaling Pujuk Ahli Serah Diri Di Saring Jika Bergejala
Mudir Madrasah Sri Petaling, Ustaz Mansur Bin Ismail tampil pujuk ahli utk sukarela serah diri di saring jika bergejala atau suspek diri terkena kontak positif. Pihak berkuasa ingin membantu, bukannya ingin menghukum anda. Jangan biarkan orang lain menjadi mangsa. Dalam kenyataan itu, beliau juga menekankan kepada semua 28 markaz (tempat syabguzari) seluruh negara supaya mematuhi […]
Berita
Individu Sebar Maklumat Palsu Covid-19 #MalaysiaLockDown Diburu – Ketua Polis Negara
Kuala Lumpur: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedang berusaha mengesan individu yang menyebarkan maklumat palsu berhubung infografik ‘Covid-19 Hour #MalaysiaLockDown’ yang tular dalam media sosial. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata perbuatan berkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan memberi kesan kepada orang ramai. ”Kami akan mencari siapa individu yang tidak bertanggungjawab itu yang menyebarkan […]
Gaya hidup
Covid-19: #LockDownMalaysia Mula “Trending” Di Twitter
Sejak satu infografik yang tular sejak semalam melalui Facebook telah mengatakan bahawa Malaysia bakal melaksanakan perintah lockdown yang dikononnya berlangsung pada malam ini. Namun, info itu telah disahkan palsu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Susulan daripada itu, hari ini di laman Twitter trending dengan tanda pagar #LockDownMalaysia. Pelbagai pandangan dilontarkan dalam ‘kotak’ trending tersebut. Biarpun apa yang berlaku, orang […]