Berita

Tutup Kilang Kerana COVID-19, Imej Ruang Udara Dedah Pencemaran Di China Alami Penurunan Drastik
Imej satelit menunjukkan penurunan pencemaran dramatik ke atas China selepas wabak koronavirus menutup swathes industri dan perjalanan negara. Menurut portal Independent, agensi ruang angkasa Amerika NASA mengatakan perubahan itu sekurang-kurangnya sebahagiannya berkaitan dengan kelembapan ekonomi yang disebabkan oleh usaha untuk menangani virus. Peta NASA menunjukkan bagaimana tahap nitrogen dioksida, gas toksik dari kenderaan, loji kuasa […]
“Saya Tidak Idam Jawatan PM Tetapi Tampil Untuk Selamatkan Keadaan” – Muhyiddin
Kemelut politik Malaysia pada minggu lalu menyaksikan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan. Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasminya menjadi Perdana Menteri kelapan apabila mengangkat sumpah dalam satu istiadat di Istana Negara semalam. Sebentar tadi, Perdana Menteri kelapan itu telah berucap dalam satu ucapan khas secara langsung dengan tajuk ‘Rayuan […]
“Saya Cadang Bubarkan DUN Melaka Bagi Membolehkan Pilihan Raya Negeri Diadakan” – Ketua Menteri Melaka
Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari telah mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan bagi membolehkan Pilihanraya Negeri diadakan. Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan di akaun Facebook rasminya, cadangan itu telah dikemukakan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob pada hari Isnin, 2 Mac 2020 […]

COVID-19: “Saya Sihat, Alhamdulillah,” Kata Bekas Menteri
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) — Bekas menteri, yang dikaitkan dengan individu yang disahkan positif COVID-19, mengesahkan dirinya negatif jangkitan itu selepas melakukan ujian dan pengesanan penyakit itu. Bekas menteri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memberitahu Bernama, beliau kini menjalani kuarantin di rumah bagi mematuhi prosedur operasi standard pengurusan COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) “Sudah jalani ujian pengesanan, […]
“Jiran Kita Orang Islam,” Lelaki Sanggup ‘Hanguskan’ Badan Untuk Selamatkan Jiran Terbakar
Ketika situasi rusuhan di utara Delhi sedang memuncak, seorang lelaki berusia 29 tahun melihat rumah jiran Muslimnya terbakar dan melakukan sesuatu yang sangat baik. Beliau disifatkan sangat berani dengan menyelamatkan jiran Muslimnya tanpa menghiraukan keselamatan dirinya sendiri. Kejadian yang berlaku pada malam Selasa lalu itu memperlihatkan lelaki itu melompat ke dalam api dan berjaya menyelamatkan […]
‘Memang Saya Jadi Barua, Saya Cakap Terus Terang’ – Norhizam Hassan Baktee
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee ketika menghadiri sidang media rasmi UMNO Melaka untuk menyatakan sokongan pada Perikatan Nasional. Dalam video sidang media khas yang dilakukan sebentar tadi, Norhizam telah menyatakannya pada minit ke 9:28 ketika ditemu ramah bahawa tindakannya dalam menyokong Perikatan Nasional itu dibuat demi kepentingan orang Melayu. […]

Anak Najib Gagal Tangguh Prosiding Saman LHDN
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan anak lelaki bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nazifuddin, untuk menangguhkan prosiding saman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadapnya yang menuntut cukai belum dibayar sebanyak RM37.6 juta, sementara menunggu rayuan berhubung taksiran cukai kepada LHDN. Peguam Muhammad Farhan Muhammad […]
Seram, Wanita Jumpa ‘Benda’ Misteri Dalam Botol Disimpan Rakan Dalam Almari
Misteri, seorang wanita menemui sekeping gambarnya yang diikat pada sebatang ranting berduri di dalam sebuah botol rumah teman baiknya. Menurut Asanda Teedow, dia telah menemui objek misteri itu di dalam almari rakannya. “Baru jumpa benda ini dalam almari kawan baik saya. Saya perempuan di dalam gambar. Tak pasti apa maknanya. Ada sesiapa tahu apa ini? […]
Luar Biasa, Atlet Luncur Salji Ini Raih Kejuaraan Kali Ke-1000
HELSINKI, 2 Mac (Bernama) — Atlet Jerman Karl Geiger meraih gelaran juara ke-1,000 untuk dirinya apabila muncul johan dalam Kejohanan sukan luncur salji Piala Dunia yang berlangsung di Lahti, Finland pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua. Daripada dua lompatan pada acara akhir sejauh 122.5 dan 130.0 meter, Geiger mengumpul 266.4 mata untuk memperoleh gelaran dunia […]
COVID-19: Tikam Pegawai Kesihatan Bertugas, Pemandu Van Dijatuhkan Hukuman Mati
SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah China semalam selepas terlibat dalam insiden menikam dua pegawai kesihatan sehingga terbunuh pada 6 Februari lalu. Ketika hari kejadian, lelaki berkenaan, Ma Jianguo, 23, sedang memandu mini van melalui pusat pemeriksaan kesihatan bagi kawalan penyebaran COVID-19 di perkampungan Luo Meng di Honghe, barat daya wilayah Yunnan dan ditahan […]
Permohonan Kemasukan Prasekolah 2021 Atas Talian Dibuka Bermula 1 Mac
Permohonan untuk memasuki permohonan Prasekolahatas talian untuk 2021 sudah dibuka mulai 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020. Perkara berkenaan dikongsikan oleh pemilika akaun Siti Haryani Azmi di laman Facebook. ”Permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM bagi sesi 2021 hanya dibuka untuk murid yang lahir pada tahun 2015 (umur 5+) , tahun 2016 (umur 4+) dan […]
(Video) Suspek Ditahan Hina Agong Sebenarnya Sakit Mental- KPN
Kuala Lumpur, 2 Mac – Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan salah seorang individu yang menghina Yang Dipertuan Agong (YDPA) baru-baru ini memiliki rekod sakit mental. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia di Bukit Aman, pagi ini. “Ada satu kes ni di mana suspek […]
Indonesia Sahkan 2 Rakyatnya Positif Covid-19, Kali Pertama Kes Dilaporkan
Presiden Indonesia, Joko Widodo memaklumkan terdapat dua kes positif terbaharu serangan wabak Coronavirus (COVID-19) di negara tersebut, menjadikannya sebagai kes pertama yang disahkan. Beliau berkata, seorang wanita berumur 64 tahun dan anak perempuannya, 31 tahun disahkan positif selepas berhubungan dengan warga Jepun yang tinggal di Malaysia dan turut disahkan positif selepas pulang dari perjalanan ke […]
JPM Nafi Perdana Menteri Bertemu Dengan Mana-Mana Pemimpin Politik Hari Ini
Putrajaya, 2 Mac – Pejabat Perdana Menteri menafikan adanya sebarang pertemuan dengan pemimpin parti politik hari ini. Dalam satu kenyataan rasmi, Perdana Menteri dilaporkan hanya bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara dan ketua-ketua jabatan/agensi sahaja bagi menyelaraskan pentarbiran. “Pejabat Perdana Menteri ingin menjelaskan bahawa tiada mesyuarat atau sebarang perjumpaan dengan pemimpin politik dijadualkan hari ini,” tulis […]
Argentina Bakal Benarkan Rakyatnya Gugurkan Bayi Dalam Kandungan
Argentina bakal menjadi negara Amerika Latin utama yang pertama membenarkan pengguguran dari segi undang-undang. Presiden Argentina, Alberto Fernández dilaporkan bakal menghantar bil pengguguran ke kongres dalam tempoh 10 hari. “Negara perlu melindungi rakyatnya secara umum dan wanita secara khusus. Masyarakat abad ke-21 patut menghormati pilihan individu untuk bebas menentukan tentang tubuh badan mereka,” katanya. Pengguguran […]
Polis Tahan Dua Lagi Individu, Disyaki Hina Yang Dipertuan Agong Di Facebook
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) — Dua lagi individu ditahan kerana disyaki memuat naik status menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Facebook, menjadikan jumlah tangkapan setakat ini tiga individu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata dua lelaki itu, masing-masing ditahan di Sandakan, Sabah […]
(Video) “Saya Belum Puas Berkhidmat…”, Exco Perak Menangis Teresak-Esak Tinggalkan Pejabat
“SAYA belum puas untuk berkhidmat kepada rakyat Perak,” Demikianlah kenyataan hiba Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim apabila dikhabarkan berkemungkinan terpaksa berundur dari pejabatnya ekoran perubahan kabinet yang berlaku di Putrajaya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong itu kelihatan menangis teresak-esak penuh sebak apabila terpaksa menurunkan gambar potretnya sendiri […]
COVID-19: Italy Catat Peningkatan Kes 50 Peratus Tempoh 24 Jam
Sebanyak 50 peratus peningkatan kes Coronavirus (COVID-19) dilaporkan di Itali, menjadikan kes terkini berjumlah 1,694 kes berbanding 1,128 kes pada Sabtu lalu. Peningkatan drastik tersebut melibatkan kematian kira-kira 34 orang, lapor Italy’s Civil Protection Authority. Sementara itu, Delta Air Lines turut menangguhkan penerbangan dari Amerika Syarikat ke Milan. Penerbangan terakhir yang akan berlepas dari New […]
The Pocket Roket Man Pecah Rekod Asia Di Kejohanan Dunia
Kuala Lumpur, 2 Mac – Juara berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang berjaya memecahkan rekod Asia dan kebangsaan dengan catatan 9.548 saat (s) dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2020. Atlet berusia 32 tahun kelahiran Dungun itu memadam rekod Asia 9.609s oleh pelumba Jepun Tomohiro Fukaya serta memperbaharui rekod kebangsaan yang diciptanya iaitu 9.760s. Azizul […]
Esok Sambung Semula, Kes Saya Tak Akan Digugurkan Sama Sekali- Zahid Hamidi
Kuala Lumpur, 2 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyakinkan orang ramai bahawa kes perbicaraan melibatkan dirinya tidak akan digugurkan sama sekali. Dalam kenyataan rasmi parti berkenaan, beliau menyatakan kes tersebut ditangguh pada 2 Mac sahaja. “Esok 3 Mac 2020 (Selasa), kes akan disambung semula seperti biasa, “Kes ini tidak digugurkan […]