Berita

Gaya hidup
Suami Isteri Sukarela “Make Over” Kelas Anak, Tapi Hasilnya Sangat Mengejutkan
Tidak dinafikan cara guru mengajar dalam kelas menjadi penyumbang kepada mudahnya seseorang murid itu faham dalam pembelajaran. Namun, suasana serta keadaan kelas mampu untuk memberi aura serta semangat kepada pelajar untuk belajar. Ikuti kisah sepasang suami isteri yang berusaha melakukan projek pembersihan serta mencantikkan kelas anak mereka. Menerusi laman Twitternya sendiri iaitu, @akhifairuz_, beliau berkongsi […]
Berita
Koronavirus: Kematian Meningkat, China Berdepan Masalah Kekurangan Bekalan Perubatan
ANKARA, 28 Jan — Pihak berkuasa China pada Selasa berkata anggota perubatan telah dikerahkan untuk memerangi wabak koronavirus namun, berdepan masalah kekurangan bekalan perubatan yang diperlukan, lapor agensi berita Anadolu. Memandangkan jumlah kematian meningkat kepada 106 orang dengan kes mereka yang dijangkiti turut bertambah seramai lebih 4,500 orang, Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China berkata lebih […]
Berita
Konon Barang Dari China Tak Selamat, Doktor Kecewa “Private Message” Disalaherti, Disebar Tanpa Izin
Susulan daripada kenyataan atau penulisan yang dikeluarkan oleh seorang doktor, konon barangan daripada China tidak selamat digunapakai, doktor kecewa “private message” disalaherti dan turut disebarkan tanpa izin. Terbaharu, doktor Muhammad Izzat mengeluarkan satu kenyataan sekali dengan salinan surat laporan polis berkaitan dengan isu yang tular baru-baru ini. Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Atas saranan pengamal undang-undang […]
Berita
Koronavirus: Singapura Sahkan Dua Lagi Kes Jangkitan Terbaru
SINGAPURA, 28 Jan – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan dua lagi jangkitan koronavirus Wuhan di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak tujuh kes. Hasil ujian yang mengesahkan jangkitan itu diketahui semalam dan kes terbaharu itu tiada kaitan dengan kes-kes import yang disahkan sebelum ini. Menurut MOH, jangkitan keenam melibatkan seorang lelaki warga China berumur 56 tahun dari Wuhan yang […]
Luar Negara
Tiada Rekod Terbaru Ke China, Seorang Lelaki Di Jepun Dijangkiti Koronavirus
Pihak berkuasa Jepun b, seorang lelaki yang tidak mempunyai perjalanan baru ke China telah dijangkiti koronavirus. Lelaki berusia enam puluhan dari Nara di barat Jepun telah dimasukkan ke hospital pada hari sabtu dengan gejala seperti selesema. Dia dikatakan telah mengusir dua kumpulan pelancong Wuhan pada awal Januari. Menteri Kesihatan Katsunobu Kato berkata negara itu mengesahkan […]
Berita
Remaja Menangis Teresak-Esak Selepas Diperintah Bela Diri
KUALA LUMPUR, Seorang remaja lelaki menangis teresak-esak selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memerintahkannya membela diri atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran yang menyayat hati, tiga tahun lepas. Remaja berumur 19 tahun itu yang memakai kemeja-T hitam dan berseluar jean biru yang duduk dalam kandang tertuduh, tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak selepas peguamnya Haijan […]
Berita
(Video) Seorang Remaja Diarah Bela Diri, Rakan Bebas Tuduhan Bunuh 23 Penghuni Pusat Tahfiz Ittifaqiyah
KUALA LUMPUR, 28 Jan – “Alhamdulilah syukur kepada Allah… Dia dibebaskan dan saya mahu selepas ini dia menjadi lebih baik daripada sebelum ini,” kata bapa remaja lelaki yang dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran yang menyayat hati, hampir tiga tahun lepas. Ditanya media apakah perancangan […]
Gaya hidup
Shopee Dakwa Koronavirus Tak Hidup Terlalu Lama Pada Barangan Tidak Bernyawa
Koronavirus yang melanda hampir seluruh dunia termasuklah Malaysia ketika ini ternyata membimbangkan masyarakat di negara ini. Virus yang bermula dari negara China ini telah menimbulkan pelbagaikan kerisauan dan masalah. Namun bagaimana pula dengan barangan dari China? Adakah ianya bahaya? Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru kepada semua untuk menggunakan tisu yang dibasahkan dengan […]
Berita
Pesawat Tentera AS Terhempas Di Afghanistan
Tentera AS mengesahkan satu pesawatnya telah terhempas di wilayah timur Ghazni di Afghanistan pada hari Isnin. Pesawat itu terhempas di daerah Deh Yak, wilayah Ghazni, sebuah kawasan dengan kehadiran Taliban yang kuat. Jurucakap Tentera AS di Afghanistan, Kolonel Sonny Leggett mengesahkan mengenai nahas udara itu yang membabitkan pesawat Bombardier E-11A. “Punca kejadian masih dalam siasatan […]
Berita
Dua Beradik Antara Tiga Maut Dalam Kemalangan Di Gerik
GERIK, 28 Jan – Tiga termasuk dua beradik maut manakala tiga kanak-kanak parah selepas terlibat dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 73 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu berhampiran Lawin di sini tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan seorang kontraktor Mohd Azli Faizal Mansor, 33, memandu kereta jenis Honda […]
Kesihatan
Hanya Dalam Masa 4 Hari, China Hampir Siap Bina Hospital Khas Koronavirus
Sebuah hospital baru hampir siap dibina hanya dalam masa empat hari di China dalam usaha untuk memerangi wabak koronavirus yang semakin menular. Institusi 1,000 katil perubatan di Wuhan telah berjalan dengan laju selama beberapa hari dan dijangka siap menjelang hujung minggu. Hospital yang dibina secara tergesa-gera itu dinamakan Hospital Huoshenshan yang bermaksud “Fire God Mountain […]
Gaya hidup
Kisah Hitam Malaysia Pernah Diserang Virus Nipah, Otak Jadi Bengkak, ‘Bunuh’ 105 Orang
Kes koronavirus di China yang melibatkan kematian dilaporkan meningkat kepada 106 orang sehingga ke harini. Malaysia sekarang ini berada dalam langkah berjaga-jaga dalam mengatasi virus ini. Namun, harus sentiasa diingatkan agar rakyat Malaysia tidak mencetuskan panik kerana ini tidak memberikan apa-apa manfaat. Doktor @HausofHilton memuat naik status tentang peringatan kepada orang ramai jangan mencetuskan panik […]
Berita
Koronavirus : Gesa Pemeriksaan Lebih Ketat Ke Atas Kapal Dari China
Kuala Lumpur : Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM) menggesa pegawai kesihatan di pelabuhan menjalankan pemeriksaan lebih ketat terhadap anak kapal yang tiba dari China, negara di mana novel koronavirus mula dikesan. Setiausahanya, Zaini Nordin, berkata langkah itu untuk mencegah virus berkenaan merebak kepada pekerja pelabuhan Malaysia. “Jabatan Laut perlu mengarahkan pegawai kesihatan pelabuhan melakukan […]
Kesihatan
Nyawa Lebih Utama Daripada Impak Koronavirus Terhadap Ekonomi – Lim
GEORGE TOWN, 28 Jan (Bernama) — Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menegaskan bahawa aspek nyawa perlu menjadi intipati utama dalam usaha menangani jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) berbanding impak penyakit itu terhadap ekonomi negara. Lim berkata pada masa ini nyawa, keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia menjadi agenda utama dan langkah perlu difokuskan kepada mengatasi permasalahan Koronavirus itu terlebih dahulu. “Tentu […]
Berita
”Mesti Malaysia Ada Buat Benda-Benda Tak Baik Ni,” Status Zed Zaidi Dikritik
Jangkitan koronavirus di beberapa negara termasuk Malaysia ternyata membimbangkan ramai. Angka korban di China telah meningkat kepada 106 dan Malaysia sendiri sudah menerima empat kes positif jangkitan. Pelbagai isu dan spekulasi timbul mengenai virus ini terutamanya dalam kalangan netizen di media sosial. Tampil memberi pandangan, Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi dalam satu kenyataan di […]
Kesihatan
(Video) Lelaki ‘Misteri’ Masuk Sebuah Balai Polis Di China Tinggalkan Berkotak-kotak ‘Mask’
Wabak Koronavirus yang membimbangkan dunia pada hari ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 106 orang. Disebabkan itu, pelbagai langkah pencegahan diambil daripada terkena virus berkenaan, antaranya pemakaian topeng muka supaya dapat mengurangkan risiko berjangkit. Menerusi satu perkongsian di Twitter CGTN, seorang lelaki melakukan tindakan yang sangat murni sehingga mendapat tabik hormat sebagai penghargaan. Daripada rakaman tersebut, lelaki […]
Berita
Kebakaran Hutan : Pelancong Boleh Teruskan Rancangan Perjalanan Ke Australia Barat
Kuala Lumpur : Tourism Western Australia menggesa pengunjung antarabangsa yang merancang untuk ke Australia Barat supaya meneruskan rancangan perjalanan mereka kerana negeri itu tidak terjejas dengan kejadian kebakaran hutan di Australia baru-baru ini. Malah, agensi pelancongan itu dalam kenyataan hari ini menyatakan bahawa negeri berkenaan sentiasa menerima kedatangan pelancong. ”Kebakaran hutan yang berlaku di timur […]
Berita
Koronavirus: Tiga Kes Baru Sedang Tunggu Keputusan Ujian Makmal
Sehingga tengah hari ini tiga kes baharu yang disyaki 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) sedang menunggu keputusan ujian makmal. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ketiga-tiga kes baharu berkenaan diterima dalam tempoh 24 jam. “Daripada tiga kes baharu yang dikendalikan di bawah kes-kes yang disyaki (PUI) ini, dua kes di Langkawi dan satu lagi di Bintulu. “Ketiga-tiga kes baharu […]
Berita
Kereta Guna Lorong Kecemasan ‘Gelabah’ Bila Nampak Kereta Peronda Polis
Terperangkap dalam kesesakan jalan raya sememangnya ingin dielakkan oleh semua pemandu. Namun begitu, disebabkan itu juga terdapat segelintir pengguna jalan raya yang mengambil kesempatan untuk menggunakan lorong kecemasan. Umum telah mengetahui bahawa lorong kecemasan tidak boleh digunakan oleh kenderaan orang awam dan hanya dikhaskan untuk tujuan kecemasan. Pemandu yang menggunakan laluan berkenaan boleh dikenakan saman […]
Berita
Pahang Nafi Ada Satu Kes 2019 Novel Koronavirus
Kuantan : Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Awang Ngah hari ini menafikan dakwaan terdapat satu jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang dikatakan dirawat di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) di sini. Beliau berkata dakwaan yang dimuat naik dalam laman Facebook menggunakan akaun KUANTAN CITY adalah tidak benar dan mengesahkan tiada sebarang kes disyaki […]