Berita

SPRM Rakam Keterangan Bekas Menteri Disyaki Terima Rasuah RM5 Juta, Kereta Mewah
SPRM Rakam Keterangan Bekas Menteri Disyaki Terima Rasuah RM5 Juta, Kereta Mewah KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam keterangan seorang bekas menteri kerana disyaki menerima rasuah wang kira-kira RM5 juta dan kereta mewah jenis Lamborghini melibatkan projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara. Menurut sumber, bekas menteri […]

KTMB Umum Tamat Operasi Perkhidmatan Ekspres Selatan Bermula 1 Januari
KTMB Umum Tamat Operasi Perkhidmatan Ekspres Selatan Bermula 1 Januari KUALA LUMPUR — Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan bahawa operasi perkhidmatan tren Ekspres Selatan bagi laluan Gemas-JB Sentral-Gemas akan ditamatkan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026. Ia selepas sembilan tahun tren berkenaan beroperasi dan berkhidmat kepada penumpang di sektor Selatan. “Dahulunya, perkhidmatan ini dikenali […]

Amerika Kekal Rakan Dagang Utama Malaysia, Jumlah Dagangan 2024 Meningkat
Amerika Kekal Rakan Dagang Utama Malaysia, Jumlah Dagangan 2024 Meningkat PUTRAJAYA — Prestasi perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) meningkat 30 peratus kepada RM325.2 bilion pada tahun 2024. Kedua-dua rakan dagang itu mengekalkan hubungan perdagangan yang kukuh walaupun berdepan dengan ketidaktentuan dalam landskap perdagangan global. Berdasarkan laporan Malaysia Trade Statistics Review (MTSR) 2025, eksport dan […]

Amaran Luruan Monsun Bermula 1 Januari Ini – MetMalaysia
Amaran Luruan Monsun Bermula 1 Januari Ini – MetMalaysia Jabatan Meoteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran luruan monsun yang dijangka berlaku pada 1 Januari hingga 5 Januari 2026. Menurut kenyataan itu, fenomena ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Sarawak serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan. “Analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa […]

Abu Bakar Hamzah Umum Potong Gaji RM3,000, Exco RM1,500
Abu Bakar Hamzah Umum Potong Gaji RM3,000, Exco RM1,500 ARAU — Menteri Besar Perlis yang baharu, Abu Bakar Hamzah hari ini mengumumkan pemotongan gaji beliau sebanyak RM3,000 pada setiap bulan berkuat kuasa serta-merta. Sementara itu, pemotongan gaji sebanyak RM1,500 secara bulanan turut dilakukan kepada exco kerajaan negeri yang bakal dilantik selepas ini. Menurut Ahli Dewan […]

Ingatkan Dengkur Biasa, Eyra Hazali Dedah Anak Rupanya Alami Tonsil Bengkak
Ingatkan Dengkur Biasa, Eyra Hazali Dedah Anak Rupanya Alami Tonsil Bengkak Pelakon Eyra Hazali mendedahkan anak keduanya, Muhammad Endra Haqimie terpaksa pembedahan membuang tonsil selepas mengalami masalah pernafasan ketika tidur. Perkara itu dikongsikan oleh beliau menerusi satu hantaran di platform Threads. Menurut Eyra, dia pada awalnya menyangka anaknya tidur berdengkur merupakan perkara biasa sehinggalah menyedari […]

‘Badang Kinabalu’ Meninggal Dunia
‘Badang Kinabalu’ Meninggal Dunia Pernah tular gambar mengangkat tangki air biru seberat 50 kilogram suatu ketika dahulu, seorang porter Gunung Kinabalu, Abbie Intang, 68, juga digelar ‘Badang Kinabalu’ meninggal dunia pada awal pagi Sabtu. Perkhabaran duka itu disampaikan oleh anak Allahyarham Eppa Abbie di Facebook pada Sabtu. “Dengan penuh rasa dukacita dan hati yang amat […]

Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Pagi Ini
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Pagi Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga jam 10 pagi ini. Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kelantan, Terengganu dan Sarawak diramal hujan. “Di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. “Manakala di […]

Hujan Lebat Diramal Landa Tiga Negeri, Satu Wilayah Hingga 3 Pagi Ini
Hujan Lebat Diramal Landa Tiga Negeri, Satu Wilayah Hingga 3 Pagi Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga buah negeri dan satu Wilayah hingga jam 3 pagi ini. Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan. Hujan […]

Tak Mahu Derma Hati Untuk Selamatkan Nyawanya, Suami Bertindak Saman Isteri
Tak Mahu Derma Hati Untuk Selamatkan Nyawanya, Suami Bertindak Saman Isteri Seorang lelaki dari Korea Selatan dilapor menyaman isterinya atas dakwaan pengabaian berniat jahat serta memfailkan penceraian selepas wanita itu enggan menderma hati untuk menyelamatkan nyawanya, lapor portal South China Morning Post. Pasangan berusia awal 30-an itu telah berkahwin selama tiga tahun dan mempunyai dua […]

Kebakaran Menara Komunikasi Di Kuala Kangsar Jejas Liputan Perkhidmatan Telekomunikasi
Kebakaran Menara Komunikasi Di Kuala Kangsar Jejas Liputan Perkhidmatan Telekomunikasi IPOH, 28 Dis (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan liputan perkhidmatan telekomunikasi khususnya bagi pengguna CelcomDigi, Maxis dan Unifi Mobile telah terjejas susulan insiden kebakaran di sebuah menara komunikasi di Kampung Kelebor dekat Kuala Kangsar semalam. MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan […]

Lebih 7,000 Pelancong Malaysia Naik ‘Whoosh’ Sempena Musim Cuti
Lebih 7,000 Pelancong Malaysia Naik ‘Whoosh’ Sempena Musim Cuti Lebih 7,000 pelancong Malaysia direkodkan menggunakan perkhidmatan Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) Whoosh sepanjang tempoh cuti sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu 2025/2026, lapor CNBC Indonesia. Menurut kenyataan rasmi syarikat itu, Whoosh mencatatkan seramai 13,000 penumpang antarabangsa, dengan 53 peratus atau kira-kira 7,000 penumpang berasal dari […]

Beberapa Jalan Sekitar Bukit Bintang Ditutup Sementara Untuk Pelancaran ‘I Lite You’
Beberapa Jalan Sekitar Bukit Bintang Ditutup Sementara Untuk Pelancaran ‘I Lite You’ KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Beberapa jalan utama di sekitar Bukit Bintang akan ditutup sementara pada 1 dan 3 Jan depan bagi memberi laluan kepada Festival “I LITE U” yang merupakan acara pembuka tirai Tahun Melawat Malaysia (TMM2026). Ketua Jabatan Siasatan dan […]

ADUN Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu
ADUN Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu ARAU, 28 Dis (Bernama) — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu. Abu Bakar, 57, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perlis ke-12 di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah […]

Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 7 malam ini. Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Johor, Sarawak, Sabah diramal hujan. Manakala seluruh negeri Pulau Pinang turut diramal hujan. “Di Kedah, daerah yang […]

Detik-Detik Cemas Gempa Bumi Lemah Di Felda Sri Ledang, Dirakam CCTV
Detik-Detik Cemas Gempa Bumi Lemah Di Felda Sri Ledang, Dirakam CCTV Sekitar jam 8.55 pagi tadi, Malaysia dikejutkan dengan satu berita gempa bumi lemah 3.4 magnitud yang dilapor melanda Bukit Kepong, Pagoh, Johor. Dalam kejadian itu, seorang pengguna TikTok turut memuat naik @komuniti.felda.sr memaparkan rakaman litar tertutup CCTV, detik-detik gempa berkenaan berlaku. “Gegaran gempa bumi […]

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Dua Negeri
Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Dua Negeri Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku di beberapa kawasan di dua negeri hingga 29 Disember (esok). Menurut METMalaysia, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan melibatkan negeri Pahang dan Johor. “Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri […]

Kestabilan Dasar, Keberanian Reformasi Pemangkin Kejayaan Kerajaan MADANI – PM Anwar
Kestabilan Dasar, Keberanian Reformasi Pemangkin Kejayaan Kerajaan MADANI – PM Anwar PUTRAJAYA — Hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi dan kepercayaan rakyat antara pemangkin kepada kejayaan Kerajaan MADANI hari ini. Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi muat naik di laman Facebook rasmi miliknya hari ini. “Di dalam negara, ekonomi terus diperkukuh melalui […]

Gempa Bumi Lemah Landa Bukit Kepong, Pagoh Sebentar Tadi
Gempa Bumi Lemah Landa Bukit Kepong, Pagoh Sebentar Tadi Satu gempa bumi lemah 3.4 Magnitud telah berlaku di Bukit Kepong, Pagoh, Johor pada jam 8:55 pagi, 28 Disember 2025. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran berlaku di 2.4° Utara dan 102.7° Timur dengan jarak 16km dari BD Segamat, Johor. Pusat gegaran terletak pada kedalaman 10km. […]

Dua Maut Dalam Kemalangan Babitkan Lebih 50 Kenderaan Di Jepun
Dua Maut Dalam Kemalangan Babitkan Lebih 50 Kenderaan Di Jepun Jepun — Satu kemalangan ngeri telah berlaku di Lebuhraya Kan-Etsu di Wilayah Gunma yang melibatkan perlanggaran membabitkan lebih 50 kenderaan pada Jumaat. Memetik laporan The Japan Times, nahas yang bermula dengan sebuah trak itu menyaksikan dua orang maut dan 26 orang cedera. Polis menerima panggilan […]