Berita

KPM Ambil Tindakan Segera Terhadap Pegawai Terlibat Aktiviti Songsang
KPM Ambil Tindakan Segera Terhadap Pegawai Terlibat Aktiviti Songsang PUTRAJAYA, 1 Dis (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil tindakan segera terhadap pegawai terlibat dan ditahan dalam serbuan OPS Songsang di sebuah kelab kesihatan di ibu negara, Jumaat lepas. Menurut kenyataan KPM hari ini, langkah itu bagi memastikan semua pegawai terlibat tidak lagi berada di […]

MetMalaysia Keluar Nasihat Ribut Tropika
MetMalaysia Keluar Nasihat Ribut Tropika KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika (KOTO) yang dikesan pada 11 pagi ini pada latitud 14.7 utara dan longitud 111.6 timur kira-kira 396 kilometer (km) ke tenggara Da Nang, Vietnam. Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia memaklumkan ribut […]

Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh, Warga Indonesia Terharu & Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia
Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh, Warga Indonesia Terharu & Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Becana alam yang melanda Nusantara, termasuk Ribut Tropika Senyar baru-baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam ke atas rantau Asia Tenggara. Antara yang terkena dampak memusnahkan daripada badai ini adalah negara jiran tetangga, iaitu wilayah Acheh di Indonesia. Bencana berupa […]

Bahtera Kuno Pulau Melaka, Merungkai Tamadun Maritim Melayu
Bahtera Kuno Pulau Melaka, Merungkai Tamadun Maritim Melayu MELAKA, 1 Dis (Bernama) — Suasana di tapak ekskavasi kapal purba di Pulau Melaka yang hingar-bangar dengan bunyi jentera dan suara kru ekspedisi tiba-tiba sunyi di saat beberapa serpihan kayu bersaiz gergasi yang terbenam sejauh tiga meter di dalam selut paya bakau, dinaikkan ke permukaan. Kru yang […]

Harumkan Nama Malaysia, Aiman Ridhwan Juara “1st International Qira’at Competition 2025”
Harumkan Nama Malaysia, Aiman Ridhwan Juara “1st International Qira’at Competition 2025” Wakil Malaysia, Aiman Ridhwan bin Mohamad Ramlan, muncul juara 1st International Qira’at Competition 2025 yang berlangsung dari 24 hingga 27 November di Pusat Konvensyen Islamabad, Pakistan. Menerusi hantaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM di Facebook, pertandingan anjuran ‘Government of Pakistan Ministry of Religious […]

Bantuan Perubatan Berskala Besar Dari Malaysia Tiba Di Aceh
Bantuan Perubatan Berskala Besar Dari Malaysia Tiba Di Aceh Agensi Pengurusan Bencana Hidrometeorologi Aceh hari ini memaklumkan bahawa bantuan perubatan berskala besar dari Malaysia dilaporkan telah tiba di Aceh melalui Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Blangbintang, Aceh Besar. Menurut portal Antara News, bantuan berkenaan mendarat kira-kira jam 7 malam (waktu tempatan) pada Sabtu lalu. Difahamkan, […]

Polis Mohon Bantuan Kesan Nor Adlina
Polis Mohon Bantuan Kesan Nor Adlina KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Dalma, Semenyih, Selangor, Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata Nor Adlina Hassan, 16, kali terakhir dilihat di rumahnya kira-kira 8 […]

Jordan Bardella Dilempar Telur Ketika Pelancaran Buku
Jordan Bardella Dilempar Telur Ketika Pelancaran Buku Ketua Parti Perhimpunan Kebangsaan di Perancis, Jordan Bardella dilapor telah dilempar telur pada kepalanya semalam, hanya beberapa hari selepas satu lagi insiden yang menyaksikan seorang penunjuk perasaan membaling tepung ke arahnya. AFP melaporkan Bardella daripada parti berhaluan kanan itu berada di sebuah acara di Moissac, barat daya Perancis […]

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Hajiji, Komited Laksana Pembaharuan Untuk Sabah
PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Hajiji, Komited Laksana Pembaharuan Untuk Sabah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor atas mandat baharu pembentukan Kerajaan Negeri susulan keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN-17). Menerusi hantaran Anwar Ibrahim di Facebook, beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan MADANI menghormati […]

Syarikat Telekomunikasi Bakal Laksana Integrasi MyDigital ID Bermula 1 Disember
Syarikat Telekomunikasi Bakal Laksana Integrasi MyDigital ID Bermula 1 Disember Malaysia bakal melangkah ke fasa baharu keselamatan digital apabila semua syarikat telekomunikasi negara mula melaksanakan integrasi teknologi pengesahan identiti MyDigital ID dalam aplikasi mudah alih masing-masing bermula 1 Disember. Menerusi kenyataan MyDigital ID di Facebook, langkah ini dijangka meningkatkan perlindungan pengguna daripada panggilan scam, penyamaran […]

Kementerian Luar Sahkan Seorang Rakyat Malaysia Hilang Di Sumatera Barat
Kementerian Luar Sahkan Seorang Rakyat Malaysia Hilang Di Sumatera Barat PUTRAJAYA, 30 Nov (Bernama) — Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang rakyat Malaysia, Asrul Nizam Apridwson, 30, hilang dipercayai terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia pada 27 Nov lepas. Kementerian dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan […]

Anggota Polis Dihanyut Arus Deras Di Sepang Ditemukan Lemas
Anggota Polis Dihanyut Arus Deras Di Sepang Ditemukan Lemas SEPANG, 30 Nov (Bernama) — Anggota polis yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di kawasan Klinik Desa Giching di sini pada Jumaat lepas ditemukan lemas pagi ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mangsa ditemui […]

Banjir Surut, Penduduk Aceh Terkejut Temui Bangkai Gajah Ditimbun Kayu
Banjir Surut, Penduduk Aceh Terkejut Temui Bangkai Gajah Ditimbun Kayu Indonesia— Penduduk Desa Meunasah Lhok, Aceh dikejutkan dengan penemuan bangkai seekor gajah yang tertimbun di balik kayu dan lumpur selepas banjir mula surut. Menurut Kumparan, penemuan ini menggemparkan ramai kerana gajah jarang muncul di kawasan tersebut. Haiwan yang dilindungi itu dipercayai hanyut dari kawasan hutan […]

Malaysia Dinobatkan Juara Keseluruhan Olimpiad Robot Dunia Buat Kali Ke-13
Malaysia Dinobatkan Juara Keseluruhan Olimpiad Robot Dunia Buat Kali Ke-13 KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Malaysia meneruskan dominasi dalam Olimpiad Robot Dunia (WRO) apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada final antarabangsa edisi ke-22 kejohanan itu yang berlangsung di Singapura dari 26 hingga 28 Nov. Bersaing dengan lebih 1,571 murid daripada 91 negara, kontinjen Malaysia […]

PRN Sabah: Kesemua 882 Pusat Undi Ditutup 5.30 Petang
PRN Sabah: Kesemua 882 Pusat Undi Ditutup 5.30 Petang KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) — Kesemua 882 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah ditutup sepenuhnya pada 5.30 petang ini. Penutupan pusat-pusat pengundian melibatkan 3,599 saluran itu dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan jumlah pengundi berdaftar, selepas dibuka tepat 7.30 pagi tadi. […]

Isu Akaun Digantung: TNG eWallet Beri Penjelasan
Isu Akaun Digantung: TNG eWallet Beri Penjelasan Touch’n Go eWallet (TnG eWallet) dalam satu kenyataan memberi penjelasan berkenaan isu tular penggantungan akaun eWallet. “Kami mengambil maklum mengenai hantaran baru-baru ini berkenaan akaun TNG eWallet yang digantung. “Kami ingin memberi jaminan kepada semua pengguna bahawa penggantungan akaun hanya akan berlaku apabila sistem kami mengesan aktiviti yang […]

Amaran Hujan Berterusan Di Beberapa Negeri Ditamatkan – MetMalaysia
Amaran Hujan Berterusan Di Beberapa Negeri Ditamatkan – MetMalaysia Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan penamatan amaran hujan berterusan di beberapa negeri di Semenanjung dan dua Wilayah Persekutuan. “Berdasarkan analisis model-model cuaca, cuaca dijangka bertambah baik dan tiada potensi hujan berterusan di negeri Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Sembilan. […]

AirAsia Laksana Penyelenggaraan Pencegahan Bagi Pesawat A320 Mengikut Arahan Layak Terbang
AirAsia Laksana Penyelenggaraan Pencegahan Bagi Pesawat A320 Mengikut Arahan Layak Terbang KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — AirAsia Aviation Group Ltd telah mula menggunakan semula perisian versi sebelum ini yang diwajibkan ke atas pesawat Airbus A320 Family bermula hari ini, selaras dengan Arahan Layak Terbang (AD) segera yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pensijilan. Menurut syarikat […]

Shamsul Iskandar, Albert Tei Dibawa Ke Mahkamah Putrajaya Untuk Permohonan Reman
Shamsul Iskandar, Albert Tei Dibawa Ke Mahkamah Putrajaya Untuk Permohonan Reman PUTRAJAYA, 29 November (Bernama) — Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan seorang ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya pagi ini dengan menaiki kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi proses permohonan reman. […]

Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri, Terengganu Lebih 10,000 Orang
Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri, Terengganu Lebih 10,000 Orang KUALA LUMPUR, 29 November (Bernama) — Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak menunjukkan peningkatan pagi ini, manakala di Kedah, Kelantan dan Perlis merekodkan penurunan. Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir terus bertambah kepada 10,399 orang daripada 3,188 keluarga setakat […]