Berita

Bekas Pemain Harimau Malaya Gopinath Meninggal Dunia
Bekas Pemain Harimau Malaya Gopinath Meninggal Dunia Bekas pemain bola sepak kebangsaan T Gopinath Naidu dilaporkan meninggal dunia pada usia 50 tahun, semalam. Khabar duka itu dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran di laman Facebook. “FAM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang T Gopinath Naidu. Beliau merupakan bekas pemain kebangsaan era 90-an selain pernah […]

Wartawan Veteren Fauziah Rauf Meninggal Dunia
Wartawan Veteren Fauziah Rauf Meninggal Dunia Wartawan veteran yang juga antara pengarang wanita terawal, Fauziah Rauf, 81, meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira 1 pagi tadi. Anak bongsu Allahyarham, Firhat Yasir Omar Sudi ketika ditemui dikediamannya di Bandar Baru Selayang di sini berkata ibunya meninggal dunia akibat pendarahan di kepala. Beliau berkata jenazah Allahyarham akan […]

Tidak Rasmi: Sze Fei-Izzuddin Genggam Ranking Nombor Satu Dunia
Tidak Rasmi: Sze Fei-Izzuddin Genggam Ranking Nombor Satu Dunia Pasangan beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani, dijangka bakal mencipta sejarah apabila menduduki ranking nombor satu dunia dalam kemas kini terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dijangka diumumkan minggu hadapan. Perkembangan ini berlaku susulan kekalahan pasangan utama Denmark, Kim Astrup dan […]

Kerajaan Beri Jaminan Harga Petrol RON95 Tidak Dinaikkan
Kerajaan Beri Jaminan Harga Petrol RON95 Tidak Dinaikkan JOHOR BAHRU — Kerajaan memberi jaminan bahawa harga petrol RON95 untuk rakyat negara tidak akan dinaikkan. Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari terakhir Kongres PKR Johor 2025 hari ini. Jelasnya, Kerajaan kini sedang memikirkan kaedah penyasaran subsidi minyak. “Ada cadangan awal […]

Tiga Anggota Polis Thailand Terkorban Nahas Helikopter Terhempas
Tiga Anggota Polis Thailand Terkorban Nahas Helikopter Terhempas BANGKOK — Tiga anggota Polis Diraja Thailand terkorban manakala seorang lagi cedera selepas sebuah helikopter dinaiki terhempas lalu terbakar di daerah Muang, wilayah Prachuap Khiri Khan pada petang tadi. Menurut Bangkok Post, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1 petang di Kampung Nong Kok, mukim Ao Noi. Polis […]

Malaysia Peruntuk RM3 Bilion Untuk Projek Sungai Golok
Malaysia Peruntuk RM3 Bilion Untuk Projek Sungai Golok BANGKOK, 24 Mei (Bernama) — Malaysia memperuntukkan kira-kira RM3 bilion bagi Projek Penambahbaikan Muara Sungai Golok, satu inisiatif strategik rentas sempadan dengan Thailand yang bertujuan mengurangkan risiko banjir, melindungi komuniti setempat dan memperkukuh keselamatan negara. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan memulakan pelbagai langkah […]

Perancis Kesan Varian COVID-19 Terbaharu Buat Kali Pertama
Perancis Kesan Varian COVID-19 Terbaharu Buat Kali Pertama ISTANBUL, 24 Mei (Bernama) — Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu COVID-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat kes varian itu dikenal pasti oleh Pusat Rujukan Nasional di Lyon, menurut saluran penyiaran BFMTV pada Jumaat. “Beberapa negara telah melaporkan kehadiran varian ini. […]

PM Pertahan Keputusan Sambung Kontrak Azam Baki
PM Pertahan Keputusan Sambung Kontrak Azam Baki JOHOR BAHRU, 23 Mei (Bernama) — Keputusan kerajaan menyambung kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dibuat berdasarkan keyakinan terhadap keberanian beliau memerangi rasuah. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun langkah itu menerima kritikan pelbagai pihak termasuk pembangkang, beliau tetap berpegang […]

Sidang Kemuncak ASEAN: KTMB Tangguh Kerja Naik Taraf Laluan Kepong – Salak Selatan
Sidang Kemuncak ASEAN: KTMB Tangguh Kerja Naik Taraf Laluan Kepong – Salak Selatan KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) — Kerja-kerja menaik taraf sistem semboyan bagi laluan di antara Stesen Kepong dengan Stesen Salak Selatan selama tiga hari yang dijadualkan bermula esok ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam […]

Armizan Nafi Kerajaan MADANI Hapuskan Subsidi LPG
Armizan Nafi Kerajaan MADANI Hapuskan Subsidi LPG INANAM, 23 Mei (Bernama) — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali hari ini menafikan dakwaan kononnya Kerajaan MADANI menghapuskan subsidi gas petroleum cecair (LPG) bagi premis makanan menggunakan lebih 42 kilogram (kg) bahan itu. Beliau berkata premis yang mahu menggunakan lebih 42kg […]

TLDM Sahkan Trak Bawa Petugas LIMA Terbabas
TLDM Sahkan Trak Bawa Petugas LIMA Terbabas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan bahawa sebuah trak 3-tan milik TLDM yang membawa petugas Demonstrasi Segmen Maritim LIMA’25 telah terbabas setelah hilang kawalan ketika dalam perjalanan pulang dari Masjid Al Ehsan, Temonyong menuju ke Resorts World Langkawi selepas menunaikan solat Jumaat. “Tiada kemalangan […]

Semua Kelab Dibenar Miliki 15 Pemain Import – MFL
Semua Kelab Dibenar Miliki 15 Pemain Import – MFL Liga Malaysia bakal menyaksikan peningkatan besar dalam kehadiran pemain import apabila semua kelab kini dibenar mendaftarkan sehingga 15 pemain import bermula musim 2025-2026. Perkara tersebut diumumkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) pada 22 Mei. “BOD MFL telah bersetuju untuk meminda […]

Pasukan Penyelamat Indonesia Temukan 15 Mayat Mangsa Banjir Kilat Di Papua Barat
Pasukan Penyelamat Indonesia Temukan 15 Mayat Mangsa Banjir Kilat Di Papua Barat JAKARTA, 23 Mei (Bernama) — Pasukan penyelamat Indonesia menemukan 15 mayat selepas banjir kilat yang melanda sebuah tapak perlombongan emas terpencil di Pergunungan Arfak, Papua Barat, dengan empat lagi mangsa masih dilaporkan hilang, menurut pihak berkuasa pada Jumaat. Bencana itu melanda perkampungan Jim […]

Lagu ‘Negaraku’ Gagalkan Cubaan Pendatang Asing Tanpa Izin Menyamar
Lagu ‘Negaraku’ Gagalkan Cubaan Pendatang Asing Tanpa Izin Menyamar PETALING JAYA, 23 Mei (Bernama) — Cubaan seorang pendatang tanpa izin menyamar sebagai rakyat tempatan ketika operasi penguatkuasaan dijalankan di sebuah pangsapuri di Bandar Sunway di sini tidak berhasil, selepas dia gagal menyanyikan lagu Negaraku. Suspek lelaki berumur lingkungan 30-an itu, antara 597 pendatang tanpa izin ditahan […]

Pentabiran Trump Batalkan Hak Harvard Terima Pelajar Antarabangsa
Pentabiran Trump Batalkan Hak Harvard Terima Pelajar Antarabangsa WASHINGTON, 23 Mei (Bernama-Anadolu) — Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membatalkan keupayaan Universiti Harvard menerima pelajar antarabangsa, kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS Kristi Noem pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA). “Dengan ini saya memaklumkan bahawa berkuat kuasa serta-merta, pensijilan Program Pelajar dan Pertukaran Pengunjung […]

Johor Tetapkan 7 SOP Elak Insiden Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Van, Bas Sekolah
Johor Tetapkan 7 SOP Elak Insiden Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Van, Bas Sekolah ISKANDAR PUTERI, (Bernama) — Kerajaan Johor menetapkan tujuh garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan kanak-kanak ketika menggunakan perkhidmatan van atau bas sekolah. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin berkata SOP itu ditetapkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan perlu dipatuhi […]

Tiada Penduduk Gaza Terima Bantuan Kemanusiaan Minggu Ini
Tiada Penduduk Gaza Terima Bantuan Kemanusiaan Minggu Ini GENEVA, 22 Mei (Bernama-Anadolu) — Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mendakwa bahawa tiada seorang pun penduduk awam di Gaza menerima bantuan kemanusiaan yang dihantar ke wilayah itu minggu ini, sambil memberi amaran bahawa penghantaran yang sangat terhad boleh mencetuskan kekacauan dan keganasan. “Saya boleh buktikan bahawa […]

Dua Mangsa Gempa Sabah Kembali Jejak Gunung Kinabalu Selepas Sedekad
Dua Mangsa Gempa Sabah Kembali Jejak Gunung Kinabalu Selepas Sedekad KOTA KINABALU – Dua bekas pelajar Sekolah Rendah Tanjong Katong, Singapura yang terselamat dalam tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu pada tahun 2015 kembali menjejakkan kaki ke puncak gunung itu untuk menamatkan pendakian yang terhenti akibat bencana tersebut. Emyr Uzayr dan Prajesh Dhimant Patel, kedua-duanya […]

Pesawat Terhempas Di San Diego, Ranapkan Rumah & Ragut Beberapa Nyawa
Pesawat Terhempas Di San Diego, Ranapkan Rumah & Ragut Beberapa Nyawa Beberapa orang dikhuatiri maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan perumahan di bandar San Diego, selatan California pada Khamis, lapor AFP. Penolong Ketua Jabatan Bomba, Dan Eddy berkata terdapat lebih daripada seorang yang terkorban namun mereka sedang menunggu untuk mengetahui bilangan penumpang di […]

Penemuan Sarang Helang Perut Merah Di Hutan Terengganu – Penyelidik UniSZA
Penemuan Sarang Helang Perut Merah Di Hutan Terengganu – Penyelidik UniSZA KUALA NERUS, 22 Mei (Bernama) – Seorang felo penyelidik di Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Anuar McAfee mencipta sejarah apabila menemukan sarang burung helang perut merah atau Lophotoriorchis kienerii di hutan Terengganu, Februari lepas. Lebih menarik, penemuan […]