Utama

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Dua Remaja Diarah Bayar Saman RM1.2 Juta Selepas Kencing Dalam Periuk “Steamboat”
Dua remaja lelaki warga China telah diarahkan membayar pampasan sebanyak 2.2 juta yuan (kira-kira RM1.2 juta) selepas merakam aksi mereka membuang air kecil ke dalam hidangan steamboat di sebuah restoran terkemuka pada 24 Februari lalu.
Menurut South China Morning Post, video yang memaparkan kedua-dua remaja dipercayai sedang mabuk itu turut tular di media sosial, sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai.
Rakaman video memaparkan remaja berusia 17 tahun itu memanjat meja di bilik makan peribadi sebelum membuang air kecil di dalam sup yang menjadi hidangan utama ‘hot pot’ atau ‘steamboat’.
Bagaimanapun, kedua-dua individu yang terlibat telah ditahan susulan insiden tersebut.
Walaupun tiada pelanggan yang sempat menikmati hidangan tersebut, pihak restoran tetap memberi pampasan kepada lebih 4,000 pengunjung.
Bagi meyakinkan pelanggan serta memulihkan reputasi, restoran tersebut juga mengeluarkan permohonan maaf di media sosial, sekaligus memberi jaminan bahawa semua peralatan makan di restoran itu telah diganti baharu.
Difahamkan, pihak restoran telah memfailkan saman sivil terhadap kedua-dua remaja serta ibu bapa mereka, dengan menuntut untuk bertanggungjawab secara sah pada 14 Mac lalu.
Dalam masa sama, pihak restoran turut menuntut ganti rugi berjumlah lebih 23 juta yuan (kira-kira RM13,579,634) bagi kerosakan harta, kerugian operasi serta kerosakan reputasi.
Mahkamah Rakyat Daerah Huangpu, Shanghai memutuskan bahawa kedua-dua individu itu dan ibu bapa masing-masing diarah membayar pampasan berjumlah 2.2 juta yuan kepada pihak restoran secara bersama pada 12 September lepas.
Menurut SCMP, keputusan itu merangkumi 130,000 yuan bagi kerosakan peralatan dan kos pembersihan, 2 juta yuan untuk kerugian operasi serta reputasi, dan tambahan 70,000 yuan bagi kos guaman.
Sumber: South China Morning Post