Berita

Dua Kes Kematian Akibat COVID-19 Direkodkan Setakat Ini – Lukanisman
Dua Kes Kematian Akibat COVID-19 Direkodkan Setakat Ini – Lukanisman KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Malaysia merekodkan dua kes kematian akibat COVID-19 setakat Minggu Epidemiologi ke-33 (ME-33) tahun ini, berbanding 58 kes kematian dilaporkan sepanjang tahun lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni. Beliau berkata hingga 16 Ogos lepas, sebanyak 41,814 kes […]

Fadhlina Sedia Teliti Pandangan Semua Pihak Tangani Isu Buli
Fadhlina Sedia Teliti Pandangan Semua Pihak Tangani Isu Buli KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada semua pihak bagi memperkukuh aspek keselamatan serta menangani gejala buli di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM). Fadhlina berkata beliau bersedia meneliti semua cadangan, termasuk sokongan psikososial, latihan kepada guru […]

Budak 11 Tahun Berjaya Selamatkan Wanita Tercekik Biji Boba
Budak 11 Tahun Berjaya Selamatkan Wanita Tercekik Biji Boba Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun berjaya menyelamatkan nyawa seorang wanita yang dipercayai tercekik akibat bebola tapioka dengan menggunakan teknik Heimlich, lapor portal Global Times. Insiden itu berlaku di sebuah restoran hotpot baharu di Daerah Huanggu, Shenyang, China pada 8 Ogos lalu. Difahamkan, pada awalnya wanita […]

Malaysia Tidak Rancang Anjur Semula Formula 1 – Hannah
Malaysia Tidak Rancang Anjur Semula Formula 1 – Hannah KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Malaysia tidak merancang untuk menganjurkan semula kejohanan Formula 1 (F1) memandangkan kos yuran hak penganjuran dan penyediaan fasiliti yang tinggi serta kalendar perlumbaan yang padat. Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata beberapa faktor perlu diteliti dengan lebih terperinci sekiranya […]

OPS Sohor: Kegiatan Seludup Berkemungkinan Didalangi Segelintir Penguat Kuasa
OPS Sohor: Kegiatan Seludup Berkemungkinan Didalangi Segelintir Penguat Kuasa PUTRAJAYA, 21 Ogos (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai mengambil keterangan 10 individu dan 14 syarikat yang dipercayai terlibat sindiket penyeludupan tembakau, rokok serta cerut. Sindiket itu menyebabkan kerugian kepada hasil negara dianggarkan lebih RM250 juta bagi tempoh 2020 hingga 2024. Menurut sumber […]

Thailand Rancang Tawar Penerbangan Domestik Percuma Kepada Pelancong Asing
Thailand Rancang Tawar Penerbangan Domestik Percuma Kepada Pelancong Asing BANGKOK — Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand merancang untuk menawarkan tiket penerbangan domestik percuma kepada 200,000 pelancong asing, lapor Bangkok Post. Menurut kementerian itu, inisiatif ini bagi meningkatkan sektor pelancongan di seluruh negara dalam tempoh tiga bulan. Tambah kementerian itu, menjangka pemberian percuma ini mampu menjana […]

YTL Green Data Centre Letak Malaysia Di Peta Global AI – Tengku Zafrul
YTL Green Data Centre Letak Malaysia Di Peta Global AI – Tengku Zafrul KUALA LUMPUR, (Bernama) — YTL Green Data Centre di Kulai, Johor kini meletakkan Malaysia di peta global sebagai hab kecerdasan buatan (AI) dan Pusat Kecemerlangan AI di rantau ASEAN. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pusat […]

Warden Bekas Tentera Mula Bertugas Di MRSM
Warden Bekas Tentera Mula Bertugas Di MRSM Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini memaklumkan bahawa warden-warden bekas tentera sudah memulakan tugas mereka di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut, Terengganu. Perkara itu dikongsikan oleh beliau dalam satu muat naik […]

Kereta Disita, Denda RM400 Jika Ekori Kenderaan Terlalu Rapat
Kereta Disita, Denda RM400 Jika Ekori Kenderaan Terlalu Rapat Pemandu di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal berdepan saman sebanyak Dh400 (kira-kira RM462) jika didapati mengekori kenderaan di hadapan pada jarak terlalu rapat, lapor portal Gulf News. Menurut Polis Dubai dalam satu kenyataan, pemandu terbabit turut berdepan tindakan lain seperti dikenakan empat mata hitam serta […]

Penerbit Rancangan RTM, Azizi Harun Meninggal Dunia
Penerbit Rancangan RTM, Azizi Harun Meninggal Dunia Penerbit Rancangan Unit Antarabangsa, Bahagian Berita Ehwal Semasa Radio Televisyen Malaysia (RTM), Azizi Harun, meninggal dunia pada pukul 7.57 malam pada Rabu, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Allahyarham yang berusia 55 tahun dikejarkan ke hospital berkenaan selepas rebah ketika menyertai perlawanan bola tampar di Kompleks Sukan, Angkasapuri […]

Polis Rampas Syabu Bernilai RM13.6 Juta, Bongkar Stor Penyimpanan Dadah
Polis Rampas Syabu Bernilai RM13.6 Juta, Bongkar Stor Penyimpanan Dadah SHAH ALAM, 20 Ogos (Bernama) — Polis menahan lima lelaki dan merampas syabu seberat 425.25 kilogram (kg) bernilai RM13.6 juta dalam empat serbuan di sekitar Puchong dan Kuala Lumpur, Isnin lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua yang ditahan merupakan warga […]

Kenaikan Tarif Air Di Kedah Tidak Bebankan Pengguna – MB Kedah
Kenaikan Tarif Air Di Kedah Tidak Bebankan Pengguna – MB Kedah ALOR SETAR, 20 Ogos (Bernama) — Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kenaikan kadar tarif air yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos lepas tidak akan membebankan rakyat Kedah. Beliau berkata kenaikan kadar tarif kepada 81 sen (0 meter padu dan hingga […]

42 Bungkusan Disyaki Dadah Ditemui Dalam Bot Hanyut – Maritim Malaysia
42 Bungkusan Disyaki Dadah Ditemui Dalam Bot Hanyut – Maritim Malaysia Sebanyak 42 bungkusan disyaki dadah telah ditemukan di dalam sebuah bot tanpa nombor pendaftaran yang hanyut berhampiran kawasan perairan Stesen PAPA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Isnin. Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ […]

Kes Zara Qairina Yang Pertama Didakwa Di Bawah Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025
Kes Zara Qairina Yang Pertama Didakwa Di Bawah Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Kes membabitkan pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir merupakan yang pertama didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 yang memperuntukan kesalahan bagi perbuatan membuli. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata […]

Kemas Kini Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir
Kemas Kini Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir KOTA KINABALU, 20 Ogos (Bernama) — Lima remaja perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap seorang pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, bulan lepas. Kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, pada prosiding yang dijalankan […]

Akta Baharu Pendidikan Awal Kanak-Kanak Akan Digubal – Fadhlina
Akta Baharu Pendidikan Awal Kanak-Kanak Akan Digubal – Fadhlina KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Satu akta baharu berkaitan pendidikan awal kanak-kanak akan digubal bagi memastikan kawal selia dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Beliau berkata ia merupakan antara strategi agenda reformasi pendidikan digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) iaitu […]

Akta Kanak-Kanak Lindungi Semua Mangsa, Tertuduh, Saksi
Akta Kanak-Kanak Lindungi Semua Mangsa, Tertuduh, Saksi KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Akta Kanak-Kanak 2001 tidak hanya melindungi mangsa, sebaliknya ia merangkumi semua kanak-kanak, sama ada mangsa, saksi, atau tertuduh. Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, prosiding di Mahkamah Kanak-Kanak juga dijalankan secara tertutup bagi melindungi hak dan maruah kanak-kanak berumur 18 tahun […]

Harga Diesel Di Semenanjung Turun 5 Sen Seliter
Harga Diesel Di Semenanjung Turun 5 Sen Seliter Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia, Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen seliter. Justeru, harga diesel ditetapkan pada RM2.85 seliter dan berkuat kuasa mulai 21 Ogos 2025 hingga 27 Ogos 2025. “Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras […]

MyDigital ID: MyJPJ & MyBayar PDRM Bakal Guna Kaedah Single Login
MyDigital ID: MyJPJ & MyBayar PDRM Bakal Guna Kaedah Single Login PUTRAJAYA — Dua platform utama kerajaan MyJPJ dan MyBayar PDRM akan menggunakan kaedah log masuk tunggal (Single Login) yang akan mula dikuatkuasakan sepenuhnya dalam masa terdekat menerusi MyDigital. Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim pada hari ini. […]

Raptai Hari Kebangsaan: 14 Jalan Di Sekitar Putrajaya Ditutup Mulai 26 Ogos
Raptai Hari Kebangsaan: 14 Jalan Di Sekitar Putrajaya Ditutup Mulai 26 Ogos PUTRAJAYA — Sebanyak 14 jalan utama sekitar Putrajaya bakal ditutup selama enam jam setiap hari bermula 26 Ogos ini, bagi memberi laluan kepada sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaaan yang diadakan di Putrajaya. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Marsus, penutupan jalan […]