Berita

Pelajar UM Cipta KelantanLingo, Aplikasi Belajar Dialek Kelantan
Pelajar UM Cipta KelantanLingo, Aplikasi Belajar Dialek Kelantan Sekumpulan pelajar Program Linguistik Melayu, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya telah membangunkan sebuah aplikasi pembelajaran dialek tempatan yang dinamakan KelantanLingo. Menerusi perkongsian laman Facebook rasmi Universiti Malaya (UM), projek inovatif ini dipersembahkan sempena Festival Idea Prasiswazah Universiti Malaya, iaitu acara tahunan yang menghimpunkan pelajar tahun akhir […]

Polis Filipina Diberi Amaran, Turun Berat Badan Atau Dipecat
Polis Filipina Diberi Amaran, Turun Berat Badan Atau Dipecat Anggota polis di Filipina yang mempunyai berat badan berlebihan diberi tempoh satu tahun untuk menurunkan berat badan atau berisiko kehilangan pekerjaan. Amaran tegas ini dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara Filipina (PNP) yang baharu, Jeneral Nicolas D. Torre III. Difahamkan, arahan tersebut adalah sebahagian daripada usaha beliau […]

Siasatan Kes Ismail Sabri Selesai – SPRM
Siasatan Kes Ismail Sabri Selesai – SPRM PUTRAJAYA, 25 Jun (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah selesai, dan permohonan pelucuthakan aset berjumlah RM170 juta dijangka difailkan dalam tempoh dua minggu. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata kertas siasatan telah diserahkan […]

MOT & JPJ Dedah Senarai Syarikat Pengendali Lori, Bas Ekspres Dengan Saman Tertunggak Tertinggi
MOT & JPJ Dedah Senarai Syarikat Pengendali Lori, Bas Ekspres Dengan Saman Tertunggak Tertinggi PUTRAJAYA — Pengangkutan Malaysia (MOT) menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengumumkan senarai syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres yang mencatat jumlah saman tertunggak tertinggi di negara ini. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam satu sidang […]

Bayi 18 Bulan Koma Dipercayai Dihentak Kuat Ke Lantai
Bayi 18 Bulan Koma Dipercayai Dihentak Kuat Ke Lantai Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan kini bertarung nyawa dalam keadaan koma selepas dipercayai dihentak ke lantai oleh seorang pelancong di ruang ketibaan Lapangan Terbang Sheremetyevo, Moscow. Kejadian tragis itu dirakam menerusi rakaman kamera keselamatan, memaparkan suspek, 31, dari Belarus, tiba-tiba mengangkat bayi berkenaan dan menghumbannya […]

Detik Cemas Pemandu Lori ‘Tergantung’ di Jambatan China Selepas Runtuh
Detik Cemas Pemandu Lori ‘Tergantung’ Di Jambatan China Selepas Runtuh Sebuah lori tergantung di tepi jambatan yang runtuh selepas hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di Guizhou, barat daya China, pada Selasa. Tular rakaman di media sosial memaparkan detik seorang saksi cuba membantu pemandu yang terperangkap di dalam kabin lori tersebut. Video dron yang dikeluarkan oleh […]

Mahkamah Perintah Tanah Daripada Tun M, Tiga Lagi Dipindah Milik Kepada UMNO
Mahkamah Perintah Tanah Daripada Tun M, Tiga Lagi Dipindah Milik Kepada UMNO KUALA LUMPUR, (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa memerintahkan agar sebidang tanah berkeluasan 9,723 meter persegi di ibu kota dipindah milik kepada UMNO. Hakim Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili UMNO, memaklumkan bahawa […]

Syed Saddiq Tarik Nafas Lega, Sujud Syukur Bebas Pertuduhan
Syed Saddiq Tarik Nafas Lega, Sujud Syukur Bebas Pertuduhan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya menarik nafas lega selepas Mahkamah Rayuan pada hari ini membebaskannya daripada empat pertuduhan melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Kemenangan itu menamatkan penantian selama lima tahun selepas melalui proses perundangan yang panjang. Sejurus keputusan diumumkan, Syed […]

Syed Saddiq Lepas, Bebas Daripada 4 Pertuduhan
Syed Saddiq Lepas, Bebas Daripada 4 Pertuduhan Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan melepaskan dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, serta denda RM10 juta yang dijatuhkan ke atasnya sebelum ini berkaitan empat pertuduhan melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Keputusan itu dibuat sebulat […]

Pelancong Brazil Terjatuh Di Gunung Rinjani Disahkan Maut
Pelancong Brazil Terjatuh Di Gunung Rinjani Disahkan Maut MATARAM — Seorang pelancong warga Brazil, 27, yang dilaporkan terjatuh ke dalam jurang sedalam 600 meter di Gunung Rinjani, Lombok pada Sabtu lalu disahkan meninggal dunia. Menurut Ketua Pejabat SAR Mataram, Muhamad Hariyadi, mangsa ditemui oleh anggota pasukan penyelamat pada Selasa, sekitar jam 6 petang waktu tempatan […]

Pembangunan Kota MADANI Bernilai RM4 Bilion Bermula Suku Ketiga Tahun Ini
Pembangunan Kota MADANI Bernilai RM4 Bilion Bermula Suku Ketiga Tahun Ini PUTRAJAYA, (Bernama) — Pembangunan Kota MADANI di Presint 19 di sini yang menempatkan kuarters kerajaan akan dilaksanakan secara berfasa dijangka bermula suku ketiga tahun ini dengan kos pembangunan dianggarkan berjumlah RM4 bilion. Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Fadlun Mak Ujud berkata projek berkenaan adalah […]

Risikan AS Dakwa Serangan Tidak Musnahkan Program Nuklear Iran
Risikan AS Dakwa Serangan Tidak Musnahkan Program Nuklear Iran Media Amerika Syarikat (AS) pada Selasa melaporkan bahawa menurut individu yang mengetahui penemuan Agensi Risikan Pertahanan (DIA), serangan udara hujung minggu lalu tidak berjaya memusnahkan keseluruhan sistem sentrifug Iran atau stok uranium yang telah diperkaya. Menurut laporan itu lagi, serangan hanya menutup pintu masuk ke beberapa […]

Iran Sedia Berunding Dengan AS Berdasarkan Kerangka Antarabangsa – Pezeshkian
Iran Sedia Berunding Dengan AS Berdasarkan Kerangka Antarabangsa – Pezeshkian ISTANBUL, 25 Jun (Bernama) — Presiden Iran Masoud Pezeshkian menyatakan kesediaan negaranya untuk menyelesaikan perselisihan dengan Amerika Syarikat (AS) berdasarkan kerangka yang adil dan berlandaskan undang-undang antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi (AA). Menurut siaran televisyen negara Iran, pendirian itu dinyatakan Pezeshkian semasa perbualan telefon berasingan pada […]

Presiden Iran Umum “Perang 12 Hari” Tamat
Presiden Iran Umum “Perang 12 Hari” Tamat Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, mengumumkan tamatnya “perang 12 hari” yang telah dicetuskan oleh Israel, dalam satu perutusan kepada rakyat yang disiarkan oleh agensi berita rasmi IRNA pada hari Selasa. “Hari ini, selepas penentangan heroik negara besar kita, yang keazamannya mencipta sejarah, kita menyaksikan pelaksanaan gencatan senjata dan berakhirnya […]

Netanyahu Dakwa Israel Capai Kemenangan Bersejarah
Netanyahu Dakwa Israel Capai Kemenangan Bersejarah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengisytiharkan “kemenangan bersejarah” pada Selasa selepas mencapai persetujuan gencatan senjata dengan Iran, sambil menegaskan bahawa musuh utama negaranya itu tidak akan sesekali dibenarkan memiliki senjata nuklear. Ucapan Netanyahu itu disampaikan kepada rakyatnya, selepas Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menyatakan kesediaan negara itu untuk kembali ke […]

Lelaki Maut Nahas Babit Tiga Kenderaan Di Port Dickson
Lelaki Maut Nahas Babit Tiga Kenderaan Di Port Dickson SEREMBAN, 24 Jun (Bernama) — Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler membawa muatan tong gas petroleum cecair (LPG) di Kilometer 13 Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson hari ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata kejadian berlaku 3.30 petang tadi […]

Tengku Norhanis Catat PNGK 4.00, Cipta Sejarah Calon CBK Terbaik Kelantan
Tengku Norhanis Catat PNGK 4.00, Cipta Sejarah Calon CBK Terbaik Kelantan KOTA BHARU, 24 Jun (Bernama) – Ketika rakan seusianya belajar dengan penglihatan sempurna, Tengku Norhanis Tengku Othman hanya ada satu mata untuk melihat dunia, namun semangatnya mengatasi batas fizikal apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024. Lebih membanggakan, Tengku Norhanis […]

Porsche Selebriti Antara 101 Kenderaan Mewah Disita JPJ Dalam Ops Luxury
Porsche Selebriti Antara 101 Kenderaan Mewah Disita JPJ Dalam Ops Luxury KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Sebanyak 101 kenderaan mewah termasuk sebuah Porsche yang dikaitkan dengan seorang selebriti tanah air disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang pelaksanaan Ops Luxury di seluruh negara bermula 1 Jun lepas hingga hari ini. Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy […]

Surabaya Laksana Had Waktu Keluar Malam Bagi Remaja Bawah 18 Tahun
Surabaya Laksana Had Waktu Keluar Malam Bagi Remaja Bawah 18 Tahun Indonesia, 24 Jun – Surabaya secara rasmi mula melaksanakan peraturan baharu melibatkan waktu keluar malam kepada kanak-kanak dan remaja bawah umur 18 tahun, berkuat kuasa serta-merta melalui satu surat edaran yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar, Eri Cahyadi. Menurut laporan Kumparan News, peraturan ini termaktub […]

Konflik Iran-Israel: Malaysia Hargai Peranan Qatar Dalam Usaha Gencatan Senjata
Konflik Iran-Israel: Malaysia Hargai Peranan Qatar Dalam Usaha Gencatan Senjata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani. Perbualan itu berlangsung petang tadi dan menyentuh mengenai perkembangan terkini konflik bersenjata yang melibatkan Iran, Israel serta Amerika Syarikat. Menurut Perdana […]