Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Pelajar UM Cipta KelantanLingo, Aplikasi Belajar Dialek Kelantan
Sekumpulan pelajar Program Linguistik Melayu, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya telah membangunkan sebuah aplikasi pembelajaran dialek tempatan yang dinamakan KelantanLingo.
Menerusi perkongsian laman Facebook rasmi Universiti Malaya (UM), projek inovatif ini dipersembahkan sempena Festival Idea Prasiswazah Universiti Malaya, iaitu acara tahunan yang menghimpunkan pelajar tahun akhir untuk mempersembahkan hasil Projek Tahun Akhir masing-masing.
Aplikasi KelantanLingo dibangunkan oleh empat pelajar iaitu Farah Fazlina, Nur Hazirah, Umi Aisyah Amalin dan Nur Liyana.
Mereka membangunkan aplikasi ini sebagai usaha untuk membantu pelajar serta orang awam memahami dan menguasai dialek Kelantan dengan lebih mudah dan sistematik.
Menurut mereka, objektif utama aplikasi ini adalah untuk menyediakan platform pembelajaran digital yang mesra pengguna dan interaktif.
Kajian ini menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR) yang melibatkan tiga fasa utama iaitu analisis keperluan pengguna, reka bentuk aplikasi dan penilaian penggunaan.
Data dikumpulkan melalui soal selidik dalam talian melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi serta penduduk tempatan di negeri Kelantan.
Menerusi poster pembentangan pelajar berkenaan, aplikasi ini didapati membenarkan pengguna mendaftar masuk dan mengakses kandungan pembelajaran yang terdiri daripada kata dan frasa asas dalam dialek Kelantan.
Reka bentuk antaramuka aplikasi turut diuji dan dinilai berdasarkan tahap kefahaman serta kepuasan pengguna.
Hasil kajian menunjukkan 74 peratus responden bersetuju bahawa aplikasi ini mudah digunakan. Sebanyak 75 peratus pula menyatakan mereka berpuas hati dengan susun atur dan reka bentuk antaramuka aplikasi.
Secara keseluruhan, pengguna memberikan maklum balas positif terhadap keberkesanan aplikasi tersebut sebagai alat bantu pembelajaran dialek tempatan.
Biarpun aplikasi ini baru di peringkat projek tahun akhir, KelantanLingo diharap menjadi platform efektif dalam mempelajari dialek Kelantan secara interaktif. Inisiatif ini juga berperanan mendekatkan generasi muda kepada warisan bahasa tempatan serta menyokong pemuliharaan dialek dalam era teknologi digital.
Sumber: UG IFEST 2025
BACA: Hadif Tamat Syahadah Ula, Pengiktirafan Tertinggi Hafazan Al-Quran
BACA: Surabaya Laksana Had Waktu Keluar Malam Bagi Remaja Bawah 18 Tahun