Berita

35 Maut, 43 Cedera Selepas Dirempuh Kereta Di Pusat Sukan
35 Maut, 43 Cedera Selepas Dirempuh Kereta Di Pusat Sukan Sekurang-kurangnya 35 maut dan 43 orang awam cedera selepas dirempuh oleh sebuah kereta di pusat sukan di bandar Zhuhai, selatan China pada Selasa, lapor AFP. Menurut kenyataan polis tempatan, kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 62 tahun disyaki dengan sengaja merempuh […]

Wanita Nekad Pasang “Sel Penjara” Di Rumah Demi Lindungi Diri, Jiran-Jiran
Wanita Nekad Pasang “Sel Penjara” Di Rumah Demi Lindungi Diri, Jiran-Jiran Seorang wanita warga emas di Thailand nekad untuk melindungi diri dan jiran-jirannya dengan memasang sel penjara di rumah. Menurut Oddity Central, wanita berusia 64 tahun itu bertindak sedemikian bagi mengurung anaknya yang berusia 42 tahun. Difahamkan, anak lelakinya itu boleh ‘bertindak ganas’ dan menjadi […]

Lelaki Ditahan Susulan Penemuan Mayat Wanita Dalam Peti Sejuk
Lelaki Ditahan Susulan Penemuan Mayat Wanita Dalam Peti Sejuk KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Seorang lelaki ditahan susulan penemuan mayat seorang wanita dalam peti sejuk di sebuah rumah di Taman OUG dekat sini pagi tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan pada 8.48 pagi […]

Betulkan Bahu Terkehel Kurang Dari 10 Saat, Aksi Petinju Thailand Ini Raih Perhatian Ramai
Betulkan Bahu Terkehel Kurang Dari 10 Saat, Aksi Petinju Thailand Ini Raih Perhatian Ramai Petinju Muaythai dari Thailand, Wutichok Srichai, menarik perhatian ramai setelah satu klip video berdurasi 17 saat yang memaparkan aksinya dalam pertandingan Thai Fight menjadi tular. Dalam klip itu, Srichai, yang lebih dikenali sebagai Pakthongchai, ‘memukau’ penonton apabila dia dengan pantas membetulkan […]

Kementerian Pertahanan Ambil Langkah Proaktif Cegah Kes Buli Di UPNM
Kementerian Pertahanan Ambil Langkah Proaktif Cegah Kes Buli Di UPNM KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Kementerian Pertahanan melaksanakan beberapa langkah proaktif untuk mencegah berlakunya kes buli di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dengan mengasingkan pelajar di akademi berkenaan. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pengasingan membabitkan tempat tinggal dengan […]

MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri Petang Ini
MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri Petang Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda tujuh negeri sehingga jam 6 petang. Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam. “Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut […]

Kejadian Lubang Benam, Laluan Kecemasan KM18.6 Lebuhraya NKVE Ditutup Sementara
Kejadian Lubang Benam, Laluan Kecemasan KM18.6 Lebuhraya NKVE Ditutup Sementara Sebahagian laluan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) telah ditutup sementara akibat lubang benam atau ‘sinkhole’, hari ini. Menurut hantaran PLUS Malaysia di Facebook, insiden berkenaan berlaku di Kilometer (KM) 18.6 arah Selatan, antara laluan Kota Damansara ke Damansara. Sehubungan itu, lorong kecemasan dan separuh […]

Pegawai Kadet Didakwa Cederakan Junior Guna Seterika Berdepan Hukuman Diberhentikan Pengajian
Pegawai Kadet Didakwa Cederakan Junior Guna Seterika Berdepan Hukuman Diberhentikan Pengajian KUALA LUMPUR, 12 November (Bernama) — Pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa di mahkamah kerana mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas bakal berdepan hukuman termasuk diberhentikan pengajian dan membayar balik semua wang tajaan. Menteri Pertahanan Datuk Seri […]

Banjir Kilat Landa Beberapa Laluan Utama Lembah Klang, Sebabkan Kesesakan
Banjir Kilat Landa Beberapa Laluan Utama Lembah Klang, Sebabkan Kesesakan Banjir kilat dan kemalangan yang berlaku di beberapa laluan utama di Selangor menuju ke Pusat Bandar menyebabkan kesesakan jalan pada pagi ini, lapor Sinar Harian. Gangguan aliran trafik berlaku apabila jalan dinaiki air akibat hujan lebat berterusan selama beberapa jam. Dua laluan utama di Selangor […]

PM Anwar Dijadual Terima Pingat El Sol Del Peru Dalam Lawatan Sulung Ke Amerika Latin – Duta
PM Anwar Dijadual Terima Pingat El Sol Del Peru Dalam Lawatan Sulung Ke Amerika Latin – Duta LIMA (Peru), 12 November (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dianugerahkan pingat tertinggi Peru, “El Sol del Peru” sebagai satu penghormatan tertinggi kepada ketua kerajaan semasa lawatan sulung beliau ke negara Amerika Latin sejak menggalas […]

Lelaki Diserang Sawan Sebelum Ditemukan Lemas Di Bilik Air
Lelaki Diserang Sawan Sebelum Ditemukan Lemas Di Bilik Air KOTA BHARU, 12 Nov (Bernama) — Seorang lelaki berusia 34 tahun lemas selepas mengalami sawan dan kepalanya tersembam ke dalam tong berisi air di bilik air kediamannya di Taman Arus Permai, Jalan Padang Rokma, Tumpat, pada Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie, […]

Dilanggar Kereta Ketika Lintas Jalan, Warga Emas Dilaporkan Maut
Dilanggar Kereta Ketika Lintas Jalan, Warga Emas Dilaporkan Maut Shah Alam — Seorang lelaki warga emas berusia 92 tahun dilaporkan maut selepas dilanggar kereta sewaktu melintas jalan, pada Isnin. Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di Kilometer 60.5 Jalan Klang-Teluk Intan di sini. Difahamkan, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke sebuah kedai makan berdekatan sewaktu kejadian […]

Pesawat Terkena Tembakan Ketika Cuba Mendarat Di Haiti
Pesawat Terkena Tembakan Ketika Cuba Mendarat Di Haiti Sebuah pesawat Spirit Airlines dilaporkan terkena tembakan ketika cuba mendarat di Port-au-Prince, Haiti, pada Isnin, lapor AFP. Menurut syarikat penerbangan Amerika Syarikat menerusi satu kenyataan, seorang kru mengalami kecederaan ringan akibat kejadian terbabit. Dalam pada itu, penerbangan 951 dari Fort Lauderdale, Florida ke Port-au-Prince tersebut telah dilencongkan […]

Stor Farmasi Hospital Papar Terbakar
Stor Farmasi Hospital Papar Terbakar KOTA KINABALU (Bernama) — Sebuah bangunan menempatkan stor farmasi Hospital Papar hangus terbakar, manakala bilik makmal kajian hanya terkena bahangan api dalam kejadian kira-kira 7 malam tadi. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berhubung kejadian itu. “Lokasi […]

Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri Dan 2 Wilayah Pagi Ini
Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri dan 2 Wilayah Pagi Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan tujuh negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 10 pagi. Menerusi muat naik di laman Facebook, seluruh negeri Pulau Pinang, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya diramalkan alami hujan […]

Rangka Pesawat Dalam Video, Gambar Tular Bukan Milik TUDM
Rangka Pesawat Dalam Video, Gambar Tular Bukan Milik TUDM KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan rangka pesawat yang dipaparkan dalam video dan gambar tular menerusi media sosial adalah miliknya. TUDM dalam kenyataan memaklumkan bahawa semua pesawat milik pasukan itu berada dalam pegangan dan diuruskan secara sistematik, selamat dan bersesuaian dengan pengoperasian TUDM. “Susulan […]

Polis Didakwa Bunuh Pelajar: Mangsa Digilis Antara Bahagian Perut Dan Dada – Saksi
Polis Didakwa Bunuh Pelajar: Mangsa Digilis Antara Bahagian Perut Dan Dada – Saksi IPOH, 11 Nov (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, telah digilis di bahagian antara perut dan dada dalam kejadian pelanggaran di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati pada […]

Kemalangan Berantai Libatkan Puluhan Kenderaan Di Jakarta
Kemalangan Berantai Libatkan Puluhan Kenderaan Di Jakarta Sebuah kemalangan besar yang melibatkan puluhan kenderaan telah berlaku di Kilometer 92 Lebuhraya Cipularang, Jawa Barat, Indonesia, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius menuju Jakarta. Kejadian yang tular dalam rakaman video menunjukkan beberapa kenderaan rosak teruk, dengan ada yang bertindih dan terbalik di atas jalan raya. https://x.com/eradotid/status/1855910192401309727?s=46 Menurut […]

Wanita Maut Dipercayai Jatuh Atas Bumbung Pusat Beli-Belah
Wanita Maut Dipercayai Jatuh Atas Bumbung Pusat Beli-Belah Seorang wanita dilaporkan maut selepas terjatuh di atas bumbung sebuah pusat beli-belah terkenal di Kuala Lumpur, pada pagi Isnin. Menurut sumber, mangsa dipercayai terjatuh dari bangunan bersebelahan pusat beli-belah tersebut. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Md Fuad Selamat, mengesahkan bahawa pihaknya menerima […]

Wisma Putra Nasihatkan Rakyat Malaysia Berwaspada Susulan Letusan Gunung Berapi Flores
Wisma Putra Nasihatkan Rakyat Malaysia Berwaspada Susulan Letusan Gunung Berapi Flores KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — Rakyat Malaysia yang berada di Indonesia atau merancang ke negara itu dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini ekoran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur. Kementerian Luar Negeri yang turut dikenali sebagai Wisma Putra […]