Berita

IEA Jangka Dunia Terlebih Bekalan Minyak Menjelang 2030
IEA Jangka Dunia Terlebih Bekalan Minyak Menjelang 2030 Dunia dijangka mempunyai lebihan minyak yang besar menjelang 2030 yang berpunca daripada peningkatan pengeluaran, sementara peralihan kepada tenaga bersih meredakan permintaan. Dalam laporan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), kapasiti bekalan minyak dunia dijangka meningkat kepada 114 juta tong sehari menjelang 2030. Bagaimanapun, permintaan minyak global dijangka hanya berada […]

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Dua Anggota Polis Terkorban Dinaikkan Pangkat
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Dua Anggota Polis Terkorban Dinaikkan Pangkat Dua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada bulan lalu telah dinaikkan pangkat secara posthumous, hari ini. Menurut laporan Sinar Harian, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, dianugerahkan pangkat Koperal secara anumerta […]

Pengamal Media Jangan Kejar Populariti, Jadi Pejuang Utama Isu Rakyat – Karam Singh
Pengamal Media Jangan Kejar Populariti, Jadi Pejuang Utama Isu Rakyat – Karam Singh KLANG, 14 Jun (Bernama) — Bekas wartawan penyiaran Datuk Karam Singh Walia menasihati pengamal media muda dan baharu dalam bidang kewartawanan untuk tidak mengejar populariti semata-mata dalam melaporkan sesuatu isu berkaitan rakyat. Karam, 65, yang terkenal dengan menyelitkan pantun dan kiasan ketika […]

Maklumat Yang Disebarkan Di Media Sosial Itu Adalah Fitnah – Peguam Keluarga Zayn Rayyan
Maklumat Yang Disebarkan Di Media Sosial Itu Adalah Fitnah – Peguam Keluarga Zayn Rayyan Keluarga kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin dilapor akan membuat laporan polis berkenaan penularan siasatan melibatkan kes pembunuhan di media sosial yang didakwa dilakukan oleh ibu bapa mangsa, lapor Sinar Harian. Fahmi Abd Moin, iaitu peguam yang mewakili pasangan ibu bapa Zayn […]

Bayi Lima Bulan Patah Tangan Kiri Di Rumah Pengasuh
Bayi Lima Bulan Patah Tangan Kiri Di Rumah Pengasuh CHUKAI, 14 Jun (Bernama) — Seorang bayi perempuan berusia lima bulan patah tangan kiri dan mengalami pendarahan di kepala ketika berada dalam jagaan pengasuh di Paya Berenjut, Kemaman. Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku semalam selepas ibu mangsa menghantar bayi itu ke […]

Taman Tema Genting Highland Terbakar, Api Marak Kelihatan
Taman Tema Genting Highland Terbakar, Api Marak Kelihatan Satu kebakaran dilaporkan berlaku di Taman Tema Genting Skyworlds, Genting Highlands hari ini. Menurut Astro Awani, kejadian yang menggemparkan para pengunjung taman tema tersebut berlaku kira-kira jam pukul 4.45 petang. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands berkata, kejadian kebakaran berkenaan dipercayai melibatkan sebuah bangunan empat tingkat […]

Malaysia Negara Ke-2 Paling Aman Di Asia, Ke-10 Di Dunia
Malaysia Negara Ke-2 Paling Aman Di Asia, Ke-10 Di Dunia Malaysia, tanah air yang tercinta ini merupakan sebuah negara yang bertuah dan selalu menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Keharmonian antara kaum dan kepelbagaian budaya yang dipromosikan sejak sekian lama telah menarik minat orang luar untuk berkunjung ke negara ini. Malah, kerap juga kita dengar […]

27 Pempengaruh Ditahan, Disyaki Promosi Judi Dalam Talian
27 Pempengaruh Ditahan, Disyaki Promosi Judi Dalam Talian KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Polis menahan 27 pempengaruh media sosial semalam kerana disyaki terlibat dalam promosi judi dalam talian di laman sosial masing-masing. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata mereka yang terdiri daripada 23 wanita dan empat lelaki […]

JKM Mohon Perintah Jagaan Sementara Adik Zayn Rayyan Hari Ini – Pengarah JKM Selangor
JKM Mohon Perintah Jagaan Sementara Adik Zayn Rayyan Hari Ini – Pengarah JKM Selangor KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memohon kepada Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini untuk mendapatkan perintah jagaan sementara adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin. Pengarah JKM Selangor Azmir Kassim berkata pihaknya juga akan meminta […]

Waris Pegawai & Anggota Insiden Helikopter TLDM Terima Pampasan Takaful Gadai Janji LPPSA
Waris Pegawai & Anggota Insiden Helikopter TLDM Terima Pampasan Takaful Gadai Janji LPPSA Lumut, (14 Jun) –Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bersama Markas Udara TLDM telah mengadakan majlis Penyerahan replika cek pampasan Takaful Gadai Janji Penyelesaian Pembiayaan LPPSA kepada tujuh (7) waris pegawai dan anggota insiden kemalangan helikopter yang masih mempunyai pembiayaan perumahan LPPSA. […]

Anggota Polis Ditemui Mati Dalam Tandas Hentian R&R
Anggota Polis Ditemui Mati Dalam Tandas Hentian R&R Nilai — Seorang anggota polis telah ditemui mati di sebuah tandas di hentian rehat dan rawat (R&R) pada petang Khamis, lapor Sinar Harian. Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, orang awam telah menghubungi pihaknya pada jam 5.45 petang untuk memaklumkan mengenai kejadian terbabit. “Hasil […]

AS Pulangkan RM721.4 Juta Berkaitan 1MDB Kepada Malaysia – Kedutaan
AS Pulangkan RM721.4 Juta Berkaitan 1MDB Kepada Malaysia – Kedutaan KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Amerika Syarikat (AS) telah memulangkan kira-kira US$156 juta (RM721.4 juta) kepada kerajaan Malaysia. Ia juga transaksi keempat dana yang diperoleh semula hasil rampasan aset berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Perkara itu disahkan oleh Duta Besar AS ke Malaysia Edgard […]

Saya Terima Khabar Kematian Isteri Di Depan Kaabah – Suami
Saya Terima Khabar Kematian Isteri Di Depan Kaabah – Suami MAKKAH, 14 Jun (Bernama) — Suami kepada jemaah haji Malaysia kelima yang meninggal dunia di Tanah Suci, Mohd Azmil Abdul Hamid menerima khabar duka mengenai kematian isterinya Zuraida Mohd Haris, sebaik selesai melakukan tawaf sunat dan selesai mendoakan pengakhiran yang baik untuk isterinya. Mohd Azmil, […]

Pelajar UniSZA Maut, Kepala Cedera Parah Selepas Motosikal Rempuh Ambulans
Pelajar UniSZA Maut, Kepala Cedera Parah Selepas Motosikal Rempuh Ambulans Seorang pelajar perempuan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) maut selepas motosikal yang dipandunya terlibat dalam kemalangan, rempuh sebuah ambulans di lampu isyarat hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu pada Rabu. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, mengesahkan […]

Insiden ‘One By One Gentleman’: Pemilik Kedai, Pelanggan Berbaik Atas Semangat Perpaduan
Insiden ‘One By One Gentleman’: Pemilik Kedai, Pelanggan Berbaik Atas Semangat Perpaduan BUKIT MERTAJAM, 13 Jun (Bernama) — Dua lelaki iaitu pemilik kedai dan pelanggannya yang sebelum ini tular bergaduh di sebuah kedai runcit di Seberang Jaya, di sini, menerusi video yang popular dengan ungkapan ‘one by one’ dan ‘gentleman’ akhirnya berbaik atas semangat perpaduan. Pemilik kedai runcit, Goh Yap Eng, […]

Saya Tidak Pernah Buat Masalah – Faisal Halim
Saya Tidak Pernah Buat Masalah – Faisal Halim SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) — “Saya tidak pernah membuat masalah dengan orang,” demikian luahan Faisal Halim dalam sidang media hari ini yang juga kemunculan pertamanya di khalayak umum selepas menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya, awal bulan lepas. Pemain berusia 26 tahun […]

Lelaki Lapor Jumpa Rangka Binatang Dalam Tangki Air, Polis Siasat Unsur Khianat
Lelaki Lapor Jumpa Rangka Binatang Dalam Tangki Air, Polis Siasat Unsur Khianat Baru-baru ini, tindakan seorang lelaki di Taman Kenaboi, Titi, yang ingin menyelenggara tangki air rumahnya telah membawa kepada penemuan rangka binatang di dalam tangki tersebut. Menerusi sebuah video yang menjadi tular di laman media sosial, rangka yang menyerupai tengkorak binatang kelihatan di dasar […]

Faisal Halim Luah Tidak Lagi Dapat Menjalani Kehidupan Seperti Biasa
Faisal Halim Luah Tidak Lagi Dapat Menjalani Kehidupan Seperti Biasa “Selepas kejadian, kehidupan saya sudah tidak seperti biasa,” Demikianlah luahan sedih Faisal Halim, pemain sayap Selangor FC, selepas menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lalu. Faisal, yang juga dikenali dengan panggilan mesra “Mickey”, mengakui bahawa selepas insiden […]

Remaja Lelaki OKU Mangsa Buruh Paksa Berjaya Diselamatkan
Remaja Lelaki OKU Mangsa Buruh Paksa Berjaya Diselamatkan Seorang remaja lelaki yang merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal berjaya diselamatkan pada Rabu setelah disyaki menjadi mangsa eksploitasi dalam kerja mengumpul barang lusuh di Kuala Pilah. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani, menyatakan bahawa remaja berusia 14 tahun tersebut telah diselamatkan dalam satu […]

Kemunculan Faisal Halim Dapat Perhatian Media Indonesia, Doakan Lekas Sembuh
Kemunculan Faisal Halim Dapat Perhatian Media Indonesia, Doakan Lekas Sembuh Tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim hari ini tampil buat kali pertama di hadapan media, sebulan lebih selepas beliau menjadi mangsa serangan asid yang menggemparkan negara sebelum ini. Menerusi sidang media yang dibuat sekitar pukul 2.30 petang tadi, perkembangan dan keadaan terkini pemain tersebut nyata […]