Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Kementerian Pertahanan Ambil Langkah Proaktif
Kredit: Bernama

Kementerian Pertahanan Ambil Langkah Proaktif Cegah Kes Buli Di UPNM

Athirah

Kementerian Pertahanan Ambil Langkah Proaktif Cegah Kes Buli Di UPNM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Kementerian Pertahanan melaksanakan beberapa langkah proaktif untuk mencegah berlakunya kes buli di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dengan mengasingkan pelajar di akademi berkenaan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pengasingan membabitkan tempat tinggal dengan membezakan bilik serta aras bilik penginapan dan melakukan roll call secara berasingan mengikut tahun pengajian kadet.

“Langkah ini kita telah lakukan sejak awal Januari dan Oktober lepas, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) akan ditambah di blok penginapan dan kawasan-kawasan lain yang dirasakan perlu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti Nasional 2024 Peringkat Kementerian Pertahanan di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali.

BACA: MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri Petang Ini

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung tindakan yang diambil oleh kementerian berkenaan bagi mengekang kes buli di ALK.

Kegiatan buli di ALK kembali menjadi perhatian selepas dua kes dilaporkan membabitkan seorang pelajar junior ditekap dengan seterika wap panas manakala seorang lagi cedera parah di rusuk dan belakang selepas dipijak.

Kedua-dua kejadian berlaku pada 21 dan 22 Okt lepas dan masing-masing dilakukan oleh pelajar tahun tiga akademi berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata pihaknya juga akan mengenakan hukuman setimpal kepada kadet yang terlibat dalam perbuatan itu sebagai langkah pencegahan.

BACA: Kejadian Lubang Benam, Laluan Kecemasan KM18.6 Lebuhraya NKVE Ditutup Sementara

“Kita akan tingkatkan lagi kesedaran dalam kalangan kadet ini supaya mereka tidak melakukan perkara- perkara tidak diingini yang pada akhirnya akan menjejaskan kedudukan mereka.

“Kalau sesuatu insiden itu melibatkan kes mahkamah maka saya pasti pembelajaran semasa mereka di universiti akan digantung. Jika mereka dibuang, mereka perlu bayar balik wang perbelanjaan yang diberikan oleh kementerian. Jadi, kita harap hal ini menjadi satu pengajaran atau bersifat pencegahan kepada mereka,” katanya.

Sumber: Bernama