Siakap Keli
Ribut Petir Di 7 Negeri
Kredit: AFP

MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri Petang Ini

MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda tujuh negeri sehingga jam 6 petang.

Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

BACA: Kejadian Lubang Benam, Laluan Kecemasan KM18.6 Lebuhraya NKVE Ditutup Sementara

Hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di Perak yang melibatkan  kawasan Kinta, Kampar dan Batang Padang.

Beralih ke Kelantan, kawasan yang terlibat adalah Kuala Krai dan Gua Musang, manakala Terengganu pula melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Seterusnya di Pahang, MetMalaysia menjangkakan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan dan Pekan akan dibadai fenomena cuaca itu pada petang ini.

BACA: 24 Jam Terang-Benderang, Ramai Kagum Lihat Fenomena Matahari Tengah Malam

Dalam pada itu, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru adalah kawasan-kawasan di Johor yang turut terlibat dengan amaran berkenaan.

Bagi negeri Sarawak, amaran tersebut menyenaraikan daerah Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang sebagai kawasan yang dijangka terjejas.

Di Sabah, daerah Pedalaman dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dijangka alami hujan lebat dan ribut petir bagi tempoh yang sama.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02vap8LM2DyfYvGJMcEwhf257CxxBGzWFFhYc6acG9gc1vbwCZDXXRSWKnWLjoZhjXl

BACA: Pesawat Terkena Tembakan Ketika Cuba Mendarat Di Haiti

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.