Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri Dan 2 Wilayah Pagi Ini

Azizah Najib
ribut petir 7 negeri
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri dan 2 Wilayah Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan tujuh negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 10 pagi.

Menerusi muat naik di laman Facebook, seluruh negeri Pulau Pinang, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya diramalkan alami hujan lebat.

Di Kedah, hanya Langkawi bakal menerima hujan lebat pagi ini. Manakala di Perak, daerah yang tersenarai bakal dilanda hujan lebat ialah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

BACA: Tip Tanam Sayur Dalam Botol & Cawan Agar Tumbuh Subur

Keadaan di Selangor juga menunjukkan kebanyakan daerah diramal menerima hujan lebat. Daerah yang terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Di Negeri Sembilan, hanya Port Dickson diramal alami hujan lebat.

Turun ke Johor, tiga daerah dijangka alami cuaca buruk iaitu Tangkak, Muar dan Batu Pahat.

Beralih ke Sarawak, MetMalaysia menjangkakan daerah Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song dan Kapit) bakal terima hujan lebat dan angin kencang pagi ini.

BACA: Australia Akan Larang Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Guna Media Sosial

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.”

Berikutan amaran yang dikeluarkan, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam perjalanan dan pastikan aspek keselamatan sentiasa diambil kira.

BACA: Taburan Hujan 20 Hingga 40 Peratus Lebih Tinggi Berbanding Tahun Lepas – MetMalaysia

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)