Berita

Syarikat Penerbangan Antara Tertua Di Dunia Bakal Ditutup
Syarikat Penerbangan Antara Tertua Di Dunia Bakal Ditutup Salah satu syarikat penerbangan tertua di dunia, Czech Airline bakal menutup operasinya pada hujung bulan Oktober ini. Menurut News.com.au, penerbangan terakhir syarikat itu akan tiba dari Paris pada 28 Oktober, menandakan berakhirnya operasi mereka secara rasmi. Czech Airlines yang pernah menjadi salah satu syarikat penerbangan terbesar di […]

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Ditamatkan
Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Ditamatkan JITRA, 3 Okt (Bernama) — Operasi pencarian pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, yang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dekat sini telah ditamatkan. Isteri mangsa, Subhiah Ruslina Shahibi, 57, memaklumkan bahawa beliau menerima maklumat mengenai perkara tersebut malam tadi. Menurutnya, beliau dan ahli keluarga akan […]

TMJ, Sultan Selangor Setuju Perseteruan Bola Sepak Kekal Dalam Padang
TMJ, Sultan Selangor Setuju Perseteruan Bola Sepak Kekal Dalam Padang Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sepakat bahawa semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal di atas padang sahaja. Selain itu, Sultan Sharafuddin dan Tunku Mahkota Ismail menekankan pentingnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang. […]

Syarat Program Peralihan Lesen Kelas B Dilonggarkan – Loke
Syarat Program Peralihan Lesen Kelas B Dilonggarkan – Loke PUTRAJAYA, 2 Okt (Bernama) — Syarat Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi) yang bermula semalam dilonggarkan serta-merta ekoran keluhan orang ramai yang tidak layak menyertai program itu. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata satu daripada syarat […]

Pelajar Tingkatan Satu Maut Jatuh Bangunan
Pelajar Tingkatan Satu Maut Jatuh Bangunan KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Polis mengesahkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut selepas terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah di Jalan Syed Putra semalam. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam […]

Malaysia Penyumbang Terbesar Ekonomi Indonesia
Malaysia Penyumbang Terbesar Ekonomi Indonesia Malaysia dilaporkan adalah penyumbang terbesar kepada ekonomi pelancongan Indonesia, menurut laporan CNBC Indonesia. Berdasarkan data daripada Badan Pusat Statistik (BPS), sebanyak 648,113 pelancong direkodkan pada Ogos lalu, di mana 580,378 daripadanya adalah pelancong asing. Rakyat Malaysia “aset” penting ekonomi Indonesia Pemangku Ketua BPS, Amalia Adininggar Widyasanti, menyatakan bahawa 31.22 peratus […]

Tidak Perlu Guna MyDigital ID Untuk MyJPJ Bermula 10 Okt – Loke
Tidak Perlu Guna MyDigital ID Untuk MyJPJ Bermula 10 Okt – Loke PUTRAJAYA, 2 Okt (Bernama) — Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata pengguna aplikasi MyJPJ boleh mendaftar masuk aplikasi berkenaan seperti biasa. “Orang […]

Terlibat Kemalangan Tidak Halang Impian Hariz Bergelar Mahasiswa
Terlibat Kemalangan Tidak Halang Impian Hariz Bergelar Mahasiswa NILAI, 2 Okt (Bernama) — ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Inilah peribahasa sesuai menggambarkan kesungguhan dan semangat Hariz Zaimuddin untuk menyambung pengajian walaupun terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan bersama keluarganya ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini malam tadi. Setelah semalaman tidak tidur kerana […]

Khabib Bertemu TMJ, Cadang Buka Gimnasium Latihan Rasmi Di Johor
Khabib Bertemu TMJ, Cadang Buka Gimnasium Latihan Rasmi Di Johor Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail terima mengadap bekas juara dunia Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov. Perjumpaan antara Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan Khabib yang berlangsung pada Selasa, turut dikongsi melalui laman media sosial rasmi “HRH Crown Prince of Johor”. […]

Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Badai 12 Negeri Hingga Malam Ini
Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Badai 12 Negeri Hingga Malam Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur sehingga jam 7 malam ini. Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam. “Amaran dikeluarkan […]

Pasukan MALBATT Di Selatan Lubnan Selamat, Tiada Kerosakan Aset – Mohamed Khaled
Pasukan MALBATT Di Selatan Lubnan Selamat, Tiada Kerosakan Aset – Mohamed Khaled KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini memaklumkan Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang berada di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset berlaku. Beliau berkata kesemua pasukan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu […]

Kereta Dipandu Terbabas Selepas Terkena Serangan Jantung, Pemandu E-hailing Maut
Kereta Dipandu Terbabas Selepas Terkena Serangan Jantung, Pemandu E-hailing Maut Seorang pemandu e-hailing dilapor maut selepas dipercayai terkena serangan jantung ketika sedang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya pada awal pagi Rabu. Menurut Sinar Harian, kejadian yang berlaku di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Balai Panjang itu menyaksikan kereta mangsa hilang kawalan dan terbabas. […]

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap Tujuh Warga Filipina Kekal
Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap Tujuh Warga Filipina Kekal PUTRAJAYA, 2 Okt (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina, termasuk anak saudara Jamalul Kiram yang mengaku dirinya Sultan Sulu kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong berikutan pencerobohan di Lahad Datu, 11 tahun lepas. Panel tiga hakim yang dipengerusikan […]

Oracle Akan Labur Lebih US$6.5 Bilion Dalam AI, Pengkomputeran Awan Di Malaysia
Oracle Akan Labur Lebih US$6.5 Bilion Dalam AI, Pengkomputeran Awan Di Malaysia KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Oracle hari ini mengumumkan pihaknya merancang untuk melabur lebih US$6.5 bilion (US$1 = RM4.15) bagi mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan kecerdasan buatan (Al) dan awannya. Dalam kenyataan pada […]

23 Dikhuatiri Terkorban Selepas Bas Dua Tingkat Terbakar Di Bangkok
23 Dikhuatiri Terkorban Selepas Bas Dua Tingkat Terbakar Di Bangkok BANGKOK, (Bernama) — Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa. Pemangku Pesuruhjaya Polis Diraja Thailand, Pol. Gen. Kittharath Punpetch mengesahkan bahawa bas yang membawa enam guru dan 39 […]

China Cipta Dua Rekod Dunia, Lebih 10,000 Dron Hiasi Ruang Langit Shenzhen
China Cipta Dua Rekod Dunia, Lebih 10,000 Dron Hiasi Ruang Langit Shenzhen Sebanyak lebih 10,000 dron menghiasi langit di Taman Teluk Shenzhen, China pada 26 September lalu dalam satu pertunjukan yang memukau, lapor Wions. Himpunan 10,197 dron itu memaparkan pelbagai imej haiwan dan bangunan berwarna-warni. Antara paparan imej yang terlihat adalah “Sky City” atau bandar […]

Proses Evakuasi 15 Warga Malaysia Dari Lubnan
Proses Evakuasi 15 Warga Malaysia Dari Lubnan PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) — Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Kedutaan Besar di Beirut sedang melaksanakan proses evakuasi 15 rakyat Malaysia bersama tiga warganegara asing yang merupakan pasangan kepada rakyat Malaysia berikutan keadaan keselamatan yang semakin meruncing di negara itu. Kementerian dalam satu kenyataan pada Selasa berkata sembilan rakyat Malaysia […]

Rakyat Malaysia Di Taiwan Dinasihatkan Siap Sedia Hadapi Taufan Krathon
Rakyat Malaysia Di Taiwan Dinasihatkan Siap Sedia Hadapi Taufan Krathon PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) — Rakyat Malaysia di Taiwan dinasihatkan supaya berwaspada dan mengikuti perkembangan mengenai Taufan Krathon yang dijangka melanda pantai barat daya pada Rabu. Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran darat dan laut di kawasan selatan dan tenggara Taiwan, […]

Penyelesaian E-Dagang Inovatif Tingkatkan Penawaran Perkhidmatan Membeli-belah dan Penghantaran PMKS
Penyelesaian E-Dagang Inovatif Tingkatkan Penawaran Perkhidmatan Membeli-belah dan Penghantaran PMKS KUALA LUMPUR, 30 September 2024 – Buat PMKS seperti Magic Pocket dan ByReefa, untuk terus berdaya saing dalam landskap e-dagang yang kompetitif memerlukan keseimbangan antara mengekalkan daya tarikan tempatan mereka yang unik dan mencapai khalayak yang lebih luas. Kajian terkini Shopee, ‘Sayangi Malaysia, Jom Rai […]

Sabari Sangat Baik, “Ahli Surau” – Isteri
Sabari Sangat Baik, “Ahli Surau” – Isteri JITRA, 1 Okt (Bernama) — Pesara pegawai kewangan Felcra yang hilang sejak 4 Sept lepas dan disyaki dibunuh, Sabari Baharom, 62, disifatkan sebagai seorang individu yang sangat baik, malah merupakan “ahli surau”. Isterinya, Subhiah Ruslina Shahidi, 57, berkata suaminya seorang yang tidak pernah berkasar, malah sentiasa berlemah lembut justeru […]