Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Kredit: Bernama

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap Tujuh Warga Filipina Kekal

Athirah

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap Tujuh Warga Filipina Kekal

PUTRAJAYA, 2 Okt (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina, termasuk anak saudara Jamalul Kiram yang mengaku dirinya Sultan Sulu kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong berikutan pencerobohan di Lahad Datu, 11 tahun lepas.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh kesemua tujuh individu berkenaan.

“Permohonan kesemua pemohon ditolak dan hukuman mati dikekalkan,” kata Hakim Tengku Maimun yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Amar Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan.

BACA: FIFA Sahkan Mats Deijl Tak Lepasi Syarat Untuk Sertai Harimau Malaya – FAM

Dalam insiden percerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu antara 12 Feb dan 10 April 2013, sembilan anggota pasukan keselamatan Malaysia terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan tersebut.

Pada 26 Julai 2016, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap kesemua lelaki itu selepas didapati bersalah melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

Mahkamah Tinggi dalam penghakimannya menyatakan tiada keterangan menunjukkan kesemua tertuduh terbabit secara langsung dalam pertempuran yang berlaku semasa pencerobohan itu, ataupun bukti mereka membunuh mana-mana anggota keselamatan secara kejam atau mencederakan sesiapa.

Bagaimanapun, pada 8 Jun 2017, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka selepas membenarkan rayuan pendakwa raya untuk menggantikan hukuman penjara sepanjang hayat kepada hukuman mati.

Hukuman mati itu turut dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 15 Jan 2018.

Bagaimanapun, dua lagi lelaki warga Filipina yang turut dikenakan hukuman mati atas kesalahan sama tidak mengemukakan permohonan semakan kerana telah meninggal dunia sewaktu menjalani hukuman penjara.

BACA: IRGC Iran Lancar Puluhan Peluru Berpandu Balistik Ke Atas Israel

Terdahulu, peguam Mervyn @ Hasan Sainy memohon supaya mahkamah mengembalikan hukuman penjara sepanjang hayat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap kesemua anak guamnya atas alasan tiada bukti menunjukkan mereka terbabit secara langsung dalam pencerobohan berkenaan.

“Tiada bukti menunjukkan mereka membunuh sesiapa. Kami percaya apa diputuskan oleh Mahkamah Tinggi adalah betul. Mohon mereka diberi peluang memandangkan umur mereka yang lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara (AGC) Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memohon agar mahkamah mengekalkan hukuman mati kerana kes itu membabitkan kedaulatan negara.

Beliau berkata kes itu melibatkan jenayah berat dan hukuman pencegahan mesti dikenakan bagi mengelak kesalahan sama berulang.

“Magnitud kes ini adalah berbeza daripada yang lain, dengan sembilan anggota polis terkorban, beberapa daripada mereka dipenggal dan dicincang. Pencerobohan ini dilakukan oleh musuh asing, dan kita tidak boleh menghantar isyarat yang salah kepada orang awam.

“Oleh itu, hukuman mati mesti dikekalkan,” kata Mohd Dusuki.

Mohd Dusuki juga dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Yusaini Amer Abdul Karim dan Tetralina Ahmad Fauzi.

Sumber: Bernama