Tragedi Archives - Siakap Keli Sebaran Berita Sejurus Ia Berlaku Wed, 07 May 2025 05:55:27 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.6.2 https://sk-bucket.sgp1.digitaloceanspaces.com/2018/09/cropped-ok-32x32.png Tragedi Archives - Siakap Keli 32 32 Lelaki Meninggal Dunia Ketika Mendaki Gunung Keriang https://siakapkeli.my/2025/05/07/lelaki-meninggal-dunia-ketika-mendaki-gunung-keriang/ Wed, 07 May 2025 05:55:27 +0000 https://siakapkeli.my/?p=686688 Lelaki Meninggal Dunia Ketika Mendaki Gunung Keriang ALOR SETAR, 7 Mei (Bernama) — Seorang lelaki meninggal dunia ketika mendaki Gunung Keriang, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata polis menerima maklumat orang awam melalui Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, berhubung kejadian kira-kira pukul […]

The post Lelaki Meninggal Dunia Ketika Mendaki Gunung Keriang appeared first on Siakap Keli.

]]>
Lelaki Meninggal Dunia Ketika Mendaki Gunung Keriang

ALOR SETAR, 7 Mei (Bernama) — Seorang lelaki meninggal dunia ketika mendaki Gunung Keriang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata polis menerima maklumat orang awam melalui Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, berhubung kejadian kira-kira pukul 6.18 petang.

“Seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun telah ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di puncak Gunung Keriang. Polis bersama sepasukan anggota bomba telah ke lokasi dan menjalankan operasi menyelamat dan berjaya membawa mangsa turun ke kaki gunung pada pukul 6.40 petang.

“Pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian. Selain itu, tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa dan mangsa dipercayai telah mendaki gunung itu seorang diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

BACA: Pendaki Terjatuh Di Laluan Gunung Rinjani Abang Ipar Riezman Khuzaimi

Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk proses bedah siasat.

“Setakat ini, punca kematian masih belum dapat dipastikan sehingga laporan bedah siasat diperolehi kelak. Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini yang boleh mendatangkan kegusaran kepada ketenteraman awam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh tampil ke IPD Kota Setar atau menghubungi pihak polis ditalian 04-7747222,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Lelaki Meninggal Dunia Ketika Mendaki Gunung Keriang appeared first on Siakap Keli.

]]>
Dua Penunggang Maut Kemalangan, Motosikal Terbakar  https://siakapkeli.my/2025/05/04/dua-penunggang-maut-kemalangan-motosikal-terbakar/ Sun, 04 May 2025 03:24:48 +0000 https://siakapkeli.my/?p=685977 Dua Penunggang Maut Kemalangan, Motosikal Terbakar  NIBONG TEBAL, 4 Mei (Bernama) — Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dan terbakar di Jalan Sungai Kechil berhampiran Jawi Golf Resort di sini malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata kedua-dua mangsa […]

The post Dua Penunggang Maut Kemalangan, Motosikal Terbakar  appeared first on Siakap Keli.

]]>
Dua Penunggang Maut Kemalangan, Motosikal Terbakar 

NIBONG TEBAL, 4 Mei (Bernama) — Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dan terbakar di Jalan Sungai Kechil berhampiran Jawi Golf Resort di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata kedua-dua mangsa berusia lingkungan 40-an, maut akibat kecederaan parah, termasuk melecur pada anggota badan.

Beliau berkata enam anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 12.06 tengah malam.

BACA: Seorang Maut, Dua Parah Kemalangan Tiga Motosikal RXZ Di LPT2

“Kemalangan melibatkan dua motosikal yang terbakar anggaran kemusnahan kedua-dua kenderaan itu dianggarkan 80 peratus.

“Terdapat dua mangsa dalam kejadian ini. Seorang parah di bahagian kaki akibat tersepit dan melecur, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi terbakar dan melecur 50 peratus meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

John berkata kerja-kerja pemadaman kebakaran dapat dapat dikawal pada 12.32 tengah malam dan operasi tamat pada 1.25 pagi.

Sumber: BERNAMA

The post Dua Penunggang Maut Kemalangan, Motosikal Terbakar  appeared first on Siakap Keli.

]]>
Seorang Maut, Dua Parah Kemalangan Tiga Motosikal RXZ Di LPT2 https://siakapkeli.my/2025/05/02/seorang-maut-dua-parah-kemalangan-tiga-motosikal-rxz-di-lpt2/ Fri, 02 May 2025 10:06:34 +0000 https://siakapkeli.my/?p=685820 Seorang Maut, Dua Parah Kemalangan Tiga Motosikal RXZ Di LPT2 KUALA TERENGGANU, 2 Mei (Bernama) — Seorang lelaki maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal di Kilometer 430 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Gemuruh, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata […]

The post Seorang Maut, Dua Parah Kemalangan Tiga Motosikal RXZ Di LPT2 appeared first on Siakap Keli.

]]>
Seorang Maut, Dua Parah Kemalangan Tiga Motosikal RXZ Di LPT2

KUALA TERENGGANU, 2 Mei (Bernama) — Seorang lelaki maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal di Kilometer 430 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Gemuruh, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada kejadian 8.45 pagi itu, Mohamad Faizal Adam Azhar, 31, yang bekerja sendiri disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua rakannya Muhammad Zarul Asyraf Mukhtar, 26, dan Muhammad Arif Che Mahisan, 29, parah di kepala.

Kesemua mangsa menunggang motosikal Yamaha RXZ dari Kelantan menuju Kuantan, Pahang untuk menyertai acara RXZ Fighter.

BACA: Dua Maut Dalam Kemalangan Babit Lima Kenderaan

“Siasatan mendapati motosikal ditunggang Muhammad Arif dilanggar dari arah belakang oleh Mohamad Faizal Adam ketika sedang bergerak di lorong kecemasan, menyebabkan Muhammad Arif melanggar Muhammad Zarul Asyraf di hadapannya.

“Semua motosikal terjatuh dan terseret di jalan sebelum motosikal Mohamad Faizal Adam tercampak ke dalam longkang konkrit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azli berkata mayat Mohamad Faizal Adam dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, dan dua lagi mangsa juga dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA

The post Seorang Maut, Dua Parah Kemalangan Tiga Motosikal RXZ Di LPT2 appeared first on Siakap Keli.

]]>
Seorang Maut Akibat Letupan Di Kawasan Perumahan Di China https://siakapkeli.my/2025/04/30/seorang-maut-akibat-letupan-di-kawasan-perumahan-di-china/ Wed, 30 Apr 2025 15:06:54 +0000 https://siakapkeli.my/?p=685364 Seorang Maut Akibat Letupan Di Kawasan Perumahan Di China China – Seorang maut manakala 21 lagi cedera parah apabila berlaku satu letupan di kompleks perumahan di Taiyuan, ibu negeri wilayah Shanxi di utara China pada Rabu, lapor AFP. Kompleks perumahan itu terletak sekitar 500 kilometer dari Beijing. Menerusi laporan agensi berita tempatan, dua mangsa masih […]

The post Seorang Maut Akibat Letupan Di Kawasan Perumahan Di China appeared first on Siakap Keli.

]]>
Seorang Maut Akibat Letupan Di Kawasan Perumahan Di China

China – Seorang maut manakala 21 lagi cedera parah apabila berlaku satu letupan di kompleks perumahan di Taiyuan, ibu negeri wilayah Shanxi di utara China pada Rabu, lapor AFP.

Kompleks perumahan itu terletak sekitar 500 kilometer dari Beijing. Menerusi laporan agensi berita tempatan, dua mangsa masih belum dijumpai setakat ini.

Pihak bomba menerima laporan sekitar jam 1 petang waktu tempatan berkenaan letupan tersebut.

“Satu pusat gerakan menyelamat telah didirikan di lokasi kejadian. Misi menyelamat, rawatan mangsa yang tercedera dan penempatan semula mangsa di lokasi sedang dilaksanakan ketika ini,” lapor agensi.

Bagaimanapun, punca letupan masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, video yang memaparkan suasana selepas letupan terbabit tular di media sosial.

Orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri, malah ada juga yang dilihat mengalami kecederaan.

https://x.com/whyyoutouzhele/status/1917487439993790892

Terdahulu, 22 orang terbunuh akibat letupan yang berlaku di sebuah restoran di wilayah Liaoning. Tiga lagi dilaporkan cedera akibat letupan yang berlaku pada Selasa. Malah sebelum ini, 22 mangsa terkorban apabila sebuah pusat jagaan di wilayah Hebei terbakar, juga berlaku dalam bulan ini.

Sebagai maklumat, China turut menyaksikan lapan mangsa terkorban manakala 15 lagi cedera ketika sebuah pasar menjual sayur-sayuran di bandar Zhangjiakou terbakar pada Januari lalu.

Malah, agensi turut melaporkan sembilan mangsa terkorban akibat kebakaran di sebuah tapak pembinaan di bandar Rongcheng sebulan sebelum itu.

Sumber: AFP, X 李老师不是你老师

BACA: Ambil Tahu, Ada 5 Sebab Subsidi Telur Ayam Ditamatkan

BACA: 1 Mei Penuh Makna, Ketahui Sejarah Di Sebalik Hari Pekerja

The post Seorang Maut Akibat Letupan Di Kawasan Perumahan Di China appeared first on Siakap Keli.

]]>
Sebuah Blok Asrama SMK Tinggi Setapak Terbakar https://siakapkeli.my/2025/04/28/sebuah-blok-asrama-smk-tinggi-setapak-terbakar/ Mon, 28 Apr 2025 14:34:36 +0000 https://siakapkeli.my/?p=684847 Sebuah Blok Asrama SMK Tinggi Setapak Terbakar KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) — Sebuah blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak, di sini yang menempatkan kira-kira 91 pelajar lelaki, terbakar dalam kejadian malam tadi. Bagaimanapun, dalam kejadian itu kesemua pelajar dilaporkan selamat kerana berada di surau sekolah menunggu waktu Isyak. Komander Operasi Bomba TPgB […]

The post Sebuah Blok Asrama SMK Tinggi Setapak Terbakar appeared first on Siakap Keli.

]]>
Sebuah Blok Asrama SMK Tinggi Setapak Terbakar

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) — Sebuah blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak, di sini yang menempatkan kira-kira 91 pelajar lelaki, terbakar dalam kejadian malam tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu kesemua pelajar dilaporkan selamat kerana berada di surau sekolah menunggu waktu Isyak.

Komander Operasi Bomba TPgB II Japari Tajuddin berkata, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.43 malam sebelum 40 anggota bersama lapan jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan tingkat satu bangunan asrama lelaki sekolah itu dan berjaya dikawal pada 9.40 malam. Ia mengakibatkan kemusnahan sebanyak 80 peratus bahagian asrama berkenaan.

“Bagaimanapun, semua mangsa dilaporkan selamat. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Seorang saksi yang tinggal berhampiran sekolah berkenaan, Muzelysham Mustafa, 51, berkata anaknya terdengar penggera kebakaran berbunyi sebelum segera memaklumkan kepadanya mengenai kejadian itu.

Beliau yang arif akan selok-belok kawasan sekolah itu kerana isterinya merupakan bekas guru di situ, segera ke blok asrama terbabit untuk memeriksa sekiranya ada pelajar yang masih berada di dalam bangunan, namun lega apabila mendapati ia kosong.

“Saya dan anak lelaki saya turut cuba menggunakan alat pemadam api yang ada untuk mengawal kebakaran, namun api marak terlalu cepat,” katanya.

Seorang lagi saksi, Muhamad Adha Mikail, 17, berkata beliau sedang mengambil wuduk di surau blok lain sebelum terdengar bunyi kaca pecah dan ternampak api di bangunan asrama yang didiaminya.

“Saya kemudian masuk semula ke dalam surau dan memaklumkan kepada pelajar lain sebelum warden asrama menekan loceng penggera kecemasan,” katanya.

Kesemua pelajar kemudian berlari dari surau ke kawasan selamat iaitu di tapak perhimpunan sekolah berkenaan.

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati sebahagian ibu bapa kepada 91 pelajar terbabit mula hadir ke sekolah untuk membawa pulang anak masing-masing sebaik mendapat tahu mengenai kejadian itu.

Sumber: Bernama

BACA: Kluster ILI Dikesan Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pendidikan Daerah Kuala Muda – KKM

BACA: Cara Semak Kelayakan Kursus Politeknik, Kolej Komuniti 2025

The post Sebuah Blok Asrama SMK Tinggi Setapak Terbakar appeared first on Siakap Keli.

]]>
Kejadian Di Putra Heights: Di Sebalik Tragedi, Ini Hakikat Yang Rakyat Malaysia Sedang Amalkan https://siakapkeli.my/2025/04/23/kejadian-di-putra-heights-di-sebalik-tragedi-ini-hakikat-yang-rakyat-malaysia-sedang-amalkan/ Wed, 23 Apr 2025 07:38:57 +0000 https://siakapkeli.my/?p=683205 Kejadian Di Putra Heights: Di Sebalik Tragedi, Ini Hakikat Yang Rakyat Malaysia Sedang Amalkan Kejadian letupan saluran paip gas yang berlaku di Putra Height baru-baru sememangnya mengejutkan ramai pihak dan kejadian sebegini jarang sekali untuk terjadi. Pelbagai tanggapan dan ulasan diberikan orang ramai, sama ada yang berbentuk positif, mahupun dari sudut negatif.  Walau bagaimanapun, jika […]

The post Kejadian Di Putra Heights: Di Sebalik Tragedi, Ini Hakikat Yang Rakyat Malaysia Sedang Amalkan appeared first on Siakap Keli.

]]>
Kejadian Di Putra Heights: Di Sebalik Tragedi, Ini Hakikat Yang Rakyat Malaysia Sedang Amalkan

Kejadian letupan saluran paip gas yang berlaku di Putra Height baru-baru sememangnya mengejutkan ramai pihak dan kejadian sebegini jarang sekali untuk terjadi. Pelbagai tanggapan dan ulasan diberikan orang ramai, sama ada yang berbentuk positif, mahupun dari sudut negatif. 

Walau bagaimanapun, jika dilihat apa yang berlaku, kejadian di Putra Heights menyedarkan kita tentang satu hakikat yang masyarakat Malaysia sedang amalkan sejak sekian lama. Boleh dikatakan yang disebalik tragedi, ada manis boleh ditonjolkan.

Kredit: Bernama

Hakikat yang dimaksudkan adalah rakyat Malaysia bersatu padu dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa kejadian. Sejak awal kejadian pada Hari Raya Aidilfitri yang kedua itu, sudah banyak bantuan yang dihulurkan orang awam kepada mangsa-mangsa kejadian. Mereka bagaikan tidak hiraukan diri sendiri, hanya mahu pastikan mangsa-mangsa yang lain juga selamat.

Ketika berada di fasa pasca tragedi, orang ramai juga dengan sukarela turun padang membantu ‘membersihkan’ kawasan terjejas. Mereka bertungkus-lumus membantu penduduk setempat yang terlibat, membaiki apa yang patut dan juga membersihkan sisa-sisa akibat kejadian letupan tersebut.

Putra Heights
Kredit: Team Selangor

Lebih menarik, mereka membantu mangsa-mangsa kejadian tanpa memikirkan latar belakang bangsa mahupun agama seseorang. Perkara ini sudah membuktikan bahawa rakyat Malaysia sangat bersatu padu, tidak memilih golongan mangsa untuk dibantu.

Bantuan yang dihulurkan juga dengan pelbagai bentuk, kalau tidak mampu dengan wang ringgit, mereka juga tidak lelah turun membantu melalui fizikal dan juga tenaga. Ketika inilah dapat dibuktikan disebalik tragedi yang menimpa, ada hakikat di mana rakyat Malaysia sentiasa bersatu padu apabila orang lain ditimpa musibah.

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Apabila bercakap tentang bantuan, sudah pasti ada yang mempersoalkan usaha kerajaan mahupun syarikat-syarikat yang berkaitan. Seperti yang dapat kita lihat, PETRONAS merupakan syarikat yang paling awal bertindak balas dalam kejadian ini, dengan menjalankan tugas sebagai pemilik aset tanpa mengira siapa pun yang menjadi punca kepada kejadian ini.

Bagi PETRONAS, usaha untuk menstabilkan dan memastikan keselamatan orang ramai serta komuniti setempat terjamin terlebih dahulu kerana ia boleh dianggap sebagai krisis awam. Mengenai siapa yang salah atau yang terlibat, itu boleh dibicarakan kemudian hari kerana keselamatan orang ramai lebih menjadi keutamaan.

Putra Heights
Kredit: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Selain itu, banyak lagi syarikat yang turut serta menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Sebagai contoh, syarikat insuran Etiqa membantu dengan memberi perlindungan semua kenderaan, kemalangan peribadi, kebakaran runcit, pemilik rumah dan pelanggan yang terjejas akibat tragedi ini. Lebih bermakna, Etiqa turut mengecualikan keperluan laporan polis untuk permudahkan proses tuntutan. 

Antara lain, syarikat kenderaan Chery Corporate Malaysia turut menjalankan Program Bantuan Kenderaan Sementara bertujuan membantu keluarga mangsa terjejas untuk mendapatkan akses pengangkutan sementara untuk segala urusan yang mereka perlu lakukan. Bukan Etiqa dan Chery sahaja, syarikat BCorp, Matrix, Carsome dan banyak lagi syarikat lain turut membantu mangsa-mangsa kejadian.

Putra Heights
Kredit: Chery Malaysia
Tragedi Putra Heights
Kredit: Carsome

Tak habis dengan itu, Tabung Prihatin Selangor juga berjaya mengumpul sebanyak RM4.74 juta setakat dilaporkan pada 16 April lalu untuk membantu mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, jumlah terkumpul tersebut hasil sumbangan pelbagai pihak yang prihatin dengan tragedi berkenaan.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) juga tidak terlepas menyalurkan bantuan hampir RM30,000 kepada mangsa tragedi Putra Heights. Sumbangan itu dikumpulkan menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sebagai sebahagian daripada usaha bantuan kecemasan dan sokongan pasca bencana.

Bantuan tersebut digunakan untuk sediakan keperluan asas seperti makanan, minuman serta sokongan piskososial bagai pastikan fizikal dan mental mangsa terus terpelihara.

Tragedi Putra Heights

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga turut tampil melaksanakan pelan tindakan komprehensif demi membela nasib mangsa. Antaranya KPKT telah menubuhkan pasukan petugas khas yang terdiri daripada semua agensi di bawah kementerian, termasuk agensi pelaksana seperti SPNB dan PR1MA. Menurut Menteri KPKT, Nga Kor Ming, sejumlah RM2 juta diperuntukkan kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi membaik pulih infrastruktur awam yang terjejas.

Tragedi Putra Heights

Kumpulan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan rakan strategiknya turut menyumbang RM2 juta sebagai bantuan segera kepada mangsa. Walau bagaimanapun, sumbangan itu disalurkan melalui Tabung Selangor Prihatin bagi memenuhi keperluan mendesak dalam membantu keluarga yang terjejas.

Antara rakan strategik MBI termasuklah Oriental Interest Bhd (Myra Garden), Astrum Shah Alam Sdn Bhd, Murni Gemilang Sdn Bhd, MGB Bhd, Jejak Rimbun Sdn Bhd, Trans Loyal Development Sdn Bhd, Gagasan Nadi Cergas Bhd, Impeccable Vintage Properties, Mirago Resources Sdn Bhd, Sg. Rambai Holdings Sdn Bhd, Midas Dragon Sdn Bhd, East Rock Sdn Bhd dan Laurelcap Sdn Bhd.

Begitu juga syarikat Petronas Gas Bhd (PGB) yang terus menyalurkan bantuan dengan serta-merta setelah kejadian ini berlaku. Sejak hari pertama, PGB telah menyediakan kira-kira 1,000 pek makanan sehari di pusat bantuan dan lebih 100 kakitanganya menawarkan diri untuk menguruskan agihan makanan di pusat bantuan sementara (PPS).

Petronas juga turut bekerjasama dengan hospital, KKM, kerajaan Persekutuan dan Prihatin Selangor untuk menyediakan kemudahan perubatan dan mengagihkan lebih RM700,000 bantuan kewangan kepada mangsa yang terjejas. PGB juga bekerjasama dengan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam usaha bantuan lanjutan untuk menyediakan penempatan transit bagi yang memerlukan kediaman jangka masa panjang. 

Putra Heights
Kredit: FB Anwar Ibrahim

Kejadian letupan saluran paip gas di Putra Heights memang merupakan satu tragedi, namun kita dapat melihat rakyat Malaysia bersatu padu mengerah segala tenaga, memperuntukkan sejumlah kewangan untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Hakikat yang kita perlu hadam di dalam hati dan fikiran adalah rakyat Malaysia sentiasa membantu satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.

The post Kejadian Di Putra Heights: Di Sebalik Tragedi, Ini Hakikat Yang Rakyat Malaysia Sedang Amalkan appeared first on Siakap Keli.

]]>
Benteng Kolam Takungan Air Taman Sri Alam Saujana Utama Pecah Lagi, 35 Rumah Terjejas https://siakapkeli.my/2025/04/23/benteng-kolam-takungan-air-taman-sri-alam-saujana-utama-pecah-lagi-35-rumah-terjejas/ Wed, 23 Apr 2025 03:21:02 +0000 https://siakapkeli.my/?p=683890 Benteng Kolam Takungan Air Taman Sri Alam Saujana Utama Pecah Lagi, 35 Rumah Terjejas KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) — Benteng kolam takungan air di Taman Sri Alam, Saujana Utama dekat sini pecah lagi awal pagi tadi susulan hujan lebat di kawasan berkenaan. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis […]

The post Benteng Kolam Takungan Air Taman Sri Alam Saujana Utama Pecah Lagi, 35 Rumah Terjejas appeared first on Siakap Keli.

]]>
Benteng Kolam Takungan Air Taman Sri Alam Saujana Utama Pecah Lagi, 35 Rumah Terjejas

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) — Benteng kolam takungan air di Taman Sri Alam, Saujana Utama dekat sini pecah lagi awal pagi tadi susulan hujan lebat di kawasan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada 7.52 pagi tadi dan lima anggota bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian.

“Susulan itu air daripada kolam berkenaan telah melimpah dan menenggelamkan kawasan sekitar sedalam satu kaki dan menjejaskan 35 rumah yang terletak berhampiran.

“Paras air di kawasan berkenaan bagaimanapun telah mula surut dan tiada mangsa dipindahkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada petang 29 Dis lepas benteng kolam takungan air di taman perumahan berkenaan telah pecah dan menjejaskan kira-kira 200 buah rumah.

Sumber: Bernama

BACA: Cara Buat Sendiri Lilin Penghalau Nyamuk, Guna 3 Bahan Je

BACA: Beberapa Daerah Di Selangor Dilanda Banjir, Tiada Mangsa Dipindahkan

The post Benteng Kolam Takungan Air Taman Sri Alam Saujana Utama Pecah Lagi, 35 Rumah Terjejas appeared first on Siakap Keli.

]]>
Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat Enam PPR https://siakapkeli.my/2025/04/21/kanak-kanak-12-tahun-maut-terjatuh-dari-tingkat-enam-ppr/ Mon, 21 Apr 2025 13:31:16 +0000 https://siakapkeli.my/?p=683626 Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat Enam PPR KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Sentul, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya […]

The post Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat Enam PPR appeared first on Siakap Keli.

]]>
Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat Enam PPR

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Sentul, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada pukul 2.24 petang.

“Siasatan sedang dijalankan dan kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dan tiada saksi yang melihat kejadian tersebut selain tiada sebarang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Sumber: Bernama

BACA: Ketua Polis Balai Ditahan Positif Dadah Bakal Berdepan Tindakan Tatatertib

BACA: KPT Arah Siasatan Menyeluruh Insiden Kemalangan Maut Penuntut UUM

The post Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat Enam PPR appeared first on Siakap Keli.

]]>
“Salah Pijak, Boleh Terjelus,” Anggota Bomba Kongsi Detik Gerun Di Ground Zero https://siakapkeli.my/2025/04/07/salah-pijak-boleh-terjelus-anggota-bomba-kongsi-detik-gerun-di-ground-zero/ Mon, 07 Apr 2025 09:01:10 +0000 https://siakapkeli.my/?p=680840 “Salah Pijak, Boleh Terjelus,” Anggota Bomba Kongsi Detik Gerun Di Ground Zero KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — “Kami perlu berhati-hati dalam setiap langkah. Tanah di sini sangat lembut, salah pijak, kami boleh terjerlus ke dalam.” Itulah kata-kata yang menggambarkan detik-detik mendebarkan yang terpaksa dihadapi oleh pasukan penyiasat teknikal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) […]

The post “Salah Pijak, Boleh Terjelus,” Anggota Bomba Kongsi Detik Gerun Di Ground Zero appeared first on Siakap Keli.

]]>
“Salah Pijak, Boleh Terjelus,” Anggota Bomba Kongsi Detik Gerun Di Ground Zero

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — “Kami perlu berhati-hati dalam setiap langkah. Tanah di sini sangat lembut, salah pijak, kami boleh terjerlus ke dalam.”

Itulah kata-kata yang menggambarkan detik-detik mendebarkan yang terpaksa dihadapi oleh pasukan penyiasat teknikal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika menyiasat kawasan sekitar kawah yang terbentuk akibat letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, pada Selasa lepas.

Bercerita lebih lanjut kepada Bernama, Penguasa Kanan Bomba I, Noor Shaifful Nizam Sulaiman, 41, berkata kebimbangan mereka bukan sekadar mengenai keadaan tanah yang tidak stabil, tetapi juga risiko sisa gas yang masih tertinggal di kawasan tersebut.

“Selepas letupan ini, terdapat pelbagai impak yang berlaku. Selain kebimbangan kemungkinan terdapat lagi gas yang terperangkap, kami juga tidak tahu sejauh mana dalamnya kawah ini.

“Dengan struktur tanah yang lemah akibat hujan beberapa hari sebelumnya, kawasan ini boleh runtuh pada bila-bila masa. Oleh itu, setiap langkah kami perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati,” katanya, yang merupakan antara lima pegawai penyiasat teknikal bomba yang terlibat dalam siasatan kawah tersebut.

Menurut Noor Shaifful Nizam, mereka tidak berseorangan di lapangan kerana pasukan mereka dibantu oleh pelbagai agensi, termasuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), yang bertugas menandakan kawasan selamat dengan bendera untuk memastikan perjalanan pasukan penyiasat terjamin.

BACA: Kebakaran Saluran Gas: Mangsa Terima Tambahan Bantuan RM5,000 & RM2,500 Daripada Petronas

Selain itu, teknologi canggih seperti dron dengan fungsi pengesanan suhu turut digunakan untuk memantau keadaan di kawasan kawah yang berisiko tinggi itu.

Walaupun berpengalaman dalam menangani beberapa kes letupan, termasuk insiden letupan di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya pada 2011, Noor Shaifful Nizam mengakui bahawa rasa takut tetap ada.

Namun, beliau menanamkan semangat positif dalam diri bahawa insiden di Putra Heights ini membolehkannya mempelajari banyak perkara baru, memandangkan keadaan di situ yang dianggap sangat mencabar dan ‘tricky’.

Bagi Penolong Penguasa Bomba Siti Nuraini Ab Rashid, 40, yang terlibat dalam pasukan siasatan penilaian kerosakan di kediaman yang terjejas, cabaran mereka bukan hanya berkisar pada risiko runtuhan struktur bangunan, tetapi juga menangani emosi mangsa yang terganggu akibat kejadian tersebut.

“Ada kalanya, apabila kami masuk ke rumah untuk menilai kerosakan atau kemusnahan harta benda, kami dimarahi mangsa yang tidak mahu memberi kerjasama.

“Tetapi kami sabar kerana kami faham, emosi mereka terganggu dan mereka sedang melalui waktu yang sukar,” katanya.

Selain cabaran teknikal, pasukan penyiasat juga perlu bekerja tanpa henti, kadang-kadang dari pagi hingga lewat malam, tanpa penggiliran yang mencukupi.

BACA JUGA: Kebakaran Putra Heights: Polis Sahkan Terdapat Aktiviti Korek Tanah

“Di Malaysia, bilangan pegawai penyiasat bomba sangat terhad. Macam saya dari JBPM Negeri Sembilan, kami hanya ada 12 orang manakala di negeri yang besar, mungkin hanya 20 orang.

“Jadi apabila berlaku bencana, kebiasaanya mereka ini akan dipinjamkan sementara ke kawasan kejadian tetapi jumlahnya tetapi tidak mencukupi,” katanya, yang turut menyifatkan insiden ini sebagai pengalaman yang menginsafkan dirinya, kerana ramai keluarga kehilangan harta benda, lebih-lebih lagi apabila berlaku pada sambutan Aidilfitri.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad sebelum ini dilaporkan berkata seramai 25 pegawai penyiasat dari lima negeri telah dikerahkan ke lokasi kejadian letupan itu dengan lima daripada mereka melakukan siasatan teknikal manakala selebihnya membuat penilaian berhubung peratusan kerosakan serta kemusnahan di rumah-rumah terjejas.

Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Insiden itu mengakibatkan 81 rumah disahkan musnah sepenuhnya dengan kerosakan pada struktur melebihi 40 peratus, 81 buah separa musnah, 57 terkesan tapi tidak terbakar manakala 218 rumah lagi tidak terjejas.

Sumber: BERNAMA

The post “Salah Pijak, Boleh Terjelus,” Anggota Bomba Kongsi Detik Gerun Di Ground Zero appeared first on Siakap Keli.

]]>
Gempa Bumi Di Myanmar: Angka Korban Cecah 700 Orang https://siakapkeli.my/2025/03/29/gempa-bumi-di-myanmar-angka-korban-cecah-700-orang/ Sat, 29 Mar 2025 04:48:59 +0000 https://siakapkeli.my/?p=680287 Gempa Bumi Di Myanmar: Angka Korban Cecah 700 Orang YANGON — Angka korban akibat gempa bumi kuat yang berlaku di Myanmar pada Jumaat, kini mencecah 700 orang setakat ini, lapor AFP. Difahamkan, pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan bangunan, termasuk di kawasan Mandalay yang menjadi antara lokasi paling teruk terjejas […]

The post Gempa Bumi Di Myanmar: Angka Korban Cecah 700 Orang appeared first on Siakap Keli.

]]>
Gempa Bumi Di Myanmar: Angka Korban Cecah 700 Orang

YANGON — Angka korban akibat gempa bumi kuat yang berlaku di Myanmar pada Jumaat, kini mencecah 700 orang setakat ini, lapor AFP.

Difahamkan, pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan bangunan, termasuk di kawasan Mandalay yang menjadi antara lokasi paling teruk terjejas akibat gempa.

Di Myanmar, angka korban yang dilaporkan terkini seramai 694 orang dengan mangsa yang cedera sekurang-kurang 1,700 orang.

Manakala 10 orang disahkan maut di Bangkok, ibu kota Thailand, selepas sebuah bangunan tinggi yang sedang dalam pembinaan runtuh.

Angka korban dijangka terus meningkat susulan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan.

Berita lanjut menyusul

Sumber: AFP via The Guardian

 

The post Gempa Bumi Di Myanmar: Angka Korban Cecah 700 Orang appeared first on Siakap Keli.

]]>