Fesyen Archives - Siakap Keli Sebaran Berita Sejurus Ia Berlaku Tue, 21 Jan 2025 06:22:00 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.6.2 https://sk-bucket.sgp1.digitaloceanspaces.com/2018/09/cropped-ok-32x32.png Fesyen Archives - Siakap Keli 32 32 Trend Tudung Manik Era 90-an Pikat Pencinta Fesyen Gen Z https://siakapkeli.my/2025/01/21/trend-tudung-manik-era-90-an-pikat-pencinta-fesyen-gen-z/ Tue, 21 Jan 2025 06:22:00 +0000 https://siakapkeli.my/?p=667383 Trend Tudung Manik Era 90-an Pikat Pencinta Fesyen Gen Z KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Melihat ‘shawl’ atau selendang dengan sulaman manik pastinya mengembalikan nostalgia trend tudung “mak-mak” yang popular pada era 1990-an hingga awal 2000-an. Lebih 20 tahun berlalu, tudung sedemikian kembali mewarnai dunia fesyen apabila pempengaruh media sosial, antaranya Dahlia Rizal, Sofea […]

The post Trend Tudung Manik Era 90-an Pikat Pencinta Fesyen Gen Z appeared first on Siakap Keli.

]]>
Trend Tudung Manik Era 90-an Pikat Pencinta Fesyen Gen Z

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Melihat ‘shawl’ atau selendang dengan sulaman manik pastinya mengembalikan nostalgia trend tudung “mak-mak” yang popular pada era 1990-an hingga awal 2000-an.

Lebih 20 tahun berlalu, tudung sedemikian kembali mewarnai dunia fesyen apabila pempengaruh media sosial, antaranya Dahlia Rizal, Sofea Shra dan Nurul Ellyna, mengangkat populariti hijab yang mungkin dianggap ketinggalan zaman itu di platform masing-masing.

Banyak berkongsi gambar dan video tutorial pemakaian, mereka membuktikan tudung berkenaan mampu memberikan penampilan elegan dan klasik kepada si pemakai.

Penggiat TikTok Aida Razman yang turut “terjebak” dengan trend itu, berkata pada awalnya dia “gerun” untuk menggayakan tudung bersulam manik berkenaan kerana risau tidak sesuai dengan penampilannya.

“Mula-mula Aida nampak ada dua orang di media sosial gayakan tudung manik ini, antaranya Dahlia Rizal, tetapi masa itu Aida rasa ia (tudung) lawa sebab Dahlia (yang sedia cantik) pakai. Kemudian, bila nampak ada lagi seorang pakai dan nampak cantik, timbul keinginan Aida untuk turut mencuba,” katanya ketika dihubungi Bernama, baru-baru ini.

Melihat ibunya menggayakan tudung berkenaan ketika zaman kanak-kanaknya, wanita ini berkata dia teruja dapat menyertai trend yang pernah diikuti oleh ibunya lebih dua dekad lalu.

Menjengah ruangan komen di akaun wanita berusia 20-an ini, ramai yang meluahkan rasa kesal kerana telah melupuskan tudung manik milik mereka selepas menyangka fesyen itu sudah lapuk dan tidak lagi sesuai digayakan pada masa sekarang.

Anak jati Selangor ini yang mempunyai lebih 460,000 pengikut di laman TikToknya, berkata selain digayakan dengan cara lebih moden, reka bentuk hiasan manik juga lebih cantik berbanding dahulu, sekali gus menjadi faktor tudung ini kembali mendapat sambutan.

“Reka bentuk dulu pun ada yang cantik, tetapi sekarang lebih menarik dan sesuai dengan cita rasa anak muda. Walaupun tudung jenis ini agak jarang, Aida tunjukkan cara pakai dengan memanfaatkan inner neck menutupi aurat, jadi ramai yang ingin mencuba,” kata lepasan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan daripada Universiti Utara Malaysia ini.

Bagi Nur Liyana Mohd Tajudin atau lebih dikenali sebagai Nana Tajudin di laman TikToknya, dia lebih gemar menggayakan tudung versatil itu dengan abaya yang dianggapnya lebih sepadan.

“Baju selain abaya pun sesuai kalau pandai gayakan dan padankan, tetapi mekap juga mesti kena dengan penampilan,” katanya yang mempunyai 377,000 pengikut di akaun TikTok @nanatjdnn.

Ujar gadis berusia 22 tahun ini, dia gembira apabila menerima maklum balas positif daripada pengikutnya yang tertarik dengan kecantikan tudung tersebut.

Sementara itu, pengasas Sahara Scarves, Asma Husna Ahmad Asmadi yang menjadi antara terawal mengeluarkan tudung bermanik, tidak menyangka keluaran syarikatnya itu yang mula dijual pada Januari tahun lepas akan tular dan menjadi pilihan anak muda.

Asma Husna atau lebih popular dengan panggilan Sahara Husna oleh pelanggannya, mula menggayakan tudung milik ibunya sekitar 2017 ketika menghadiri majlis perkahwinan atau acara istimewa seperti sambutan raya kerana sukakan kelainan.

“Saya merancang untuk mula jual pada 2023, tetapi hanya dapat berbuat demikian tahun lepas. Kebetulan pula saya ada buka reruai di festival Absolute Bazaar masa nak raya, jadi terus ramai nak beli sebab waktu itu memang tidak ada orang lain yang jual,” katanya yang menjual tudung manik tersebut pada harga RM199 sehelai.

Jelas usahawan berusia 29 tahun itu, maklum balas positif pelanggan dalam tempoh setahun sejak pelancaran tudung berkenaan, memberi semangat kepadanya untuk terus mereka tudung manik eksklusif.

BACA: Tengah Trend, Ini 8 Kesan Positif Main Bricks Terhadap Kanak-Kanak

Sumber: Bernama

The post Trend Tudung Manik Era 90-an Pikat Pencinta Fesyen Gen Z appeared first on Siakap Keli.

]]>
Pameran Seni Telepuk: Warisan Emas Yang Patut Kita Kenali https://siakapkeli.my/2024/11/15/pameran-seni-telepuk-warisan-emas-yang-patut-kita-kenali/ Fri, 15 Nov 2024 09:24:57 +0000 https://siakapkeli.my/?p=653786 Pameran Seni Telepuk: Warisan Emas Yang Patut Kita Kenali Kekayaan budaya Melayu bukan setakat berpantun dan beradab sopan. Sering kita lihat anak Melayu mengenakan kain songket dan baju berunsurkan batik bagi menonjolkan kebudayaan selain mengenakan pelbagai jenis baju Melayu dan baju kurung. Rupa-rupanya, masih ada tradisi yang tersimpan dalam lipatan sejarah dan kurang diketahui kita. […]

The post Pameran Seni Telepuk: Warisan Emas Yang Patut Kita Kenali appeared first on Siakap Keli.

]]>
Pameran Seni Telepuk: Warisan Emas Yang Patut Kita Kenali

Kekayaan budaya Melayu bukan setakat berpantun dan beradab sopan. Sering kita lihat anak Melayu mengenakan kain songket dan baju berunsurkan batik bagi menonjolkan kebudayaan selain mengenakan pelbagai jenis baju Melayu dan baju kurung. Rupa-rupanya, masih ada tradisi yang tersimpan dalam lipatan sejarah dan kurang diketahui kita.

Tahukah anda? Suatu ketika dahulu, golongan raja dan bangsawan mengenakan persalinan yang dihias dengan motif emas. Menurut laporan Bernama, teknik menghias tekstil tradisional Melayu yang dipanggil seni telepuk ini rupanya sudah lama tidak diusahakan lagi, iaitu sejak 50 tahun lalu.

Kali ini, SK ingin membawa anda mengenali dengan lebih mendalam tentang seni yang suatu ketika dahulu amat gah dan dianggap paling eksklusif.

kain telepuk

Seni telepuk, seni tekstil eksklusif Melayu

Telepuk merupakan teknik hiasan tekstil yang mengunakan perada emas atau kertas emas yang ditampal di atas kain yang telah digerut. Kebiasaannya, motif yang digunakan terinspirasi dari alam. Antara corak yang biasa digunakan ialah bunga, fauna, corak geometri dan juga kaligrafi.

Disebabkan prosesnya yang rumit dan mengekalkan cara pembuatan tradisional, seni ini memerlukan kepakaran dan kesabaran yang tinggi dalam diri pembuatnya.

BACA: Siti Nurhaliza Dinobat Biduanita Negara 2024

Bagi melestarikan kesenian tradisi ini, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Yayasan Hasanah menganjurkan Pameran Seni Telepuk: Seni Perada Emas yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2024 di Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur.

Menerusi lima segmen dalam pameran ini, pengunjung akan dapat mengetahui asal-usul dan keunikan seni ini. Segmen Telepuk: Bunga-Bunga Emas Yang Dilupai menyajikan kepada anda sejarah seni menghias tekstil ini dari zaman dulu hingga kini. Pengunjung turut berpeluang mempelajari bagaimana emas digunakan sebagai hiasan kain dalam budaya Melayu. Bermula dari kertas emas, benang emas hingga kepingan emas.

BACA: Tunku Azizah Dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif UITM

Segmen Motif & Sarang Telepuk pula mengetengahkan proses pembuatan acuan khas yang dipanggil sarang telepuk. Selain itu, segmen Seni Telepuk Melayu pula membentangkan kepada anda proses dan ciri tersendiri seni telepuk Tanah Melayu.

Jangan tak tahu, seni telepuk memang ada yang dari luar negara. Jadi dalam segmen ini, pengunjung akan dapat membezakan seni ini dari tempatan dan luar negara dengan melihat proses pembuatannya.

sarang telepuk

Antara yang menarik perhatian, lebih 100 koleksi sarang telepuk bersama 49 koleksi telepuk dipamerkan secara eksklusif di pameran ini. Pameran yang turut disokong oleh Kementerian Perpaduan Negara, Arkib Negara dan Yayasan Warisan Johor pasti membuka satu lembaran baru dalam ilmu pengetahuan sejarah Tanah Melayu buat mereka yang berkunjung ke sana.

BACA: Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Sebab Tingkap Pesawat Berbentuk Bujur

Sumber: Kementerian Perpaduan Negara, Bernama (1) (2)

The post Pameran Seni Telepuk: Warisan Emas Yang Patut Kita Kenali appeared first on Siakap Keli.

]]>
Wanita Kongsi Tips Bersihkan Perhiasan Silver Hanya Guna Dua Bahan Daripada Dapur https://siakapkeli.my/2024/10/25/wanita-kongsi-tips-bersihkan-perhiasan-silver-hanya-guna-dua-bahan-daripada-dapur/ Fri, 25 Oct 2024 03:16:04 +0000 https://siakapkeli.my/?p=649305 Seringkali kita mendengar Sterling Silver atau Perak 925 yang membuat kita bertanya apakah maksudnya? Kenapa 925? Perak dalam bentuk aslinya (100% perak) adalah logam yang sangat lembut dan susah dibentuk. Oleh itu, perak harus dicampur dengan logam lain untuk dibentukkan menjadi hiasan atau barang-barang lain. Perak 925 (Sterling Silver) adalah perak yang mengandungi kadar perak […]

The post Wanita Kongsi Tips Bersihkan Perhiasan Silver Hanya Guna Dua Bahan Daripada Dapur appeared first on Siakap Keli.

]]>
Seringkali kita mendengar Sterling Silver atau Perak 925 yang membuat kita bertanya apakah maksudnya? Kenapa 925?

Perak dalam bentuk aslinya (100% perak) adalah logam yang sangat lembut dan susah dibentuk. Oleh itu, perak harus dicampur dengan logam lain untuk dibentukkan menjadi hiasan atau barang-barang lain.

Perak 925 (Sterling Silver) adalah perak yang mengandungi kadar perak sebanyak 92.5%, manakala 7.5% adalah metal lain. Metal lain 7.5% yang biasa digunakan ialah tembaga atau palladium.

Untuk mengetahui jenis perhiasan anda termasuk perak murni atau perak sterling, periksa kode di bahagian clasp atau tali perhiasan.

Acap kali kita lihat, ramai pengguna silver yang mengalami masalah barang perhiasan mereka bertukar warna menjadi gelap selepas kerap menggunakannya atau hanya dibiarkan begitu sahaja. Hal ini kerana kulit kita terkena perhiasan silver yang dapat menarik minyak tubuh, tanah, kuman dan bakteria yang menyebabkan kilaunya mula pudar dan menghitam.

Selain menggunakan bahan kimia atau produk yang dijual di pasaran. Mungkin ramai tak tahu, cara mencuci hanya menggunakan barang-barang yang ada di dapur sahaja.

Ini 6 tips yang boleh anda lakukan untuk mengilatkan semula perhiasan silver dan sekaligus mencegahnya daripada berkarat dan rosak menerusi perkongsian TikTok pchavez.30:

mangkuk kaca kecil
Kredit: @pchavez.30 via TikTok
  1. Potong aluminium foil sehingga menutupi bahagian tapak mangkuk kaca kecil dan masukkan ke dalamnya.
aluminium foil
Kredit: @pchavez.30 via TikTok

2. Kemudian, masukkan perhiasan silver anda seperti subang, cincin, gelang dan sebagainya ke dalam mangkuk kaca kecil.

3. Masukkan baking soda sehingga menutupi perhiasan silver anda.

kacau guna penyepti
Kredit: @pchavez.30 via TikTok

4. Seterusnya, masukkan air suam ke dalam mangkuk dan kacau. Biarkan selama 15 minit.

letakkan di atas tisu
Kredit: @pchavez.30 via TikTok

5. Angkat perhiasan silver anda dan letakkan di atas tisu. Jangan lupa asingkannya satu persatu. Biarkan sehingga ianya kering.

Simpan ditemapt yang tertutup dan selamat
Kredit: @pchavez.30 via TikTok

6. Perhiasan silver anda kembali berkilau seperti yang baru dibeli. Tiada lagi daki dan kotoran yang melekat pada perhiasan. Simpan barang berharga anda di tempat yang tertutup dan selamat.

Selamat mencuba!

Sumber: TikTok pchavez.30, Frostnyc, Britannica, Deepwear

The post Wanita Kongsi Tips Bersihkan Perhiasan Silver Hanya Guna Dua Bahan Daripada Dapur appeared first on Siakap Keli.

]]>
Warisan Sepanjang Zaman, Ini Sejarah Batik Di Malaysia https://siakapkeli.my/2024/09/21/warisan-sepanjang-zaman-ini-sejarah-batik-di-malaysia/ Sat, 21 Sep 2024 01:58:38 +0000 https://siakapkeli.my/?p=643171 Warisan Sepanjang Zaman, Ini Sejarah Batik Di Malaysia Setiap negara mempunyai warisan budaya dan kesenian yang tersendiri. Seperti di negara kita, pelbagai warisan yang masih lagi dihasilkan sehingga kini seperti batik. Secara umumnya, batik dikenali sebagai seni menghias corak kain dengan motif hiasan dan bahan pewarna yang khusus. Menurut Dewan Budaya, proses penerapan lilin dan […]

The post Warisan Sepanjang Zaman, Ini Sejarah Batik Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

]]>
Warisan Sepanjang Zaman, Ini Sejarah Batik Di Malaysia

Setiap negara mempunyai warisan budaya dan kesenian yang tersendiri. Seperti di negara kita, pelbagai warisan yang masih lagi dihasilkan sehingga kini seperti batik.

Secara umumnya, batik dikenali sebagai seni menghias corak kain dengan motif hiasan dan bahan pewarna yang khusus.

Menurut Dewan Budaya, proses penerapan lilin dan pencelupan benang merupakan teknik yang digunakan untuk mencorakkan tekstil yang menghasilkan seni batik.

“Teknik penghasilan batik ini pada dasarnya telah diketahui selama lebih dari seribu tahun dan telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di Nusantara, malah merangkumi negara-negara Asia Tenggara,” katanya.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia mencatatkan sejarah bermulanya Batik Malaysia. Sejarah batik di Malaysia telah bermula semenjak tahun 1900an lagi. Ketika itu, industri ini dipelopori pembatik di pantai timur.

Lorong Gajah Mati, Kota Bharu merupakan tempat lahirnya Batik Malaysia yang menghasilkan batik jenis sutera saring. Malah, penggunaan lilin telah bermula sejak 1913 oleh pembatik di Terengganu.

Dari aspek penggunaan batik dalam kehidupan seharian pula, ia telahpun wujud lebih awal lagi.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pengajian Seni Visual UiTM, Azni Hanim Hamzah, batik telah lama wujud sejak zaman awal tamadun Melayu dalam sejarah busana tradisi. Batik bukan sahaja dipakai oleh rakyat jelata, malah turut diperagakan oleh golongan bangsawan dan diraja.

BACA: Bawa Lagu Bahasa Jiwa Bangsa, SMPC Chong Hwa Juara Pertandingan Koir

Jika melihat dalam kisah hikayat, salah satu bentuk pemakaian batik adalah kain cindai. Selain itu, batik turut dikenali sebagai hadiah perpisahan dan lambang cinta dalam Hikayat Malim Deman. Malah, batik pernah dijadikan tanda penganugarah darjat dalam Hikayat Hang Tuah.

Allahyarham Tan Sri P Ramlee turut pernah menjadikan batik sebagai lambang cinta yang terlarang dalam filem Sumpah Orang Minyak.

Selain itu batik yang dihasilkan di negara ini juga bukan sahaja digunakan sebagai pakaian harian, pakaian majlis keramaian dan majlis formal. Malah ia juga digunakan sebagai alas meja, sarung cadar dan batal.

Bagaimana cara untuk kenali mana satu Batik Malaysia?

Setiap seni batik adalah berbeza mengikut negara dan budaya. Di era moden ini, Batik Malaysia dikenali menerusi motif rekaan dan teknik penghasilannya.

Menurut Dewan Budaya lagi, motif Batik Malaysia dapat dikenal pasti dengan mudah kerana dipengaruhi oleh alam sekitar.

“Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar seperti flora dan fauna. Motif ini terhasil daripada kepekaan dan pemerhatian masyarakat tradisional terhadap alam di sekeliling mereka,” katanya.

corak batik malaysia
Kredit: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

BACA: Apa Itu DNS? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Berdasarkan sejarah, batik sutera saring antara jenis batik terawal dihasilkan di Malaysia. Jenis ini merupakan satu daripada empat jenis Batik Malaysia. Reka corak batik ini dicetak menggunakan blok cetak sutera saring untuk mengaplikasi lilin batik di atas fabrik.

Selain daripada itu, terdapat tiga lagi jenis Batik Malaysia iaitu batik lukis, batik terap dan batik alternatif.

BACA: Sambut Tahun Baharu Bulan Ini, Ethiopia Baru Masuk 2017, Ini Sebabnya

“Batik lukis melibatkan teknik aplikasi lilin batik menggunakan alat canting bagi melukis reka corak ke atas fabrik manakala batik terap pula melibatkan teknik aplikasi lilin menggunakan blok atau sarang batik bagi mengecap reka corak ke atas fabrik.

“Batik alternatif mengaplikasi bahan dan peralatan alternatif sebagai teknik halangan warna bagi menghasilkan reka corak seperti batik cetakan kreatif, batik clay, batik linut dan sebagainya,” ujarnya.

Untuk pengetahuan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah menjalankan pelbagai  usaha melalui kraf tangan Malaysia untuk membangunkan industri kraf batik negara. Hal ini juga dapat dilihat menerusi perisytiharan Hari Batik Malaysia pada tanggal 3 Disember.

Setelah mengetahui ciri-ciri Batik Malaysia, mari kita lihat apa perbezaannya dengan Batik Indonesia.

Ciri Batik Indonesia

Berbeza dengan Batik Malaysia, Batik Indonesia kebanyakannya dihasilkan berdasarkan kisah lagenda. Setiap daerah mempunyai motif batik yang melambangkan lagenda dan budaya setempat. Menerusi perkongsian sejarahnya oleh Perpustakaan Universitas Brawijaya, terdapat 10 motif paling terkenal di Indonesia.

Antara motif batik Indonesia ialah batik tujuh rupa dari Pekalongan, batik sogan dari Solo, batik gentongan dari Madura, batik mega mendung dari Cirebon dan batik kraton dari Yogyakarta. Motif batik parang, yang menurut sejarah dicipta ketika zaman Keraton Mataram merupakan motif batik tertua di Indonesia.

batik parang
Kredit: Kementerian Pelancongan, Republik Indonesia

Boleh dikatakan, kesemua motif batik ini mudah dikenali dan sangat berbeza dengan motif Batik Malaysia.

Sumber: Dewan Budaya, Majalah Artikel UiTM, Kraftangan Malaysia (1) (2), Universitas Brawijaya, Kementerian Pelancongan Indonesia, Republik Indonesia

The post Warisan Sepanjang Zaman, Ini Sejarah Batik Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

]]>
Kemewahan Golden Hour Arunsayfulldesiree di KLFW 2024 https://siakapkeli.my/2024/08/07/kemewahan-golden-hour-arunsayfulldesiree-di-klfw-2024/ Wed, 07 Aug 2024 06:52:16 +0000 https://siakapkeli.my/?p=635183 Kuala Lumpur, 31 Julai 2024: Pemenang anugerah The Emerging Womenswear Designer of The Year 2023 di Kuala Lumpur Fashion Award 2023, Arunsayfulldesiree sekali lagi menghangatkan pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2024 (KLFW 2024) dengan koleksi mewah bertemakan Golden Hour. Sebanyak 48 rekaan akan diketengahkan Arunsayfulldesiree, di mana 12 daripadanya diciptakan khusus buat jenama barangan kemas […]

The post Kemewahan Golden Hour Arunsayfulldesiree di KLFW 2024 appeared first on Siakap Keli.

]]>
Kuala Lumpur, 31 Julai 2024: Pemenang anugerah The Emerging Womenswear Designer of The Year 2023 di Kuala Lumpur Fashion Award 2023, Arunsayfulldesiree sekali lagi menghangatkan pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2024 (KLFW 2024) dengan koleksi mewah bertemakan Golden Hour.

Sebanyak 48 rekaan akan diketengahkan Arunsayfulldesiree, di mana 12 daripadanya diciptakan khusus buat jenama barangan kemas Poh Kong, manakala 36 rekaan pula adalah hadiah istimewa buat penggemar jenama fesyen berkenaan sempena KLFW.

Tema sculpture menjadi pilihan Arunsayfulldesiree khusus untuk koleksi Poh Kong yang menggabungkan perhiasan emas bersama setiap  satu persalinan rekaannya.

Manakala untuk koleksi sempena KLFW 2024 pula, Arunsayfulldesiree menampilkan tema alam semula jadi yang mengetengahkan elemen tanah, haiwan dan bunga.

Nah! Apabila kedua-duanya digabungkan, maka melahirkan tema yang satu iaitu Golden Hour. KLFW 2024 merupakan koleksi termewah yang pernah direalisasikan Arunsayfulldesire dan dalam masa yang sama memberi nafas baru serta bersifat inovatif. Kemewahannya terletak pada potongan, perincian dan pemilihan fabrik yang dilukis dan dicetak Arunsayfulldesiree sendiri.

“Teknik-teknik yang kami tampilkan pada koleksi kali, ini akan membuka mata industri fesyen tanah air tentang betapa teknikalnya Arunsayfulldesiree.

“Malah seperti yang sedia maklum, setiap koleksi kami di awal pembabitan lagi adalah berkenaan alam semula jadi. Jadi kami masih mahu meletakkan DNA alam semula jadi ini dalam jenama kami.

“Cabaran yang kami hadapi ialah dari segi pembuatan pakaian, teknik jahit, potong pola dan penyusunan. Di mana kami ingin memastikan koleksi yang kami tampilkan kali ini kekal relevan dengan pakaian seharian,” kata tiga gabungan pereka fesyen ini.

Arunsayfulldesiree merupakan sebuah jenama tempatan yang terdiri daripada 3 pereka muda yang sangat berbakat besar iaitu Arun Mateen berusia 29 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang manakala Saiful Izham yang berusia 37 tahun yang berasal dari Kulim, Kedah dan terbaru Desiree,24 kacukan Indonesia dan Switzerland.

Rekaan adi busana mereka sentiasa tidak mengecewakan kerana mempunyai citarasa mewah, unik dan lain daripada yang lain. Rekaan Arunsayfulldesiree cukup dikenali dengan potongan dan pemakaian material yang mewah serta perincian mahupun sulaman manik yang mewah.

LATAR BELAKANG ARUNSAYFUL

ARUNSAYFULDESIREE merupakan sebuah jenama yang terdiri daripada pereka-pereka muda berbakat besar iaitu Arun Mateen yang mengemari warna hitam dan moto kehidupannya ‘keyakinan diri dan kerja keras akan selalu membuat anda sukses’.

Manakala Saiful Izham pula menggemari warna hijau dan moto kehidupannya adalah ‘sukses tidak datang kepadamu, kamu harus pergi ke sana’.

Gabungan ini terjadi apabila dua sahabat ini pada awalnya mempunyai label fesyen masing-masing yang kemudian bersepakat untuk mewujudkan jenama ini.

Kini, kemunculan pereka fesyen wanita, Desiree berupaya untuk menarik minat penggemar fesyen wanita dan kecenderungan rekaan Arunsayfulldesiree supaya sentiasa feminin dan relevan.

Sedikit mengenai latar belakang ARUNSAYFULLDESIREE merupakan sebuah jenama tempatan yang menyediakan adi busana bagi mereka yang menginginkan suatu rekaan yang tampak unik dan lain daripada yang lain.

Rekaan ARUNSAYFULLDESIREE juga cukup dikenali dengan potongan dan pemakaian material yang mewah serta perincian mahupun sulaman manik yang mewah. Meskipun nama ARUNSAYFULLDESIREE agak baru dalam arena fesyen Malaysia namun mengikut statistik yang dikaji oleh pereka ini, mereka mendapati agak ramai yang mengenali jenama Arunsayfulldesiree dek kerana ketiga pereka ini sering memberi impak baru dalam rekaan yang pada setiap koleksi.

The post Kemewahan Golden Hour Arunsayfulldesiree di KLFW 2024 appeared first on Siakap Keli.

]]>
Bukan Setakat Pakaian Raya, Ini Maksud Tersirat Di Sebalik Rekaan Baju Melayu https://siakapkeli.my/2024/03/26/bukan-setakat-pakaian-raya-ini-maksud-tersirat-di-sebalik-rekaan-baju-melayu/ Tue, 26 Mar 2024 01:49:03 +0000 https://siakapkeli.my/?p=614101 Bukan Setakat Pakaian Raya, Ini Maksud Tersirat Di Sebalik Rekaan Baju Melayu Setiap tahun, kita dapat melihat inovasi pada rekaan baju Melayu di pasaran sama ada dari segi potongan, rekaan dan tambahan aksesori. Sungguhpun begitu, masih ramai yang mencari rekaan baju Melayu tradisional yang bersifat tidak lapuk dek zaman. Hal ini kerana, pakaian ini dapat […]

The post Bukan Setakat Pakaian Raya, Ini Maksud Tersirat Di Sebalik Rekaan Baju Melayu appeared first on Siakap Keli.

]]>
Bukan Setakat Pakaian Raya, Ini Maksud Tersirat Di Sebalik Rekaan Baju Melayu

Setiap tahun, kita dapat melihat inovasi pada rekaan baju Melayu di pasaran sama ada dari segi potongan, rekaan dan tambahan aksesori.

Sungguhpun begitu, masih ramai yang mencari rekaan baju Melayu tradisional yang bersifat tidak lapuk dek zaman.

Hal ini kerana, pakaian ini dapat menyerlahkan ketampanan seseorang jejaka. Ia turut menyerlahkan identiti dan jati diri sebagai anak Melayu, lagi-lagi dipadankan dengan samping dan songkok.

Ketika kita berbangga dengan salah satu pakaian tradisional yang menjadi legasi keturunan nenek moyang kita, pakaian ini sebenarnya bukan biasa-biasa.

Setiap ciri-ciri yang tertera pada pakaian ini sebenarnya memiliki maksud tersirat yang tersendiri.

Astro Awani telah berkongsi berkenaan maksud tersirat yang agak mendalam bagi setiap ciri rekaan yang terdapat pada baju Melayu tradisional.

1. Lima butang baju Melayu

Siapa sangka bahawa lima butang baju Melayu ini sebenarnya melambangkan setiap perkara-perkara yang termaktub dalam Rukun Islam.

Rukun Islam memiliki lima perkara iaitu mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat serta menunaikan haji bagi yang berkemampuan.

Untuk makluman, Rukun Islam ini diibaratkan tiang-tiang yang saling memerlukan dan melengkapi untuk menegakkan Islam dengan sempurna.

maksud baju melayu
Kredit: Bernama

2. Tiga saku baju

Secara lazimnya, baju Melayu tradisional akan memiliki tiga saku pada bahagian hadapan. Satu berada di belah dada kiri, manakala dua lagi saku berada pada bahagian bawah baju.

Jika sekali imbas, kehadiran tiga saku ini mungkin untuk memudahkan penyimpanan barang-barangan peribadi, khususnya pada bahagian bawah yang bersifat lebih tertutup dan sukar untuk dicilok.

Secara praktikalnya, kehadiran saku ini sangat membantu tetapi tiga saku ini turut melambangkan tiga perkara penting iaitu akidah atau kepercayaan, Islam dan Ihsan.

3. Samping

Tidak lengkap satu sepersalinan baju Melayu tanpa kehadiran kain samping yang dipakai pada paras pinggang. Kain samping yang dilihat sebagai aksesori pelengkap bagi baju Melayu ini turut memiliki pelbagai fungsinya yang praktikal.

Selain pelbagai fungsi, samping juga memiliki perlambangan yang luar biasa iaitu kesungguhan untuk menjaga syahwat, aurat dan maruah.

Bukan itu sahaja, samping juga digunakan untuk menunjukkan status anda. Samping di bawah lutut bermaksud pemakai telah berkahwin, manakala di atasnya bermaksud pemakainya masih bujang.

maksud baju melayu
Gambar: Bernama

4. Baju Melayu butang satu

Sebelum ini, kita dapat meilihat baju Melayu cekak musang yang memiliki lima butang. Bagaimana pula dengan baju Melayu teluk belanga, yang hanya memiliki satu butang sahaja?

Jika lima butang menggambarkan Rukun Islam, satu-satunya butang pada baju Melayu teluk belanga pula membawa maksud tauhid yang mempercayai bahawa Tuhan itu bersiat Esa, hanya satu dan tiada duanya.

Dari mana asal usul baju Melayu?

Untuk makluman, rekaan pakaian tradisional ini telah bermula daripada 700 tahun yang lalu ketika Sultan Melaka kedua, Sultan Muhammad Shah mahukan satu pakaian diraja.

Baju Melayu kemudian dikatakan memiliki banyak pengaruh rekaan daripada pakaian Arab iaitu jubah. Manakala, seluarnya pula dipengaruhi daripada rekaan Turki.

Ringkasnya, baju Melayu banyak membawa pengaruh Islam yang sangat kuat dan masih dipakai oleh lelaki-lelaki di Malaysia sehingga hari ini.

BACA: Malaysia Airlines Umum Kerjasama Dengan Manchester United

Sumber: Astro Awani

The post Bukan Setakat Pakaian Raya, Ini Maksud Tersirat Di Sebalik Rekaan Baju Melayu appeared first on Siakap Keli.

]]>
Trend ‘Tudung Visor’ Dijangka Ungguli Carta Fesyen Raya https://siakapkeli.my/2024/03/22/trend-tudung-visor-dijangka-ungguli-carta-fesyen-raya/ Fri, 22 Mar 2024 03:56:54 +0000 https://siakapkeli.my/?p=613684 Trend ‘Tudung Visor’ Dijangka Ungguli Carta Fesyen Raya KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Fesyen tudung visor kedengaran lucu namun gaya inilah antara yang popular dan kian menjadi ikutan terutama golongan muda masa kini. Tudung bawal atau empat segi yang dilipat dua menjadi awning di bahagian kepala bukanlah gaya baharu tapi trend itu kembali menjadi […]

The post Trend ‘Tudung Visor’ Dijangka Ungguli Carta Fesyen Raya appeared first on Siakap Keli.

]]>
Trend ‘Tudung Visor’ Dijangka Ungguli Carta Fesyen Raya

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) — Fesyen tudung visor kedengaran lucu namun gaya inilah antara yang popular dan kian menjadi ikutan terutama golongan muda masa kini.

Tudung bawal atau empat segi yang dilipat dua menjadi awning di bahagian kepala bukanlah gaya baharu tapi trend itu kembali menjadi perhatian ramai sehingga mendapat gelaran berkenaan kerana dilihat seperti pelindung muka topi keledar dari pandangan sisi.

“Awal Januari lepas, kerap saya dapat permintaan gaya ini pada sesi penggambaran. Masa itu jenuh fikir macam mana rupa tudung visor sehinggalah bila ditunjukkan gambar rujukan barulah saya faham,” kongsi penggaya tudung Eka Jamaludin.

Eka berkata gaya berkenaan kembali popular tahun ini kerana kerap digayakan beberapa pempengaruh dan selebriti di media sosial selain faktor pengeluaran tudung empat segi berbidang besar antara 45 ke 47 inci yang tidak membataskan penggayaan.

Berpengalaman lebih lapan tahun dalam penggayaan hijab, pemegang Diploma Seni Reka Fesyen itu juga menjangkakan trend tudung visor dan gaya tudung Turki dan bawal selendang (tudung bawal digayakan seperti pemakaian selendang) akan mewarnai fesyen pada sambutan Aidilfitri kali ini terutama dalam kalangan mereka berusia 16 tahun hingga 30-an.

“Selain tampak menarik, ia juga mudah digayakan jika mereka menggunakan fabrik dan corak tudung yang bersesuaian dengan pakaian atau baju raya mereka nanti.

“Melihat trend tudung visor ini, saya juga teruja melihat wanita berhijab sekarang semakin kreatif dalam menggayakan tudung empat segi berbanding era 2000-an yang mana selendang menjadi pilihan utama pada waktu itu,” katanya.

Eka juga berpandangan, bentuk muka tidak menjadi halangan untuk mencuba gaya tersebut memandangkan banyak pilihan fabrik bersesuaian selain perkongsian tutorial di media sosial yang boleh dijadikan panduan.

“Dengan kembalinya stail tudung visor ini di Malaysia, terbuktilah stail hijab ini evergreen (malar segar) kerana sudah wujud sebagai fesyen hijab beberapa dekad lepas dan kini kembali menjadi trend,” katanya.

Antara yang terawal dilihat sering menggayakan tudung visor sehingga dianggap ‘pemilik’ atau trend setter gaya tersebut adalah usahawan yang juga pempengaruh Adira Salahudi, 27.

“Saya rasa bukan saya yang mulakan gaya tersebut tapi mungkin sebab selalu pakai, mereka ingat saya yang mulakan. Sebenarnya saya juga mula ikut dan cuba gaya ini selepas tertarik melihat video tutorial yang sering dikongsi di media sosial.

“Stail itu sangat senang digayakan, berbanding satu lapis yang nampak plain dan ringkas. Bila kita lipat jadi visor (dua lapis), nampak ada volume, macam ada stail sikit (lebih bergaya),” kata pempengaruh yang mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram itu.

Adira yang juga usahawan jenama tudung turut berpandangan gaya tudung visor ini membantu menampakkan pemakaian tudung lebih kemas, terletak dan menarik.

Mula menggayakannya sekitar April tahun lepas, anak bongsu daripada empat beradik itu mendapat banyak permintaan daripada pengikutnya untuk membuat tutorial dan berkongsi cara penggayaan tudung visor yang telah ‘melekat’ dan kini menjadi tanda pengenalannya.

Pempengaruh Noor Farhani Mohamad Faizal, 23, lebih dikenali Cikgu Farey di TikTok pula mula ‘jatuh cinta’ dan serasi dengan gaya ini kerana berpandangan ia lebih menyerlahkan struktur tulang pipinya dan menjadikan bentuk wajah lebih menarik.

“Sebenarnya cara lipatan bawal visor ni dah bermula sejak zaman tok nenek kita cumanya dulu orang rasa stail itu tak cantik dan nampak macam berumur bila pakai. Tapi sejak ada pempengaruh cantik yang asyik pakai stail sama, orang mula terikut sebab rasa cantik juga,” katanya yang turut mendapat inspirasi daripada Adira.

Pempengaruh berasal dari Kedah dan mempunyai hampir 600 ribu pengikut di TikTok itu juga berpandangan keyakinan diri dan penampilan keseluruhan juga memainkan peranan penting bagi ‘membawa’ gaya yang kelihatan vintaj itu.

BACA: Anak Muda Indonesia & Malaysia Bergabung Tenaga, Bersihkan Pantai Di Kuala Terengganu

Sumber: Bernama

The post Trend ‘Tudung Visor’ Dijangka Ungguli Carta Fesyen Raya appeared first on Siakap Keli.

]]>
Raya Nampak Berseri, Ini Tip Pilih Warna Baju Sesuai Dengan Tona Kulit https://siakapkeli.my/2024/03/20/raya-nampak-berseri-ini-tip-pilih-warna-baju-sesuai-dengan-tona-kulit/ Wed, 20 Mar 2024 03:03:42 +0000 https://siakapkeli.my/?p=612859 Raya Nampak Berseri, Ini Tip Pilih Warna Baju Sesuai Dengan Tona Kulit Pada masa ini, kebanyakan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam sedang menjalani ibadah berpuasa wajib bersempena bulan Ramadan. Selain berpuasa, ada segelintir daripada kita sudah merancang untuk membeli pakaian untuk menyambut hari Raya Aidilfitri yang bakal menyusul. Kebiasaannya, ada orang yang menentukan pakaian […]

The post Raya Nampak Berseri, Ini Tip Pilih Warna Baju Sesuai Dengan Tona Kulit appeared first on Siakap Keli.

]]>
Raya Nampak Berseri, Ini Tip Pilih Warna Baju Sesuai Dengan Tona Kulit

Pada masa ini, kebanyakan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam sedang menjalani ibadah berpuasa wajib bersempena bulan Ramadan.

Selain berpuasa, ada segelintir daripada kita sudah merancang untuk membeli pakaian untuk menyambut hari Raya Aidilfitri yang bakal menyusul.

Kebiasaannya, ada orang yang menentukan pakaian yang ingin dibeli berdasarkan tema yang ditetapkan oleh keluarga.  Ada juga yang membeli pakaian berdasarkan rekaan fesyen yang menjadi tular sejak kebelakangan ini.

Akan tetapi, pernah atau tidak anda terfikir, mengapa ada beberapa warna yang menyebabkan muka anda kelihatan kusam. Ada juga warna pakaian yang boleh membuatkan muka adalah kelihatan cerah dan berseri-seri.

Tip pilih warna baju atau tudung yang sesuai dengan tona kulit

Seorang pengguna TikTok, Tyty Jamal (@tytyjamal_)  telah berkongsi tip untuk mengenal pasti warna yang bersesuaian dengan muka anda.

Sebelum itu, anda perlu memakai tudung berwarna putih atau tidak mengenakan sebarang aksesori kepala bagi melihat setiap perbezaan warna-warna yang diletakkan pada muka anda.

Pastikan anda tidak mengenakan sebarang solekan pada wajah dan melakukan sesi ini di tempat yang memiliki pencahayaan yang baik.

Ambil beberapa kain atau selendang dengan warna yang berbeza dan tekapkannya berdekatan dengan muka anda satu persatu.

Jika warna kain atau selendang yang diletakkan itu tidak memberikan sebarang perubahan, malah memberi tumpuan pada cela-cela pada kulit muka anda, warna tersebut bukan warna yang bersesuaian dengan anda.

Akan tetapi, jika warna tersebut menaikkan seri wajah anda dan membuat anda kelihatan lebih cerah, itulah warna yang bersesuaian dengan anda.

@tytyjamal_

Tips pilih color so tak nampak kusam dalam gambar raya! . I akan buat part 2 guna natural lighting pulakkk instead of ring light. Kita bukan pro color analysis anywayy, just tryinnn 🙃 #kongsibersama #kongsipov #kongsicerita #raya2024 #makeuptutorial #raya2024

♬ original sound – Gio + Lily 🫶🏼

@tytyjamal_

Replying to @Tyty Jamal 💄 Makeup Hacks now i dah tahu color apa buat kulit i more glowing ✨ #kongsibersama #kongsipov #kongsicerita #raya2024 #beautytok #beautyhacks

♬ original sound – LaguRaya – LaguRaya

@tytyjamal_

Replying to @Tyty Jamal 💄 Makeup Hacks tips buat color analysis, semoga makin ✨glowing✨ raya ni! p/s : saya bukan pro oki #kongsibersama #kongsipov #kongsicerita #raya2024 #beautytok #kongsitips

♬ original sound – LaguRaya – LaguRaya

Mesti anda terfikir, kita manalah ada banyak pakaian untuk menggambarkan semua warna atas muka bumi ini.

Jangan risau, kaedah ini tidak memerlukan anda untuk ‘memborong’ semua warna pakaian. Sebaliknya, anda hanya perlu mencatatkan beberapa warna yang bersesuaian dengan muka anda.

Kemudian, anda kumpulkan warna-warna tadi dan bandingkan dengan palet warna yang tertera di bawah.

warna muka
Kredit: Colourwise

Jika banyak warna-warna yang bersesuaian dengan anda berada dalam kumpulan Clear Winter, anda akan lebih menonjol jika mengenakan warna pakaian dalam palet ini.

Namun, jika almari baju anda tidak memiliki kepelbagaian warna pakaian ataupun mengalami masalah untuk menentukan apakah palet warna yang sesuai untuk wajah sendiri, anda boleh merujuk nasihat pakar dengan mengunjungi perunding imej profesional untuk sesi konsultan.

BACA JUGA: “Mall” Jual Baju Raya Bawah RM300 Untuk 4 Sekeluarga, Top 5 Fesyen Tahun Ini Pun Ada

Sumber: tytyjamal_ via X

The post Raya Nampak Berseri, Ini Tip Pilih Warna Baju Sesuai Dengan Tona Kulit appeared first on Siakap Keli.

]]>
HABIB Abadikan Seni Warisan Berzaman Dengan Rantaian Kasih di Aidilfitri 2024 https://siakapkeli.my/2024/03/04/habib-abadikan-seni-warisan-berzaman-dengan-rantaian-kasih-di-aidilfitri-2024/ Mon, 04 Mar 2024 03:06:31 +0000 https://siakapkeli.my/?p=610544 HABIB, jenama barangan kemas tempatan meneruskan legasinya dengan menyanjung khazanah warisan budaya Malaysia. Tahun ini, bertemakan Anyaman, HABIB sekali lagi mengetengahkan ikatan kekeluargaan yang erat sempena kempen Hari Rayanya yang dikenali sebagai Rantaian Kasih. HABIB menjemput para pelanggan untuk menyelami koleksi-koleksi baharu sempena Hari Raya di bilik pameran HABIB serata Malaysia. Hari ini, bertempat di […]

The post HABIB Abadikan Seni Warisan Berzaman Dengan Rantaian Kasih di Aidilfitri 2024 appeared first on Siakap Keli.

]]>
HABIB, jenama barangan kemas tempatan meneruskan legasinya dengan menyanjung khazanah warisan budaya Malaysia. Tahun ini, bertemakan Anyaman, HABIB sekali lagi mengetengahkan ikatan kekeluargaan yang erat sempena kempen Hari Rayanya yang dikenali sebagai Rantaian Kasih. HABIB menjemput para pelanggan untuk menyelami koleksi-koleksi baharu sempena Hari Raya di bilik pameran HABIB serata Malaysia.

Hari ini, bertempat di Hotel St. Regis Kuala Lumpur, HABIB mengadakan acara pra pelancaran Koleksi Rantaian Kasih 2024 yang dimeriahkan dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan, rakan-rakan media serta selebriti-selebriti tanah air. Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib dan seterusnya tetamu diraikan dengan persembahan nyanyian daripada Hardy Arbi dan Wany Hasrita yang cukup istimewa. Acara yang menjadi kemuncak dan paling dinantikan semestinya pertunjukan fesyen yang memperagakan koleksi-koleksi baharu Rantaian Kasih dan penampilan wajah Duta Raya HABIB 2024.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib berkata, “Dalam pada kita meraikan hari lebaran, HABIB memegang tanggungjawab untuk memelihara warisan berzaman dan memupuk orang ramai untuk terus menghargai kehalusan seni masyarakat Melayu. Justeru, kami membawa tema anyaman untuk kempen raya kali ini bagi menghidupkan kembali seni warisan dan memastikan ianya tidak tenggelam ditelan zaman. Silangan rapi dan ketelitian pada setiap sisi anyaman melambangkan ikatan kekeluargaan, tradisi dan kekayaan budaya, dan ianya sangat sinonim dengan Kempen Raya kami, yang dikenali sebagai Rantaian Kasih.”

HABIB membawa kelainan pada Kempen Rantaian Kasih tahun ini dengan penampilan duta-duta daripada latar belakang yang berbeza seperti Amyra Rosli dan keluarganya, Sharifah Rose dan Ezzanie Jasny. HABIB sangat menitikberatkan aura dan karisma sewaktu pemilihan wajah kempen, dan memastikan mereka dapat menggayakan barangan kemas dengan baik. Kesemua duta Raya HABIB merupakan individu yang mempunyai semangat yang tinggi serta personaliti yang baik dan disenangi ramai. Gabungan duta-duta raya pada tahun ini menambahkan kemeriahan dan melengkapi konsep Rantaian Kasih HABIB.

Antara koleksi yang menjadi kegemaran setiap tahun adalah semestinya Koleksi Oro Italia 916, dengan rekaan terbaharu yang lebih moden dan kontemporari. Untuk gaya yang terkini dan lebih berwarna- warni, barangan kemas daripada Koleksi Clara adalah pilihan yang ideal. Menampilkan rona-rona unik seperti ungu, merah jambu, biru dan hijau, koleksi ini pada masa yang sama masih mengekalkan nilai mutu emas 916. Selain itu, koleksi rantai leher labuh juga menjadi kegemaran di Aidilfitri dan sangat sesuai digayakan bersama hijab. Set sepadan ibu dan anak turut ditawarkan, untuk melengkapi gaya sedondon bersama keluarga di Hari Raya.

HABIB juga menampilkan pelbagai koleksi eksklusif berlian, termasuk rekaan yang diinspirasikan seni anyaman yang menitikberatkan daya ketelitian dan sentuhan kehalusan pada coraknya. Koleksi anyaman ini dipadankan bersama mutu emas 750 (18K), untuk memastikan kekukuhan berlian yang ditatahkan memancarkan kilauan yang sempurna di Hari Lebaran. Memenuhi citarasa berbeza, koleksi anyaman ini turut tersedia dengan kombinasi berlian dan batu permata pelbagai berwarna untuk memberikan penampilan yang lebih versatil dan menarik. Istimewa buat Hari Raya juga, HABIB menawarkan Koleksi Jejaka, yang terdiri daripada butang baju Melayu eksklusif HABIB serta cincin perak palladium bertatahkan berlian dan batu permata.

HABIB turut memperkenalkan rekaan baharu Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Anyaman, yang didatangkan dengan lima rekaan yang unik seberat 0.2gm bagi setiap keping. Wafer Syiling Emas 999.9 ini juga sesuai dijadikan alternatif unik sebagai duit raya ataupun hadiah istimewa untuk yang tersayang.

Tema kempen Rantaian Kasih 2024 menerapkan sentuhan seni anyaman yang melambangkan metafora dalam penceritaan gaya hidup tradisional sejak berabad-abad lalu. Dengan semangat ini, HABIB menciptakan koleksi yang diilhamkan oleh khazanah anyaman yang meraikan seni tradisional klasik ini. Hasil tangan yang bermutu tinggi dan elemen sentuhan kehalusan pada setiap sisi anyaman dapat dilihat indah di keseluruhan kempen ini, termasuk pada koleksi barangan kemas serta pada sampul Raya HABIB.

Kempen ini akan berlangsung di semua bilik pameran HABIB seluruh negara bermula 12 Mac sehingga 9 April 2024. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com dan ikuti sosial media HABIB di Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial) serta Facebook dan LinkedIn (@HABIB).

The post HABIB Abadikan Seni Warisan Berzaman Dengan Rantaian Kasih di Aidilfitri 2024 appeared first on Siakap Keli.

]]>
camel active Rasmi Pembukaan Kedai Di Lalaport, Bukit Bintang City Centre, Pertama di Asia Tenggara https://siakapkeli.my/2024/03/04/camel-active-rasmi-pembukaan-kedai-di-lalaport-bukit-bintang-city-centre-pertama-di-asia-tenggara/ Mon, 04 Mar 2024 02:45:15 +0000 https://siakapkeli.my/?p=610528 Jenama pakaian fesyen luar antarabangsa, camel active, tampil lebih kukuh pada permulaan tahun baharu dengan perasmian kedai perdana pertamanya di Asia Tenggara, bertempat di LaLaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC), Kuala Lumpur. Kuala Lumpur, 29 Februari 2024 – camel active, pemilik jenama pakaian kasual gaya hidup dan lasak bertaraf antarabangsa teruja mengumumkan pembukaan kedai perdana […]

The post camel active Rasmi Pembukaan Kedai Di Lalaport, Bukit Bintang City Centre, Pertama di Asia Tenggara appeared first on Siakap Keli.

]]>
Jenama pakaian fesyen luar antarabangsa, camel active, tampil lebih kukuh pada permulaan tahun baharu dengan perasmian kedai perdana pertamanya di Asia Tenggara, bertempat di LaLaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC), Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur, 29 Februari 2024 – camel active, pemilik jenama pakaian kasual gaya hidup dan lasak bertaraf antarabangsa teruja mengumumkan pembukaan kedai perdana pertama miliknya di Lalaport BBCC. Kedai yang berorientasikan konsep terkini dan moden itu dibuka seiring dengan kemunculan koleksi baru C by camel active yang menyasarkan golongan muda bandar, lelaki dan wanita. Perkembangan mengujakan ini menjadi penanda aras kepada camel active dalam menampilkan produk tersendiri yang lasak, tahan lama dan serba boleh dengan kualiti premium kepada pelanggan setianya di seluruh Malaysia.

Kedai perdana camel active yang menawarkan koleksi bary C by camel active itu terletak di lokasi strategik di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur iaitu di LaLaport BBCC.
Lokasi strategik itu menjanjikan destinasi wajib singgah dalam kalangan warga bandar yang menghargai jenama yang dikenali kerana rekaan khusus untuk pengembaraan harian.

Muncul sebagai yang pertama di Asia Tenggara, kedai tersebut memiliki ruang niaga yang luas iaitu 2,400 kaki persegi. Kedai ini menawarkan koleksi baru C by camel active, sekali gus melonjakkan perasaan kontemporari yang ada hubung kait dengan alam semula jadi. Segalanya disusun dengan teliti bagi mempamerkan koleksi pakaian, kasut, beg dan aksesori terkini daripada camel active.

Pengarah Urusan CLT Asia Sdn. Bhd., Encik Jason Tan yang mewakili jenama camel active di Asia Tenggara berkata: “Kami berasa gembira mengumumkan pembukaan kedai camel active di LaLaport BBCC Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah pusat beli-belah yang sentiasa bersemangat menampilkan gaya hidup dinamik, selain kerap mengadakan aktiviti dalam dan luar yang diselaraskan dengan sempurna bersama semangat camel active.”

Beliau menambah: “camel active memiliki kekayaan warisan yang diadun bersama urbanisasi dan aktiviti luar. Selain itu, kedai baharu ini merupakan wasiat kami terhadap komitmen dalam menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik kepada pelanggan menerusi pelbagai rangkaian produk yang mempamerkan keunikan jenama ini”.

Dalam pada itu, pelanggan boleh menikmati pengalaman mengasyikkan yang menampilkan persediaan glamping, eksklusif di bengkel kedai dan peluang meneroka koleksi camel active dan C by camel active dari dekat.

Kedai ini turut mempamerkan komitmen jenama untuk melestarikan kehidupan bersama kualiti kerja tangan, hasil dedikasi camel active dan koleksi C by camel active dalam melahirkan produk tahan ujian sepanjang masa.

Matlamat koleksi C by camel active adalah untuk menggalakkan kehidupan lestari dengan mempromosi usaha pemuliharaan alam semula jadi. Menerusi usaha yang eksklusif, edisi ‘Save the Forest, Adopt a Tree’ daripada koleksi C by camel active diharap dapat menyokong kerja-kerja pemuliharaan Taman Tugu. Sebanyak 10 peratus daripada hasil jualan edisi terhad itu akan didedikasikan kepada inisiatif yang diterajui Amanah Warisan Negara (AWAN).

Kedai perdana camel active ini berlokasi di G 24 & 25, Lalaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut mengenai camel active, sila layari camelactive.my atau ikut kami di media sosial di:
Facebook: camel active Malaysia
Instagram: cbycamelactive
#camelactive #cbycamelactive

The post camel active Rasmi Pembukaan Kedai Di Lalaport, Bukit Bintang City Centre, Pertama di Asia Tenggara appeared first on Siakap Keli.

]]>