Siakap Keli
tahun baharu ethiopia
Kredit: AFP

Sambut Tahun Baharu Bulan Ini, Ethiopia Baru Masuk 2017, Ini Sebabnya

Sambut Tahun Baharu Bulan Ini, Ethiopia Baru Masuk 2017, Ini Sebabnya

Terletak di timur benua Afrika, Ethiopia merupakan sebuah negara yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa besar. Disebabkan itu, negara ini masih mengekalkan kebanyakan budaya dan tradisi mereka.

Di kala seluruh dunia berada di separuh kedua tahun 2024 dan bakal memasuki 2025, masyarakat di Ethiopia baru sahaja menyambut tahun baharu bagi tahun 2017.

Bayangkan jika anda menetap di sana, anda dikira tujuh tahun lebih muda. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

sambut tahun baru ethiopia
Upacara sambutan Tahun Baharu Ethiopia oleh penganut Kristian Ortodoks Koptik. Kredit: AFP

BACA: Kisah Stuckie, Mumia Anjing Yang Terperangkap Dalam Batang Pokok

Sementara kita menggunakan kalendar Gregory dan Islam, penduduk Ethiopia mengguna pakai kalendar yang terhasil daripada gabungan kalendar Julian dan Coptic (Gereja Kristian Ortodoks) yang dikenali sebagai Ge’ez. Perbezaan ketara antara kedua perkiraan kalendar Gregory dan Coptic ialah penentuan tahun kelahiran Nabi Isa (birth of Christ).

Dalam kalendar Gregory, tarikh kelahiran Nabi Isa antara tahun 1 Sebelum Masihi dan 1 Selepas Masihi. Sedangkan mengikut kalendar Ethiopia, ia antara tujuh hingga lapan tahun kemudian. Disebabkan itulah kiraan tahun Ehtiopia lebih lambat berbanding kalendar kita.

Kredit: AFP

Seperti juga kalendar Gregory, kalendar Ethiopia mempunyai 12 bulan tetapi setiap bulannya mengandungi tepat 30 hari. Biarpun mereka juga mempunyai 365 hari dalam setahun, tetapi mereka mempunyai bulan ke-13 yang dipanggil Pagumē. Bulan Pagumē mempunyai lima hari dalam tahun biasa dan 6 hari dalam tahun lompat.

BACA: Runtuh Menyembah Bumi, Tular Detik Bumbung Stadium Shah Alam Dirobohkan

Apabila kalendar ini menggunakan sistem kiraan yang berbeza, sudah pasti sambutan Tahun Baharu mereka turut berbeza. Menurut perkongsian Kedutaan Ethiopia, bulan pertama mereka dipanggil Meskerem yang bermula pada 11 September hingga 10 Oktober bagi tahun ini.

Bulan Meskerem biasanya jatuh pada penghujung musim tengkujuh di sana. Ketika ini, bunga-bunga mula tumbuh menandakan Tahun Baharu yang dirai seiring dengan permulaan musim bunga.

Bulan kedua pula, Tikimt bermula pada 11 Oktober hingga 9 November, manakala bulan ketiga dipanggil Hidar yang bermula pada 10 November hingga 9 Disember yang kemudiannya diikuti bulan keempat, Tahsas yang bermula pada 10 Disember hingga 8 Januari.

sambut tahun baru ethiopia
Penganut kristian pada sambutan Tahun Baharu Ethiopia. Kredit: AFP

Ketika kita berganjak masuk ke tahun baharu pula, mereka baru memasuki bulan kelima, Tir pada 9 Januari hingga 7 Februari 2025.

BACA: Tuah Diberi Nama Mohd Merdeka, Lelaki 63 Tahun Dapat Makan Percuma Jika Sebut Namanya Tiga Kali

Meniti separuh tahun mereka, warga Ethiopia menyambut kedatangan bulan keenam, Yakatit pada 8 Februari hingga 9 Mac dan diikuti Maggabit, bulan ketujuh kalendar Ethiopia yang bermula pada 10 Mac hingga 8 April.

Bulan kelapan bagi kalendar Ethiopia dipanggil Miyazya yang bermula pada 9 April hingga 8 Mei dan bulan seterusnya pula, Ginbot bakal bermula pada 9 Mei hingga 7 Jun. Sene, iaitu bulan ke-10 bermula pada 8 Jun hingga 7 Julai diikuti Hamle, bulan ke-11 yang mula pada 8 Julai dan tamat pada 6 Ogos.

Bulan ke-12 mengikut kalendar negara pengeluar kopi itu, Nehasa bermula pada 7 Ogos hingga 6 September. Akhir sekali, bulan ke-13 iaitu Pagume yang bermula pada 6 hingga 10 September.

Sumber: Business Insider, Kedutaan Ethiopia

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.