Gaya hidup›Kesihatan
TERKINI: 8,817 Kes Positif Dilaporkan Hari Ini, Hanya Tiga Negeri Catat Lebih 1,000 Kes
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 8,817 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,294,457 kes. Kes positif harian di Malaysia menunjukkan penurunan beberapa hari kebelakangan ini namun kembali meningkat hari ini. Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan catatan 1,361 kes, diikuti negeri […]

Terpengaruh Ajakan Kawan Untuk Ambil Ivermectin, Wanita Ini Dikejarkan Ke Unit Kecemasan, Alami 6 Kesan Sampingan
Sejak kebelakangan ini, sering kita nampak berita-berita palsu tentang keberkesanan ubat anti-parasit ivermectin dalam merawat dan mencegah virus COVID-19. Setakat ini, tiada data klinikal yang membuktikan perkara tersebut dan tiada produk dengan bahan aktif ivermectin berdaftar untuk kegunaan manusia. Pun begitu, masih ada yang mempercayai dan terpengaruh dengan berita palsu ini tanpa mengkaji terlebih dahulu. […]
88 Peratus Dewasa Lengkap Vaksin, Hanya 2 Peratus Sebelum Rentas Negeri Dibenarkan – KJ
Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin melalui ciapan di Twitter memaklumkan, Malaysia telah mencapai 88 peratus kadar lengkap vaksin dewasa. Tambah Khairy, hanya 2 peratus sahaja lagi yang perlu dicapai untuk membuka sempadan negeri. Setelah ianya ducapai, rakyat Malaysia tak perlu lagi memohon surat rentas negeri untuk melakukan perjalanan ke negeri lain. Setakat jam 11.59 malam […]
TERKINI: Terus Catat Penurunan, Hanya 8,075 Kes Positif Dilaporkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 8,075 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,285,640 kes. Kes positif harian di Malaysia terus menunjukkan penurunan beberapa hari kebelakangan ini. Sarawak masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan jumlah 1,189 kes. Kes positif harian di Sarawak […]
Tiada Keperluan Untuk Terus Buka PPV Mega – Khairy
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Tiada keperluan untuk pusat pemberian vaksin (PPV) mega meneruskan operasi pemberian vaksin COVID-19 berikutan majoriti rakyat telah menerima vaksin lengkap, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata justeru, PPV yang mencapai liputan vaksinasi yang baik akan mula ditutup. “Bila kebanyakan penerima vaksin telah menerima vaksin, jadi kita tak perlu […]
Semakin Hari Semakin Baik, Oktober Bermulanya Peralihan Fasa Endemik
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Semakin hari semakin baik, kes jangkitan COVID-19 menyaksikan penurunan dan Oktober menjadi bulan yang paling penting kerana banyak aktiviti kembali dibuka, dengan kadar vaksinasi penuh golongan dewasa mencapai sasaran 90 peratus dan bilangan remaja divaksin terus meningkat. Rentas negeri, pembukaan pusat pelancongan, pembukaan institusi pengajian tinggi, pembelajaran di sekolah […]
Jika Kita Bersatu Hati Dengan Sinar Cahaya ‘Noor’ Di Hujung Terowong, InsyaAllah – DG Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham dalam hantarannya di laman Twitter menyuarakan harapannya agar Keluarga Malaysia berganding bahu untuk mengurangkan kes Covid-19 di Malaysia. “Harapan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ialah kita semua bersatu padu dari peringkat akar umbi sehingga ke kepimpinan tertinggi untuk bersama mengurangkan kes Covid-19 dan menyelamatkan negara kita,” tulis Dr […]
TERKINI: Terus Catat Penurunan, 9,066 Kes Positif Dilaporkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 9,066 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,227,565 kes. Pun begitu, jumlah kes positif harian hari ini menunjukkan pengurangan berbanding 10,915 kes semalam. Sarawak masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan jumlah 1,418 kes. Kes positif harian […]
Tak Tahu Punca Dari Mana, Lebih 400 Orang di 35 Negeri Di AS Dilapor Dijangkiti Bakteria Salmonella
Lebih daripada 400 orang di 35 negeri di Amerika Syarikat dilaporkan telah dijangkiti wabak jangkitan Salmonella. Menurut portal Al.com, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), kini sedang menyiasat insiden tersebut dan mengatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 419 kes yang disahkan dengan 66 orang telah dimasukkan ke hospital. Bagaimanapun, tiada kes kematian yang dilaporkan. Alabama merupakan antara […]
Skuad Piala Dunia England Hadapi ‘Krisis’, 5 Pemain Enggan Divaksin, Dakwa Diri Terlalu Sihat Untuk Dijangkiti Covid-19
Skuad bola sepak England dihimpit krisis selepas lima orang pemain dalam pasukan tersebut tidak mahu divaksin, lapor Daily Mail. Tiga daripada pemain pasukan tersebut dilaporkan percaya bahawa mereka terlalu sihat untuk dijangkiti dengan virus COVID-19 sementara ada yang dihalang oleh isteri mereka. Salah seorang daripada mereka dikatakan dengan beraninya menyatakan bahawa dirinya terlalu ‘muda dan […]
TERKINI: 10,915 Kes COVID-19 Baharu Yang Dilaporkan Hari Ini, Sarawak Catat Kes Paling Tinggi
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 2 Oktober 2021, 12:00 Tengah Hari, sebanyak 10,915 kes baharu COVID-19 dilaporkan. Sehingga 2 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 10,915 kes (2,268,499 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif):Selangor – 1,386 (680,616)Sarawak – 2,121 (214,158)Sabah – 784 (199,629)Johor – 1,124 (198,186)WPKL – […]
Tinggal Lagi 4 Peratus Sebelum Kita Tarik Semula Larangan Merentas Negeri- KJ
Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa sebanyak 86% populasi dewasa di negara ini dilaporkan sudah lengkap divaksinasi. Menerusi ciapan akaun Twitter rasmi beliau, hanya 4% sahaja lagi diperlukan bagi membolehkan larangan aktiviti rentas negeri dapat ditarik semula. “86% populasi dewasa telah lengkap divaksinasi. Tinggal 4% sahaja lagi untuk kami menarik semula larangan merentas negeri,” […]
Tinggal 3.2 Peratus Untuk Capai 90 Peratus Vaksinasi Populasi Dewasa
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Sebanyak 3.2 peratus lagi diperlukan untuk mencecah angka 90 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap divaksinasi. Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat pukul 11.59 malam tadi (1 Okt), seramai 20,317,843 individu atau 86.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah […]
Tersalah Ambil Picagari Kosong Ketika Proses Vaksinasi Seorang Remaja
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Seorang petugas kesihatan (penyuntik) tersalah mengambil satu picagari kosong ketika proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun yang videonya tular baru-baru ini. Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata siasatan awal oleh ProtectHealth mendapati kejadian tersebut berlaku di pusat pemberian vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM) pada […]
Berjaya Lari Dari Penjara Tanpa Dikesan, Lelaki Serah Diri Semula Selepas 30 Tahun
Seorang lelaki Australia yang berjaya melarikan diri dari penjara selama hampir tiga dekad menyerah diri selepas dilaporkan kesempitan kerana kehilangan tempat tinggal dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan gara-gara wabak pandemik COVID-19. Pada suatu malam 1 Ogos 1992, selepas 13 bulan menjalani hukuman penjara yang ditetapkan selama tiga tahun setengah kerana menanam ganja, lelaki itu berjaya […]
Dari 89kg Ke 57kg, Wanita Kini Tampil Lebih Bergaya, Kongsi Tips Diet Berjaya Hilang 32kg
Semua orang tahu bahawa nak turunkan berat badan ni bukanlah suatu perkara yang mudah. Mana tidaknya, masa nak berdiet atau dah tetapkan untuk jalani gaya hidup sihat, macam-macam cabaran dan dugaan datang. Walaupun begitu, untuk menurunkan berat badan ini bukanlah suatu yang mustahil untuk dilakukan. Dengan tips dan cara yang betul, pastinya berat badan yang […]

Vaksin: Ibu Kecewa Masyarakat Tular Berita Tak Betul Mengenai Anak
MELAKA, 1 Okt (Bernama) — “Ada yang kata anak saya tak makanlah, tak cukup tidurlah…padahal makan, tidur cukup. Sebelum pergi memang akan suruh mereka makan. Lepas tu yang akak paling kecewa bila dia kata anak akak dah meninggal,” luah Ulfah Mat Daris, 42. Ulfah merupakan ibu kepada Muhammad Azim Hassan, 13, remaja yang didakwa pengsan selepas […]
Kemudahan-kemudahan Sektor Sosial, Ekonomi Bagi Semua Fasa PPN Hanya Untuk Individu Lengkap Vaksinasi – Khairy
Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa kemudahan-kemudahan sektor sosial dan ekonomi bagi semua Fasa Pelan Pemulihan Negara hanya terpakai kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap sahaja. Perkara tersebut diutarakan selepas Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin menyatakan menerusi akaun Twitter rasminya bahawa kelonggaran dine-in bagi orang yang telah lengkap divaksin kekal untuk semua […]
TERKINI: 11,889 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Tiga Negeri Catat Ribuan Kes
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 1 Oktober 2021, terdapat 11,889 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan. Kes baharu yang dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 2,257,584 kes. Sehingga 1 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 11,889 kes (2,257,584 […]
Kapasiti Jemaah Umrah Dinaikkan Kepada 100,000 Orang Sehari
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kapasiti harian bagi jemaah umrah dinaikkan kepada 100,000 bermula hari ini. Bilangan jemaah solat fardhu turut dinaikkan kepada 60,000 orang. Menurut akaun Twitter kementerian itu, pihaknya berkoordinasi dengan agensi-agensi berkaitan dalam melaksanakan pelan strategik yang menumpu kepada kesihatan dan keselamatan sebagai persediaan […]